Thursday, December 15, 2011

Hi Seoul! - Soul of Asia : Day 6

Assalamualaikum....

Tetibe excited lebih harini sebabnye dalam beberapa hari lagi nak jumpa kawan-kawan kat McD blakang Hospital Ampang Puteri! Mesti havoc nanti hendaknya. Kepada yang tak dapat datang, ketidakhadiran anda amatlah dirindui. Huhuhu. Tapi takpe, sebab Icam nak datang sebab seronok dengar cerita kitaorang. Ngeh ngeh ngeh. Abes rosakkkk adik ko Na! Can't waittt!!! 

Jom sambung Day 6 pulak. Dah tak lama dah..nak abes dah. Arini cerita tak panjang sangat pun. 

Day 6 - 17/11/11 

Seperti biasa, untuk elakkan jadik anak gajah di pagi hari, paksa diri untuk bangun. Arini kawan aku 2 orang tu akan balik Malaysia malam nanti. So, kene fully utilizekan hari ni dengan sebaiknya. Turun breakfast kat bawah. Ade toast, telur, coffee and tea. By the way, kat Fully Guesthouse ni macam spesel skit. Host dia who is Mr.Cho, sediakan scramble egg untuk kita. Siap ada mushroom soup lagi. Sedappp ok! Spesel treatment gitu. 

Lepas dah makan secukup rasa, terus gerak. Tapi sebelom tu aku singgah dulu kat post office yang terletak tak jauh pun dari Fully Guesthouse tu, just kene menapak skit. Tapi ok la, amek angin pagi. Time ni lebih kurang pukul 8 pagi ++. Reason nak pegi post office, ape lagi kan..nak post poskad untuk orang-orang yang berkenaan. Aku rasa sume dah dapat kot, except my kolig kat office tu. Ntah kenapa mesti lama 2 3 bulan baru nak sampai. Motif? Hahaha..bersabarlah. Btw, gonna ask readers' addresses if you want my postcards. InsyaALLAH, ade duit lebih aku pos ok? ;)  

Bila dah sampai post office tu, nasib baik tak ramai orang. Terus pegi kat kaunter cakap nak antar poskad and nak beli setem. Pada mulanya die kasik macam airmail tu, tapi terus aku potong cakap dia nak setem yang normal punye yakni traditional setem. Barula nampak klasik skit. Betol tak? Hahaha. Tak mahal pun kalo nak antar poskad kat korea ni, kalo nak antar 2 dozen poskad pun still mampu dan murah. Rugi tak hantar banyak-banyak kat orang lain. Sebab tak sempat nak mintak address. Sori...huhuhu. Btw, just nak mention, tulisan aku memang cantik! Hahahah. ;p 



Orait...setel hantar poskad! Destinasi hari ni ialah we all split. Kawan aku yang sorang tu kate nak shopping before balik kat Myeongdong, Namdaemun dan lain-lain. So, aku just let him/her pegi jela. Bukannye bahaya pun kat Seoul ni, just kene be street careful je. InsyaALLAH sume selamat. Aku dan kawan aku lagi sorang nak pegi MBC Dream Center. Haaa...korang tau tak kat mana tu? Kat sini ialah stesen tv yang lain yakni branch lain. Kalo tak silap aku, kawan aku cakap kat sini la ade MBC Music Core tu. Program tv yang macam Muzik-Muzik tu. Tapi niat aku bukanlah nak pegi Music Core tu, nak pegi jejalan kat situ sebab kat MBC tu ade exhibition hall untuk pelawat and it's free! Ok direction untuk ke sana pun aku tak clear sangat. Just try and error. Tak cukup info time tu. So, kalo korang sesat jangan salahkan aku. ;p 

Direction to MBC Ilsan: 
1. Dari Dongdaemun Station (Line 1, Blue) terus pegi ke Jongno 3(sam)-ga punye station
2. Turun kat Jongno 3(sam)-ga, transit ke Line 3 (oren) dan naik train menuju ke Daehwa.
3. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.
4. Turun kat Jeongbalsan Station, Exit 1
5. Dari sini, aku dah lupa. Please ask around cakap nak pegi Dream Center.
6. Tak jauh dah dalam 500-700 meter berjalan kaki. 
7. Gudluck! 

