Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Random Facts About Me? | When I am Travelling

Assalamualaikum! 

First of all, cheewaaaaah! Nak mintak maaf kat Nanatron --> Blog sebab lambat dan almost sebulan selepas kene tagged oleh beliau untuk buat entry sesaja pasal diri sendiri yang berkaitan dengan dunia travel nih. Aku ni takdelah rajin, banyak vitamin M je pun slalunya. Entry travel dah makin lama makin malas nak siapkan. So, harap bertabahlah. 

Orait tanpa membuang masa aku try listkan yang mana terlintas kat dalam kepala otak aku ni. Kiranya jujur punya entry la ni ek. Harap takdela mengguris perasaan sape-sape yang membacanya. Samada yang aku kenal, tak kenal, kenal gitu-gitu atau completely strangers. Kalo ade yang terkecil hati gak, aku mintak maaf awal-awal. 

Saturday, May 19, 2012

My 7 Super Shots!

Hello peeps!!!

Since someone has been tagging me to do this post, I know her in the cyber world but never met her. Thank you for tagging me despite of my busy world. Hahah. Such a drama king am i? So, I'm taking part in Hostelbookers 7 Super Shots! 

Here you go guys!!! 

1. A photo that.....takes my breath away

This picture was taken during my vacation to New Zealand in 2011. How time flies. Every time I looked back my all pictures, it seems like the place is where I belong to be. I'll be back! Wait for me!!! 



2. A photo that.....makes me laugh or smile

I don't know what happened to me that day. This picture was taken during on the way back from Ngong Ping Village, Hong Kong. I was in the crystal cable car. Purposely bought the most expensive ticket in order for me to do a shot like this. Eventually, I did lie down....and I saw a few people from other cable car were laughing at me. Hahah...just don't care!



3. A photo that.....makes me dream

I have a dream since a was a kid. Dreaming to conquer the world. Ceewwaahhhh! Hahah. I also have a dream to do "Salam Perantauan" and post it to local newspapers eventhough I was a local grad. Whatever, I did mine...in Perth, Australia! That's me! Kakiberangan~



4. A photo that.....makes me think

During my trip to India recently, I saw a lot of sadness and happiness in their life. Sometimes, it brought me to think how they live their life in such conditions? I'm so grateful that I was born in Malaysia. 



5. A photo that.....makes my mouth water

I love attending birthday parties or whatsoever functions. The main thing that I will look for is the dessert!!! Hahah... 



6. A photo that.....tells a story

A lot of things to tell...my only wish that everything will be back to be normal. 



7. A photo that…I am most proud of (aka my worthy of National Geographic shot)

I don't know what's so special about this photo. The only thing I know, it is a perfect picture to tell others what's my dream! 

Do I need to tag others? Hahah...hurm..let me think first. I miss them.

1. JanggelTrekker : http://janggeltrekking2.blogspot.com/
2. MasMZ : http://masmz.blogspot.com/
3. Chawanna : http://blueewoke09.blogspot.com/
4. Biqque : http://biqque.blogspot.com/
5. Dr. Shah_rule : http://mystoryisonlifetimes.blogspot.com/

Till then...bye!


Wednesday, November 9, 2011

26 Fakta @ Auta...itu semua aku tak kisah!

Assalamualaikum! *versi Prof. Izi Haji Ali*

Wahhh....1st time kene tag ni. Tak penah lak aku rasa kene tag. Penah berangan, sapelah yang nak tag aku ni. Tapi sebabkan Fatt yang tagged aku, maka dengan segala kerajinan yang ada, aku try siapkan malam niiii jugak! Walaupun....hahah. 

Ehem-ehem. Sebelum aku start jawab. Aku nak mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....eceh, mcm nak jawab soklan SPM 5 tahun lepas pulak! Hahaha. 

