Monday, April 16, 2012

India is Incredible? - Day 3, Part 2 (Jal Mahal & Mughal Town)

Assalamualaikum!!!

Hari Isnin kembali lagi! Minggu ni akan menjadi agak busy sebab tahun berakhir 31 Mac dah bermula. Haishhh...redha jela. Korang faham tak? Hahaha. Tak sabarnyaaa nak tunggu weekend nih! Nantikan sesuatu yang besar akan berlaku ok!!! 

Jom sambung hari ke-3 kami selepas melawat Amber Fort. For your information, perjalanan kami dari hotel ke Amber Fort sebenarkan melalui Jal Mahal. Tapi kami terus pegi dulu ke Amber Fort sebabnya Amber Fort adalah lebih jauh dari Jal Mahal. Kami singgah ke Jal Mahal selepas balik dari Amber Fort. 

Jal Mahal merupakan sebuah istana yang telah terapung dek kerana terbinanya empangan di Tasik Man Sagar ni. Ianya dibina betol-betol di tengah tasik. Memang nampak sangat-sangat cantikkk! Sebelum sampai sini, aku duk tanya Janggel, boleh ke kita masuk dalam istana tu. Yela, dah namanya terapung mesti ade sampan ke bot untuk sampai ke sana. Katanya tak boleh sebab under renovation ke apekebendenya. Bak katanya lagi, kalo air surut, boleh nampak jalan yang dibuat untuk sampai ke Jal Mahal ataupun Water Palace ni. 

Since kami tak boleh pegi sana, Bhaijan just berhentikan kami di tepi jalan sahaja untuk amek gambar kenang-kenangan. Time ni dah almost 3 petang. Ramai jugak local yang duk bersiar-siar di tepi tasik. Tak lupa juga penjual minuman dan makanan. Agak meriah jugaklah di samping untuk bersantai bersama keluarga. Unta pun dapat kita lihat untuk tunggang. Busukkk ler bau unta tu. Tak mandi kot. Muahaha. 

Sedikit info mengenai Jal Mahal. Aku copy dari Janggel. Hehehe: 

Jal Mahal merupakan sebuah istana 5 tingkat di mana 4 tingkat telah ditenggelami oleh air akibat daripada pembinaan empangan di Tasik Man Sagar. Sejak tahun 2000, kerja-kerja pemulaharaan telah dibuat terhadap Jal Mahal di mana ia merupakan tarikan pelancomg sehingga kini.

Sambungan boleh baca kat Wikipedia : Jal Mahal 







Lepas dah puas bergambar sakan kat tepi tasik tu, Bhaijan bagitau kami yang dia nak bawak kami ke Mughal Town. Mula-mula tu tertanya jugak, kat mana Mughal Town tu, ade bandar purba ke kat situ. Rupanya, lepas disoal-siasat, rupanya Mughal Town tu ialah kilang kain ok!!! Hahaha. Nampaknya beliau bijak dalam membuat perniagaan mendapatkan komisen dengan penjual kain. Tapi kami ikut aje sebabnya takkan nak balik terus ke hotel lagipun hari masih cerah. Rugi pulak kalo duk bersantai kat hotel je. Alang-alang tu boleh tengok kain ape yang dorang duk buat. 


Kami disambut oleh pekerja kilang kain tu. Rupanya kilang kain ni agak femes dikalangan pelancong dan menyediakan aktiviti melawat kilang kepada pelancong luar untuk melihat proses-proses membuat kain yang dijual di dalam kilang tersebut. Kilang ni tak besar mana pun. Macam rumah kedai pun ada. Tour guide tu pandai cakap english. Mula-mula sekali, kami dibawa untuk melihat cara-cara membuat kain batik blok. Ala yang jenis tekup dengan bongkah kayu untuk hasilkan corak sekata tu. Lebih kurang macam proses kat Malaysia jugak. Sesuatu yang baru untuk aku tengok sebab sebelum ni tengok kat tv jek. Menurut tour guide tersebut, warna-warna yang digunapakai untuk mencetak ke atas kain ialah warna-warna semulajadi yakni sebagai contoh, kalo nak kaler oren mereka gunakan carrot, hijau guna bayam dan lain-lain lagi. Aku pun dah lupa. Sempat jugaklah tengok dorang duk cetak kain tu. Semuanya guna tenaga kerja manusia. Takde mesin pun. Bongkah-bongkah yang digunakan untuk tekup corak adalah sangat berlainan antara satu bongkah dengan bongkah yang lain. Tetapi hasilnya akan menghasilkan 1 corak yang sama. 