Yang kat atas ni ialah the correct direction on how to go to Dream Center. Tapi ape yang berlaku kat aku, terturun kat stesen yang lain which is Ilsan Station yakni Line train pun lain. Tapi actually dekat je dalam 10km jugak. So, takkan la nak menapak kan. Just amek cab je cakap nak pegi Dream Center. Nasib baik cab driver tu faham, plus tambang pun kira okla sebab guna meter. Kene charge dalam KRW4,000 (ingat-ingat lupa). 



Lobby MBC

Pusing-pusing kat dalam tu lebih kurang sejam lebih sebabnya tak besar pun exhibition hall tu. Tapi menarik untuk dikunjungi. Yang buatkan aku suka tentang stesen tv kat Seoul ni, dorang memang appreciate sume benda yang telah dilakukan. Setiap kenangan yang penah berlaku akan diabadikan dengan elok dan sempurna untuk tatapan orang ramai. Hurm...Media Prima punye ofis ade tak tempat lawatan untuk visitor? Takde kan rasanya. Jom layan gambar... 




Princess Hour!!!! Love this drama! Hahaha

Sebelum masuk kat exhibition hall tu, singgah ler toilet dulu. Makkk aih..toilet dia macam kat Jepun tu ada automatic washer. Ntah la, aku pun xtau apekebendenye. Jakun kejap...hahaha. tapi tak reti nk picit button yang mana. Korang penah guna tak??? Air untuk basuh kuar ikut mana? Hahahahah...cam haremmmm. Pastu jangan lupa, ade orang mengintai tau kat dalam toilet tu. 



Ok dah...jom masuk exhibition hall tu. Dalam hall ade penerangan camne dorang shooting, dubbing, muzik latar dan lain-lain. 








Contoh bilik dubbing @ alih suara



Gambar kat atas ni, cara mereka menghasilkan sound effect. 

1. Bunyi penumbuk kalo tak silap aku. Caranya dengan menghempaskan bungkusan tu. 
2. Bunyi pedang ketika berlawan. Ceng ceng ceng....hahaha. camtula
3. Bunyi pasir-pasir kot. Aku dah lupa
4. Bunyi tapak kaki kuda ketika berlari




YEAY! AKU MASUK TV, KO MAMPOO? HAHAHA


Lepas dah setel melawat segala benda, plan nak lunch kat sini iaitu nak makan pizza kat sebuah kedai artis tu. Tapi lupa lak nak bawak complete info kat mana letaknya kedai pizza tu. Hurm..next time jela. Jom balik Seoul! 

Sebab dah lapar, kitaorang singgah kat area Myeongdong sebab tak puas lagi jelajah kedai-kedai kat sini. Tak shopping pun just nk singgah makan kat Lotteria. Makan shrimp burger je. Tu jela yang yakin. InsyaALLAH. Lotteria ni macam Mekdi versi Korea. Memang bersepah restaurant fastfood ni. Harga untuk set pun tak mahal. Just nice. Rasa burger ni bagi aku sedappp dan aku suka! Boleh nampak udang sekor-sekor dalam tu. 




Then, lepas makan tu dalam pukul 3 lebih gerak balik ke guesthouse. Kawan aku dalam kul7 lebih dah nak berangkat ke airport dah. Tapi bila sampai kat area Hyehwa Station tu, sempat lagi masuk coffee house. Orang kaya la katakan...tiap-tiap hari wajib masuk coffee house lepak-lepak. Syiokkk wooo...yang ni aku masukkan kat spesel entry. 

Untuk pegi ke airport dari Fully Guesthouse ni tak susah pun. Just tunggu kat bus stand depan Dunkin's Donuts tu je. Bus no. is 6011 kalo tak silap. Kalo salah maafkan aku tau. Tambang hanya KRW10,000. Bus memang banyak kat sini, so jangan risau. 

