Showing posts with label Opinion. Show all posts
Showing posts with label Opinion. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Kajian Pengaruh Blog Pelancongan Terhadap Keinginan untuk Melancong

Assalamualaikum!!!

Entry ni special skit sebab aku dalam usaha membantu salah seorang daripada pembaca yang menjalankan kajian pengaruh blog pelancongan terhadap keinginan untuk melancong. Aku rasa tajuk ni agak penting sebab sejak adanya banyak travel blogs yang aku rasa tumbuh bak cendawan ni, memang menimbulkan rasa ingin travel jugak. Betol ke idok kawan-kawan? Haaa...

Kalo macam tu, why not spend about 10 minutes to help her fill up the survey attached. Senang dan ringkas je soalan dia.




~Terima kasih daun keladi semua~

Thursday, November 29, 2012

Tips | Cara Kaki Berangan merangka perjalanan!

Assalamualaikum!!!

Sori lama tak update blog pasal kisah Jogjakarta. Terpaksa aku stop dulu sebab keje aku kat ofis tu terlalu banyak. Pening dah aku nih!

By the way, dalam entry khas ni aku nak reveal macam mana aku merangka setiap travel plan aku dari awal hingga akhir. Dan aku harap korang-korang sume yang secara halusnya baru nak belajar travel, maybe boleh amek sedikit atau taknak amek langsung pun takpe panduan dari aku yang tak seberapa mahir dalam dunia travelling ni.

1. Mempunyai tiket kapal terbang!
Itu adalah motto aku dalam kehidupan yang suka travel. Aku kalo boleh tak suka duk canang satu dunia yang aku nak pegi sana, pegi sini. Tapi ended up, tak jadik! Sebabnya, tak semua orang suka setiap angan-angan kita tu. Maybe kalo orang yang berhati busuk tu, akan mendoakan supaya trip kita tak jadi. Alahai...~ kesian mak jemah nanti. Adalah lebih elok, kalo angan-angan kita tu kita rahsiakan dulu (plan dengan travel partner senyap-senyap) dan bila ada promo tiket murah, terus grab! Then, barulah boleh bukak cerita kat orang lain. Kalo nak rahsiakan pun, lagi bagus! Jangan gigil-gigil tau!

2. Mencari tempat-tempat menarik yang ditawarkan.
Bila dah beli tiket kapal terbang, kita dah boleh start dengan mencari tempat-tempat yang berbaloi dan best untuk dilawati. Boleh list down tempat-tempat tu dalam Word atau notepad. Kajian tempat-tempat ni kita boleh mendapat idea dengan membaca forum, blogs ataupun mana-mana website yang korang Google. Ketahui musim anda lawati dengan menggunakan Google Search! Tahu musim apa yang akan anda lawati.

3. Merangka itinerary perjalanan.
Bila dah list down semua tempat nak pegi. Boleh start pulak dengan merangka itinerary. Try to know your main destinastion (tempat tinggal), carik jarak perjalanan dengan menggunakan Google Maps. It will help you a lot in giving the rough travel time as well as route selected. Try untuk menulis ataupun jot down berapa jauh setiap lokasi dari hostel atau hotel tempat anda menginap. Tengok jugak Maps kat Google tu samada sesuatu tempat berada di Barat, Timur, Utara ataupun Selatan. Susun setiap tempat tu mengikut arah perjalanan anda samada dari Barat ke Timur ataupun Utara ke Selatan. Supaya adalah mengelakkan kejadian membuang masa di dalam kereta, bas ataupun keretapi. Boleh buat clockwise ataupun anti-clockwise.

4. Public transport.
Buat research bagaimana anda akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Samada termurah atau termahal yang ada carik. Sumenye bergantung kepada budget masing-masing. Try to eliminate travel time kalo anda mempunyai percutian jangka pendek. Sume berguna selalunya akan didapati dari kawan-kawan, bloggers, ataupun forum. Yang paling penting Google Search adalah amat bagus!

Yang paling penting, untuk memandu di Australia ataupun New Zealand : LESEN MEMANDU MALAYSIA ADALAH BOLEH DIGUNAKAN! TAK PERLU DI TRANSLATE ATAUPUN MEMOHON LESEN MEMANDU ANTARABANGASA (International Driving License). Penat aku duk jawab soalan yang sama setiap kali orang berbeza tanya.