Kemudian, kain tersebut akan dibasuh dalam 2 jenis air. Yang pertama ialah air garam dan kemudian last sekali air paip biasa. Tetapi warna yang terhasil adalah berlain dari yang asal dan warna ni takkan luntur. Impressive!!!




  

Kemudian kami dibawa pula naik ke tingkat atas untuk melihat proses menyulam kain sutera dengan pelbagai jenis manik, batu permata dan kristal swaroski (ok tipu jek). Time tu terdapat 2 orang pemuda dalam lingkungan sebaya aku sedang tekun menyulam kain. Perghh! Laju siot dorang sulam, macam pejam mata pun boleh. Dah la korang tau kan manik-manik ni kecik-kecik, tapi cepat je cucuk kat kain tu. Hasilnya wallaaaweyyy! Sumpah cantik. Dorang tunjuk 1 baju kot labuh untuk lelaki yang dipakai untuk majlis perkahwinan. Sumpah sangat lawaaaaaaaaa!!! Harga ialah kalo tak salah aku dalam RM1000++ untuk sepasang baju. Menurut tour guide tu lagi, pekerja ni antaranya adalah anak petani yang mencari rezeki. Hebat mereka... 




Later, kami dibawa pula masuk ke bahagian jualan. Ni yang tak menahan ni...yela, bila dah masuk ruangan jualan, mereka akan sedaya upaya pujuk kita beli something. Dorang akan bukak dan tebarkan sebanyak mana saree atau kain yang boleh sampai kita rambang bijik mata nak memilihnya. Dorang pun akan claim yang kualiti kain dorang sangat-sangat berkualiti. Pastu harganya mestilah melambung tinggi. Tak gitu adik kakok kito? Hahaha. 

Sebelum mereka memulakan ritual tebar kain, dorang akan offer kita dulu nak minum apa. Katanya it's their courtesy untuk hidang air. So, we just asked for mineral water. They gave us 1 bottle each. Hahaha. Amek jela labu. Kat sini macam-macam jenis kain dijual. Ada saree, kain satin, cotton, pashmina, customade suit, karpet dan macam-macam lagi. Saje je gedik suruh dorang bukak kain saree jek. Ditebarnya kain saree jenis mahal-mahal. Pengsan... hahah MasMZ dah excited dah tengok belek-belek kain. Katanya cantik...cantik...cantikk.. bila tanya harga, pengsan! Hahaha. 

Bila kami dah tak berminat nak beli, dorang macam nak marah tapi tak boleh sebab salah sendiri. Sape suruh tebar kain banyak-banyak? Kan jenuh nak lipat balik. Since dorang provide jahit baju, kami suruh dorang kuarkan baju lelaki yang jenis kain cotton tu. Alaaa...macam baju kat kedai British India tu. Kalo nak beli kat kedai tu mesti mark-up harga gile-giler punye! Tapi since dah kat sini, dorang boleh tolong buatkan. Pilih jenis kain dulu dan kemudian amek ukuran badan kami. Esok boleh datang amek katanya. Harganya dalam 700 rupees sahaja. Okla tu kan dalam RM50. Boleh pakai buat jalan-jalan g pulau nanti! Tak sabarnyaaaaaaaa.....hehehe. Kami beli tu je. Sebab dah tak mampu dan rasa tak berbaloi kalo nak beli yang lain-lain. 





