Assalamualaikum!!!
Salam 1Malaysia (sambil angkat jari telunjuk)
Macam mana dengan Matta Fair 2013? Ada banyak deals yang menarik yang dah dibeli? Aku? Jumaat lepas dengan kawan-kawan and we really had so much fun! Thanks guy... Sabtu? Ada wedding and discussion yang amat amat amat penting. Ahad? Kerja kerja kerja! So, memang tak pegila aku ke Matta Fair tu. Takpe ade rezeki boleh terjah edisi ke-2 lak maybe dalam bulan Ogos atau September 2013.
Okeh... tanpa buang masa jom aku sambung trip aku lak ke Surabaya yang tak abes-abes lagi. Maybe permulaan tahun 2013, aku nak buat entry based on places of interest untuk setiap trip aku. Tapi harus diingatkan masih dalam ikut turutan hari (kira itinerary la tu secara tidak langsung). I mean in sequence and bukan berterabur. Sebabnya ada sesetengah orang mintak itinerary dari aku. Haiii... takkan tak boleh jot down tulis je based on entry? Nak aku kasik email softcopy ke? Which i don't have my dear... nak pape, kene la usaha skit. Ye dok?
Sambil-sambil aku type entry ni, nak aku luahkan sedikit rasa hati aku dari pemerhatian aku sebagai blogger yang duk karang entry pasal travel. Majority masyarakat kita tak suka kalo kita bercakap besar atau gebang atau cakap lebat. Tapi dalam penulisan di blog, bila dibaca iannya akan kedengaran seperti macam betol-betol riak. Padahal in real life, benda yang dicakapkan tu sekadar nak poyo ataupun suka-suka. Tapi takpe, kita takkan boleh puaskan hati semua orang. Just be yourself. By the way... my observation aku lagik. You don't have to do the same treatment as what other people did to you. Kalo dalam bahasa lainnya, balas budi. Aku perasan, ada sesetengah readers (tak semua) maybe tak suka the way aku tulis. Sorry abang, akak, pakcik ataupun makcik, i don't want to please you and the way i'm writing my blog is my right to do so. Tapi kalo aku pegi komen blog ko, tak perlula terhegeh-hegeh komen balik kat blog aku dalam hari yang sama pulak tu. Ok benda ni dah lama berlaku dan aku perasan. Nampak tak kat situ macam dia obligated untuk balas balik komen tu kat blog aku. Rasanya tak perlu la kot. Nak komen biarlah seikhlas hati... tak komen pun takpe. Bukannya dapat duit pun kalo komen. If i'm wrong, please do correct me. Thank you.
Wahhhh dah panjang type nih. Ok jom sambung. Perjalanan dari Probolinggo (Bromo Permai Hotel) kali ni kami akan menuju ke 1 lagi destinasi gunung berapi yang terkenal di Indonesia ni. Kami check-out kira-kira jam 11 pagi sempat bergambar dengan 2 orang gadis Singapore tu. Yela, dah jadik kawan walaupun tak sempat nak amek no. handphone. Dorang akan terus berjimba-jimba di Surabaya pulak.
Pengalaman yang dikutip hari semalam adalah amat dikenang. First time tengok gunung berapi yang aktif. Kalo my mummy daddy tengok ni, boleh pengsan. Yela, most of my trips tak penah pun bagitau. Adik-adik aku je yang tau. Yela, kalo bagitau confirm risau je manjang. Tapi bertawakal jela supaya semuanya selamat. InsyaALLAH. Hari yang masih penat sebab bangun awal pagi untuk tengok sunrise dan daki Gunung Bromo tu. Yela, sepanjang hidup mana pernah daki gunung wey... orang bandar katanya. Ewahhh~ Tapi sempat jogging skit-skit untuk tingkatkan stamina yang tak brape nak ada ni. Apa yang kami lalui ni Probolinggo adalah permulaan sahaja sebabnya di Gunung Ijen nanti bakal menguji kami semua nanti kecuali Masmz. Dia hebakk woooo.... jangan main-main.
Perjalanan menuju ke Gunung Ijen dari Probolinggo dikatakan mengambil masa kira-kira 5 - 6 jam perjalanan. Lama okeh! Boleh kematu bontot lama-lama duk dalam kete. Tapi kami pasrah. Perjalanan turun dari Probolinggo ada hujan turun renyai-renyai turun menyejukkan tanah yang indah ni.
Bukti hujan turun.... |
Perjalanan yang panjang yang harus ditempuh ni memang menguji rasa sebabnya lama kot duk dalam kereta. Menyesal tak bawak USB lagu-lagu untuk pasang kat kereta ni. Hanya ada 38 lagu sahaja dalam pendrive Janggel. Pastu duk ulang-ulang lagu tu jela. Yela, takkan nak pasang radio Indonesia ni. Lagu yang bukan selalu dengar untuk menyegarkan halwa telinga kita nih. Time waktu lunch, Pak Hafidz suggest untuk makan tengah hari dulu di sebuah rumah makan... Time ni bila keluar giler panas membahang. Order makan biasa-biasa je, total kos untuk makan tengah hari ni adalah IDR113,000 untuk 4 orang makan. Mahal skit aku rasa tapi bayar jela. Pastu ayam panggang dia giler pedas! Ini diakui oleh Kak Coco.