5. Accomodation.
Sumenye bergantung kepada budget. Kalo anda orang kaya, maybe pilihannya adalah hotel. Kalo yang tak brape nak ada duit, boleh cuba hostel ataupun bed and breakfast. Kalo berjalan bersama keluarga besar, boleh gunakan apartment ataupun holiday houses. Pilih accommodation yang lokasinya adalah dekat dengan public transport, good reviews, harganya. Kalo setakat travel berdua atau ber3, maybe hostel adalah pilihan yang agak bagus. Kalo bersama keluarga, adala lebih elok untuk memilih apartment ataupun holiday house. Maybe kalo combine rate yang perlu dibayar adalah sama dengan rate sebijik apartment untuk 1 malam, adalah lebih baik amek apartment. At least, u can cook on your own! Always read the reviews! Kalo book thru Hostelbookers, Hostelworld, Booking.com and etc, dorang mesti ada tab untuk reviews. From there, you will know whether the place is worth to stay or not. Kalo dari 10 reviews, katakanlah ada 1 review yang kondem tempat tu tak bagus. Tak semestinya tempat tu tak bagus, maybe penghuni tu yang banyak cekadak!

6. Tips and tricks.
Benda-benda macam ni kita boleh dapat dari pembacaan kita dari travel forum, blogs or maybe Google Search! Some bloggers like me wil not do it in points form. Sebabnya aku malas! Hahaha. Maybe korang kene digest benda-benda yang bagus ataupun tak bagus dari pembacaan. Read between the lines ya. Some people will do it in proper sentence or points. Kudos to you~

7. Memilih pakain untuk travel.
Ada sesetengah orang suka travel light, ada pulak suka travel heavy and in style which is me! Hahaha. Need to know which season are u visiting. So that, u can prepare a proper attire while being there. Gunakan GOOGLE SEARCH kalo nak tau musim apa kat negara tersebut! Cepat dan pantas! Check the current weather forecast. Berguna nanti.

8. Membawa makanan atau tidak.
Kalo melawat negara yang mempunyai ramai penduduk muslim, maybe keperluan untuk membawa makanan tu tak brape nak penting, yang paling penting adalah membawa duit yang secukupnya! Kalo melawat negara yang kurang muslim, maybe anda perlu membawa makanan yang perlu. Kalo nak tau kat mana restoran halal yang available, boleh gunakan Zabihah.com.

Peringatan ataupun pemberitahuan: Bila aku travel, ada aku bawak makanan ataupun tidak. Kalo bab nak makan diluar, kalo negara tu ada a few restoran halal, why not to try. Dah tau halal kan. Kalo restoran tu takde tanda halal, dan taktau samada halal ke tak, maybe korang boleh tanya terus kepada kaunter. Okla, actually susah nak bercakap pasal makanan halal ni. Aku secara boleh cuba untuk tidak bercakap lanjut kang nanti dianggap kurang didikan agama. Macam ni la, kita belajar agama, kita tahu halal dengan haram. Bezakanlah sendiri. Bila travel, janganlah anggap cop halal JAKIM terpampang kat pintu masuk restoran tu. Jangan amek sebarangan yakni ayam ataupun daging atau benda yang boleh menyebabkan korang was-was, terus jatuh hukum haram kalo di makan. Ikut hukum halal haram based on Al-Quran tuhan Allah.

9. Merangka jumlah perbelanjaan.
Bila dah survey semua pasal transport, accomodation or any entrance fee need to pay. Maybe sebelum buat booking untuk accomodation ataupun tiket transport, korang kene buat budgeting. Buat guna excel pun boleh. Tulis brape yang akan dijumlah termasuk makanan, shopping dan jugak emergency cash. Tapi saya tahu, setiap orang selepas dah beli tiket flight, dalam kepala ni mesti duk berkira-kira brape banyak duit nak bawak nanti. Aku pun macam tu jugak. Macam trip australia aku June 2012, aku dah set nak bawak RM5,000 termasuk tiket flight untuk trip 2weeks. Tapi sedikit terbabas sebabnya terlebih shopping. Hehehe. 

Hurm... apa lagi ek, aku rasa tu jela kot bebelan aku untuk korang semua. Nanti kalo ada lagi, aku tambah okeh!

Segala yang baik itu datang daripada Allah. S.W.T, dan yang buruk tu datangnya dari kekhilafan aku sendiri.

Till then, wasalam...


Saturday, December 10, 2011

Pendapat : Jom Diskus! - 2

Helllo...selamat pagi dan selamat berhujung minggu! 


***Update: Sila tengok header aku, ok tak? Hehehe...thanks to Janggel sebab tolong buatkan. Aku buta IT skit. Anyway, komen Fatt and Chawanna telah didelete sebab membongkarkan nama ku yang sebenarnya. Hahaha. Aku baca komen korang, just takde masa nak balas. Study yang nan-hadoooo... Aku try improvekan ok! Thanks... 

