Sunday, October 28, 2012

Airasia Free Seats Again???

Assalamualaikum!!! 

Pejam celik pejam celik.. esok dah hari Isnin. Maka kene kerjala jawabnya. Tapi malam ni sesuatu yang menarik bakal menanti mereka yang suka travel. Stay tune kat website Airasia jam 00:00 am ni tau. Katanya ada free seats. Tapi since travel period yang ada macam tak brape nak best. Maka aku rasa aku nak skip je sales malam ni. Ye dak? Hahah yeke? Hurm... we will see how~ Walaupun aku agak skeptikal dengan sales kali ni. Yela... kalo tak silap aku baru aritu ada sales. Takkan sales lagi kan. Aku rasa free seat tu hanya ada dalam 5 seats je yang betol-betol free. The rest is history. Orang yang bertuah je yang akan dapat. 

Happy bargaining guys! Gudluck! 


Till then... wasalam. 




Friday, October 26, 2012

Melawat Ipoh, Perak : Kapal Korek Bijih Timah

Assalamualaikum semua!!! 

Salam Aidil Adha kepada semua rakan-rakan muslimin dah muslimat yang menyambutnya di seluruh dunia! Semoga banyaklah nanti lembu, unta, kambing dikorbankan untuk disedekahkan kepada ummah yang memerlukan. 

Papepun, jom aku sambung siri terakhir melawat Ipoh, Perak. Destinasi kami yang terakhir ialah melawat warisan kapal korek bijih timah yang digunapakai di ear suatu ketika dahulu. Kapal korek yang paling besar pada ketika itu dinamakan Kapal 1. Kapal korek yang aku pegi ni terletak di Tanjung Tualang. Kapal korek ni lengkap dengan bilik rehat, dewan makan, surau, bilik kawalan mutu dan jugak bilik mesyuarat. Kapal korek ni dijaga supaya dapat dilihat oleh generasi kini dan masa akan datang. 

Time kami sampai ni dah dekat pukul 5 petang lebih dah. So, macam kawasan kapal korek ni ada masa 30 minit lagi sebelum tutup. Bayaran masuk adalah sebanyak RM6/pax. Agak mahal jugakla ko? Ye kot? Hahah tapi ketika ini dorang masih lagi membaikpulih struktur kapal korek ni agar tahan lebih lama. Yelakan, badan kapal korek ni semuanya dibuat daripada besi. Boleh nampak ada beberapa bahagian yang telah berkarat. Dulu tengok kapal korek ni dalam buku sejarah je. Now, betol-betol berada depan mata aku. Perghhh besar siot! Kalo jadik macam transformers confirm memang besar dowh! 

Time kami sampai ni, ada dalam lebih kurang less than 10 manusia datang melawat. Aku macam terpikir macam mana lah agaknya kapal korek ni beroperasi. Dia punye penyodok tasik tu pun boleh muat sorang macam aku dalam tu. Kalo masih beroperasi, mesti bunyi agak bingit dengan bunyi jentera bagai. Amek gambar kiri kanan... depan belakang. Kita boleh naik atas kapal tu untuk pusing kawasan dalam kapal. Tapi tak boleh naik atas katanya struktur tak brape nak kukuh. Kang runtuh, berkuburlah dikau sana.... 

Jom layan gambar! 

















Time tengah duk layan amek gambar tu, ternampaklah pulak pakistanis ke bangla penjaga kapal korek tu duk menjala ikan dalam kawasan tasik tu. Aku suspek dorang bela la kot. Sekali tebar jalan tu, dalam 10 ekor ikan terlekat kat jala dia. Jenis ikan pulak ialah ikan tilapia hitam. Ikan air tawar katanya... hahaha Perghh besar-besar jugaklah sekor-sekor tu. Yang kecik-kecik kasik lepas balik dalam tasik tu. Dia amek 2 ekor jela. Aku macam nak try mintak je sekor nak bawak balik goreng kat umah. Berpakat dengan Byya dan Maszuber. Tapi time tu macam malu-malu lagi. Yela, orang tak offer, takkan terhegeh-hegehkan. Hahah. Bolayan jela....





