Monday, December 24, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Candi Prambanan

Assalamualaikum!!! 

Actually, aku try nak type cepat-cepat supaya cerita Jogjakarta ni abes. Aku pun dah makin sangat busy dan mood untuk berblogging sangat takde. So, jom aku sambung cerita ke destinasi seterusnya iaitu Candi Prambanan. 

Lepas check-out dari Rumah Boedi, aku bersama Janggel dan supir kami meneruskan perjalanan menuju ke Gunung Merbabu, tapi bukan exactly kat situ sebab kami akan ke sebuah kawasan dimana kita boleh tengok view Gunung Merbabu dan Gunung Merapi di kanan dan kiri. Kiranya akan naik ke satu kawasan bukit yang agak tinggi untuk melihat kedua-dua gunung tersebut. Nama kawasan tersebut ialah, agak berbelit lidah skit kalo aku nak sebut sendiri maka, aku type jela : Wisata Katep Pass Kabupaten Magelang. Haaaa...ce sebut sendiri ala-ala tongue twister skit kan. Hahaha. Cuaca sejuk tapi rasanya tidak sesejuk di Dieng Plateau. Tapi apekan malang nasib kami... memang langsung tak nampak view gunungnya dek kerana kabus dan berawan tebal. Frust tu takde sangat tapi mengenangkan perjalanan jauh dan berliku terpaksa dirempuhi walaupun aku tau Janggel kat belakang membuta! Hahaha... Kat sekitar kawasan look-up point ni ade a few bas persiaran dan kereta-kereta supir. Kami tak spend lama kat sini sebab nak tengok ape lagi ye dak? Bayar parking 2,000 rupiah. Pastu terus kami bergerak menuju ke Candi Prambanan yang terletak kira-kira 20km dari Jogjakarta dan 120km dari Selatan Semarang. 


Kawasan sekitar.. gambar sebelah kiri diatas tu dia supir kami. Nama dia aku tak ingat. Not bad la orangnya.. 

Kalo sebelum ni aku dah pegi ke Candi Borobudur yang mana khusus untuk penganut agama Buddha, manakala Candi Prambanan pulak khusus untuk penganut agama Hindu dan merupakan salah sebuah candi hindu yang terbesar di dunia. Katanya laa... bukan aku kata ye. Kalo design atau rekabentuk Candi Borobudur ala-ala seperti sebuah 4segi yang berpiramid, tetapi kalo Candi Prambanan pulak berbentuk seperti menara yang mana yang paling tinggi mencecah 47 meter. Haaa... bayangkan sendiri betapa tingginya. Candi Prambanan ini telah dibangunkan sekitar tahun 850 Masehi.

Untuk menuju ke Candi Prambanan ni, sepanjang perjalanan ni bukan macam lalu jalan highway atau jalan bandar. Tapi lebih kepada lalu jalan-jalan kampung yang ada 1 lane je kiri dan kanan. So, memang boleh expect trafik agak sesak dan perjalanan tak smooth. Ada sesekali dorang buat contruction jalan, memang terbantut gakla. Perjalanan mengambil masa tak silap aku dalam lebih kurang 3 jam jugaklah sebabnya seingat aku, macam terlelap seketika time dalam kete tu. Yela, penat dan mengantok plus aku kan pendiam... jadiknya taktau nak tanya apa kat supir tu. Sesekali ada jugak tanya dia sejarah bla bla bla... dan dia memang tau sedikit sebanyak info mengenai Jogjakarta atau tempat-tempat pelancongan yang dilawati oleh kami. 

Time kami sampai di kawasan Candi Prambanan ni memang dah betol-betol lunch hour dan cuaca ketika tu memang panas terik yang ampunnnnn! Bekalan kami sepanjang perjalanan tadi hanyalah breafast pagi dan jugak biskut Oreo dan biskut Tigers. Katanya memberikan tenaga! Panas tu memang taktau nak kata apa dah.... rentung bhai! Redho jela... Dan sampai pun kan. Lunch kemudian kami bagitau kat supir tu. Pelancong kat kawasan tu memang ramai jugak, kawasan parking memang penuh! 