Kiri: Nasi putih + ayam panggang. Kanan: Nasi Rawon Daging |
Kami bergerak meneruskan perjalanan balik lebih kurang jam 2 petang. Tapi kami suruh Pak Hafidz suruh bawak kami ke surau yang berdekatan. Nak solat jama' qasar terus. Dia bawak kami singgah di sebuah stesen minyak yang ada surau yang agak elok keadaannya. Actually, kat situ dia tulis masjid, tapi aku tengok macam surau je. Yang penting bersih. Dari pemerhatian aku, kat setiap stesen minyak kat area Surabaya ni memang ada proper surau untuk kita menunaikan ibadat. Surau dia bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Tapi i mean proper surau yang agak besar. Sepanjang perjalanan dibawah langit biru yang sungguh cantik, keadaan jalan raya yang elok memang melancarkan perjalanan.
Surau/Masjid tempat kami solat di sebuah stesen minyak. Open air yooo~ |
Perjalanan kami diterusnya. Tapi sebelum sampai ke Gunung Ijen. Pak Hafidz dah berjanji nak bawak kami ke Tanjung Papuma untuk tengok sunset. Haaa... sejak kenal dengan kawan-kawan #Travelholicawesome ni, moment ketika sunset dan sunrise adalah harus untuk melihat keindahan ciptaan Allah Taala yang indah. Kiranya golden moment tu tidak harus dipersiakan begitu sahaja. Lokasi pantai Tanjung Papuma ni bukan dekat pun sebabnya kene masuk ke kawasan kampung, pertanian, ladang getah sebelum sampai ke pantainya. Kami sampai di Tanjung Papuma lebih kurang jam 5 petang. Just nice untuk tengok sunset.
Sementara menunggu matahari nak terbenam lebih kuran jam 6.30 petang macam tu, kami just bergambar di pantai. Time petang-petang macam ni ada ramai orang bersiar-siar bersama keluarga. Ada yang buat couple photoshoot pun ada. Seronok tengok reaksi 1 famili amek gambar ala-ala Titanic. Mampu tak macam tu? Hahaha... Kat sini pun ada gerai-gerai makan yang menjual makanan seafoods dan ikan bakar. Kata Pak Hafidz kalo nak try pun boleh sebab harganya agak murah dan sedap. FYI, kawasan Tanjung Papuma ni merupakan dalam kawasan Taman Negara. Memang semuanya dijaga dengan rapi plus pokok-pokok kat sini agak unik dan jarang kelihatan. Later, sebab dahaga kami singgah kat sebuah gerai untuk minum air kelapa.. dari buah tu sendiri. Hahaha
Jom layan gambar....
Lebih kurang jam 6 petang, Pak Hafidz ajak kami untuk pegi tengok sunset tu. Tapi kene mendaki skit anak tangga kira-kira 10 minit untuk sampai ke puncak tebing atau clift yang tinggi. Yela... nak tengok sunset yang cantik haruslah dari tebing yang tinggi. Time ni tak ramai orang langsung kat clift tu. Hanya kami dan beberapa orang lain saje. Awesome!
Menurut Pak Hafidz, kat sinilah titik pertemuan laut Indonesia dan Australia. Tapi kita takkan nampaklah sebab jauh dari pandangan mata. Tapi pemandangan kat situ memang sangat-sangat SubhanaALLAH.... sangat cantik gilerrrrr!!! Menunggu setiap detik dan ketika sebabnya matahari petang ni sangat cantik plus awan berkepul cantik.
Ayuh layan gambar...
Pulau kat depan tu dikatakan tidak berpenghuni.... |
Dah abes melayan matahari terbenam.... kami meneruskan perjalanan. Time ni macam nak masuk waktu Maghrib dah. Perjalanan masih lagi jauh ni. Kami masih ada lagi lebih kurang 2 jam perjalanan yang harus ditempuh. Tapi duk dalam kereta membuta jela. Pak Hafidz tanya kami kat mana nak makan malam. Kami just cakap kita tapau KFC jela then makan di accommodation kami di Gunung Ijen je. Taknak buang masa katanya....
Lebih kurang jam 10.30 malam, akhirnya kami selamat sampai di Arabica Homestay yang telah ditempah bersama pakej kami tu. Senang dan tak payah pikir. Keadaan agak sejuk dan berkabus. Terus check-in. Makan dan tido terus. Yela kami kene bangun jam 12.30 pagi untuk bersiap nanti.
To be continued..
Till then... wasalam.
