Saturday, March 9, 2013

Surabaya, Indonesia - Part 5 : Savannah & Pasir Berbisik

Assalamualaikum!!! 

.: Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang bangsa di Lahad Datu, Sabah. Semoga roh anda ditempatkan di antara golongan para syahid. InsyaALLAH:. 

********************

Lebih kurang jam 6 pagi kami mula turun dari Penanjakan 1 untuk turun ke kaki Gunung Bromo. Ye.. pukul 6 pagi, matahari sudah mula memancarkan cahaya yang terik. Bila dah sampai ke kawasan parkir Gunung Bromo tu, kami cadangkan supaya terus ke Savannah dulu sebabnya macam ramai orang je kan tengah nak mendaki Bromo tu. Ayuhhhh la kita... perjalanan menuju ke Savannah dari kaki Gunung Bromo tak jauh pun kira-kira dalam 20 minit perjalanan. 

Sepanjang perjalanan hanyalah pasar pasir yang tandus. Yela.. ni kan kawasan gunung berapi. Kita sekarang  berada atas kawasan yang pernah disaluti lava-lava yang panas. Pemandangan hanyalah gunung-ganang yang memukau pandangan. Tetapi perjalanan tidaklah selancar macam jalan atas highway yang bertar. Tetapi jalan yang tidak rata dan berlubang. Haha ibarat kata Janggel, macam duk dalam blender. 


Jalan yang menuju ke Penanjakan 1 pagi tadi... sempit je kan? Driver jeep ni bawak laju okay! Hahah

Selepas melalui kawasan padang pasir, sampailah kami ke tempat yang dinamakan Savannah. Saujana hijau yang cukup indah untuk mata memandang. Sebelum ni aku hanya tengok kat Google Images je. Tapi kali ni aku tengok dengan 2 bijik mata aku sendiri. SubhanaALLAH... sangat cantik! Macam kat overseas! Eh, aku warga Indonesia ke? Untunglaaa kak Anash sebab dapat ikut kami travel. Sila sujud syukur sekarang! Hahaha. 

Kami membuat langkah yang cukup bijak sebab datang ke sini dulu instead of pegi daki Gunung Bromo. Apa sebabnya? Time kami sampai di kawasan parkir, adalah lebih kurang less than 20 jeeps je. Kira tak ramai mana la orang kat sini. Plus masih lagi kelihatan kabus-kabus pagi yang berterbangan yang menghadang pemandangan puncak gunung yang tidak aku ketahui namanya. Disebabkan excited gigil-gigil, cepat kami keluar dari jeep untuk mengambil gambar. Hari masih lagi awal... cuaca sangat bagus dan langit sangat biru! Alhamdulillah... hajat tercapai. 

Layan gambar jela... biarkan gambar bercerita. 










Bertukar pakaian. Haiyarkkk! Dari kiri atas, jembalang hitam, taukey minyak urut, ulama terkenal, tak lupa Ramlah Ram! 



Kemudian... selesai bergambar sakan kat Savannah ni, kami bergerak pula menuju ke Pasir Berbisik pulak. Ingatkah anda semua tadi aku sebut padang pasir yang tandus? Kat situlah sebenarnya Pasir Berbisik. Apa yang pasir tu duk bisikan? Bomohan? vodoo? sumpahan? ke gosip kosong? 

Kami suruh driver jeep berhentikan kami di suatu tempat yang memang belom penah dijejaki oleh tapak kaki lagi. Kiranya clean and clear je tempat tuh. Terus keluar turun untuk bergambar? Kenapa dikatakan tempat ni sebagai Pasir Berbisik? Dengarnya.. kalo keadaan sekeliling senyap sunyi, kita boleh dengar pasir-pasir ni bergerak ditiup angin. Kiranya macam... psst~ psst~ psst~ haaa... berbisik la tuh! Tapi disebabkan kawasan sekeliling asyik duk dengar bunyi deruan enjin jeep takpun motorsikal. Hancur punahlah harapan itu. 

Ayuh layan gambar lagi wahai anak-anakku~ 








Nextt.... kita akan mendaki Gunung Bromo! 