Dah keluar dari kilang kain tu, kami menuju ke Monkey Temple. Bak kata Bhaijan, kat sini sunset terbaikk yang boleh didapati di Jaipur. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 20 minit jugaklah. Melalui kawasan kampung. Dah dekat nak sampai ke kawasan Monket Temple, kami mula perasan yang makin banyak pulak babi yang berkeliaran. Ish rasa hati tak sedap. Yela, binatang tu berkeliaran, mana selesa nak berjalan bebas. Bila dah sampai tu budak-budak kampung sibuk duk kerumun tuk-tuk kami. Tak sempat turun lagi tu, dah sibuk-sibuk duk offer itu ini. Haishh. Kami dah tak selesa sebabnya nak sampai ke Monkey Temple tu kami terpaksa mendaki dalam 10 minit camtu. Haishhh...dengan babi ada banyak plus keadaan tidak berapa nak bersih. Kami sepakat untuk skip aje melawat Monkey Temple. Nasib baik Bhaijan tu faham dengan gelodak jiwa kami yang tak selesa. Ayuhlah balik hotel, lagipun dah nak masuk senja dah. 




Dalam perjalanan pulang, kami suruh Bhaijan bawak kami ke restoran tempatan yang halal untuk tapau dinner kami. Bhaijan tu tau satu kedai dalam Pink City. Plus, Jaipur ni ramai muslim so, jangan risau sebab senang nak dapatkan makanan halal. Dalam Pink City ni sendiri terdapat beberapa buah masjid. Kami bernasib baik dapat jumpa owner kedai ayam tandoori ni sekali. Kedai tandoori halal ni bersebelahan dengan Masjid Rehmania di Jalan Kurar. Harap-harap betol laaa landmark aku kasik ni. Excited sungguh pakcik yang berusia 60-an tu sebab dapat jumpa pelancong yang beragama Islam. Siap suruh promot lagi kedainya di dalam internet walaupun beliau buta IT. Hahaha. Tengah duk beli ayam tandoori dan capati, MasMZ pulak ternampak Nari atau kari kambing. Sedapppp sungguh baunya itu! Segar dari dapur katanya. MasMZ cakap kita beli skit buat rasa jek. Aku pun rasa macam tu gak. Alang-alang dah sampai kan. Kami beli seketul jela. Dah lepas bayar sume tu, harga untuk separuh ekor ayam tandoori dalam 110 rupees dan capati 3 rupees sekeping. Sebelum balik tu, kami dipelawa untuk minum chai panas (teh tarik) terlebih dahulu. Perghh! Awesome sungguh teh tarik tuh!   








PUNCA CHERRY BERRY!!!

Malam tu kami berdinnerkan ayam tandoori, roti naan dan kari kambing. Aku suspek dari situlah kami dapat cherry berry for the rest of the trip. Kenangan kami...hahaha. 


Till then...wasalam. 

Friday, April 13, 2012

India is Incredible? - Day 3, Part 1 (Amber Fort & Maya Niwas Hotel)

Assalamualaikum! 

Salam Jumaat kepada semua!!! Esok dah weekend...adeh, cepat sungguh masa berlalukan? Pejam celik pejam celik dah mid-April. Papepun, arini aku rajin skit nak update blog so that cerita India aku ni cepatlaaaa abeskan.

Jom kita teruskan ke hari yang ke-3. Kali ni kami akan mengembara ke bahagian lain di India yakni Jaipur, Rajasthan. Yang terletak kira-kira 280km dari New Delhi ataupun 3.5 jam perjalanan. Untuk pergi ke sana, kami dah booked tiket train kira-kira jam 6 pagi di New Delhi Railway Station. Pagi tu dah suruh Alok kejutkan kami dalam pukul 3 pagi camtu untuk bersiap-siap. Pagi ni agak sejuk. So, kenela pakai sweater. 

