Showing posts with label Restaurants. Show all posts
Showing posts with label Restaurants. Show all posts

Monday, April 28, 2014

[Part1] Geneva, Switzerland - Pengenalan dan Jejalan

Bonjour!

Mesti ingat pegi Perancis kan? Hiks. 

Tapi takde pun, ni ada mood nak menaip petang-petang sambil makan sira ubi buatan sendiri. Bila duk kat perantauan ni, semua benda craving kenela masak sendiri. Kalo tidak, telan jela air liur menahan craving tu. 

Okeh, bermulalah entry pertama trip aku ke Switzerland ni. Entry London, Amsterdam ataupun ski trip di Poland, aku tinggalkan dulu. Kalo ada masa, aku try buat. 

Anyway, trip ke Swiss ni actually takdelah ada dalam plan aku dalam masa terdekat.  Dalam hati memang nak pegi, tapi tak sangkala jugak cepat sebegini pulak. Maybe pegi bersama yang tersayang yang taktau sapekan. *harap takde sesiapa komen yang menggedik akan statement ini*

Since, aku ada 7 days break kejap dari class maybe nak ke mana-mana lah. Kalo boleh yang dekat-dekat je. Kalo jauh-jauh ni kang balik penat nak mengadap kelas pulakan. Malas dalam diri ni tetap ada, walaupun dah try cuba buang jauh-jauh. 

Cut the story, kawan ni terasa nak naik kapal terbang katanya. Dia kata tiket pegi Swiss boleh dapat murah walaupun bagi aku nak beli skang dah agak last minute, plus ni kan time easter break. Memang akan expect mahal. Aku pun balik terus la bukak http://www.skyscanner.net/ sebab nak check harga tiket kapal terbang nak fly masuk ke negara Swizterland. I think most of us know how to use skyscanner kan? No need me to explain more as I believe my readers are very intelligent travelers and no need to be spoonfed all the time. 

Am I right? ^___^


Monday, December 30, 2013

Kansai, Japan 2013 : #13 - Shinkansen | Kura Sushi | HEP Five Ferries Wheel

Ohayƍgozaimasu!!! 

Bersambung dari entry sebelomnya. 

Ayuhh~ sikit je lagi nak abes entry Japan ni, then aku boleh tutup buku sampai bila-bila takpun sampai ada duit untuk jejak kaki ke Jepun nih! InsyaALLAH... berangan tak salahkan? 

Sejurus daripada melawat Kinkaku-Ji Temple tu, terus kitaorang balik ke hostel untuk simple lunch dan jugak shalat zohor sebelom berangkat menuju ke train station untuk pulang semula ke Osaka. 

Istimewanya kali ni, instead of naik normal train ke Osaka, kitaorang mengambil pilihan untuk merasa naik bullet train atau nama femes kat sini tentulah Shinkansen. Walaupun tak dapat naik untuk jarak perjalanan yang jauh sebagai contoh Osaka - Tokyo, dapat naik dari Kyoto - Osaka pun lebih daripada bersyukur. Ianya lebih kepada nak merasa macam mana rasanya. That's all... not more than that. Thanks to Chawanna sebab kasik suggestion ni. 


penghibur jalanan

Sunday, November 10, 2013

Victoria 2013 : #14 - Shopping (Queen Victoria Market & Harbour Town) | Thai Treats Halal Restaurant

G'day Mate!

Bersambung kisah semalam yang actually tak abes lagi. 

Langsung dari Ballarat tu, kitaorang terus gerak menuju ke Moorabbin DFO yang terletak tak jauh dari Melbourne City gak dalam 30 minit. Kira macam gamble jela ni sebab memang tau DFO kat sini tutup pukul 5-6 petang setiap hari! What the hell giler awal tutup kedai. Nak buat camnekan sebab dorang mengamalkan kualiti hidup yang sihat nak spend masa dengan family. 

Morrabbin DFO website: http://www.dfo.com.au/Moorabbin/ 

Untuk dapatkan info macam mana nak ke sana, boleh je klik link kat atas tu. Semua ada info berkaitan how to go there by public transport. Kalo tak jumpa, butalah orang itu! Ngerti? 

Kat sini, bak kata kawan travel aku yang turun serta, sebab dia dah datang sini dulu awal dari aku, katanya kalo nak beli set pinggan mangkuk Correlle, boleh la datang sini sebab harga yang ditawarkan adalah memang murah! Let's say untuk set 16 pieces plain putih boleh dapat dalam harga AUD40/set je! Giler babs murahkan? Honestly, aku taktau harga kat Malaysia brape satu set. Orang kata ribu-riban... orang kata la... bukan aku. So, kalo datang sini, it's a good bargain bagi mereka yang nak beli. 


