Tuesday, September 27, 2016

Starbucks Drive-Thru, Jalan Ampang

Hello!

Arini mood rajin skit nak update blog sebab tempat kali ni aku rasa jarang nampak kat sekitar KL ataupun Malaysia. Share with me if you know other locations as well okay? ;)

Weekend aritu aku berkesempatan join event terbaru anjuran Gaya Travel Magazine iaitu "Eat.Travel.Write.Doodle (ETWD)" yang juga bersempena dengan "Citrawarna 2016" yang berlangsung pada malam 25 September 2016 yang lalu. 

Anyway untuk entry kali ni aku nak fokuskan tempat lepak yang terbaru bagi mereka yang tinggal Ampang dan jugak Kuala Lumpur. Starbucks Drive-Thru, Jalan Ampang baru je dibuka seminggu yang lepas. Aku nampak satu artikel pasal Starbucks ---> Best Food KL . Kebetulan dalam entry event ETWD kali ni, dorang selitkan sekali untuk datang melawat ke Starbucks yang baru dibuka ini. 





So, kat mana Starbucks Drive Thru, Jalan Ampang ni?

Tak susah pun, datang daripada KLCC terus menuju ke Jalan Ampang sampai jumpa Great Eastern Mall dan Gleneagles Hospital. Tak jauh dalam 300 meter camtu dari hospital (belaha kiri), Starbucks ni terletak di seberang jalan (sebelah kanan). Kene buat u-turn bawah flyover la untuk ke sana. Kalo nak terus u-turn make sure takde kete dulu. Kang tak pasal-pasal accident pulakkan. Hahaha. 

Benda yang menarik perhatian aku adalah concept, interior dan jugak struktur binaan Starbucks ni memang menarik minat aku untuk datang. Thanks GayaTravel sebab sudi bawak! Konsep dia lebih kepada minimalist dan moden. Tak perlu sarat dengan segala benda mak nenek. Just the way i like it to be. By the way, it's totally deserves a visit from all. 













Aku rasa Starbucks kat sini antara yang paling luas kot yang penah ada kat Malaysia. Memang rasa spacious dan tak rasa lemas. Siap boleh buat discussion lagi bagi yang mereka berminat nak diskas pasal business ke apa. Ada ruang indoor dan outdoor untuk duduk. Tapi outdoor, ruangan dia limited la skit dan panas la. Hello, Malaysia kot. Ingat London? Hahaha. Dekorasi yang korang tengok kat gambar-gambar atas tu menarik bukan? Simple and just nice. 

Kalau dah datang dengan Gaya Travel, takkan la datang minum lepak je kan. Pihak Starbucks Drive Thru siap adakan satu session bersama Malaysia Coffee Ambassador lagi, Cik Aisyah untuk memberikan sedikit sebanyak pengenalan berkaitan coffee culture yang sebenarnya. Ada banyak input menarik yang diberikan siap dengan demonstrasi lagi. Sebagai contoh, makanan apa yang sesuai untuk dinikmati bersama dengan secawan kopi. Dengan haruman yang boleh kasik high buat coffee lover. Fuhhh! Mengancam! 

Tak lupa, ada jugak sesi menjawab soalan dan kuiz. Guess what? Aku pun menang hadiah dari Starbucks. Tak silap, soalannya aritu "Makanan apa yang sesuai bagi membangkitkan rasa dan bau kopi sumatera" Aku dengan selambanya jawab "cempedak goreng" Hahaha boleh walhal aku macam main cakap je. Lols. Reason dia? Sebab bau cempedak tu kuat dan fruity that why boleh membangkitkan rasa dan bau kopi tersebut. 

Hadiahnya ape? Boleh amek 1 barang yang terletak di merchandise rack. Wow la kan. Aku amek tumbler yang limited edition yang berharga RM120. Yela, aku kan pengumpul tegar Starbucks Tumblers. Terima kasih Starbucks! 


antara makanan yang disediakan untuk mencuba. bukan terus makan ye. kene tunggu Coffee Ambassador kasik instruction sambil minum kopi yang disediakan

antara participants untuk ETWD kali ni, ramai muka-muka baru. well hello there~

Cik Aisyah (Coffee Ambassador) dan juga En. Salleharon (Senior Manager/Coffee Master)

para participants yang gigih mengambil nota atau gambar. tekun semuanya. bagus!