Lepas dah antar kawan aku naik bas pergi ke airport. Aku macam nak pegi ke jimjilbam tu yakni sauna yang femes kat sini. Aku try google jugak yang femes ialah kat Yongsan Station. Dalam pukul8 lebih camtu aku gerak. Jauh jugak nak sampai sini kene transit jugak. 

Direction to Dragonhill Spa @ Jimjilbam: 
1. Dari Dongdaemun Station (Line 1), turun di Yongsan Station (Line 1)
2. Keluar dari Yongsan Station building tu, terus belok kanan
3. Akan nampak pintu gerbang yang ada tulis 24hours, kat situ la terletaknya DragonHill Spa
4. Bayaran masuk ialah KRW12,000 per pax. 

Mula-mula cuak jugak nak masuk, tapi sebab dah sampaikan..masuk jugaklah. Kat situ ade kaunter pertanyaan camne nak masuk sume ni. Nasib baik dorang faham jugak english. So, dah setel bayar sume dorang kasik locker key dan satu persalinan. Ceh...kaler tak cantikk! Aku nak yang macam dalam tv tuh! Suasana sampai kat dalam tu agak panas dan tak sejuk. Ok, berjalan masuk ke tempat loker. By the way, lelaki dan perempuan adalah diasingkan ok! Memang TAK bercampur tempat mandi, sauna, loker. Tempat untuk berkumpul adalah bercampur. 

Memang betol ape yang aku dengar, sume orang bervogel ok bila nak mandi, nak cukur-cukur dan berendam dalam sauna tu. Memang tak cover pape pun. Terkejut berukkk ok! Tapi buat-buat cool jela. Kang tak pasal-pasal kene hempuk dengan ahjussi kat situ. Terus tukar baju dan pegi jenjalan kat kawasan sekitar. Kat sini pun ada tempat untuk tido kalo takde rumah. Quite ok jugak sebab ada tikar dan bantal. Plus sunyi je.... Terus aku pegi kat event hall yakni dewan besar untuk berkumpul. Wahhhh...menarik ok! Ade tv, orang baring-baring, makan telur, duk main-main dan sebagainye. In fact, ade arcade siap untuk budak-budak. Hahaha. Small cafe jugak ade disediakan. Lepas lepak-lepak dalam 1 jam camtu, aku kene balik sebab nak kejar train kang abes perkhidmatan pulak. 

Lupa nak bawak kamera handphone untuk snap gambar kat event hall tu. Segan laa nak bawak kamera ke hulu dan ke hilir. Kang dorang cakap nak skodeng pulak! Choyyy...ni jela yang sempat aku rakamkan. The rest...are in my mind. Kalo bawak geng datang sini memang best untuk lepak-lepak. 



Then, teruslaaa balik guesthouse. Singgah beli waffle on the way balik tu...hari semakin sejuk. 

Till then..wasalam. 


26 comments:

  1. Fuh skali lg mengah aku baca, walaupon ko kata tak panjang sangat... Ermmmm ekceli apa je yg ko buat dalam spa tu? Mandi lulur ke?

    Bagus kan diorang! Apa yg aku pasan, kebanyakan negara maju diorang bayak sediakan exibition hall untuk educate orang diorang, the ada pgram lawatan sambil belajar dr skolah2 diorang ke tempat macam tu, secara tak lgsung diorg educate dan memberi inspirasi pada anak2 muda diorang kan.its a culture. Bagus macam tu.

    ReplyDelete
  2. John, awat ko tak gune free postcard delivery services tu.. FOC jer.... cume aku tak pasti ade limit postcard yg kite bleh pos ke tak....

    uik, takde ke gambo2 'seksa' kat jimjilbang tu?? hampa nye... huhuhuh

    ReplyDelete
  3. day 6? baru pasan, lama gak ek ko kt sana.. (kes nk ckp xdpt poskad haha)..

    aku pn tertnya ape yg ko buat kt spa tuh? mkn telur? hahhahaa

    ReplyDelete
  4. Hmm gigih ko John tulis poskad bebanyak...hehehehe

    Aku tak penah gak tengok org pegi sini, ko yg first nih, ke aku tak pasan org lain ada pegi ke tak hahahah..takpe la, janji gambo ko cun, walaupun SEOUL ni tak masuk list 10 unsual place to visit hahahhaha..

