Assalamualaikum!!! Happy Sunday Everyone!!!
Sob Sob...semalam geng Travelholicsawesome dah tinggalkan aku untuk photoshoot kat sawah padi kat Sekichan demi menyempurnakan misi Suci. Wallawehhh!, korang kene ganti balik session ni nanti! Aku tuntut! Hahaha.
Jom sambung hari pertama aku di New Delhi, India. Destinasi yang seterusnya selepas Kompleks Qutb Minar ialah Lotus Temple, India Gate dan jugak Sarojini Market untuk shopping time!!!(Walhal, sebelum datang takmo shopping dah).
Selepas keluar dari kompleks tu, terus bukak maps dulu tengok arah kat mana Lotus Temple. Terus carik tuk-tuk. Time ni taktau lagi brape tambang untuk ke sana. So, main tanya jela mana-mana tuk-tuk yang ada. Kiranya, kalo kene kencing pun terpaksa redha. Hahaha. Jumpa satu tuk-tuk, tanya tambang untuk ke Lotus Temple. Dia quoted 300 rupees untuk menuju ke sana. Kiranya sorang kene kasik 100 rupees. Seriusly, memang we all taktau brape tambang sebenarnya untuk ke sana. We agreed to hop on the tuk-tuk.
Perjalanan ke Lotus Temple mengambil masa kira-kira 20 minit jugaklah. Dengan panas dan berdebu tak lupa jugak macet yang agak melampau. Sempat jugaklah aku terlelap dalam tuk-tuk tu....hahah tengah lapar pun ada. Nasib baik ada bawak biskut. Makan la kami dalam biskut. Sempat jugak offer kat driver tuk-tuk tu. Tapi boleh pulak demand nak lagi kan. Hahaha. Kasik jela...abeskan terus. Dia cakap sedapppp!
Dah sampai Lotus Temple, rupanya tutup temple tu untuk hari Isnin. So, kami amek gambar dari luar jela. Owh ya, time ni jugaklah bateri kamera aku kong, so terpaksa pinjam kamera kecik MasMZ untuk snap-snap gambar yang aku nak. Sob sob sob lagi....
Tak lama pun duk kat sini lebih kurang 10 minit je kot. Then, cakap kat Janggel and MasMZ yang next destination will be India Gate. Kawtim dengan driver tuk-tuk untuk ke sana. Dia quoted lagi 400 rupees untuk ke sana. Kira macam mahal gak sebenarnya. Ntah la... So, we agreed. Itu pun rasa macam dah hancing kene tipu. Redha jela...
Jauh jugak perjalanan kami menuju ke India Gate ni dalam 30 minit jugaklah. Last-last sampai jugak, tapi dorang turunkan we all kat tepi jalan which is kami kene menapak dalam 500 meter untuk sampai ke kawasan India Gate tu. Macam harammm! Time ni panas terik jugaklah. Tak sabar nak cari orang jual air gas. Kasik segar skit badan..
Sedikit info mengenai India Gate: Sumber dari Google.
The India Gate is the national monument of India. Situated in the heart of New Delhi, the India Gate was designed by Sir Edwin Lutyens, inspired by the Arc de Triomphe in Paris. It was built in 1931. Originally known as the All India War Memorial, it is a prominent landmark in Delhi and commemorates the 90,000 soldiers of the Indian Army who lost their lives while fighting for the Indian Empire, or more correctly the British Raj, in World War I and the Third Anglo-Afghan War. It is composed of red and pale sandstone and granite
Lepas dah lepak dalam 1 jam kat kawasan India Gate, tibalah masa untuk beredar. Agak ramai orang kat kawasan sini. Tak lupa satu incident berlaku kat sini. Hahah. Mula-mula cuak gak, tapi bila ingatkan balik rasa lawak yang amat! Time tengah duk syok amek gambar, datang la beberapa lelaki India. Dia cakap nak amek gambar aku. Wahhh gambar aku ok! Mula-mula aku ingat scam ke ape nanti dia print then, paksa kita beli photo tu. Rupanya dorang pun tourist gak! Muahaha.... Janggel pun terheret sama amek dalam foto. Giler glamer kat sana. *perasan*
Jom kita beredar....plan nak balik guna Metro jek. So, tanyalah orang sekeliling kat mana stesen metro. Ok, dorang tunjukkan jalan straight menuju ke Bangunan Kerajaan ala-ala Putrajaya. Moh kita jalan.....

