Tuesday, March 26, 2013

Surabaya, Indonesia - Part 9 : Arabica Homestay & Masjid Muhammad Cheng Hoo

Assalamualaikum!!!

Been busy this week. Really hectic! Balik terus tido dan bangun balik kerja. Kan best kalo ada duit turun dari langit. Sebulan skali ada 1 peti duit dalam bilik, perghhh nikmat hidup. Tapi tu dalam alam fantasi jela. Kalo betol pun, apa asalnya. Ye dak? Hahaha. 

Pejam celik, pejam celik... perjalanan aku dan kawan-kawan lain di Surabaya hampir berakhir. Pasni trip ke mana pulak? Hahaha... runcit-runcit aje la gamaknya. Berjalan jugak ye dak? Ok... jom aku sambung. Harapnya entry ni pendek jela. Aku tak brape nak ada cerita panjang-panjang nak karang. 

Balik je dari Gunung Ijen kira-kira jam 8 pagi tiba kami semula di Arabica Homestay. Aku baca-baca this homestay agak mendapat bad reviews tapi actually for me, good enough to spend a night there. Clean dan comfortable. Ni gambar persekitaran yang agak kemas, rapi dan terjaga. Harus diingatkan kawasan Arabica Homestay ni terletak dalam kebun. So, kawasan disekelilingnya ada banyak tanaman. Yang aku notis adalah pokok-pokok kopi. Tapi takdelah sempat kami duk berlari anak dalam kebun tu. Masuk je bilik terus berguling atas katil, dapatlah lelap 30 minit sebelum mandi dan bersiap dan check-in. Pak Hafidz kasik kami sampai pukul 10 pagi. 




Homestay kami yang diberi nama Wisma Strawberry. Kat dalam ni ada 4 bilik. Setiap bilik ada 1 double bed plus ada attached bathroom untuk setiap bilik.


Dah semua dah siap packing... kami mula bergerak menuju ke Surabaya City balik. Perjalanan memang agak jauh kata Pak Hafidz. Dek kerana keletihan... sepanjang perjalanan agak memenatkan. So, kami semua tido dengan selesa dalam minivan kami. 

Sebelum kami sampai di Surabaya City, Pak Hafidz bagitau kami perlu tukar transport kami sebabnya lepas dia hantar kami di Surabaya City, dia akan terus amek pelancong lain seramai more than 10 persons untuk trip yang seterusnya yang akan memakan masa seminggu. Katanya agak bermula dari Surabaya --> Jogjakarta ---> dan aku dah lupa. So, untuk tukar minivan kami ke minibus yang agak besar, dia singgah dulu kat rumahnya yang terletak di Probolinggo. Sebelum sampai tu, kami agak skeptikal yela... nanti makan tengah hari dirumah dia ke? Ke singgah kejap ke je? Yela... taktau macam mana keadaan rumahnya nanti. Biasanya perasaan menerjah diri aku. 

Kami sampai di rumah Pak Hafidz kira-kira jam 12.30 tengah hari. Kami sampai di sebuah rumah pangsa kira-kira dalam 5 tingkat ada 2 blok. Kawasan sekitar bersih dan teratur. Takde sampah merata-rata pun. Rupanya ni lah keadaan rumah kos rendah dorang atau kat Malaysia kita panggil rumah PPRT (projek perumahan rakyat termiskin). Kalo kat Malaysia tentu dah agak apa nama ni... crowded. Tapi kat sini macam tenang skit plus dibuat di sebelah sawah pagi. Katanya lagi sewa rumah hanya IDR100k/sebulan. Kami sempat solat zohor kat surau yang disediakan... Lepas tu, dijemput naik ke rumahnya. Semua lantai adalah berjubin putih dan bersih. Setiap rumah hanya ada 1 bilik yang agak kecik. Pak Hafidz ada 3 orang anak yang dalam lingkungan 2 tahun hingga 7 tahun. Kami spent kejap je... lepas tu kenderaan kami yangs seterusnya tiba. Terus bergerak menuju ke Surabaya City

Singgah makan di sebuah kedai makan yang ada wifi. Hehehe heaven! 




Patutnya... sebelum kami sampai ke Surabaya City, kami akan ke Malang untuk buat aktiviti memetik buah epal. Tapi disebabkan hari hujan plus masih lagi jauh dan hari semakin petang, so kami dah decide untuk skip ke Malang dan terus singgah ke Masjid Muhammad Cheng Ho di Pandaan. 


Sedikit info mengenai Masjid Muhammad Cheng Ho.

~ Masjid Muhammad Cheng Ho Pandaan, Pasuruan merupakan salah 1 dari 3 masjid Cheng Ho di Indonesia. 2 lagi lokasi adalah di Surabaya dan di Palembang. Tapi masjid Cheng Ho di Pandaan merupakan  yang paling cantik sekali. Masjid ni dibiaya sepenuhnya oleh pemerintah Kabupaten Pasuruan. Ianya terletak di jalan raya Malang - Surabaya - Trawas - Tretes. Lokasi masjid ni terletak di satu daerah yang memiliki pemandangan yang indah menjadikan tempatnya indah nan permai.~ untuk keterangan lanjut pasal masjid ni boleh klik ---> SINI













Perjalanan diteruskan ke tempat penginapan kami yang seterusnya... lebih kurang jam 8 malam dah sampai dengan selamatnya walaupun sedikit sesat untuk sampai ke Krowi Inn. 

Tu nanti aku ceritakan dalam entry seterusnya... 

Till then... entry orang malas. Wasalam. 


8 comments:

  1. nk order ayam bacem satu :-)
    restoran ni jual masakan aneka ayam je ek nasi dan sayur x de

    ReplyDelete
  2. cantik ye masjid die?
    btw apa nama lauk dlm gamba bwh menu 2?

    ReplyDelete
  3. Tak cuba ke makan ayam taliwang tu? Akak suka ayam taliwang, tapi akak makan di Lombok. Sedap sesangat :)

    Homestay tu nampak ok dan tepi sawah pulak tu. Bestnya.

    Syot gambar Masjid Cheng Ho tu cantik-cantik. Bokeh tu cantik bebenor. Akakpun singgah di Masjid Cheng Ho yang cantik ni semasa pulang dari Trawas ke Surabaya city. InsyaAllah akan akak blogkan nanti. Tapi kembara akak lain sikit :)

    ReplyDelete
  4. Saya nak order ayam lapis kacang satu.
    nasik separuh. air suam je ye.

    ReplyDelete
  5. Saya masih teringat-ingat kempunan aksi memetik epal.... terpaksa minta Immigresen Indon cop pasport lagi! ekekekekekekeke...

    ok... teman pun sibuk yakmatssss... babaiii

    ReplyDelete
  6. entry malas jenis apakah ini?
    akak pun sibuk
    huhuhu....
    (tapi sempat komen?)
    iya..masjid tu bersih yaaamaatt..

    ReplyDelete
  7. first time aku tengok masjid kaler merah terang gini, memang cantik.ala..takda aktiviti memetik epal ker :(

    ReplyDelete