Monday, October 21, 2013

Victoria 2013 : #8 - The Split Point Lighthouse | Halal Foods in Apollo Bay

G'day Mate!

Entry hari ni adalah berkaitan sepanjang perjalanan di Great Ocean Road yakni hari ke-5.

Entry tahun lepas di Great Ocean Road ---> SINI 

Iklan sekejap: Bagi semua pemenang kontes aritu, ada sesiapa yang dah dapat ke? If yes, appreciate if you guys could update me via email or drop a comment okay? Thanks! 

Orait!

Hari ni begitu indah di sekitar Queenscliff sebelom aku bertolak menuju ke Great Ocean Road. Bagi aku, kalo sape-sape yang datang ke Melbourne, memang taksah kalo tak terjah sekali ke Great Ocean Road (GOR). Memang tak lengkaplah trip seseorang tu kalo tak datang sini. Ngerti? And again... semua ni bergantung kepada minat seseorang. 

Ni merupakan kali kedua aku nak terjah ke GOR ni. Kalo dulu aku hanya duk kat bahagian penumpang je. Tapi kali ni aku lak yang jadik driver. Boleh la rasa experience macam mana keadaan jalan ataupun suasana kat GOR tuh. Muntah hijau ke tidak? Ahaks!




Tuesday, October 15, 2013

Victoria 2013 : #6 - Makanan Halal di Phillip Island | The Nobbies Centre

G'day Mate!

Rasanya belom lagi terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada seluruh umat Islam bagi tahun ini. Semoga ibadah korban kita diterima oleh Yang Maha Esa. InsyaALLAH. 

Orait! 

Cakap banyak pun tak guna. Hari ini adalah hari baru yang ke-4 aku di bumi Victoria. Kira hari-4 ni lah bermulanya roadtrip yang sebenarnya. Kira arini betol-betol akan berjalan jauh meninggalkan Melbourne City buat sementara waktu. 

Hari ni nak ke mana destinasinya? Tak lain dan tak bukan nak pegi terjah Phillip Island yang terletak di bahagian Tenggara Victoria ataupun kira-kira 142km (Perjalanan sebenar dalam lebih kurang 3 jam jugaklah). 

Untuk entry tahun lepas berkaitan Phillip Island ---> SINI 


Thursday, September 12, 2013

Makanan ketika di Jeju Island & Seoul, Korea Selatan

Assalamualaikum!!!

Okeh... bersambung lagi kisah Jeju Island ni. Kalo nak bercerita tempat-tempat menarik yang sempat aku singgah rasanya semuanya aku dah ceritakan dalam entries yang lepas-lepas. Kalo ada masa yang lagi panjang, maka panjang lagi langkah boleh jejak. Kalo grab Jeju Island Maps tu macam-macam kita boleh tengok attractions yang boleh dilawati. Okeh enough with that.

Bila kita travel/makan angin ke negara asing yang majoritinya bukan "moslems Malaysia", makanan halal menjadi sesuatu yang amat penting bagi diri setiap ummah moslems. Yela, makanan yang ditelan tu bakal menjadi darah daging sebati dengan tubuh badan kita. Kalo makan benda haram, maka gelaplah hati kita nanti. Tetapi, Islam tu mudah. Kalo kita betol-betol faham apa yang dikehendaki dalam Islam tu, insyaALLAH semuanya takde masalah. 

Honestly, aku pun takdela baik mana pun yakni ilmu agama pun takdela tebal dalam jiwa ni. Manusia skang kebanyakkan lalai dalam kehidupan seharian termasuklah aku sendiri. Jadiknya, pape yang aku ceritakan dalam entries yang lain ambilkan yang baik, kalo yang jahat tu jangan diikutkan. 

Wednesday, May 15, 2013

Hong Kong 2012 - Part 4 : Masjid Ammar, Wan Chai & Dimsum Halal

Assalamualaikum!!!

MasyaALLAH.... dalam dua tiga hari ni, cuaca kat Kuala Lumpur ni sangat panas! Even time tido waktu malam pun boleh berpeluh. Aritu hujan setiap petang, sekarang panas terik. Kalo nak buat fotografi ni memang cantek je sebab langit biru memanjang plus awan kepul-kepul. Tapi hazabnya nak duk tengah panas, memang membuatkan kbai jela. 