Tiket masuk adalah berbeza bagi rakyat tempatan dan rakyat Indonesia sendiri ya. Tiket masuk untuk pelancong asing adalah 170,000 rupiah seorang. Akan diberikan kain batik untuk pakai. Kat ruang lobby tempat beli tiket tu ada disediakan free flow drinks seperti tea, coffee dan jugak water dispenser kalo nak minum air kosong. Kami isi siap-siap botol air kami. Memang expect akan dihydrated nanti. Korang pun kalo pegi, sila berbuat demikian.. jenuh nak usung kalo pengsan kan! 



Dari pintu masuk kaunter tiket, kita masih kene berjalan menuju ke pintu masuk sebenar Candi Prambanan. Luas jugak kawasan candi ni lebih kurang seperti kawasan Candi Borobudur jugak. Dalam kawasan candi ni terdapat 3 buah candi yang paling agunglah bagi penganut agama Hindu ni yakni Candi Siwa, Candi Visnu dan Candi Brahman. Ni kan tuhan-tuhan mereka. 

Jom tengok gambar okeh! 





Candi yang masih berdiri teguh dan ada yang telah runtuh






Dalam kawasan Candi Prambanan ni terdapat satu candi yang paling besar iaitu Candi Siwa yang berada ditengah-tengah kawasan candi. Kalo tengok dorang letak pagar di sekeliling kawasan dan pelancong yang nak masuk kawasan itu kene pakai topi keselamatan. Bilangan orang di dalam kawasan jugak dihadkan kepada 50 orang sahaja pada satu-satu masa. Katanya demi menjaga keutuhan struktur candi dan jugak sebelum ni ada sedikit ketidakstabilan pada struktur candi. Since macam takde pape sangat, kami decided untuk tidak masuk. Tengok dari luar jela. Plus reka bentuk dan corak pun lebih kurang sama je. Panas okehhhh! Rasa nak pitam dah nih! 

Candi Siwa


Sedikit info aku cilok dari karangan Janggel yang mana dicopy paste dari Mr. Google: 

Candi Siwa sebagai candi utama adalah bangunan terbesar sekaligus tetinggi di kompleks candi Rara Jonggrang, berukuran tinggi 47 meter dan lebar 34 meter. Puncak mastaka atau kemuncak candi ini dimahkotai modifikasi bentuk wajra yang melambangkan intan atau halilintar. Bentuk wajra ini merupakan versi Hindu sandingan dari stupa yang ditemukan pada kemuncak candi Buddha. Candi Siwa dikelilingi lorong galeri yang dihiasi relief yang menceritakan kisah Ramayana; terukir di dinding dalam pada pagar langkan. Di atas pagar langkan ini dipagari jajaran kemuncak yang juga berbentuk wajra. Untuk mengikuti kisah sesuai urutannya, pengunjung harus masuk dari sisi timur, lalu melakukan pradakshina yakni berputar mengelilingi candi sesuai arah jarum jam. Kisah Ramayana ini dilanjutkan ke Candi Brahma.

Kami spend lebih kurang 2 jam jugaklah... pastu berteduh kejap kat bayangan candi untuk untuk lepaskan penat lelah. Rasa macam nak baring-baring atas katil empuk je time nih. Nak makan..... nak mandi.... nak minummmm... nak bogel je.. Oppps! Hahaha. Sesekali amek turn untuk posing. Amek gambar dari tempat teduh ye... kata takmo kene panas. Hahaha. Takleh blah. Nasib baik ada lens zoom. Boleh la zoom jauh skit. 




Jomlah balik wehhh... tak tahan dah ni, rasanya semua ceruk kawasan dah terjah dah ni. Kawasan Candi Prambanan ni masih lagi dalam proses renovasi untuk membina semula candi-candi yang telah roboh. Blok-blok batu yang telah terlerai telah dilongkok kat setiap petak kawasan yang telah dikenalpasti. Aku pun taktau bila masa akan siap sepenuhnya. Kalo gempa bumi masih melanda, kemungkinan untuk pulih kepada asal akan mengambil masa yang agak lama. Hellooo... we are talking about natural disaster and world heritage okeh. Cannot play-play... 


View dari pintu keluar....



