Hellooo peeps!
Arini duk berhibernasi je aku ni..ntah bila nak start bukak buku. Exam next week nih, 14 December 2011. Aku dapat rasakan macam fail lagi sekali. Sebabnyaa satu je. MALAS!
Anyway, korang mesti dah tau kan. Gimik AirAsia kali ni...mula-mula dorang cakap superhero akan di'reveal'kan pada 8 December nanti. Tengah malam pulak tuh. Harusla aku tunggu apekebendenyekan. Tambah-tambah sejak jadik burung hantu ni memang duk menatap skrin laptop jela kejenye. Buku takmo baca! Tengok gambar bawah ni. Motif Pak Tony jadik superhero? Hahaha...but it's true indeed. Because of him, everyone can fly. Including ME! Hehehe...we love you lah Pak Tony!
Hurm...destinasi aku untuk tahun depan aku rasa macam dah penuh. Tapi bila belek kalendar macam ada satu slot lagi kosong iaitu starting from 1 September maybe sampai 10 September. Aku plan nak amek cuti 1 bulan sepanjang bulan September tu. Rasa macam nak duk relax kat kampung je. Tapi sume tu insyaALLAH dulu. Depends kat cuti, duit dan segala macam mak nenek yang aku sendiri belom tahu.
Kalo ikutkan hati, macam nak ripit pegi
New Zealand. Bila tengok gambar trip
CHAWANNA dan jugak
BIQQUE memang lagi teruja aku nak ripit lagi sebab tak puas. Ade certain tempat yang aku tak cover pun lagi tak tau pun kewujudan tempat tuh! Kalo ada tiket murah-murah...harus ni aku pegi.
Ada sapa-sapa nak ikut tak?
1) Lelaki atau perempuan tak kisah, janji harus pandai amek gambar (syarat wajib),
2) tak banyak songeh (yakni satu kepala),
3)selamba badak atau selamba kambing pun tak kisah,
4) suka bercakap (pendiam pun ok, yakni dengar kata),
5)honest (xmo simpan dalam, kalo jenis berdendam baik tak payah ikut awal-awal).
6) kaki shopping adalah dilarang. Shopping untuk souvenirs sahaja adalah dibenarkan!
Tu jela kot....boleh jumpa untuk bina keserasian masing-masing. Yang ni pun, AirAsia suka benor buat promo datang sini.
Destinasi kedua yang aku nak ripit maybe South Korea. Trip aku aritu memang tak puas. Banyak tempat lagi tak explore. Maybe kalo bersempatan pegi lagi akan ku lajak sampai ke Busan dan Gyeongju skali. Or maybe sampai ke Pulau Jeju coz nak jumpa kekasih hati kan. Hahaha. Selalunya tiket untuk ke Seoul, AirAsia slalu buat promo jugak. Just alert dengan website die je. Kalo sapa-sapa nak ikut, just inform me. Owh ya, kalo boleh....bujang dan berstamina tinggi. Sebab trip ni memang banyak berjalan kaki. Itu jela kot.
Jom speku tempat-tempat yang mungkin Pak Tony nak buat nanti.
Kat gambar atas ni, macam tulisan RM10. Kemanakah kita semua nanti??? Sila kasik idea skit nak ke mana....