Kat sebelah kolam kapal korek tu pulak, ada penternakan itik. Perghh! Bulu itik tu putih bersih sungguh! Seronok tengok beratus ekor itik duk kuek here, kuek there, kuek kuek everywhere lah! Hahah. Jomlah balik... dah nak masuk maghrib dah. 

Bila lalu kawasan pondok dorang duk jaga tu, nampaklah bangla tu duk siang ikan yang dorang jala tadi. Mulut aku ni pi gatal duk kata boleh kasik kami sekor tak. Macam best je kan goreng garing then makan dengan nasik putih + kicap! Perghhhhhhhh!!! Panas-panas beb! Terangkat bulu roma. Pastu, tanpa pikir panjang bangla tu kata OK! aku pun dah macam terkejut jugaklah. Byya, Masmz dan Maszuber macam terkedu gak! Bukan sekor dia kasik... dia kasik 2 ekor ikan tilapia hitam tuh!!! Muahahaha aku dah happy abes dah nih! Rejeki Allah.. alhamdulillah. Aku mula-mula macam segan sebab nak amek 1 je. Pastu dia cakap... takpe. Boleh pegi jala lagi. Depan tu je. Hahah. Terima kasih wahai manusia yang baik. Semoga kehidupan anda di Malaysia aman sentosa tanpa gangguan imigresen. Amin... 

Balik tu, goreng ikan tu ratah macam tu je dengan mencicah kicap dengan bawang sume. Perghhhhhh!!!! Tersangat sedap beb! Ikan fresh ler katakan... 


Esoknya aku dan Byya balik ke Kuala Lumpur semula naik bas. Tiket ETS dah sold-out katanya. Alhamdulillah... percutian pendek yang best!~ 

Till then, jangan lupa cuti-cuti Malaysia. Di Malaysia pun ada banyakkk tempat menarik untuk dilawati! 

Wasalam... 


Tuesday, October 23, 2012

Melawat Ipoh, Perak : Gua Tempurung

Assalamualaikum!!! 

Haaa...first thing first. Korang dah LIKE ke blom fanpage Kaki Berangan kat Facebook? Kalo belom.... sila klik link ni okeh! Kaki Berangan Fanpage kat situ, insyaALLAH saya akan balas komen-komen anda semua. Sejak dua menjak ni malas sungguh nak balas e-mail. Terasa sangat femes! Wahhh...tanduk syaitan dah muncul dah ni! Shhoossshhhh~ Pergi kau dari diriku ini. 

Ayuh....aku sambung kisah jelajah Ipoh ni lagi. Masih lagi dalam hari yang sama. Hari ahad.... Destinasi seterusnya ialah Gua Tempurung. Aku dulu seriously slalu ingat Gua Tempurung ni tempat tanah runtuh. Tak silap aku tahun 2004 kot... ada tanah runtuh kan? Ce kabo kat aku kalo korang ingat. Pastu... masa berlalu begitu saja. Tibalah tahun 2012, bila Chawanna pegi ke Gua Tempurung. Boleh refer Explorasi Gua Tempurung bersama Chawanna dari situ aku macam berangan kalo ada masa nanti boleh ler datang sini jalan-jalan kita explore sendiri pulak. Ye dak? 

Kat mana letaknya Gua Tempurung nih? Kalo lalu highway PLUS, just exit Gopeng. Pastu ikutlah signboard menuju ke Gua Tempurung. InsyaALLAH tak sesat. Kalo sesat jugak, korek mata sendiri derma kat orang buta. Lagi berguna. Perghh! Ayat...kasar bro. Sorry~ Hehehe. Alrite... kereta hitam menuju megah ke Gua Tempurung. Tapi sebelum tu singgah solat dulu kat salah sebuah surau tepi jalan. Yelakan, berjalan jugak, ibadah jangan dilupai. Aku actually ingat-ingat lupa yang kami ada makan tengah hari ke tak? Hurm... lantaklah ye. Anggaplah dah makan lunch. Lepas tu terus gerak menuju ke Gua Tempurung. Hari minggu ni mesti ramai orang. Time kami sampai tu lebih kurang pukul 4 petang dah. Tempat ni tutup tak silap pukul 5 petang kot. 