Untuk menuju ke station Metro tu, kita akan melalui kawasan taman yang panjanggggg....ibarat taman yang takde penghujungnya! Waduhhh......panjang ok! Seingat aku, sambil jalan duk tanya orang kat mana station Metro. Sume tunjuk arah yang sama...tapi tak sampai-sampai jugak. Dah brape belas trafik light dah kami terjah, tak nampak-nampak jugak. Singgah jap beli air gas sejuk sebab rasa macam dehidrated pulak. Hahah. Dah la panas petang-petang camni. Jalan lagi.....sambil menyanyi gembira ala-ala hindustan kat taman bunga. Kadang-kala, kami berduet bersama-sama lagu tema kami. Tapi tak sampai-sampai jugak...ada la dalam 10 kali tanya benda yang sama. Musykil pun ada... last-last sampai jugakla kami. Rupanya memang jauh giler station nih! Betol-betol dekat dengan bangunan kerajaan tu. Hampeh!
Ok dah sampai stesen Metro. Dalam kepala otak aku yang agak geliga ni, ajak dorang pegi Sarojini Market dari sini. So, kene tanya local camne nak pegi sana naik Metro. Dorang cakap turun kat Station I.N.A line yellow kalo tak salah aku. Bayaran tambang adalah sebanyak 12 rupees seorang. Bila dah sampai kat INA station tu masih lagi blur kat mana Sarojini Market ni kan. Rupanya dari station, kene naik tuk-tuk menuju ke sana. Nasib baik MasMZ pegi tanya kat minachi yang duk bertenggek kat tangga station. Beliau berkata tambang hanya 10 rupees seorang. Maka, moh la kita ramai-ramai pegi Sarojini Market! Perjalanan agak jauh gak la. Nasib baik tak menapak. Hahaha
Ok dah sampai..jeng..jeng!!! Rupanya Sarojini Market ni macam pasar lambak pun ada, tapi still dikelilingi dengan kedai-kedai yang ber"air-con" maka tak basahlah ketiak ketika membeli belah. Time ni just pusing-pusing je dulu. Macam-macam barang ada...dari sarung kusyen, baju-bajan, kasut, tali pinggan, kemeja, cawan, periuk, gelas, karpet sume adalah! Pejam mata, dan buat hajat apa yang nak, mesti ada kat sini! Jangan lupa bargain tau. it's a must!
Ok, time ni dah rambang mata dah aku. Kalo boleh nak beli macam-macam dalam kepala otak aku ni. Tapi control-control nafsu dulu. Janggel dan MasMZ pun sama. Alih-alih sangkut kat kedai baju kurti. Sempat la jugak rembat baju selai dua untuk sanak saudara. Tak mahal pun! Kalo dengar harga, boleh terkincit tau! Misi aku nak cari kedai saree sebab nak bawak balik jual kat Malaysia! Terima kasih yang dah sudi membeli!!! Nanti ada lagi, aku tepek kat blog ok! Yela, alang-alang untung 2 3 puluh sen, boleh buat travel jugak. Betol tak? Heheh
Keadaan di kawasan Sarojini Market takdela bersih sangat but still bearable. Kena jaga-jaga jugak sebab banyak anjing berkeliaran.
Dah setel beli pape yang nak, kami singgah kedai saree. Lama gak lepak kat dalam tu...sempat beli dalam 40 helai saree nk bawak balik Malaysia. Masing-masing duk berebut nak amek itu ini. Hahaha. Pekedai tu geleng kepala tengok gelagat kami. Punyelah excited lebih sangat! Hahah. Lebih kurang malam baru balik ke hotel semula. Yela, perut dah lapar baru nak balik sarang masing-masing.
| Station metro kat HUJUNGGGGGGGGG taman nih! |

Amek tuk-tuk untuk balik ke hotel. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak 150 rupees. Bila sampai hotel, terus mintak room service. Order plain rice je pun 3 pinggan. Pastu tambang telur rebus 2 bijik. Makan dengan sambal ikan bilis! Yummy!!! Portion nasik dia kasik besar la pulak...sampai berlebih-lebih. Lain kali mintak 2 pinggan jek.
Berakhirlah hari pertama....
Till then, wasalam...