Saturday, May 28, 2011

Apa macam korang semua???

Salam hujung minggu! 

Minggu ni mungkin merupakan minggu yang amat dinanti-nantikan oleh para penggemar AirAsia. Hahaha....AA bwt big sales weh!!! Bila tiba big sales ni la, system @ server @ website Airasia ni mula busy yang sampai keluar lebah 10 11 kali....haish...penat asyik duk tekan-tekan back, refresh, takpun, masuk balik......susah bebenor nak lepasnya! Takpun, masuk bilik menunggu...haishh...penat jugak kalo tunggu lama-lama. Panas bontot nanti. Huahuahua....

Apa macam anda semua? Puas hati dapat grab tiket murah-murah dari AirAsia kali ni? Aku dapat tengok, destinasi ke Tokyo adalah yang pertama sold out!!! Yela kn...harga tiket semurah RM25.10 untuk perjalanan sehala, sapa yang tak nak weiii!!! Murah nak mampos tu! Pegi lain-lain tempat pun sangat-sangat murah! Pegi New Zealand, Gold Coast, Melbourne, bla..bla..bla...memang sangat-sangat murah! Memang berbaloi sangat. Aku lak dapat grab tiket pegi Ho Chi Minh City, Singapore dan Gold Coast. Memang rambang bijik mata weh! Hahaha...

Kawan kat ofis aku lak, ada yang dapat grab destinasi ke Kuching, Macao-HK, Bandung dan juga Ho Chi Minh dengan hanya RM1200 untuk 2 orang!!! Korang tengok tu, usaha gigih seorang isteri untuk membeli tiket selepas disuruh oleh suami yang memberi galakan! Syabas buat mereka! Anda pula bagaimana? Berjay atau tidak? Harap-harap destinasi yang dihajati tercapai...insyaALLAH...

Selamat Malam!


1 comment:

  1. sy tidak berjaya menangkap tiket2 murah itu!

    ReplyDelete