Assalamualaikum!!!
Walaupun tajuk aku dalam bahasa omputih, tapi entry aku dalam bahasa melayu tak kisahla kan nak poyo ke tak, janji korang baca ok! Hahaha.
Entry ni tak panjang pun. Sekadar nak buat cerita ketika di masa lapang...so, korang layankan jela ok! Lepas kami balik dari jejalan di sekitar Bandaraya Melaka, tibalah masa untuk kami check-in hotel. Yela, dah sehari suntuk duk keluar berpanas dan berpeluh bagai. Kenela refreshkan badan kami dulu sebelum dinner! FYI, time kami sampai kat Hatten Hotel tu, dorang baru je start beroperasi selama seminggu. So, hotel ni memang sangat-sangat baru. Ada certain bahagian kat bangunan hotel ni masih under construction. Bau cat lagi ok! Hahaha. Aku dan Janggel amek 1 bilik twin. Bila dah masuk bilik tu, wallaweyyy!!! Cantik siot! How i wish my room is like this! Memang taknak keluar.
Jomlah layan gambar bilik ni. Overall, kelengkapan dalam bilik hotel lengkap dengan segala peralatan.
Dah setel menunaikan kewajipan dan baring-baring kejap, kami keluar semula untuk menikmati makan malam seafood di Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka. Tempat ni dah banyak kali aku tengok orang lain datang selain dari Umbai yang femes tu. Tapi Umbai pun aku tak penah sampai. Macam mana tu? Hahah. Darat la katakan. Kawasannya agak luas dan bersih. Ada beberapa buah kedai yang menjual pelbagai jenis ikan bakar dan makanan laut. Kami memilih Nakhoda Restoran. Agak besar keluasan restoran ni. Since kami datang agak awal, banyak lagi ruang kosong. Kami pilih untuk duduk bersila sambil menikmati juadah makan malam. Hehehe..kampung style gitu! Jom tengok kawasan restoran ni.
Since orang pun tak ramai, so makanan sampai pun agak cepat. Tak lama pun tunggu. Dibawah ni ditunjukkan makanan yang diorder. Sedap bangat haiii...sampai aku tambah 3 kali nasik. Bertabah jela anak gajah sorang nih! Hahah...
Dah setel makan malam...kami beransur pulang ke sarang. Tapi sebelum tu, malam masih muda, kami singgah dulu di Kampung Morten. Haaa...ada apa kat Kampung Morten ni? Aku pun first time dengar. Yela, dalam negara sendiri pun pusing tak abes. So, rupanya Kampung Morten ni merupakan perkampungan Portugis yang dipelihara oleh Kerajaan Melaka. Kampung ni berada di tepi Sungai Melaka. Kiranya part of tourist attraction jugaklah. Kerajaan Melaka memperuntukkan sejumlah perbelanjaan untuk diberikan kepada penduduk Kampung Morten supaya memperindahkan kampung mereka untuk tarikan para pelancong tempatan dan luar negeri. That's why ianya dihiaskan dengan lampu limpah dan jugak hiasan-hiasan tempatan. Since kami datang melawat waktu malam, takdelah nak naik ke atas rumah ni. Tapi kalo datang waktu siang, anda berpeluang untuk naik dan masuk ke dalam rumah yang terdapat di sini disamping dapat mendengar sedikit sebanyak sejarah Kampung Morten. Ok..ayat aku dah macam rencana RTM pulak. Hahaha.
Jom layan gambar...
Till then..wasalam!
BEST KAN I BAWA TRAVEL?!?!? hehehheh.... rasa cam boss dak? hehehheh..... kalau good boy, len kali leh ikut lagi. muahhahhaha..... i ada gambo siang kampung tuh.
ReplyDeleteeh!!! i pirst.
ReplyDeleteIsh macam ku kenal je orang dalam cermin kat bilik hotel tu....
ReplyDeleteminggu depan nak ke melaka. tapi tak leh pi sini. sebba dah sewa bungalow.. family besar beb..
ReplyDeletebenci tul bila ko letak gambar makanan!
ReplyDeletekbai!
semart hotel tuh.. kat mne eh? bak mai info sket..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesemart gile hotel!!
ReplyDeletepembetulan..tuh bukan peninggalan kpg portugis kat kpg morten...kpg portugis kat ujung pasir..
ReplyDeletehehe
.
.
.
agak janggal melihat janggel olah2 kanak2 riang melompat atas katil...??
like 1000kali komen Lily ahhahahha
ReplyDeletesume gambo mmg delicious!!
Ye la Danny, kg Morten tu bukan kg Portugis... tengok senibinanya pun dah tau...
ReplyDelete