Dari pintu keluar nak menuju ke tempat parking pun satu hal jugak...sebabnya jauh okeh nak menapak! Nasib baik berjalan dibawah pepohon nan rimbun. On the way tu, adalah muzium Candi Prambanan untuk tontonan umum. Free of charge katanya. Okla... masuk jela dah alang-alangkan. 

Info ni pun aku copypaste dari Janggel. Thanks for your info. Ala-ala balas email dari client pulak. Hahaha. 

Di dalam kompleks taman purbakala Candi Prambanan terdapat sebuah museum yang menyimpan berbagai temuan benda bersejarah purbakala. Museum ini terletak di sisi utara Candi Prambanan, antara candi Prambanan dan candi Lumbung. Museum ini dibangun dalam arsitektur tradisional Jawa, berupa rumah joglo. Koleksi yang tersimpan di museum ini adalah berbagai batu-batu candi dan berbagai arca yang ditemukan di sekitar lokasi candi Prambanan; misalnya arca lembu Nandi, resi Agastya, Siwa, Wishnu, Garuda, dan arca Durga Mahisasuramardini, termasuk pula batu Lingga Siwa, sebagai lambang kesuburan. Replika harta karun emas temuan Wonoboyo yang terkenal itu, berupa mangkuk berukir Ramayana, gayung, tas, uang, dan perhiasan emas, juga dipamekan di museum ini. Temuan Wonoboyo yang asli kini disimpan di Museum Nasional Indonesia di Jakarta. Replika model arsitektur beberapa candi seperti Prambanan, Borobudur, dan Plaosan juga dipamerkan di museum ini. Museum ini dapat dimasuki secara gratis oleh pengunjung taman purbakala Prambanan karena tiket masuk taman wisata sudah termasuk museum ini. Pertunjukan audio visual mengenai candi Prambanan juga ditampilkan disini.

Kat sini pun ada aircond, kami tidak melepaskan peluang untuk tumpang berteduh dibawah aircon tu. Rasanya sungguh nikmat tak terkata! 




Ni diaa....muka sesuatu sangat! Hahahha berteduh bawah aircon katanya! 

Gambar time sunset. Marvellous okeh! 

On the way ke pintu besar keluar pulak tu, ada market ler... menjual pelbagai jenis kraftangan dan barang-barang lain sewaktu dengannya. Gigih pegi jenguk setiap kedai kot-kot ada jual fridge magnet. Harammmm takde! Pasrah. 

Sepatutnya kalo ikut aturan kami, dari Candi Prambanan akan menuju ke Pantai Parangritis. Tapi dari firasat hati aku yang sangat kuat berkata takyah pegi nanti buang masa plus hari akan hujan ni. Maka, kami pasrah dan bagitau supir kami untuk langsung terus menuju ke Jogjakarta untuk lunch dan check-in. 

Supir kami ni kiranya agak tau akan tempat makan yang best. Dibawanya kami ke rumah makan yang menjual makanan nasik campur. Aku taktau alamatnya tapi dah dekat dengan Jalan Malioboro di Jogjakarta. Banyak sungguh lauk-pauk yang dijual. Kiranya ni makan tengahari dan petang skali. Syiokkk dah masuk restoran tu, hujan turun haiii...lebat toksah cakap! Nasib baik tak pegi ke Parangritis. Buang masa je. Alhamdulillah... Makanan untuk 3 orang hanya 55,000 rupiah. Semua minum air buah ye... taknak kalah! Hahaha. Murahhhh!



Ok dah...sampai takat tu je yang aku nak type. 

Till then..wasalam. 

Wednesday, December 19, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Rumah Boedi (Accommodation)

Assalamualaikum!!!

Entry ni berkisar tentang accommodation aku untuk hari ke-2. Since esok paginya nak melawat Candi Borobudur, maka kami akan menginap di sebuah private residence di kawasan Borobudur itu sendiri yang terletak kira-kira 2 km dari pintu masuk. Booking Rumah Boedi ni telah dilakukan oleh Chawanna. Terima kasih kepada beliau walaupun beliau tidak dapat menghadiri trip ini. Cis! Hahaha. 