Kat sini ada 4 jenis pakej tour yang boleh dipilih. Tapi disebabkan kami dah lambat, maka kami sempat amek pakej 1 jela yang berharga RM6/pax. Gambar bawah ni ada pakej-pakej yang ditawarkan. Lagipun kami datang ni tak bawak baju lebih, so memang takleh main basah-basah ni kalo amek pakej 3 atau 4. Maybe next time boleh datang pagi-pagi untuk try pakej basah-basahan ni. Stamina pun kene bagus gak. Yela nak turun naik tangga dalam gua ni. Memang semput la dowh macam tu. Time ni toksah cakap ler...aku dah berpeluh-peluh dah ni. Haishhh... ayuh masuk gua. 





Bila tiba pintu masuk tu, sejuk je. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa berserta dengar deruman air kat sungai bawah jambatan. Hilang la jugak peluh-peluh kat badan ni. Tapi... rugi lak tak bawak tripod. Yela, kalo tangan tu jenis ada penyakit parkinson asyik duk shaky je, memang gambar blur jela. Tapi aku gigihkan jugak amek yang mana termampu. Huhuhu... Untuk pengetahuan kita bersama, Gua Tempurung merupakan gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang berusia lebih dari 400 juta tahun. Nenek moyang korang pun belom tentu hidup lagi zaman ni. Dinosour kot... Selain tu, gua ni jugak merupakan antara gua yang terpanjang di Malaysia yakni panjangnya menjangkau kira-kira 1.9km. Kalo jalan kaki everyday, confirm slim macam Didie Alias. Hahaha. 

Bila dah masuk kat dalam Gua Tempurung ni, haishhh sesi panjat-memanjat tangga bermula. Keadaan tangga dalam gua ni agak tinggi dan curam. So, memang kene berpaut pada tiang tangga untuk naik. Kalo ada penyakit gayat, sila jangan tengok kat bawah. Kamera sangkut kat leher. Kang ada yang terlepas jugak kang... nanges la ko tepi gua tu nanti meratib kamera sendiri. So, kita pegang kuat-kuat tau. Kalo ada pakwe atau makwe berpaut kat lengan masing-masing tapi make sure berlapik tau. Dalam duk berjalan tu, view yang terbentang kat depan mata amatlah indah dengan dinding gua yang dilimpahi dengan lampu kuning. Kat sini jugak boleh tengok stalagmites (bonggol naik ke atas) dan jugak stalactites (bonggol ke bawah) yang terbentuk akibat titisan air sejak berjuta tahun dahulu. Menurut tour guide kami, untuk terjadiknya 1 inci stalactites, mengambil masa kira-kira 2 juta tahun. Haaa.... indahnya ciptaan Allah. 

Ayuh la tengok gambar. Asyik membebel je kan...







Explorasi kami sedaya upaya untuk sampai sejauh mungkin. Tapi kami ditahan oleh tour guide yang mengatakan tour untuk hari tu berakhir di sini sebabnya dah almost gelap ni. Agak bahaya kalo jalan makin jauh ke dalam. So, sempat berborak dengan tour guide tu. Katanya kat dalam gua ni jugak ada bijih timah kalo kita nak jumpa. Serbuk-serbuk perak berkilau kalo disuluh dengan lampu. Menarik! Sambil turun sambil bercerita. Katanya lagi, kalo musim hujan lebat, tak dinasihatkan untuk explore gua ni sebab tersekat dek kerana air banjir. Kiranya laluan dah terhalang oleh air. Tempat jumpa serbuk bijih timah tadi di panggil sebagai Golden Flowstone

Kiranya lawatan kali ni bukanlah yang terakhir, insyaALLAH nak datang lagi untuk cuba tour yang ke-4. Paling best katanya...penat tapi berbaloi. 