Dah setel check-out sume, kami just jalan kaki je menuju ke stesen ketapi dalam 10 minit berjalan kaki. Sunyi sepi je jalan raya, sesekali terserempak pulak dengan orang yang tido kat bawah jambatan, anjing-anjing berkeliaran. Bila dah sampai stesen, dah mula ramai orang. Ada yang siap tido kat stesen lagi. Kiranya, kalo naik train awal-awal pagi, jangan risau sebabnya sudah ramai orang kat sana. 

Mula-mula tu suspen gak sebab taktau macam mana procedure dia. Since kami dah print out e-ticket train kami, just nak double confirm, pegi la tanya kat kaunter untuk kami pergi ke platform yang sepatutnya. Actually, ada board yang menyatakan nombor train dan jugak platform untuk kita tuju. So, don't worry. Nak masuk ke platform pun kene scan bagai pulak. Redha jela...nasib baik die takde nak geledah beg ke ape. Mengikut research dan riki-riki dengan kawan bloggers yang penah pegi sana. Nama penumpang yang dah confirmed untuk naik train akan dipamerkan di satu notice board. Kat situ kita boleh check nama kita samada telah di'confirm'kan atau tidak. Alhamdulillah...nama kami ada. 




Sedang duk tunggu train dah ni, masing-masing leka duk amek gambar especially aku. Then, tiba-tiba kene tegur dengan sorang officer yang bekerja kat stesen ni. Dari segi pemakaian dia memang kemas dan beruniform. So, memang agak kaget jugaklah bila kene tegur tu. Time tu baru aku tau yang kat stesen ni pun takleh amek gambar sesuka hati. Dia mintak nak tengok e-ticket kami, aku pun hulurlah kat dia. Officer tu duk belek-belek tiket kami, dia pun cakap yang train kami delayed. Plus, ada 9 train lagi dah pun delayed. Time ni sume orang macam terpinga-pinga. Yela, first time nak naik train kat India, pastu boleh pulak delay kan? Mau tak harunya... 

Mula-mula tu kami macam tak percaya gak, pastu officer tu cakap kami kene pegi ke HQ railway station kat Nizamuddin ke ape ntah. Tak jauh katanya untuk dapatkan refund balik duit kami pastu beli tiket baru untuk naik train jam 7 pagi. Alahai....betol ke tidak ni? Nak percaya ke taknak percaya. Bagai dipukau, kami dibawa oleh officer tu berjumpa dengan salah seorang officer lagi di tingkat atas. Officer B ni pun cakap train kami dah cancelled. Pulak dah... So, die suruh kami amek government taxi untuk ke HQ. Tambangnya tau brape? 300 rupees haiii....lahanat tak? Kami pun naiklah taxi tu. Time ni rasa sangat-sangat blur dan taktau nak kene react camne. 

Tak sampai 10 minit, sampailah kami kat salah sebuah office ni. Nak kata ada rupa HQ railway, memang takde rupa pun. Macam pejabat travel agent jek. Babi betol, rupanya memang betol pun. Kami pun masuklah, dia pun cakap banyak train dah kene cancelled that day. Kami suruh dia call kot ada still ada train untuk hari tu pegi ke Jaipur. Katanya sume dah full. The only train available is on next 2 days. Lagilaaaa lahanat. Takkan nak stay kat Delhi untuk lagi 2 hari. Takke bosan tu? Dahla kami dah booked hotel kat Jaipur. So, dia suggest untuk sewa kereta bawa kami ke sana. Time ni muka dah abes kesian dah ni. Bukan 10sen lagi dah. 1 sen pun belom tentu laku. Huhuhuhu. 

Tengah duk berdiskusi dengan orang agent tu. Dia quoted 1 kereta kecik untuk ke sana 1 way dalam RM900 tau tak??? Pengsan kejap kat situ!!! Mana nak cekau duit sebanyak tu haii...bawak duit belanja pun tak sebanyak tu ok! Muka Janggel dan MasMZ toksah cakap la clueless termasuk aku sekali. Try lagi nego dengan dorang cakap yang kami ni takde duit dah. Cukup-cukup nak cover hidup kat India lagi 5 hari. Orang agent tu banyak pulak tempelak dan alasan dia cakap itu ini. Dasar lidah berbelit nih! Sume benda janganlah percaya 100%. Orang ni memang suka tipu orang. Hanya segenlintir sahaja boleh percaya tu pun, kita kene ada sedikit prejudis kat dorang ni. Bila dah setel nego sume.... last sekali dia kasik RM600 untuk sebuah kereta. Nak tak nak kami terpaksa amek jugaklah. Swipe jela credit card yang ada tu. Nanges tak berlagu ko tau.....