Papepun, meh aku sambung siri jelajah di Hong Kong. Masih lagi di hari ke-2. Langsung dari Central Pier, kitaorang gunakan jejantas besar yang berwarna biru untuk ke jalan besar. Hurm, aku pun dah lupa patut panggil apa. Tapi aku panggil jejantas jela. Jejantas ni menuju ke City Hall, MTR Hong Kong Station, Central dan jugak Connaught Road. Ramai orang guna jejantas ni. Kiranya teduh skit time berjalan compared jalan kat bawah tu. 

Destinasi kami seterusnya ialah nak pegi ke Masjid Ammar. Salah sebuah masjid di Hong Kong ni. Since hari pun dah almost tengah hari, amat sesuailah kalo terus pegi masjid ni. Sebabnya kat masjid ni ada kantin makanan halal kalo nak singgah makan. Waktu operasinya hingga jam 3 petang sahaja. Lepas tu dah takde. 

Cara yang aku rasa sesuai nak pegi sana ialah dengan menggunakan tram. Tapi tempat nak naik tram pun kene pegi je jalan yang sepatutnya. Sebabnya tram ni berjalan atas landasan, so route dia takde belok kiri atau kanan. So, kami just jalan sampai hujung jejantas biru ni. Then, turun ke jalan sampai nampak sebatang jalan yang agak sibuk dengan laluan bas ataupun tram. 

Jejantas biru

Kalo nak naik Hop-On,  Hop-Off bus pun ada kat Central Pier ni. 

Kedai APPLE! Besar weyyyy!

Kat hujung tu la ada stesen tram. Aku dah lupa apa nama jalan tu. 

Time kami nak sampai tu, tiba-tiba hujan renyai-renyai. Nasib baik tak lebat. Sempat jalan sampai ke stesen tram. Stesen tram dia kecik je macam in between jalan raya. Hanya boleh berdiri. Takde kerusi untuk mereka yang memerlukan. Before naik tram tu, aku check dulu which tram yang patut aku naik since ada beberapa tram yang destinasinya adalah berbeza. Kene check dulu. Ada papan tanda kat tepi kiri dan kanan stesen tram tuh. In english pun ada. 

Untuk menuju ke Masjid Ammar ni, kene naik tram ni menuju ke Tonnochy Road (hentian no. 47E). Tambang tram untuk seorang adalah HKD2.30/pax. Tak kisahlah berapa jauh korang nak turun, tambang tetap sebanyak tuh. Murah kan? Tak mahal... salah satu pengangkutan yang mesti try kalo datang Hong Kong. Warisan yang masih dikekalkan walaupun dalam kepesatan pembangunan kotaraya. Kalo tak silap aku, Penang dulu pun ada tram kan? Aku penah nampak landasan dia dekat dengan kedai nasik kandar Line Clear. 



Tingkat atas dalam tram


Perjalanan dalam tram tu tak lama pun lebih kurang 10 minit. Actually kalo nak jalan kaki pun ok je. Tapi agak memenatkan jugaklah. Aku buat macam ni, naik tram dulu makan kenyang-kenyang dan nak balik nanti boleh jalan kaki. Lalu di celah-celah bangunan pencakar langit. Rekabentuk setiap bangunan pun menarik untuk kita tengok. Since, hari ni hari ahad, setiap celah lorong atau jalan memang penuh dengan manusia yang keluar jejalan. 



Dah sampai hentian no. 47E. Macam mana nak tau, kat setiap stesen tu akan ada papan atas kat atas, kene jeling-jeling tengok setiap kali tram berhenti. If not, terlepas ler. Mau kene menapak balik kan! Dah turun dari tram tu, kene lintas jalan. Disebabkan tram tu berhenti betol-betol tengah jalan in between ke depan dan ke belakang jalan raya, make sure korang lintas jalan menuju ke bahagian kanan korang. Meaning, pandang ke depan after turun tram tu, lintas jalan bahagian kanan korang. Haaa... faham ke ni???  aku pun dah pening! Hahaha...  Kalo nak senang, di after lintas jalan tu akan nampak macam pagar basketball court. 

After dah lintas jalan tu, kene jalan di celah basketball court tu. Akan ada anak tangga menuju ke atas. Naik anak tangga tu sampai jumpa kedai 7-Eleven kat depan tu. Lintas jalan kecik tu menuju ke hadapan. Jalan terus dan sampai hujung belok kiri. Masjid Ammar, betol-betol belah kiri tu. This time, aku dah tak sesat! Senang je perjalanan kami nih.  Alhamdulillah....


