Monday, May 14, 2012

India is Incredible? - Day 6, Part 2 (The Baby Taj & Sunset at Taj Mahal)

Assalamualaikum!!!
Jom aku sambung cerita aku kat Agra, India untuk hari ke-6 aku berada di India. Selepas kami pulang ke Tourist Rest House, terus terbungkang kepenatan. Cuaca panas hari ni sangat memenatkan kami. Perghh, balik je masuk bilik terus bukak kipas. Angin dari kipas tu sungguh nyaman dan membuatkan kami terus terlena….hahah. Kami dah janji dengan driver tuk-tuk kami untuk bawak kami ke Baby Taj jam 4.30 petang. So, adalah masa untuk kami berehat dalam 3 jam. Tak lunch dah tengahari tu sebab more to tido. LOL.
Dah selesai tido semua, kami bersiap-siap untuk ke destinasi yang seterusnya. Ke Baby Taj! Terletak tidak jauh dalam lebih kurang 15minit perjalanan. Keadaan trafik kat sini pun agak teruk. Hon sana, hon sini… non-stop. Tapi seperti biasa tuk-tuk ni pandai menyelit.


Selepas dah setel melawat kat Baby Taj, kami dibawa pula untuk melihat Taj Mahal dari seberang sungai Yamuna. Kiranya tengok the other side of Taj Mahal. Aku pun tak pasti area kampong mana dia masuk tapi tempat tu betol-betol disebelak Mehtab Bagh, katanya salah sebuah taman yang tercantik. Hahah so funny. Taman ni tak masuk pun takpe bak kata Chawanna. Tak cantik mana pun. Pokok-pokok pun most of it tak berdaun pun. Dah la kene bayar untuk tiket masuk. So, we skipped that place and berjalan menyusuri pagar Mehtab Bagh menujuk ke tebing sungai. Actually, tak sampai pun tebing sungai sebab disekat oleh pagar. So, kat situ jela kami duk amek gambar sambil melayan sunset yang tak brape nampak sangat matahari dek kerana jerebu.
Nampaknya kat situ bukan kami seorang saje yang ada, ade beberapa lagi pelancong yang ada. Terserempak pulak dengan sekumpulan warga India yang berboleh berbahasa melayu. Hahaha…rupanya warga Singapura. Nasib baik takde duk kutuk pape. Kekeke buat malu je nanti. Kami letak kat situ tak lama pun lebih kurang 30 minit je. Kat sini ade je beberapa orang budak duk mintak sedekah. Kami buat tak layan je, kang kalo kasik duit ke pape, makin ramai pulak yang datang. Buat bodo jela….

Akhirnya kami sampai di Baby Taj. Kecik je rupanya…tak macam saiz Taj Mahal. Bayaran masuk adalah sebanyak 100 rupees sahaja untuk seorang. Nasib baik murah, kalo mahal tadi..memang tak berbaloi sebabnya kawasan sekitar Baby Taj tu memang kecikk! Orang pun tak brape ramai. Less than 20 people.



For your information, Baby Taj juga merupakan sebuah makam untuk salah seorang ahli keluarga Shah Jahan. Boleh google sendiri. Di dalamnya terdapat beberapa buah makam yang dijaga rapi. Cuma hiasan di dinding agak lusuh akibat peredaran zaman. Yela, dah berusia beberapa ratus tahun. Tapi masih teguh berdiri.
Sedikit info dari Google:
The Tomb of Itimad-ud-Daulah follows a typical Mughal period mausoleum design. It is a square structure placed at the centre of a garden in a charbagh layout, i.e. a square garden divided into four landscaped quadrants separated by paved paths with water channels running through their centre. At the end of each path is a red sandstone monumental gate structure with a high central pointed arch flanked by stacked arches. The gates vary only slightly in design, but all four are of the same size and contain similar geometric and floral designs created using white marble inlaid into the red sandstone of the façade. The east gate is the actual entrance into the mausoleum grounds, but the other three simply provide symmetry. The west gate provides panoramic views over the River Yamuna.
Jomlah layan gambar....