    By the way, nanti kalau aku terTIRU route/itinerary ko, ko jgn la marah sampai takmo kawan aku yek..muahhhhh..see u this saturday beb!!! icam kim salammmmmmm kat ko..

    ReplyDelete
  5. oh mak guard...ckp pasal jimjilbang ni..teringat kes kat Busan.. kan Fatt kann.. hahahahahaha!! nasib lah xde yg kena vogeh2 malam tu.. phewww.. kalau tak..trauma spjg hayat. hahahaha

    tp mahal jugak ye KRW12,000..salu rate jimjilbang KRW7000 jek..

    sbnrnya jimjilbang ni best..tempat rehat keluarga...tp sb di luar norma kebiasaan kita..tu yg cuak nak masuk.. mn ade vogeh2 depan khalayak!! org gile jek yg vogeh2.. hahahahaha

    ReplyDelete
  6. ko tak cerita pun ko masuk join mandi kat kolam. ko segah eh??? hahahaha....tapi klu mandi sume kena buang baju kan? bulat je sume. ko pun sama eh? hehehehe....ok aku takmo imagine....lalalala~

    ReplyDelete
  7. hanie,
    hahahaha...klu tak kita pun terjebak!!!



    na,
    ako ada pegi le jimjilbang. kan dulu dia citer ajushi tu bogel...siap err geli aku nak sambung cerita itu.

    oi ko terbako ke psl entry aku baru2 ni? hahahaha...ramai yg terbako rupanya. rileks le...

    ReplyDelete
  8. lerr..ko nak gi Misarang pizza tu ke? nape le ko x kabo bleh je aku kasi direction..thehehhe..dah dekat dah..xpe la gi lagi ye..

    lawak wei baco ko punye expression tang bunyi2 lam exhibition hall tu..ekkee

    ReplyDelete
  9. John,awak duduk ampang ke?dekat lah.nak lepak sekali boleh?(huishh tak malunye)ahaha..

    MBC punye studio tu memang bagus buat camtu kan.nak dtg visit pun berbaloi.kalau media prima rasanya hurm..buang masa je kot.huhu.

    Setiap kali baca entry kamu ni,setiap tu lah plan saya berubah,ada penambahan,pengurangan kene inf kt TG.haha.bengang je TG tu.

    ReplyDelete
  10. janggel,

    actually, what i noticed, most of advance country, exhibition all & museum, galleries etc is everywhere and they not meant so much for tourist but more for their locals. thats why these (or some) countries are more cultured. theatres pun sama... kat malaysia nih, theatres tuk orang previlage jek cam si janggel tuh, ehhehehe

    john,

    toilet dia cam jepun... kat sepun semua toilet cam nih. ko noticed ada powder & music dak??

    ReplyDelete
  11. aktiviti ko best giler weh..isk3jeleshnyee..kan best klu aku tegar je mintak cuti lama2 aritu, byk gk tmpt leh pegi..idea poskad tu cm best gak..

    ReplyDelete
  12. Lily:-

    Haha u translate ke apa tu? Hahahhaa... Mmg betol tu, setujuk sesangat!!!

    Jap I bukan previllage ye... I pre-village (kampong) je. Hahahaa dok tengok teater pon dalam Stor DBKL (bak kata Fatt) ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮..*larikkkkkk

    ReplyDelete
  13. hahaha sempat lily kenakan Janggel. betoi tu psl cultural thingy. kat mesia, bukan takde tmpt bleh kite explore utk tahu culture tpi kite yg xpandai appreciate. take for granted, bagi kite esok2 bleh tgk patu asal charge nye mahal sket komplen, cam aku la nk masuk war museum kt penang pon berkira (hahah takla sbb ramai xmo masuk, kalu aku sefamily jek masuk gak tuh dh alang2 smpai).. tp aku pong agak xpaham kt mesia nih charge masuk bleh tahan gakk..


    kena lebih byk mendonate & mensponsor lah gini


    John, cuba tgk kt sri pentas tuh ade ke open exhibition.. mana tau.. hihihi

    ReplyDelete
  14. ko pun turut bervogel apa...hahhahaaa...