Oleh itu, kepada sesiapa yang belum pernah datang gua, jemputlah datang ke Gua Tempurung untuk menikmati keindahan gua di negara sendiri. Bagi mereka yang sukakan cabaran disini pun ada cabaran yang tersendiri. Jom cuti-cuti Malaysia kawan-kawan~ 

Haa... ada lagi 1 tempat yang aku akan tulis dalam entry seterusnya. Destinasi terakhir di Ipoh. 

Till then...wasalam. 


Sunday, October 21, 2012

Melawat Ipoh, Perak : Tasik Chermin

Assalamualaikum!!! 

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi this week tak brape busy walaupun keje banyak. Balik awal...ingatkan nak buat keje, tapi habukkk pun tarak! Duk layan surfing internet ni sangat lagha. Haishhh... Bertabah jela. 

Ayuh aku sambung kisah percutian singkat aku ke Ipoh. Asyik ke Perak je... negeri lain bila nak terjah nih? Negeri Sembilan jom? Hahah. Lepas pegi ke Pasar Karat tu, kami terus gigih meneruskan misi Masmz yang nak carik kat mana tasik yang macam dalam buku kitab yang bertajuk "Lembah Kinta". ke tajuk lain? Aku dah ingat-ingat lupa. Tapi buku tu dia pinjam dari library. Terbelek pulak gambar yang ada Tasik Chermin nama diberi. Terus beliau gigih carik dengan Byya semalam. Time tu aku belom sampai lagi. So, arini misi diteruskan. Semoga impian kami tercapai. 

Sebenarnya...lokasi tasik ni tak ramai yang tau kot akan kewujudan tasik ni. Ke orang sekitar Ipoh tau? Sebab dorang ade duk tanya... tapi masing-masing macam tak sure kat mana lokasi sebenarnya. Masmz kata dengan yakinnya... "aku yakin belakang bukit kuari tu je" Nak try masuk mana-mana lorong menuju ke kuari tak? Berbekalkan kereta Maszuber, redah kami bersama. Hehehe. By the way, aku lupa mana jalannya nama ape. Tasik yang pasti, kami menuju ke bukit yang ade kilang kuari. Pandai-pandailah korang carik kalo nak pegi. Owh ya, arini hari Ahad. So, maybe operasi tidak berjalan. InsyaALLAH takde lori keluar masuk kawasan. 

Lorong yang pertama kami redah menemui jalan mati. Keluar balik, dan masuk lorong selepasnya. Kali ni macam suspen skit sebab taktau tembus ke mana. Jalan tar dah takde... kini tinggal jalan merah je. Kereta hitam masih lagi meneruskan perjalanan walaupun takut kot-kot apa-apa jadik. Cuak beb. #drama Kami terus sampailah pintu pagar kilang kuari. Uiiishhh.... betol ke ni weh nak masuk? "detik hatiku" Hahah. Since macam takde orang je dalam tu, kami redah masuk gak. Jeng jeng jeng.... senyap sunyi je takde operasi. Ntah betol atau tidak ni. Tak sampai 2 minit, ada sorang uncle ni bonceng motosikal masuk kawasan kilang tu. Sudahhhh.... kang kene marah saje je weh. Dah la macam menceroboh kawasan nih! Mati ko~ 


Mula-mula tu macam buat reaksi bukak tingkap... macam ni lebih kurang dialog antara Maszuber dan uncle tersebut.. "Uncle, kat mana Tasik Chermin?" Uncle tu takde bukak mulut, hanya tangan je bergerak tunjuk arah belakang kami. "Betol ke" kami menjawab serentak... Hahah. Terus uncle tu tunjuk kat kami kat mana pintu masuk. Masing-masing dah bersyukur dah ni. Tak sesia terjah masuk...rupanya memang betol lokasinya kat dalam kilang kuari nih! Maybe arini dorang tak bekerja kot, that's why uncle tu kasik masuk. Kalo hari bekerja... i don't think so babeh. 