Selepas dah setel melawat kat Baby Taj, kami dibawa pula untuk melihat Taj Mahal dari seberang sungai Yamuna. Kiranya tengok the other side of Taj Mahal. Aku pun tak pasti area kampong mana dia masuk tapi tempat tu betol-betol disebelak Mehtab Bagh, katanya salah sebuah taman yang tercantik. Hahah so funny. Taman ni tak masuk pun takpe bak kata Chawanna. Tak cantik mana pun. Pokok-pokok pun most of it tak berdaun pun. Dah la kene bayar untuk tiket masuk. So, we skipped that place and berjalan menyusuri pagar Mehtab Bagh menujuk ke tebing sungai. Actually, tak sampai pun tebing sungai sebab disekat oleh pagar. So, kat situ jela kami duk amek gambar sambil melayan sunset yang tak brape nampak sangat matahari dek kerana jerebu.
Nampaknya kat situ bukan kami seorang saje yang ada, ade beberapa lagi pelancong yang ada. Terserempak pulak dengan sekumpulan warga India yang berboleh berbahasa melayu. Hahaha…rupanya warga Singapura. Nasib baik takde duk kutuk pape. Kekeke buat malu je nanti. Kami letak kat situ tak lama pun lebih kurang 30 minit je. Kat sini ade je beberapa orang budak duk mintak sedekah. Kami buat tak layan je, kang kalo kasik duit ke pape, makin ramai pulak yang datang. Buat bodo jela….














Ok dah jomla balik… time tuk-tuk tu dah bergerak. Kami sempat kasik gula-gula kat budak-budak tu. Hahah Janggel sempat la kasik kat atas tangan budak-budak tu, kami since tuk-tuk kami dah laju, aku mai campak jela gula-gula tu. Hahah redha jela. Bukan terpaksa tau, tapi ikhlas…hehehe. Gelakkk kami dalam tuk-tuk dek kerana gelagat aku duk buat camtu. Hahah.
Time kami sampai ke Tourist Rest House, hari dah gelap. Driver tuk-tuk tu janji nak bawak kami pegi bazaar, tapi tak dibawanya. Aku mintak kurang jadik 400 rupees je since tak bawak kami pegi bazaar. Macam mengamuk jugaklah aku kat situ. Driver tuk-tuk tue pun macam bengang jugak. Bawaklah jugak kami….dengan terpaksa. Diberhentinya kami jauh dari pasar tu. Terpaksa berjalan kaki. Lahanat punye orang! Tertabah jela… tapi nasib baik jugak terjumpa tuk-tuk mainan untuk diberikan kepada Chawanna. Hehehe. Sudah satu kerja selesai...hehehe
Malam tu kami pack barang siap-siap sebabnya train kami seawal 7 pagi menuju ke New Delhi. Can't wait to be home! hehehe.
Till then...wasalam.

Thursday, May 10, 2012

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards : The Gala Night!

Assalamualaikum!!!

Syukur ke hadrat Ilahi diatas limpah kurnia-Nya kepada aku atas kemenangan aku di Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards tempoh hari. Actually, memang tak sangka langsung yang aku telah dipilih sebagai pemenang, since undian aku tempoh hari adalah yang ke-2 tertinggi. I guess it's just my luck! FYI, someone has nominated me in Tourism Destination Blog and I won. I didn't who's nominated me. Maybe orang tu boleh tinggalkan komen. Terima kasih banyak-banyakkkk!!! Tak lupa kepada juri yang telah memilih blog aku sebagai one of the winner! It feels soo greattt!!!



Pada 8 May 2012, telah berlangsung majlis penyampaian anugerah kepada pemenang yang telah diadakan di Saloma Bistro dan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. Tak lupa jugak telah dihoskan oleh Datuk Mahadzir Lokman. He was awesome! Pertandingan adalah anjuran Ministry of Tourism Malaysia dengan kerjasama dari Tourism Malaysia, Social Media Chambers of Malaysia dan juga Travelblog.org

At first, memang aku tak jangka langsung akan menang award ni memandangkan aku memang tak bertuah langsung kalo masuk mana-mana pertandingan. Yela, baru je start blogging setahun yang lepas. Tup-tup terus menang. Mana tak terkejut! Alhamdulillah..i think this is my greatest achievement so far. InsyaALLAH, aku akan kerja lebih keras lagi untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pembaca sekalian.

Since malam tu takde sesi kasik ucapan oleh setiap pemenang, maka dengan ini aku nak dedikasikan entry kali ni untuk anda semua:

Ehem-ehem, pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kerana memberikan aku nikmat dan bakat yang aku kira kadang-kala aku alpa dengannya. Tak lupa juga kepada family aku yang banyak kasik dorongan (okla nak sebut jugak eventho they dont even know that I have a blog). This thing must be kept a secret ok! Harap-harap takde sape la bagitau kat mak ayah aku. Hehehe.