To be continued.... 

Till then..wasalam. 

15 comments:

  1. Assalamualaikum Pemenang Award!

    Cantik gambar-gambar bokeh tu. Gambar-gambar member yang pakai jubah, Ramlah Ram tu kelakarlah.

    Pernah tengok tak filem Pasir Berbisik? Filem itu agak heavy sikit dan kena concentrate betul-betul kalau nengoknya.

    Akak dah sampai Bromo ni, tapi tak dapat ke Pasir Berbisik ni sebab masa tu tanah runtuh jadi tempat tu ditutup.

    ReplyDelete
  2. @Naramas Aman,

    Waalaikumussalam perantau. Terima kasih akak. ;)

    Ramlah Ram dari Malaysia akak. hehehe... sampai sekarang kami duk panggil dia ramlah. Owhhha ade ek filem tu. nnt sy usha2 mcm mana cerita dia.

    tanah runtuh kat bahagian mana akak? mcm musykil je.

    ReplyDelete
  3. Macam kenal je penjual minyak urut tu..mcm pernah ku lihat..tetapi di mana yah haha..Janggel.Janggel.dan mcm rupa Pak Arab...larikkkk

    ReplyDelete
  4. Filem Pasir Berbisik tu dah lama, tahun 2001, lakonan Dian Satrowardoyo, Christine Hakim, Slamet Rahardjo. Akak ada VCD dia. Tapi dlm youtube pun ada.

    Masa akak pergi Bromo tu, bulan Nov 2012. Jalan nak masuk situ ditutup dengan palang, siap ada pengawal. Dia orang kata ada gelungsuran, sebab masa itu hujan lebat. Tak pasti di bahagian mana. Katanya bahaya. Jadi kempunanlah kami.

    Masa cuti raya China baru ni akak ke Surabaya lagi tapi tak ke Bromo.

    ReplyDelete
  5. Ramlah Ram sangat!!! Mana Sleeq??? Mana???

    Sangat khurafat tadah tangan ngadap bukit tuhhh weiiiiiiiii.....

    ReplyDelete
  6. MASYALLAHHH..indahnya dunia... terasa macam nak ke sana je..

    ReplyDelete
  7. @Jari Manis,
    hahaha penjual minyak urut! hahaha gigih okeh bawah jubah dari malaysia.



    @Naramas Aman,
    owhhh akak pegi skali dgn trip ke jogjakarta tahun lepas. sy pun actually ade a few places kat surabaya itu sendiri tak sempat nak terjah. maybe ade rezeki insyaALLAH...



    @MasMZ,
    hahahah ade kat spore sleeq tuh! hahaha



    @Azian Elias,
    SubhanaALLAH kan akak... kene buat trip geng akak pulak ke sana ye. Hanoi dah pun terjah. hehehe

    ReplyDelete
  8. Taukey minuak urut? Ulamak terkenal? Macam babis sangat hahahhahahaaa


    Itu je???

    Sama je ko ngan kak anash

    Kbai

    ReplyDelete
  9. Perghhhhhhhhhhhh penangan 50mm..terbaek bro! tempatnye pun cun..nasib aku dh tgk awal2 preview gambar ni hari tu..puas hati kekekeke..

    ReplyDelete
  10. hamboiiiii cantek nyer gambar! tahun dpn sila masuk category photography pulak ye! hehehehe!

    ala dari dulu gambar2 ko mmg menjadi idamanku...cun! nak2 tempat2 yg korang pi pun best :) #untungla berarabian kat savannah!

    ReplyDelete
  11. cantik, cantik...boleh masuk list melawat ni...

    ReplyDelete
  12. awesome pics!! rasa mcm nk pegi jugak..

    ReplyDelete
  13. Good work you done here and sharing amazing pics.
    Airport Taxi

    ReplyDelete
  14. meh sini jembalang itam nak komen...

    iya..akak bersyukur sebab korang ajak akak...
    tanpa akak..sape le korang...(pulak?)
    hahhaha...

    apa punya pendek entry nih?
    (sama cam akak...kan? heheheh...-sambil jeling janggel...)

    ReplyDelete