Jarak lebih kurang 500 meter dari pintu masuk... dan pintu masuk gua agak tersorok. Maka, sampailah kami kat pintu gua yakni pintu masuk ke Tasik Chermin tu. Kalo ikut sejarah, pintu gua ni dikorek sendiri oleh pemilik kilang kuari ni. Tu jela sedikit sebanyak aku baca. Yang lain-lain sila kaji sendiri okeh! Aku yakin tak ramai orang tau pasal tempat ni. Maybe mitos je kewujudan tasik yang indah nan permai ini. Chewahhhh! Aku rasa bangga sebab Masmz begitu gigih mencari dibantu oleh Byya dan kereta disponsor oleh Maszuber. Yippie! Hahaha. 

Jom terjah Tasik Chermin! 

Pintu masuk ke Tasik Chermin. Scary tak?

Keadaan dalam terowong tersebut. Agak scary dan gelap. Nampak hujung cahaya tu? Kat situ la Tasik Chermin. Panjang dalam terowong ni dalam 50 meter sahaja. 

Bila dah sampai depan pintu gua tu, macam biasa la posing dulu masing-masing tanda dah sampai kat sini. Korang ade tak? Hahahah #riak. Mula-mula cuak gakla kot-kot la ada binatang buas kat dalam terowong tu. Kang mati tak sesia je kami kat dalam tuh. Ayuh kita jalan slow-slow. Pasang lampu handphone masing-masing. Teringat Hummel Tunnel on the way ke Milford Sound. Lebih kurang macam ni ler... keliling dinding gua tu macam tak elok. Kang runtuh tiba-tiba.... nauzubillah. Panas weh! Tapi akhirnya.... kami sampai jua! Alhamdulillah...

Mari kita saksikan sendiri..... 









Kami dalam 30-40 minit jugakla kat situ. Panas sebab takde angin bertiup. Yelakan tasik tu dikelilingi oleh bukit kuari. Takde udara boleh lalu. Tapi aku nak sangat kalo macam takde perahu ke bot ke... boleh terjah kat kawasan hujung tu. Nak tengok ape penghujung tasik ni. Di mana? Walaupun aku tau dia macam tertutup. Kiranya kat sini macam versi Milford Sound gak tapi versi yang agak kecik. Tapi okla... not bad. Sunyi je... tenang. Seronok jugaklah. Masing-masing duk dengan kamera. Ade duk posing, ade yang tukang amek gambar je. Hahaha. Yang paling seronok tentulah Masmz... impian beliau tercapai! 

Kemudian... kami mula bergerak meninggalkan kawasan. Melekit weh! Jom! 



Kat sinilah pintu masuk laluan menuju ke kilang kuari ni. Jalan sampai hujung okeh! 

Aku rasa tempat ni sesuai kalo kita nak datang explore tempat rare. Yela, even penduduk tempatan pun tak brape tau sangat akan tempat ni. Bolehla kot datang terjah sendiri. Tapi datang weekend la kot time dorang tak keje. Kang saje je kene gilis dek lori besar-besar kat situ. 

Owh ya...tak lupa aksi kenangan kat dalam kawasan kuari. Nak kencing tinggal jejak macam tak syiok lak. Hahah. 



Nantikan sambungan aku dan kawan-kawan menerjah kawasan menarik di Ipoh,Perak...

P/S: Info bernas dari salah seorang pengkomen. Berguna utk kita...aku copy paste balik tau. Terima kasih kepada orang itu. 


"salam. sy tinggal di perak. n study geology. 

utk makluman encik, kawasan tu mmg xdigunakan utk rekreasi etc.so mmg xde bot or perahu utk pusing2 kawasan sekitar. sbb kawasan tasik cermin tu ialah bekas kawasan batu kapur yg berbumbung (mcm gua la)..tp bumbung gua runtuh membentuk dolines. runtuhan terjadi akibat tindak balas graviti, ground water dan juga air hujan...

kawasan kuari tu sebenarnya berisiko tinggi sbb boleh berlaku runtuhan limestone/batu kapur pada bila2 masa.

in fact sekitar kinta valley agak berisiko..sbb dikelilingi limestone yg terkenal sbgai batuan yg paling tidak kuat."




Till then...wasalam.