Special thanks to TRAVELHOLICAWESOME!

Janggel the "JanggelTrekker" : Winner of ECO TOURISM BLOG!!!,  Lily the "Globetrotter", MasMZ the "Kaki Jalan", Kak Coco the "CocoNutz", Chawana the "Chawana", MasZuber the "Journey Of Life", Byya the "Traveller's Anatomy" , shah_rule the "My Story In A Life Time", Biqque the "Beauty In Darkness", and Ely the "This Is Our La La Land".

Kepada semua warga Forum Cari especially Warga Board Travel yang telah mengundi aku. Jasa anda semua memang aku takkan lupa sampai bila-bila. Harap dapat bertemu anda semua di alam realiti!

Kepada kawan rapat, tak rapat dan jugak kawan facebook. Terima kasih kepada anda yang telah baca PM aku dan undi aku. Jasa baik anda tak dapat saya balas.

Akhir sekali, kepada semua pembaca blog Kakiberangan.blogspot.com. ANDA SEMUA MEMANG TERBAEKKKK!!! Teruskan memberikan sokongan kepada aku untuk berkongsi pengalaman aku dengan anda semua.


Jom layan gambar-gambar ketika malam gala:







Walaupun tak cukup kaki yang ada, tapi yang hadir pun aku dah cukup gembira!!!


Till then....wasalam.

Monday, May 7, 2012

India is Incredible? - Day 6, Part 1 (The Taj Mahal)

Assalamualaikum!!!

Ok dah pindah rumah, so for the time being memang takde internet kat rumah aku. Terpaksa tunggu office hour kalo nak main internet atau blogging sume. Hurm...sedihnya. Ada sape-sape nak provide internet? Hahah.

Tanpa melengahkan masa… mari aku sambung cerita India aku untuk hari ke-6 ni. Kemuncak segala-galanya bagi trip kami yakni melawat Taj Mahal! Salah satu dari 7 keajaiban dunia. Wallaweyy! We are here!!!

Pada asalnya kami nak gerak awal pagi, konon-konon nak sempat tengok sunrise kat Taj Mahal. Tapi sumenye dusta semata-mata sebab kami semua tido dengan nyenyaknya. Siap boleh berlengah-lengah lagi dalam bilik tu. Kami gerak keluar lebih kurang jam 10 pagi dah time tu. Giler lambat kan? Siap boleh breakfast lagi kat bawah tu order lempeng pisang dan jugak toast. Air teh O pekat panas menjadi pilihan kami. Yela, cherry berry kot..itula ubatnya. Bak kata orang dulu-dulu.

Kami amek je tuk-tuk yang kat depan Tourist Rest House tu. Dia quoted untuk kami untuk 1 hari berjalan ialah sebanyak 500 rupees. Okla tu kan. Dia akan bawak kami pegi ke Taj Mahal, Baby Taj, Bazaar, Mehtab Bagh. Tapi untuk sesi pertama, kami terus menuju ke Taj Mahal. Driver tuk-tuk ni kata dia muslim. Kalo dia tipu aku, maka aku pun tipu korang jugak. Hahaha. Perjalanan ke Taj Mahal tak tau pun dalam kira-kira 10 minit kalo naik tuk-tuk. Untuk masuk ke kawasan Taj Mahal, boleh melalui 3 pintu utama iaitu pintu barat, timur dan selatan. Kami dibawa masuk mengikut pintu barat. Kat kawasan pintu barat tu terdapat jugak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis souvenirs yang korang boleh beli. Kene bargain la ye. Kami tak beli lagi time ni sebab nak tengok Taj Mahal dulu. Takmo buang masa…