Dalam kereta, masing-masing diam melayan perasaan kecewa
Maka tujulah kami menaiki kereta tersebut ke Jaipur. Time ni jam 7.15 pagi. Pagi yang agak berkabus dan gloomy. Macam tu jugaklah perasaan kami ketika tu. Masing-masing naik kereta tak bercakap. Duk layan perasaan sendiri. Taktau nak kata ape dah... Dalam benak hati aku ni berkata, memang confirmed yang kami dah kene tipu! Tapi takleh nak patah balik dah. Terpaksa redha dengan apa yang berlaku. Maybe ada hikmah disebalik ni. InsyaALLAH... 

Peringatan kepada semua yang naik train ye. Jangan percaya kepada sesiapa pun yakni officer stesen ke ape ke. Mesti rujuk kepada train master tak kira ape. Kalo masih lagi ragu-ragu tanya orang yang bawak beg besar macam orang kaya skit samada train akan sampai atau tidak. Kalo masih lagi ragu-ragu, tunggu sampai waktu train berlepas. Kat platform tu ada banyak skrin yang bagitau train delay ke cancel. Always stick to your travel buddies. InsyaALLAH semuanya selamat. Semua ni pengajaran buat kami ketika nak naik train ni. Pasni takmo percaya kat orang dah. 

Perjalanan menuju ke Jaipur, aku banyak tido. Maybe nak hilangkan rasa kecewa tu. Dalam diam, air mata keluar mengalir sambil tido. Maybe rasa ralat sangat kot sebab kene tipu dengan sejumpa wang yang besar. MasMZ pun nyenyak tido. Sesekali Janggel sempat BBM kat Kak Coco bagitau situasi kami kat dalam kete tu. Huhuhu.....bertabah jela kami semua. Perjalanan menuju ke sana disajikan dengan ladang gandum. Aku tak nampak tapi Janggel yang bagitau. Yang ni pun aku taktau nak percaya ke tak. Hahaha...katanya ala-ala Diwale Dulhania La Jayenge. Layan jela... 

Kami sempat singgah di sebuah RnR di tengah-tengah highway. Driver kami tu macam nak terkucil pastu lapar. Kami pun turun jugaklah just untuk tengok keadaan sekeliling... Jom layan gambar. 





Alhamdulillah...kami selamat sampai ke Jaipur lebih kurang jam 1 tengah hari selepas menempuh perjalanan kira-kira 4 jam dalam kereta. Haishhh...sakit bontot ni ha. Driver tu siap call hotel untuk confirmkan dimana lokasi yang sebenar. Kami dah booked Hotel Maya Niwas. Katanya mengikut website booking.com hotel ni baru plus berdekatan dengan railway station. Keadaan Jaipur yang boleh aku tafsirkan pada 1st impression ialah bandar yang berada di kawasan separa gurun. Napa aku cakap camtu? Sebabnya kurang pokok yang tinggi-tinggi. Sumenye renek-renek takpun tak berdaun langsung. Matahari terik memancarkan sinarnya tapi tak brape nak panas. Panas kering katanya. 

Di Jaipur, terkenalnya Pink City. Nape dipanggil Pink City? Sebabnya most of the building are colored with pink color. Actually it's not a real pink. Macam kaler coklat pun ada. Aku pun pelik nama nak panggil Pink City. It should be Chocolate City. Hahah. Di dalam Pink City ni la terdapatnya Hawa Mahal. 