    ReplyDelete
  15. waa cm lama gila x sbokkan diri komen entry ko sbb bz,huhu.ala kak ros..hehe. tapi yg pasti ak setia membaca,,hehe.btw ak bertukar ke nm lm blk coz rs nm sblm ni skemm siot:P

    1. wlpn lmbt sket tp ak nk jgk ckp cun header,hehe..

    2.weyy!!nak jugak poskad,wahh dgn bangga x malu nya.,hihi ak skng dlm proses kumpul poskad abes kgkwn ak yg kt obesi jd mangsa.huhu

    3. ha'ah la bju spa ko x mcm yg sll dlm tv.heheh

    ReplyDelete
  16. kene bogel time bersihkan badan kan lepas tu leh la masuk bilik sauna mana pakai baju....klu tak nak bogel ader tempat nak bersihkan badan bertutup ker??

    ReplyDelete
  17. eh john, ko pkai kamera cap apa ek? nikon? canon? etc?

    ReplyDelete
  18. betul la suka toilet kat sana... dok lelama dalam tu pun rasa x buhsan.. x berbau n selesa je.. jamban dia best kan hhaha byk button, try n error :p

    ReplyDelete
  19. hehe bile tgk toilet tu teringat masa duk kat hotel sana mmg toilet bowl dorg canggih cenggitu...pasal xtau nak tekan button yg mana satu last2 amek cawan je buat cebok air...hahaha

    p/s:wah header baru je dik..cantek2 i like!!

    ReplyDelete
  20. ah, MBC tu menarik je. Boleh berangan2 jadi newscaster gitu kan hehe...if u notice, Korea cuba attract negara dia by entertainment (drama, K-pop etc) sbb rase dulu org tak nak pegi sgt due to crisis dgn North Korea. Neway, it proves the approach is successful.

    Toilet tu sama mcm first I jumpe kat hotel kat Jeju. Terkial2 jugak nak guna sbb xpaham tulisan Korea kan. Main agak2 je dr symbol yg ade :D

    ReplyDelete
  21. as salam.
    looking forward to ur korea trip recaps. keep up the nice work. insya allah nk g korea thn depan so halalkan semua info yg bakal sy jadikan panduan. and i have the same question as AKO @ retna. mind telling us about ur camera? the pics r lovely by the way. thanks.

    izah.

    ReplyDelete
  22. @Janggel,
    hahaha....panjang lagi ke? next entry dah pendek dah sbb dh xde ape nk cite nk. haha..spa tu actually mcm tempat relax utk fmly. separate bath room for men and women. kalo xnk berendam dlm kolam air panas pun xpe. just tukar baju and lepak2 kat event hall tu. makan telur ketuk kat kepala. hahaha.

    yup..mmg bagus for me. boleh tau sedikit sebanyak sejarah. in fact dekat bangkok. MRT dorang pun ade gmbr2 tentang kisah2 sejarah MRT tu. nnt ko g sana ko tgk. sepanjang dinding hallway tu ade cite. menarik!



    @Azra,
    yeke ade free postcard delivery? taktau pun...next visit boleh try. gambar2 seksa takde...sbb aku x amek. segan dowh. hahaha.



    @Ely Hasrul,
    kakak cantekkk! hahah. lama ke? dah nak balik dah ni...nnt kasik address. ;p saya just lepak2 je. tukar baju then pegi tgk tv makan telur! ahaha.



    @BlueEwoke,
    gigih ke? aku tulis before tido je. bukannye nak karang karangan pun. tulis yg mana sempat je. ramai yg xpegi sini sbb yelakan, bukan culture kita utk vogeh2 in public place mcm tu. aku pun x sanggup ok! hahaha.

    tiru je...kalo aku x kasik tiru watpe aku tepek punye details kat blog ni. sharing is caring. hahaha..icam dah jadik geng dah! hahaha.