[PART 1]

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas

Jawapan: Hurm...panggil aku John. Nape pilih nama John? Sebab kebetolan sahaja. Sebab nama nick aku dalam porem ialah bdk2 atau budak-budak atau budak tu. Ramai yang keliru, maka aku suggest panggil John je. Kalo nak letak nama Johnny Depp kang, Biqque cakap aku perasan lak. Hahaha...sori biqque. lol. Ringkasnya, aku seorang happy-go-luck, banyak cakap, lawak which i dont think i'm lawak, seorang yang pandai planning untuk travel (utk benda lain, mybe boleh try), suka travel! The main reason i do blogging. Hahahah.  The rest aku nak cakap, tak kenal maka tak cinta. Ewahhh!

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Jawapan: Mula terjebak pada akhir tahun 2009. Masa tu, baru je abes 6 bulan praktikal kat salah sebuah firma. Tak payah cakap la ek kat mana. Time tu dah angan-angan dah dengan duit praktikal tu nak buat travel pegi mana yang mampu. Plan nak pegi Korea sorang, time tu jugak kene sound ngn abah aku. Hahah. Ended up, pegi Singapore je time Xmas untuk 4h3n. Okla tu untuk permulaan. Mula betul-betul aktif abes blaja, pegi Hong Kong sorang-sorang untuk 5h4m. Gila gigih nak travel punye pasal. Lepas tu...kerja gila bermula bila dah start keje. Hihi...alhamdulillah...I'm living my dreams now. Owh ya, thanks to porem Cari. Kat situ, addiction untuk travel sendiri makin kuat! Addictive betol. Tak tau nak cakap macam mana. 

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

Jawapan: Honestly, aku masih baru dalam travel ni. Dulu ada terpikir nak guna travel agent untuk travel. Tapi bila dah merasa, rasa macam tak syiokkk. Tak puas. Tekadkan hati pegi travel dengan usaha sendiri. Dari beli tiket, booking accommodation, buat itenerary, buat budget dan lain-lain. Alhamdulilah...sukses jayanya. Aku cakap jujur, aku berada diantara traveller dan tourist. Sebabnya...aku nak travel but at the same time trying not to be 100% tourist. I don't want to be typical tourist who does shopping a lot! (Which sometimes i think i am, but i'm cutting a lot of my shopping expenses during travel), Taking a lot of pictures without realizing the true beauty that lies within the pictures itself. So far, I'm trying to be a great traveller which I think not all people can be a true traveller. InsyaALLAH....

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency

Jawapan: Hurm....so far backpacking @ memandai sendiri! Penah guna travel agent 2 kali sahaja time pegi Beijing and Medan, Indonesia. The rest....pandai-pandai la ye.

5. Siapakah travel partner anda?

Jawapan: Still searching. Hopefully, will be able to find one or two. InsyaALLAH.  Sekarang ni, masih try and error.


[PART 2]

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Jawapan: Dulu time aku kecik dalam darjah 3 @ 4 dah lupa. Penah pegi Phuket dan Hatyai, Thailand. Tu la lot first time aku pegi travel oberseas. Thanks to my parents! 

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

Jawapan: Mengikut urutan : Singapore, Hong Kong, Beijing China, New Zealand, Perth Australia, Bangkok Thailand, Medan Indonesia

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut

Jawapan: Tak pernah. Yela, baru nak start travel...takkan laaa nak ripit tempat sama 2 3 kali. Hihi..but I'll will visit again all the countries that I have been before. InsyaALLAH. 

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Jawapan: Nampak tak gambar kat sana. Betapa indahnyaaaa Lake Tekapo (pronouce as "Tikepo") Wallaaaa....tak puas duk kat sini aritu pegi. Banyak area Lake Tekapo yang aku missed. Plus, time tu winter so siang pendek. Memang tak dapat sangat nak menghargai betapa indahnyaaa....tak sempat nak piknik. Nak melompat pun tak sempat. Nak melawat gereja yang ada kat situ (takde niat lain ok! Islam yang satu!) Aku dengar ade ice rink kat situ. Banyak lagi nih tak cover!