Owh ya, lupa nak bagitau tema kami ketika melawat Taj Mahal ialah menyambut hari raya. Hahah Kami pakai pakaian rasmi rakyat Malaysia. Lengkap bersongket bagai ok! Hahah. Meriah tak? Dah la warna sume sedondon..happy! Boleh buat lagi next time. Hehehe. Ok jom beratur beli tiket. Wallaweyyy! Ramai giler orang duk beratur. Time ni cuaca pun dah semakin panas. Matahari terik memancarkan cahayanya. Tapi kalo takmo beratur panjang, jangan risau. Ada kaunter khusus untuk foreigner macam kita semua. Harga tiket masuk ke Taj Mahal adalah yang paling mahal dalam semua tempat-tempat bersejarah kat India ni iaitu sebanyak 750 rupees!!! Seperti biasa, rakyat dorang dapat diskaun 99% dari harga kami kene bayar. Cis! Kat sini jugak, sila make sure anda dapat kembali baki duit anda kalo bayar guna note besar. Sebab ape tau, orang jaga kaunter tu tak kasik balik duit baki MasMZ sebanyak 250rupees! Siot gilerr…Bila kami dah jalan masuk ke dalam baru perasan yang dia bayar paling mahal yakni 1000 rupees!!! Sedih….pilu dan kesal. What to do.. bertabah jela.

Jom beratur masuk ke Taj Mahal. Waduhhh…ramai benor orang duk beratur nak masuk. Sekali lagi kene scan satu tubuh badan. Beg pun kene geledah ok. Peraturan utama ialah tidak dibenarkan membawa gula-gula dan makanan. Air mineral masih lagi dibenarkan. Yelakan, plastic gula-gula tu kalo dibenarkan masuk, mesti bersepah orang duk buang merata. Yang bagus kat India ialah semua benda perempuan mesti diberikan priority. Nak queue masuk entrance pun ade lane khusus untuk mereka. Untuk foreigner, jangan risau kita pun dapat priority ok untuk masuk. Takyah beratur bersama rakyat local. Yela, dah bayar tiket sikit punye mahal nak mampos, takkan kene beratur panjangkan. Mau tak aku mengamuk kat depan tu jugak. Hahaha. Jom masukkk!!!


Lepas dah setel security check sume, tak masuk lagi tau jumpa Taj Mahal… ada satu kawasan lapang yang menemukan 3 pintu masuk utama sebelum tiba di gerbang masuk Taj Mahal… Dan….dari jauh…dah nampak kelibat Taj Mahal..lambang cinta agung Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Ok dah malas nak cerita.. jom layan gambar.













I am SUPERMAN!!!
Dah sampai betol-betol depan Taj Mahal tu, begitu kagum kami. Banyak simetri yang dari jauh nampak lain, dari dekat nampak lain. Menakjubkan! Begitu cantik senibina dorang dengan bangunan tu dihiasi dengan pelbagai jenis semi-precious stones. Berserta Islamic kaligrafi. Teliti dan kemas. Menurut Andaque, one of the blogger said to me, sebelum ni ada orang pecah masuk Taj Mahal untuk korek semi-precious stones tu. Gilerr jahat manusia ni kan? Tamakkk… Kat dalam bahagian Taj Mahal tu tak dibenarkan untuk amek gambar, so takdelah gambarnya. Tapi seriously, kat dalam tu memang sejukkk je. Maybe sebab batu marmar tu sendiri yang memang sejuk. Dah abes masuk ke seluruh pelosok dalam Taj Mahal tu kami beredar ke bahagian luar pulak. Makk aihh…punyelah ramai orang duk bersila atas lantai tempat yang teduh tu. Yela, cuaca arini agak panas. Macam berkelah pulak tengok. Hahaha. Kami pun tak melepaskan peluang buat benda yang sama. Tapi tak sempat nak panas punggung, kami semua dihalau oleh security. Katanya menggangu aliran trafik. Hurm…beredarlah kami…








Pastu terjumpa pulak tiang menara kat bucu Taj Mahal tu, kami lepak situ pulak since macam teduh je. Sebab masing-masing macam pening dan sakit perut. Hahah. Pastu sempat lagi duk baring atas lantai duk posing macam-macam gaya. Hahah.  




Lebih kurang 3 jam kat Taj Mahal, kami beredar untuk balik ke Tourist Rest House kami. Sebab dah tak larat gilerr. Nak tido petang dulu untuk rehatkan badan. Petang nanti baru keluar balik untuk ke Baby Taj dan catch sunset from the other side of Taj Mahal. Jomlah balikkkk….



Sebelum tu, kami terpandang pulak ade booth India Post kat situ. Alang-alang tu terus kami poskan semua poskad-poskad kami untuk teman-teman di tanahair. Gigih tau tulis sume pastu sign kat setiap kad. Hahaha. Macam hantar kad raya pulakkk. Hahah. Harga setem aku dah lupa tapi tak mahal. Ramai pelancong tak melepaskan untuk hantar jugakk.. Bagus dorang ni kan..



That's it for now...till then, wasalam..