Time kitaorang sampai kat area Borobudur tu, singgah makan dulu bakso kat warung makan. Pastu pak supir kami tolong call orang Rumah Boedi tu nak tau mana lokasi Rumah Boedi. Nasib baik orang tu akan datang jemput kami kat jalan besar. Ingatkan area Rumah Boedi tepi-tepi jalan je, tapi tidakkk ye. Masuk ke dalam kampung bagai. Mula-mula rasa macam betol ke ni? Masuk ntah ceruk kampung mana ntah ni. Rupanya macam ada private residence okeh! Rasa macam exclusive sangat! 

Boleh refer kat website dorang untuk keterangan lanjut : http://www.rumahboediborobudur.com/

Korang jangan lupa baca review dorang ni kat sini : http://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g790291-d2231929-Reviews-Rumah_Boedi_Private_Residence_Borobudur-Borobudur_Central_Java_Java.html

Dari pemerhatian aku, 1 je aku tak suka, bilik dia untuk Studio Villa sangatlah sempit!!! Nak berselisih dengan orang lain pun tak boleh. Apetah lagi nak letak beg bagai. Nak solat lagi, lagi laaa haru abes posing supaya boleh tunduk atau rukuk. Sangat sempit! 

Yang lain-lain memang cantik la dekorasi dia, laman dia... 

Jomlah layan gambar. 















Tuesday, December 18, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Candi Borobudur

Assalamualaikum!!!

Bila kita bercakap pasal nak pegi bercuti ke Jogjakarta. Tempat yang paling femes yang wajib dilawati sudah semestinya Candi Borobudur. Memang plan asal aku dan Janggel nak pegi terjah Candi Borobudur time sunrise. Katanya paling cantik time tu ler. Malam sebelumnya, kami dah bagitau Pak Supir kami yang kami nak pegi tengok candi tu time sunrise. So, dia akan pick-up kami seawal jam 5 pagi. Tempat penginapan kami untuk malam sebelum tu ialah Rumah Boedi. Aku akan cerita dalam entry seterusnya. 

Gigih okeh malam tu tido awal sebab takut terbabas, tapi dah bagitau siap-siap receptionist supaya buat morning call seawal jam 4 pagi. Handphone si Janggel ni masih waktu Malaysia kalo tak silap aku. Pukul 2.30 pagi dah berbunyi suruh bangun. Ape kes awal giler nak bangun? Qiamullai? Hurm.. mimpi jela. Hahaha. Nasib baik aku tengok jam aku, aku cakap kat dia awal lagi dowh nak bangun. Terus sambung tido! Hahaha. Orang receptionist tu pun kejutkan kami dengan ketuk pintu. Bangun cuci muka, gosok gigi. Tak mandi pun later-later la kot. Mesti berpeluh punya nanti nak mendaki. 

Untuk melawat Candi Borobudur, mengikut kata Pak Supir kami, hanya boleh masuk melalui entrance dari Hotel Mahonara sahaja. Sebabnya hotel ni berada dalam kawasan Candi Borobudur ni. Kira lokasi hotel ni agak exclusive la kot. Kat receptionist counter Hotel Manohara tu, kene amek pakej Sunrise yang berharga 380,000 rupiah. Haaaa amek kau! Mahal nak mampos okeh! Kalo yang bukan sunrise yakni selepas jam 7 pagi tak silap aku, boleh masuk ikut entrance lagi satu. Aku lupa dah tapi entrance fee hanya 180,000 rupiah sahaja. Dek kerana nak jugak merasa sunrise view, maka pejam mata sajalah labu. Bila dah bayar tu, kita semua akan diberikan sehelai kain batik, lampu suluh dan tiket masuk. 



Actually, time kami sampai ni dah lebih kurang 5.45 pagi. Orang pun agak ramai duk daftar untuk sunrise package ni. So, amek masa gakla sebab kene isi borang bagai. 

Peringatan: Kalo korang dah nampak langit hari atau malam sebelum tu ibarat mendung dan awan tebal. Toksahlah berangan nak amek pakej sunrise ni. Sebabnya kebarangkalian nak tengok view yang awesome sangatlah tipis. Better amek pakej biasa je yakni bukan sunrise. Lagi murah dan tak bazir duit. 