Sedikit info mengenai Pink City:

Pink City mempunyai 5 buah pintu masuk dan salah satu daripadanya adalah Amer Gate di mana pintu tersebut kami lalui untuk ke Hotel yang telah kami booked melalui internet. Jaipur is one of the finest planned cities of India, located in the semi-desert lands of Rajasthan. The city which once had been the capital of the royalty now is the capital city of Rajasthan. The very structure of Jaipur resembles the taste of the Rajputs and the Royal families. At present, Jaipur is a major business centre with all requisites of a metropolitan city. In 1876 Jaipur was colored in terracotta pink to welcome Prince Albert, and thus the name “Pink City” was attached with the city.

Source: Wikipedia : Jaipur 

Sekitar Pink City...Jom layan gambar.




Sampai jugak kami kat Hotel Maya Niwas ni. Suprisingly memang cantik dan agak mewah ok!!! Yela, namapun hotel baru, mesti sumenya baru kan. Hehehe Bayaran untuk 1 malam kami ialah RM150, so seorang kene bayar dalam RM50. Ni dah termasuk VAT. So, kira agak murahlah. Bila dah sampai depan hotel tu, kami sempat kasik tips kat driver tu kira-kira 50 rupees seorang. Yela, dah penat drive kami selama 4 jam. Kesian pulak tengok dia kene balik sorang-sorang ke New Delhi. 

Address Hotel Maya Niwas:

Arjun kuchhal

Mobile No. : +91 9829063600 
Kunal kuchhal
Mobile No. : +91 9829067776
56, Hathroi Fort, Hari Krishna Somani Marg,
Ajmer Road, Jaipur Rajasthan 302001 
Email: mayaniwas@gmail.com


Saat kami tengah duk angkut beg keluar dari taxi tu, mai dah tuk-tuk datang approach kami. Dia bagitau kami yang dia muslim, namanya Ahmad Gulzar. Time ni dah malas nak layan orang, kami buat dont know je. Dia masih tak putus asa. Gigih kekdahnya. Dia cakap kalo nak pegi jalan-jalan, just bagitau dia. Dia kasik special price. Jom check-in hotel! 


Hotelnya cantikkk!!! Pilih pun bersih, kemas dan cantikkk!!! Tak sia-sia aku pilih hotel ni. Staff dia pun helpful sangat. Untuk makan tengah hari, kami just order room service. Plain rice, pineapple juice dan jugak telur mata goyang. Hehehe. Makan bersama sambal ikan bilis dimasak khas oleh Chef MasMZ. hehehe. 






Lepas dah setel, segarkan diri, menunaikan kewajipan...kami keluar untuk explore Jaipur. Dalam bilik tu, kami macam setuju untuk amek tuk-tuk muslim tadi tu. He seems nice. Harap-harap takdelah adegan kencing-mengencing. Rezeki dia.... muslim, sesama kita harus la kita tolong. 

Rupanya, memang dia duk tunggu kami kat depan hotel tu. Setelah nego, kami bersetuju untuk hire dia sebagai our full day driver cum guide dengan harga 500 rupees atau pun dalam RM32. Kami panggil dia Bhaijan (maknanya Abang, dia yang suruh panggil camtu. hahaha, overst!) Destinasi kami untuk hari ni ialah Amber Fort, terletak agak jauh dari hotel kira-kira 16km, kemudian ke Jal Mahal, Monkey Temple (sunset scene), dan Mughal Town. Cukuplah kot untuk hari tu sebabnya... kami keluar pun dah petang. Tak dapat cover banyak tempat. 




Destinasi cinta kami yang pertama ialah Amber Fort. Dari jauh dah nampak sebab senibina ni dibina diatas bukit. Sekali imbas memang macam Great Wall of India. Tapi Great Wall of China lagi kukuh dan teguh binaannya sampai sekarang. 