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan

Jawapan: Tak nak jadik hipokrit kat sini. Mekah tetap nak pegi. Tapi dalam kepala otak aku ni masih lagi nak pegi negara lain dulu. Negara yang aku nak pegi ialah Amerika Syarikat, Afrika dan Greece! (Btw, kenapa europe tak masuk???) Coz, it's too cliche.

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti

Jawapan: Hurm...pengalaman kelakar yang aku takleh lupa bila pegi Beijing dulu, malam-malam duk kuar jenjalan. Nak beli buah dari street seller. Time tu memang rupa ayam dan itik duk bercakap lah. Dah la dengan chinese look yang ada pada diriku ni sememang dipandang seorang yang fasih berbahasa mandarin. Tapi yang basic tu tau la skit. Punyela lama duk diskus harga untuk sekilo. Mati-mati aku ingat anggur tu 5 yuan untuk sekilo, tapi rupenye 500gram je. Punyela susah nak faham...abes gaya duk buat ni haa...dah la time tu lori buah tu depan trafik lite kat jalan yang agak busy. Mesti orang duk pikir, gila ke ape. Hahaha. Pastu satu lagi, time duk bargain nak beli turtle neck sweater kat market kat Beijing. Punyela bengang di amoi tua ni siap baling kalkulator lagi sebab taknak kasik, bila aku dah blah tu dia panggil balik. Punyela senyum lebar aku sampai telinga. Takleh gambarkan heppynya yang amoi tua tu kalah! Hahaha. 

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti

Jawapan: Memalukan tu so far macam takde. Sebab well prepared. Alhamdulillah. Tapi yang buruk macam selalu buat orang yang travel dengan aku kecik hati, takpun aku marah dorang. To be honest, aku ni kadang-kadang hot-tempered skit. So, janggel, kemang, masmz, zilla please watch out ok! Kalo nampak aku macam nak mengamuk tu, terus hembus jampi serapah kat muka aku! Hahaha. But, I'm trying to be nice until end of the trip itself. InsyaALLAH. 

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?

Jawapan: Absolutely! Itu sebabnya badan aku dah macam anak gajah dah bila travel. Hahaha. Suka bakso kat Medan, kacang madu kat Beijing, Dimsum kat Hong Kong. 

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya


Jawapan: Kiri: Dimsum kat Masjid Ammar, Hong Kong. Kanan: Bakso kat penjual tepi jalan di Medan, Indonesia. Keistimewaan untuk dimsum, bila lagi nak makan dimsum halal kat Hong Kong. First time makan nih! Tersangatlaaaaa sedappp! Penah makan untuk kali kedua di Malaysia. Tapi rasanya tak sama. Memang terbaikkk! Bakso pulak, kat mana lagi kalo tak makan bakso kalo datang Indonesia. First time jugak makan. Pffftt...sedap bangat sih! Bebola daging dahla banyakkk makcik tu kasik. Kuah sup dia pulak memang terangkat!


[PART 3]

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

Jawapan: Depends ikut keadaan. Suka backpack lagi. Sebabnyaa sumenye di atas bahu. Beg troli ni memang leceh...kene heret sana, heret sini. Kalo travel sorang, definitely backpack!  

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan



Jawapan: Beg Deuter merah 60L kalo tak silap, first beg travel yang aku beli untuk pegi HongKong. Banyak sungguh jasanya. Macam-macam aku isi dalam tu dulu. Hihih. Untuk g Korea ni pun, aku akan bawak dia jugak. Beg hitam vertikal. Aku beli untuk pegi New Zealand. Beli kat Pertama Kompleks. Agak praktikal dan tak terlampau gabak macam Deuter Merah tu. Dah penah bawak pegi Medan, New Zealand, Perth, Bangkok. Banyak jugak boleh sumbat! Beg adidas rm10 aku beli kat uptown Shah Alam. Banyakk sungguh jasanya dalam membawa souvenirs dari oberseas. Sangat setia pada aku walaupun RM10. Berbaloi gilaa....Setiap tempat aku dah penah travel, tak penah miss bawak beg nih. Beg biru Nike RM25 kat uptown Danau Kota. Berusia sama macam Deuter Merah tu. Banyak jugak jasanya kat aku. Suka bawak ni bila travel sendiri. Sebab kecik dan sesuai bila nak kuar jejalan. Dah penah ikut aku pegi semua tempat travel yang aku penah pegi. 