SUbhanAllah!!!! Cantiknyer pemandangan and especially the beautiful sunset, envy you for getting to travel a lot!! :))))
ReplyDeletexx
farah
Cantik. Especially yang tepi laut ada batu-batu besar tu, macam Great Ocean Road di Melbourne :)
ReplyDeleteuik ada gak org mcm tu yg pasti bukan JM kan ahakssss sbb mmg suka blog walking xkesah org baca atau x blog JM yg pasti JM mmg suka blogwalking aduh panjang lak komen nyer
ReplyDeleteJohn, bila tgk je semua pic ni jiwa jd tenang :-)
teh botol! mmg best! :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebiasa la 2...
ReplyDeletemanusia di luar sana suka menjadi tuhan, menghukum org lain sesuka hati...
sabar je la ye...
btw, siyes ke sepanjang masa nie parents x penah tahu yg ko p jln2 luar negara??!!!!!!!!
gila awesome law mcm 2...
aku yg laki pun susah nk dpt permission dari parents...
nk wat mcm mane, den je satu2 ye laki yg leh harap dlm family compare dgn adik den...
[sori coz ter riak sekejap]
>_<
hahahhaaa... sempat lagi tuh sesi luahan hati katanya.....
ReplyDeletemasa kat pokok2 tak berdaun tu, kalao tak mengirakan penat, dah berhenti lari-lari shooting kat dalam tu mesti cantik... haihhhhh #sambil geleng kepala... takpelaaa
i agreed no more...
ReplyDeletesabo ajela jon..
tak sume org kita suka...jugak
tak sume org suka kita...
kan?
pesal mcm nak lempang aje jon masa buat bentuk 'heart' tu kat sunset?
hahahahahah.....
(nasib baik cantik gambo tu,kan?)
subhanallah, sunset tu memang sangat cantik hokey~...tambah-tambah gambar yang pegang matahari tu, kreatif betoi...ala john, janganlah ambik hati sangat, maybe secret admire ko kot, hehe...
ReplyDelete@Farah,
ReplyDeleteTerima kasih... tak perlu envy. hanya perlu ada determination utk buat something yg kita nk buat. ;)
@Naramas Aman,
mmg cantik akak! mmg betol mengingatkan sy kat GOR. x puas. ~ ;)
@Jari Manis,
heheheh terima kasih sbb buatkan jiwa anda tenang. ;)
@Hazwan,
aku x suka sgt sbb rasa dia lain... hehehe
@Takky,
hahah aah majority trip aku dorang taktau. tp mcm trip NZ dlu mmg dorang tau. yg lain2 tu dorang tau bila aku dh balik dgn selamatnya. tp aku x stay dgn fmly so agak senang kalo nak merayap mana2.
@MasMZ,
ReplyDeletehahaha kannnn~ tp xleh nk buat mcm tu sbb mengejar masa katanya kalo tidak msti dh lama berhenti dah. hahaha.
@Kak Anash,
motif akak nak lempang saya? bukan akak ke yg amek? hahaha.
@Orga,
terima kasih... moment yg sgt best time tuh! ;)
Motif sangat ada sesi luahan rasa di tengah2 entry hahahahaa.
ReplyDeleteAku suka....
Pergghhh Cantik sungguh pemandangan ciptaan Allah. Asyik bangatt!!
ReplyDeleterindu la plak kat nasi rawon
ReplyDeletenasi putih + ayam panggang = terbaik + terbestttt! hahaha
ReplyDelete#untungla blogger fofular siap buat disclaimer lagi ha koooo...hahahaha!
ReplyDeletemotip buat love blkg sunset? hahaha comel sgt!
Cantikkkkk gambar sunset itewww...
ReplyDeleteCantik sesgt...esp tang awan2 nano tu...sementelah mmg I am mad abt cloud...suka melihat formasi yg terbentuk dek kepulan awan tu...
ReplyDeleteThnx for d sharing...good job & keep it up.
My son is sharing the same dream with you..tp makcik (adoyai tak sedapnyer bunyi...) kata abiskan study dulu..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteteringat korang citer macammana nak dapatkan shot sunset tue sambil nampak lalang tuhhh
ReplyDeleteheheheheeeee
terbaik la gambossss
@Janggel,
ReplyDeletehahaha thank you for your support!
@Miey,
mmg cantik... nnt sila dtg terjah okay! ;)
@Kay,
hehehe silalah ke sana... boleh makan selalu~ ;)
@Ceklala,
mmg terbaekkkk! my fav! ;)
@Biqque,
hahahah haruslah kata tuan empunya badan pun comel lote~ hahaha sarangaeyo!
@Rozita,
Terima kasihhh! mmg cantik sgt! ;)
@Norizah Noor,
thank you for your support akak.. takpe abeskan blaja dulu, nnt bila dh keje travel la puas2. heheh
@Maszuber,
hahahah oppps! kantoi disitu~
salam.. 1st time Alycia jumpa blog ni Alycia dh teruja.. salam kenal dr Alycia.. suka bc blog ni sbb catatan perjalanan yg dikongsikan...
ReplyDeletei follow u ;)
semoga blog ini dpt dijadikan panduan utk Alycia merancang traveloge Alycia di ms akan dtg.. tq ;)