Sedikit info mengenai Amber Fort:


Amer Fort, also spelled and pronounced as Amber Fort is located in Amer (a town with an area of 4 square kilometres (1.5 sq mi)), 11 kilometres (6.8 mi) from Jaipur, Rajasthan state, India. It is one of the principal tourist attractions in the Jaipur area, located high on a hill. Amer Fort was made by Meenas king Raja Alan Singh Chanda later occupied by Kachhawa rajput . Amer Fort is known for its artistic style, blending both Hindu Rajput elements. The fort with its large ramparts, series of gates and cobbled paths, overlooks the Maota Lake, at its forefront.

Source: Wikipedia : Amber Fort




Bhaijan tu sempat berpesan kat kami supaya berhati-hati dengan orang yang cakap nak jadik tour guide kami. Nanti kene cekik darah kene bayar mahal-mahal. Plus, jangan sesuka hati kasik duit kat mana-mana pengemis. Nanti lagi ramai datang kerumun. Kami sempat berbual sesama sendiri yang kata baik jugak brother ni. Kalo dia betol-betol jujur, alhamdulillah sangat-sangat. Maybe ni hikmahnya kene tipu di Delhi. 

Untuk naik ke atas Amber Fort ada beberapa cara samada nak naik jalan kaki, naik gajah atau pun unta. Tapi since kami dah datang petang, no more unta atau gajah. Sebabnya ada pada sebelah pagi sahaja. Maybe gajah nak berendam kot petang-petang camni. The only option we have was to climb the steps. Hahah..agak cerun jugak tapi not bad as we thought. Plus boleh berhenti je rehat kalo penat. Jangka masa nak daki sampai ke pintu masuk dalam 15 minit camtu. Nasib baik tak brape panas....kering je rasa. 

Pemandangan memang superb abes la! Tak terungkap dengan kata-kata seorang hamba marhaen ni. Kagum dengan binaan kukuh berdiri atas bukit nih. Pelancong yang datang pun agak ramai tapi most of them are Indians.  







Dah penat menapak, akhirnya sampai jugak kami di pintu masuk Amber Fort ni. Ada dataran yang luar boleh kita lihat. Kat hujungnya ada kaunter tiket. Kami beli composit ticket, macam tiket kombo yang boleh masuk beberapa tempat dengan hanya 1 tiket. Harganya 300 rupees boleh masuk Hawa Mahal, Amber Fort, Jantar Mantar, Albert Hall Museum dan jugak Mahargarh Fort dalam masa 2 hari. Kami rasa berbaloi..terus kami beli. 

Binaan dalam Amber Fort ni dibina dengan begitu teliti, banyak lukisan di dinding plus dorang bina guna batu marmar tau. No wonder sejukk je bila belajar dalam bangunan tu. Tak rasa bahang langsung. Jomlah tengok gambar...dah penat menaip ni ha... 















Lama jugak kami berlegar-legar dalam tu lebih kurang 2 jam jugaklah. Kami kene turun sebab dah janji dengan Bhaijan kat bawah. Dalam nak turun pulak tu, ternampak satu yang yang menjual pelbagai jenis souvenirs. Bak kata Chawanna, kalau dah nampak orang jual banyak-banyak tu, kene terus beli sebabnya nanti pegi bandar lain takde souvenirs ok!!! So, kami beli kat situ jugak, Banyak jugal fridge magnet kami borong. Kedai pertama tu letak dalam 80 rupees seketul! Tu pun dah rasa mahal, kami beli dalam 2 3 ketul sorang. Cukuplah kot. Jalan lagi kat kedai satu lagi, 60 rupees, kami beli lagi.... Jalan lagi kedai last, 50 rupees seketul!!! Waduhhh..bikin hati panas betol! Hahaha. Kami beli lagi untuk bawak pulang sebab takut nanti di Agra takde pulak jenis FM yang kami nak. Ada gelang-gelang tangan yang warna-warni, batu pertama dan jugak lukisan. Jangan lupa ya....sape2 yang singgah Amber Fort, boleh beli pelbagai corak FM kat sini.



Oklah...dah panjang dah ni. Nanti ada masa, aku sambung lagi untuk bahagian ke-2 ok. 

Till then, wasalam.