Taktau nak type ape...nak sambung pasal trip korea blom ada masa lagi yakni sangat-sangat malas! Study pun jadik stado je manjang. 

Papepun, just nak mintak opinion korang tentang blog aku untuk rujukan aku sempena nak sambut 1 tahun dah aku berblogging.  Korang boleh kasik pendapat yang bernas, pedas, membina @ tak membina, kreatif atau nak mengutuk pun takpe. 


Pendapat korang boleh meliputi layout blog aku, background simple @ boring, penceritaan aku mengarut @ menarik, isi kandung relevan @ tak relevan, ape yang aku patut improvekan dan sebagainya. Kalo boleh, pendapat biarlah jujur dan ikhlas demi meningkatkan kualiti blog aku sendiri. Aku manusia yang lemah dan mempunyai khilaf yang tersendiri. Thank you. God bless u guys! 


Till then...bye!

Wednesday, October 19, 2011

Pendapat : Jom Diskus! - 1

Assalamualaikum...

Just nak mintak pendapat korang. Aku ade terbaca status FB kawan aku dia tulis camni

"Trend zaman moden ialah 'euro trip', 'around the world trip', Disneyland la ke sana ke sini semua orang pergi, tapi Haji x pergi2 pun, pastu meninggal dunia... ape kite nk jwab bile Allah tnya nnti? renung2kan dan zikir2kan la ye...."

Pendapat aku : Agak sentap tapi itulah hakikatnya. Bila aku pikir balik memang ada betolnya apa yang dia cakap. Tapi aku TAK setuju 100%. Sebabnya...bumi ALLAH ni sangat-sangat luas. Nape kita nak terhadkan langkah kaki kita hanya kat Malaysia atau Mekah @ Madinah saje? Takkan tempat-tempat ni je yang kita perlu jejak seumur hidup?

Aku faham...mesti ada orang akan persoalkan. Kan lebih elok kalo ade duit pergi buat haji atau umrah dulu. Then, kemudiannya baru pegi jelajah tempat lain. Yang itu hak masing-masing. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Ya aku akui yang aku rasa total expenses aku untuk travel tahun ni sahaja dah lebih 10k. Sudah cukup nak cover pegi umrah 2 kali @ sekali naik haji. Siapa cakap aku taknak pegi buat umrah @ haji? Sape yang taknak pegi ke rumah ALLAH. Tempat yang indah untuk pegi. Cuma masa yang akan menentukan dan rezeki datang. InsyaALLAH akan ku pegi jugak nanti. Doakan ye korang sume.

Bagi yang tak suka travel lak, mesti cakap macam ni "kan lagi bagus beli rumah ke, kereta ke..ada jugak harta". Jawapan untuk kenyataan macam ini aku tak bangkang. Tapi aku tak ready lagi. Aku nak travel dengan melihat dunia yang luas ni. Kalo ko minat nak kumpul segala bagai harta bagai nak pecah rumah tu dengan harta tu, please be my guest. Itu hak masing-masing. Minat aku dalam masa sekarang ni adalah untuk travel. Bila dah sampai masanya...aku akan slow down, sikit-sikit kumpul harta dan sebagainya. Plus, aku travel bukannye nak pegi buat benda-benda tak elok. Niat nak tengok betapa indah dan luasnya dunia ni. Takdelah terhad duk tengok negara sendiri je ibarat katak bawah baldi.

Jawapan kalo aku emo untuk status kat atas : Lame reason to blame someone who love to travel without thinking what's the purpose of travelling itself. Plus, do i use your money? Do u pay all expenses? Do i care? Watefak lak kan. Ala...yang dah pegi naik haji segala haji @ hajjah sekalipun, adakah berubah 360darjah? Kat kampung aku tue, bersepah makcik-makcik yang dah naik hajjah tapi perangai aku tengok sama je tapi tak semua ye. Hanya ALLAH yang tau apa yang tersirat...

Akhir kata, just my 2 cents opinion. Aku pun bukannye alim mana pun. Solat pun kadang-kadang terbabas jugak. Correct me if I'm wrong yang ade segelintir pun lebih kurang macam aku jugak. Mudah-mudahan kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain. InsyaALLAH....

Aku baca kat I Luv Islam. Semoga para teman-teman dan diri aku sendiri takkan jadik macam ni. InsyaALLAH...

- Golongan yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan seumpamanya tetapi belum lagi mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah terlintas untuk mengerjakannya walaupun ia telah berkesempatan ke tempat-tempat lain yang lebih jauh daripada itu.

Golongan yang keempat inilah yang dibimbangi akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali yang bermaksud :

" Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya dan mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani "


Till then...wasalam.