    @Hanie,
    hahaha..actually vogeh2 tu bila time nk pegi mandi je. kalo xnk mandi pun takpe...terus tukar baju then pegi lepak2 kat event hall. mahal jugak sbb tu tempat besar dan mcm exclusive jugak kot aku rase. tu pun aku main google je kat internet. mmg bnda2 cmni bukan culture kita.



    @Fatt,
    hahaha....dah aku tak masuk camne aku nk cite? hahaha. ;p

    ReplyDelete
  23. @Mis,
    AAH...NAK PEGI MAKAN PIZZA OK! huhuhu..tapi aku lupa nak amek direction. jauh ke dari MBC Dream center tu?



    @Pineapple,
    hahaha..taklah. saya duk area elite kat damansara. haha. ok berlagak! mmg duk area damansara je. kalo satu hari nak lepak2 just bgtau ler. takde masalah.

    mmg bagus. tapi tak besar mana pun. tp ok la kalo sekadar nk dtg melawat tu. hahaha..kene plan btol2 nak pegi mana. sbb sume ni mengambil masa jugak. make it worth it!



    @Lily,
    hahaha..janggel kene perli tepek je tang teater tu. ok just kidding. hahaha. powder and music pun ade??? aku tak perasan pun. ;p



    @Nurizyanabdrahman,
    hahha..best ke? stamina pun kene best jugak. kalo tak, mmg semput! hahaha. kene cuti lama2 baru best! kalo x...missed best place ler kalo cmtu.



    @Ely Hasrul,
    exactly! kat malaysia ni mostly kene byr. tapi tula..tak sume orang minat sejarah cmni. lain orang lain pendapat. aku tak penah lgi smpi sri pentas tuh! al-maklum laaa...tak penah ade show kat tv. ngeh ngeh ngeh.



    @alifah,
    mane ko tau aku bervogeh? hahaha...



    @Cik Izars,
    hahaha...kak ros mana ni ek? sorila..kdg2 lupa org. thank you. kredit kat org yg buat tu. insyaALLAH...ade rezeki sy post poskad jugak. baju tu tak sama kn??? gerammmmm!!!



    @Nasrul Asyraf,
    hahah..tak perlu. boleh straight pegi loker room utk tukar baju. aku x mandi pun kat dalam. just nk tau keadaan kat dalam tu je cmne. tempat mandi sume terbuka ye...yakni air pancuran tu mmg terbuka abes.

    ReplyDelete
  24. @AKO,
    NIKON D3000 dan LENS 55-105MM. dah bape dah aku duk ulang bnda sama nih! haishhh.... pastu aku edit.

    yup2..jamban kat sana mmg bersih giler. kering dan wangi. takde yang basah2 ni.



    @Muna,
    hahaha..kekdahnya jakun kan jumpa toilet cmtu. sy rasa..kalo kat malaysia ade toilet cmtu mmg cepat giler rosak! thank you!!!



    @By.ya,
    mmg menarik MBC tu! hahaha..berangan la sgt kan. why not? yes..dorang nk boost dorang punye tourism by promoting their cultures. mmg berjaya!



    @Izah,
    thank you for visiting my blog. ;) saya dah lama halalkan sume benda yang saya post kat sini. all these meant for others. saya dah jawab kat atas.

    ReplyDelete
  25. cool giler antar poskad from negara yang kita gi kan...bapak aku plak memang demand aku antar poskad kat dia from each and every country i go to...and on top of that to myself as well...just a little token that i was there at one point of my life...

    masuk itu spa kena vogel...errrrr...takottttt...hahaha...

    ReplyDelete
  26. HUH??? APSAL AKU TAK KOMEN KAT ENTRY NI! TAK LEH JADI, KENA KOMEN GAK! HAHAHA!

    masuk tv ko nokkkk! glamer! aku suka la miniature2 tu...comel gile. haih, kalo ko tak buat entry ni, takde la aku tau camne tempat2 ni. mekasehhhhh!

    ReplyDelete