Time ni aku tengok matahari dah nak terbit, tapi terlindung dek awan tebal. Aiseh man... camne ni? Lepas dah setel sume pendaftaran tu, terus bergegas jalan laju-laju ibarat nak masuk pertandingan sambil tertonggek bontot sebab nak kejar best moment. Katanyala... Jauh gak menapak dari Hotel Manohara ke pintu masuk Candi Borobudur tu. Adalah dalam 700 meter kene jalan kaki. Pelancong dari Jepun ramai yang kelihatan. 

Time ni lebih kurang jam 6 pagi. Dah cerah kan...

Bila dah sampai pintu masuk tu, ape lagi kan kene check dulu tiket masuk. Bila dah masuk tu, kene mendaki pulak hai... agak curam dan tinggi anak tangga tu. Bertabah jela. Peluh dingin membasahi dahiku yang licin. Jangan lupa kene pakai kain batik tu kat pinggang. Maybe sebagai simbol nak menghormati kuil penganut agama lain. Sama jugak untuk masjid, orang bukan muslim kene pakai menutup aurat. Aku bantai je pakai seluar pendek. Panas weh! Sebagai yang banyak dosa, memang selalu rasa panas ni. Takleh berpeluh skit. Hahaha. 

Sedikit info Candi Borobudur ni aku copy paste dari Janggel. Terima kasih... 

NOTA: Candi Borobudur diwartakan sebagai salah sebuah tapak tinggalan sejarah oleh UNESCO dan merupakan Candi Buddha yang terbesar di dunia. Ia mula dibina sekitar tahun 750 hingga 850 oleh pemerintah jawa ketika itu. Nama Bororbudur diambil sempena nama salah sebuah kampung berhampiran iaitu kampung Bore manakala Budur adalah Candi jadi ia membawa maksud Candi Bore. Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades 


Candi Borobudur ni memang salah satu impian aku nak jejak kaki. Alhamdulillah, dah sampai dah aku. Yahooo!!! Tapi mengah jugaklah sebab kene panjat tangga tinggi tu. Bila dah sampai puncak tu memang aku rasa dalam 70% adalah pelancong dari Jepun. Masing-masing penuh sabar menanti matahari terbit dari Timur. Tapi sayangnya matahari macam malu-malu kucing nak menonjolkan diri di sebalik awan tebal tu. Nampak muka-muka kecewa mereka termasuk aku sekali. Haii... dahla bayar mahal-mahal kan. Redho jela.. 






Bila dah sampai atas tu, mula la duk amek gambar. Klik-klik duk bunyi kamera tanpa henti. Ade certain view cantik gaklah. Tapi ultimate dream nak tengok sunrise tu tidak tercapai. Amek jela gambar. Posing sana, posing sini, camwhore, letak atas tripod dan segala-segalanya lah! Tapi ade tu macam dah kehabisan idea nak amek gambar dari angle mana dah. Yela, Candi Borobudur ni kan berbentuk simetri. Pegi utara, selatan, timur atau barat sama je bentuk dan binaannya. Aku pasrah maybe bukan rezeki kami. Kene buat trip repeat ke??? *pengsan*

Jomlah layan gambar...







Ade certain area di dalam kawasan candi ade beberapa info mengenai Candi Borobudur ni. Candi ni mengalami beberapa kali pengstrukturan semula dek kerana gempa bumi dan jugak letusan gunung berapi yang telah merosakkan binaan candi ni. Mengambil masa yang agak lama untuk pulih kepada sedia kala. Time aku datang ni, ada beberapa area yang masih lagi ditutup untuk kerja-kerja pemulihan. 








Lama gak kami duk berlegar atas tu, orang ramai mula masuk ke kawasan candi. Maybe it's time to get going... Aku pun dah melekit dah badan ni, rasa macam nak mandi je. Mula bergerak meninggalkan kawasan kompleks Candi Borobudur... 




Rupa candi Borobudur ketika pertama kali dijumpai yang tertimbus oleh lava atau debu gunung berapi


Kawasan Hotel Manohara


Ok dah tu je... nanti aku sambung pasal Rumah Boedi pulak ye. 

Till then..wasalam.