Friday, March 28, 2014

Blackpool "Britain's No.1 Holiday Resort!"

Assalamualaikum!!!

Lama jugak aku tinggalkan blog aku ni. Malas weyyy nak update semua ni. Busy dengan class yang agak packed. Kehidupan sebagai perantau ni perlulah dipenuhi dengan sesi ilmiah dan socialising dengan teman-teman di sekitar Birmingham ni. 

Cuaca kat sini patutnya dah masuk spring. Tapi sejak minggu ni, cuaca sepanjang hari agak lebih sejuk dari sebelom ni. Aku memang duk berharap jugaklah turun salji depan rumah walaupun dah nak masuk April dah. *sigh* matilah kene maki dengan housemate aku sebab dia takmau dah winter-winter nih! Hahahah 

Pakat-pakat tadah tangan semua aku mohon agak salji turun depan rumah! Amin.... 

Orait! 

Aku sambung balik trip aku yang terbengkalai nak sambung dari Lake District. Cerita Lake District pun dah abes, tak panjang kan sesuai ler dengan trip yang singkat nih! Tak reti aku nak elaborate panjang-panjang kang korang pun takde baca gak. Tengok gambar je kan? Hew hew hew~ 

Anyway, untuk komen yang diberikan pada entry yang lepas pasal Lake District dan lain-lain. Terima kasih atas suggestion yang diberikan berkenaan tempat-tempat menarik kat UK yang wajib aku terjah ni sepanjang kat sini. InsyaALLAH, kalo ada masa aku memang nak terjah. Nanti kasik ler lagi idea-idea yang best best ek! ;) 

kawasan parking yang terus nampak Blackpool Tower

Wednesday, March 19, 2014

Lake District National Park | Lake Windermere

Assalamualaikum! 

Nak cerita la pasal trip aku bulan lepas. Tak lama pun dalam 2h1m punya trip yang aku rasa agak tiba-tiba gakla dek kerana ajakan kawan aku kat sini. Lagipun aku pun agak bosan takde buat papekan. Tu yang dia ajak. 

Why not? 

Since kat United Kingdom ni ada macam-macam tempat yang boleh tengok. Yang mana aku rasa, ramai antara traveler/tourist yang terlepas pandang tempat-tempat macam ni. Dalam pemikiran akula. Tapi semua tu bergantung kepada minat individu masing-masing. Since aku dah sampai sini, why not aku jejalan dan tengok ape yang best kat sini. 

2 tempat yang target untuk trip ni iaitu Lake District dan jugak Blackpool. Honestly, I have no idea where the hell is this place. After a few research that I did, boleh la nampak macam mana kat sana. Ianya terletak di utara Birmingham. Kira-kira 3 jam perjalanan. 

Untuk road trip ni, memang lagi berbaloi kalo sewa kereta. Lesen Malaysia valid kat sini untuk sewa kereta. Tapi kalo ada IDP (international driving permit) lagi bagus. Nak buat camne? Boleh refer ---> SINI 


kereta sewa kitaorang, baru lagi dalam 4,000km mileage, ada banyak drama dalam nak sewa kereta ni, tapi biarkan

Sunday, March 16, 2014

Kansai, Japan 2013 - Total Expenses!

Assalamualaikum!!!

Ok nampaknya dah berbulan dah entry Japan ni keluar, akhirnya arini ni aku nak abeskan jugak entry pasal  total expenses ni. Mesti ramai nak taukan. 

Untuk trip ke Jepun ni, memang kita semua sedia maklum yang kalo nak travel ke sana ni agak mahal. Yang tu memang aku tak nafikan. Tapi dengan maklumat orang yang penah ke sana. Actually, kalo buat proper budgeting dan plan. InsyaALLAH semuanya akan boleh jadik kenyataan. Kalo main aci redah tu... maybe payah la skit kot. 

Untuk trip kali ni, katanya kalo setakat nak cover area Kansai, Jepun ni untuk 7 hari solid macam kitaorang ni. InsyaALLAH dalam RM1.5k macam tu insyaALLAH cukup. Tapi bukan termasuk tiket flight la ye. Tambahan pulak, time aku pegi tu rate currency untuk Yen memang tengah rendah. Rezeki jugak tu.. 

Ayuhhhh bongkarkan! 

Rate 100 yen = RM3.217

General
  • Tiket flight AirAsia return : RM645/pax
  • Luggage (60kg for 5 pax) : RM38/pax
  • Taxi to LCCT (RM50/ride) : RM17/pax
  • Airasia meals : RM68/pax
  • Luggage return (100kg/5pax) : RM69/pax
Sub-total :  RM837

Thursday, March 13, 2014

Kansai, Japan 2013 : #16 - Port of Osaka | Santa Maria Cruise | USS Japan | Umeda Sky Building

Assalamualaikum!

Ni adalah entry bergambar, disebabkan kekangan masa yang agak terhad dek kelas dan lain-lain aku agak malas nak jenguk blog. Tapi nak abeskan entry ni secepat mungkin. 

Untuk cerita lanjut, aku sarankan untuk refer ke blog Mr. Janggeltrekker ---> SINI 

ucapan selamat dalam pelbagai bahasa

Wednesday, March 5, 2014

Kansai, Japan 2013 : #15 - Tsutenkaku Tower | Lunch!

Ohayƍgozaimasu!!!  

Bersambung lagi pada hari yang sama. Lepas dah penat meronda di kawasan Osaka Castle tuh. 

Kali ni pegi ke Tsutenkaku Tower yang terletak di kawasan Shinsekai. Keluar je dari exit subway terus nampak menara ni. Tersergah depan mata tinggi menara ni. Takdelah tinggi mana pun yang aku rasa dalam 10 tingkat bangunan camtu. Tapi rekabentuk menara ni agak retro ataupun bahasa lainnya macam dah lama. Macam aku penah tengok menara ni muncul dalam rancangan Ultraman satu ketika dulu. 

Korang layan tak? ahaks!

Fungsi utama Tsutenkaki Tower tak lain tak bukan macam KL Tower gak yakni untuk tujuan telekomunikasi dan jugak as a tourist attraction. Actually, kat Jepun ada banyakkkk menara. Dan ini adalah salah satunya. Kitaorang pilih yang ni sebab dekat. Pegi salah satu pun dah ok untuk tengok view plus it's free kalo pakai kupon kalo pakai Osaka Day Pass tu. Yeay! 

Tuesday, March 4, 2014

Kansai, Japan 2013 : #14 - Osaka Castle

Ohayƍgozaimasu!!! 

Hari terakhir, hari ke-7... esok pepagi kene pegi ke airport dah untuk balik ke tanahair yang tercinta. Rindu katil dan bau-bau kat Malaysia... hahaha 

Iye ke ni? Propa much? Kalo tak kerana takde duit banyak, nak je aku stay lama skit lagi kat Jepun ni. Tak puas! 

Since ni last day, maka nak gunakan semaksimum boleh Osaka Day Pass yang kitaorang beli tu. Jadik, bila belek-belek buku panduan attractions yang boleh pegi secara percuma, ada beberapa tempat yang kitaorang dah highlightkan untuk terjah sebelum hari ke-7 ni berakhir. 

Tempat pertama yang kitaorang nak terjah adalah Osaka Castle! Landmark ataupun ikon penting kalo datang ke Osaka... btw, anggaplah aturcara arini sekadar snap and go. Takde nak tilik-tilik secara teliti ape yang terkandung. Biasalah... nama pun pelancong. Hiks. 


berjalan dari kejauhan nak sampai ke pintu masuk nih!