Pagar belah kanan ni ialah basketball court!

Lintas jalan dan jalan hingga hujung 7-eleven ni. 


Time kami sampai ni, lebih kurang jam 1 petang. Zuhur masuk lebih kurang jam 12.15 tengah hari. Kawasan sekitar boleh nampak muslim agak ramai keluar masuk dari kawasan masjid nih. Tapi memang ramai warga Indonesia datang keluar masuk yang aku nampak. Tanpa buang masa, terus naik ke tingkat 5. Kat situlah terletaknya kantin makanan halal tu. Hehehe. Since memang waktu lunch hour, keadaan memang penuh dengan orang sedang menikmati makanan masing-masing. Nasib baik ada meja untuk 4 orang. Terus chopp! Ada jugak kaum lain datang makan. 



Amek menu terus belek-belek nak makan apa. Bila datang negara yang serba mahal ni, makan adalah dalam keadaan sharing basis. Berjimat cermat katanya! Hanya order 1 pinggang seafood fried rice je, yang lain-lain amek dimsum! Even air pun takde order okay! Nasib baik masing-masing memang bawak bekalan air sendiri. 




Korang nampak kan harga-harga untuk setiap makanan. Kene pandai bajet kalo nak makan yang mana.  Ada yang mahal, ada yang murah. Kalo makan macam lauk-pauk agak mahal. Maybe for a big family memang sesuailah. Tapi yang penting kita pegi amek dimsum dulu kat kaunter. Just tunjuk nak makan yang mana, nanti pekerja dia amekkan. Panas-panas wooo!!! 

Silalah jamu selera kawan-kawan~ 




Steamed shrimp dumplings

Steamed Siu Mai with Chicken

Deep fried dumplings with chicken

Steamed eggplant with shrimp paste


Chicken and black mushrooms buns!

Steamed soybean sheets with chicken and vegetables

Seafoods fried rice

Makan begitu berselera la wehhh... terasa lama sungguh tak makan proper foods. Hahah kiranya melantak dengan begitu rakus! Tak pandang kiri kanan dah! Yang penting sempat snap-snap gambar dulu.  Adakah aku mengalami penyakit mental??? Oh nooo!!!! 

Bila makanan tinggal skit tu, aku buat kira-kira brape total yang kene bayar nanti. Yela, main amek je. Kang kene bayar mahal, mau tak pengsan sorang-sorang. Kira... punya kira... aku tengok macam takdelah mahal sangat. Tak sampai HKD100 lagi pun makan untuk semua ni. So, aku suggest, apa kata kita amek 3 bakul lagi dimsum. Why not splurge skit untuk makan kali ni. Yang lain kata okayyy! Kembang kempis hidung aku! Hahaha... 

Jom makan lagi!

Red bean paste buns!

Steamed Siu Mai with beef

Deep fried dumplings with shrimp and chinese chives

Total harga yang kami bayar untuk semua makanan diatas adalah HKD132. Kiranya lebih kurang HKD33/pax. Okla kan.. makan pun sangat puas hati. Semuanya licin. Average harga untuk 1 bakul dimsum tu adalah HKD9 hingga HKD13/bakul. 

Lepas dah kenyang makan tu, beransur ke dewan solat untuk solat. Ruangan solat lelaki dan perempuan berlainan aras. Tempat nak amek wuduk pun lain-lain. Kene turun ke level bawah. Kalo ada botol minuman kosong, boleh re-fill air minuman berdekatan dengan tempat amek wuduk tu. Ada water dispenser.



Pasni sambung...

Till then... wasalam! 

Monday, April 15, 2013

Singapore 2D1N : Part 4 - Night view from Marina Bay Sands Skypark, The Supertree Grove & Murtabak Zam Zam!

Hellooo!!! 

Untuk entry kali ni...biarlah gambar-gambar berbicara sendiri. Nothing much to type, but more to share all these pictures. Enjoy! 


The Esplanade






The Flower Dome & The Cloud Forest

The Singapore Flyer









Bila dah badan terlalu penat dan lapar, kami teruskan perjalanan ke Restoran Zam Zam untuk pekene murtabak yang katanya terlalu femes tuh. Ayuh kita! Aku paling suka murtabak daging dia. Murtabak ayam dia aku rasa kureng skit. Ada 3 size yang berlainan iaitu kecil, medium dan besar. Kami amek medium je, tu pun tak abes sebab tamak punye pasal. Huhuhu. 


Murtabak Daging

Murtabak Ayam

Ok dah tu je... bye!