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti

Jawapan: Panadol dan ubat selsema, payung dan jaket! (Yang biasa bawak tentulah duit, makanan, dan passport!)

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe

Jawapan: Hurm...makanan, laptop, kad pengenalan. Hahah. 

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)

Jawapan: Update blog malam2 time travel. Wajib...kalo takde kompiter atau laptop, sanggup karang karangan spm dalam buku nota supaya tak lupa kemudian hari dah kurangkan masa untuk karang bila dah balik. Amek gambar dah jatuh hukum wajib! 

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

Jawapan: Of coz laaa seorang yang taktau malu! Suka bergambar. Tapi aku rasa pose aku yang bergaya sangat handsome biarlah jadik tatapan bakal bini aku sahaja. Tak elok riak. ;p

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah



Jawapan: Aku rasa..ni lah post yang paling banyak aku letak gambar yang ada muka aku. Takpelah...skali skala. Hensem tak aku? Hahaha. *RIAK*

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Jawapan: Sudah semestinya! Fridge magnet adalah yang penting, kemudian t-shirts! Then, keychains, sweaters (ikut tempat, tak semua tempat beli sweaters)

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Jawapan: Untuk ahli keluarga adalah wajib. Aku suka belikan untuk adik-beradik aku macam-macam. Untuk kawan-kawan, aku dah suka memilih untuk siapa yang aku akan kasik. Walaupun rapat, tak semestinya orang itu akan dapat. Ikut budi bicara atau sebab kes sentap. Hahaha. Tak perlu nak beli untuk semua orang, kalo orang tu suka meminta tapi balasan tarak. *Mode:berkecil hati, dah geram*

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

Jawapan: New hobby, postcards! Mesti beli banyak...untuk koleksi dan post untuk kawan yang baik hati. Takde nak berkira. Thanks kat sapa2 yang kasik aku postcards! Cantikkkkkk! 

[PART 4] 

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

Jawapan: Hong Kong: Sebuah bandar yang maju. Walaupun jalan-jalan agak kecik, tapi sangat bersih, penduduk yang bertamadun serta suka jalan dengan laju. Sampai aku pun terikut sama dan lupa jugak pembersih! Beijing: Bandaraya yang berkembang pesat, tapi mentality sesetengah penduduk masih lagi ditakuk yang lama. Pengotor dan suka kencing merata. Tetapi sangat berusaha dalam perniagaan. Tak kisah erti jemu dan jugak degil. Sebuah negara yang penuh dengan warisan tamadun dunia. New Zealand: What can i say more, one of most beautiful country in the world. Setap road trip, seakan-akan lukisan. Penduduk yang ramah dan suka menolong. Sangat mematuhi peraturan jalan raya, hormat kat orang lain dan lain-lain. Menjaga serta memanfaatkan apa yang ada kat negara dorang. 

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

Jawapan: Saya berangan kerana cita-cita saya selepas bekerja adalah untuk travel sebanyak mungkin negara yang saya mampu pergi. InsyaALLAH. This is my passion. Biar hidup sederhana, tapi pengalaman yang ditimba tak terucap oleh kata-kata. A quote from St. Augustine "The World is a book and those who not travel only read one page". Semoga para travellers semua dapat mengejar cita-cita kita ini. Amin... tapi kanm kadang-kadang aku berangan kan best kalo ade Doraemon. Boleh mintak pintu suka hati...boleh pegi mana-mana je yang aku nak!

Soalan Bonus :Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)


Jawapan: Letak yang ni boleh tak? Coz....i'm travelling while I'm single. Hahaha.


Fuhhh...abes jugak aku jawab soklan ko ni Fatt. Thank you sebab sudi tag aku. Gigih ni aku duk type. Hahahah....

Till then...wasalam.