yang ni pun tekun juga. kelihatan blogger femes "That's So Farah"

CEO GayaTravel, En Nuar sedang merakam video

tu dia, betul-betul menikmati nih, ke acah-acah je? ;p

kita makan waffle pulak sedap sambil hirup sumatera coffee. bau dia memang terangkat!

turut dihidangkan, marble cheese cake, chicken lemongrass pizza dan jugak mushroom pie. very very delicious! yums

sesi bergambar la bagi mereka yang berjaya menjawab soalan. nampak tak aku kat situ? bangga abes. lols

sesi penghargaan dari pihak Gaya Travel Magazine kepada pihak Starbucks

senyuman ayu dari Cik Aisyah (Malaysia Coffee Ambassador)

blogger Ramble&Wander begitu fokus nampaknya. tekun!

Ok dah tu je. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali pihak Gaya Travel Magazine, Starbucks Malaysia dan juga Tourism Malaysia atas peluang yang diberikan. 



Till then. 

Bye!

Wednesday, September 21, 2016

Highlight | 8D7N in South Island, New Zealand

Hello! 

I'm back? Back la sangat. Walhal ada je kat sini haaa... takde pegi mana-mana pun. 

Anyway, nak share sedikit gambar ketika 1st trip bawak clients (private trip) ke South Island, New Zealand bulan Ogos yang lalu selama 8h7m. Alhamdulillah, everything went well. Clients pun sangat puas hati dengan segala aturan yang aku buat. Ada beberapa benda yang aku dah noted untuk penambahbaikan buat masa hadapan, tu pun kalau ada next trip. Hahaha. 

This time, aku sendiri pun puas hati dengan aturan dan tak terlalu rushing. Dapat pegi tempat-tempat yang aku dulu tertinggal atau taktau wujud. Dapat cover semuanya. Puas hati! Maybe next time tempat lain lak kita terjah. Who knows. InsyaAllah. 

Trip kali ni route dia adalah:

Christchurch --> Lake Tekapo --> Wanaka --> Queenstowns --> Milford Sound   --> Te Anau --> Dunedin --> Christchurch --> Akaroa (aku tambah sendiri)

Taknak cakap banyak, kita layan gambar jela. 

layan view dulu, kerusi tu memang nampak senget. jangan betulkan skrin pc anda. hahah

stargazing kat Lake Tekapo. Main stop. Cuma nasib kurang baik sebab bulan penuh malam tu. tak banyak bintang tapi still cantik!

pose wajib with the background view

buat walking trail kat Hooker Valley, Aoraki Mt Cook. Tak sempat sampai hujung sebab clients dah rasa penat. Maybe next time kita cover abes. Cun wooooooo!

dulu lalu dan taktau nama apa kat kawasan sini. Ini adalah Lindis Pass

pokok paling famous kat Wanaka. The Lonely Tree

dulu singgah sekejap je kat Wanaka. This time, betul-betul dapat tengok keindahan Lake Wanaka

tu dia clients saya. Posing sakan. antara gambar kenangan. 

Lake Wakatipu | This time wa tak tipu lu dah

dulu tak tau tempat ni wujud. Glenorchy | Cantikkk gila! Puas hati dapat sampai sini

landmark Glenorchy

The Willow Trees orang kata the Guardian of Glenorchy

the reflection was almost perfect for me

rusa pun ada

2nd time on our way to Milford Sound, wajib stop kat Eglinton Valley

Mirror Lake, air tak brape tenang sebab windy

clients pegi naik cruise sempat jumpa dolphins bagai, aku jejalan kawasan sekitar. time ni low-tide

almost nak sunset dah

tertonggek gakla nak daki the steepest road in the world ni "Baldwin Street"

Tunnel Beach, terlalu sejuk nak teruskan perjalanan ke bawah

Moeraki Boulders | Batuan berbentuk sfera

Elephant Rocks | Narnia?

Akaroa | Simply breathtaking!

Akaroa

Ok dah tu je. 

Will I ever come back? Definitely! Trip coming November is another trip with 10 of us including me. Can't wait coz the weather is mild and pleasant. Plus, longer daylight compare to winter season. 

Ada yang teringin nak join untuk next year? Probably akan ada. Simpan duit siap-siap okeh! 

Till then...

Bye!