Saturday, June 9, 2012

Roadtrip to Krabi, Thailand - Part 3

Assalamualaikum!!! 

Tanpa membuang masa jomlah aku sambung cerita Krabi, Thailand ni. Dah malas dah aku nak tulis panjang-panjang. Just keep it short and simple. Lagipun, aku tau most of you mesti dah sampai Krabi kan? Aku je yang lambat sampai.  Untuk kali ni ialah aku dibawa ke Maya Bay. Tempat lokasi shooting untuk filem Leonardo Dicaprio, "The Beach". Dah lama dah cite ni, kalo tak silap aku time tu aku darjah 5 kalo tak silap. Haaaa...you do the math ok. Hahah. 

Tempat ni memang dah lama jadik impian aku nak sampai sebab memang superb cantik! SubhanaALLAH.... cantik sungguh! Kalo takde orang lagi laa confirm cantik! Time kami sampai sini lebih kurang pukul 1 petang dah, pelancong memang ramai toksah cakap la. Ada bot laju dan jugak long-tail boat. Teringin jugak nak naik long-tail boat ni. Maybe next time macam private cruise gitu. Haha. Tour guide tu benarkan kami untuk berkeliaran kat Maya Bay untuk 30 minit sahaja. Mana cukup weyy!!! Aku pun taktau la nape kejap sangat masa diberikan. Boleh sekadar untuk amek-amek gambar jela untuk kenang-kenangan.

Jom layan gambar... 












Lepas dah abes yang diberikan kepada kami, kami blah dari Maya Bay tu menuju ke Phi Phi Island untuk menikmati juadah makan tengah hari. Konsep makan tengah hari ialah secara buffet. Redah, rebut dan makan! Hahaha... Dewan selera memang luas. Plus ianya adalah halal. Kita semua memang sedia maklum yang kat Krabi ni ramai orang muslim. So, jangan risau tentang makanan halal. InsyaALLAH halal. Aku rasa semua tour agents akan dump dorang punye pelancong supaya makan tengah hari kat sini. Aku perasan, pekerja dorang sume pakai tudung. Time ni tengah waktu puncak. Cari je tempat duduk, terus pegi amek makanan. Hahaha perut sudah duk berbunyi dari tadi lagi! Hoyehhh!!! Main amek je lauk yang ada. Ada lauk pauk untuk makan dengan nasik. Ada jugak spageti bolonaisse untuk mat-mat salleh kalo tak makan nasik. Rasa pun sedap. Not bad. Ada tomyam, udang, sotong, ikan filet, ayam dan sayur campur. Yummy!!! 






Area kedai cenderahati
Kami diberikan masa selama 2 jam untuk berada kat Phi Phi Island tu. Kiranya lepas makan, still ada masa untuk lepak atau jejalan kat sekitar pulau tu. Hari pun panas je. Kami just jejalan kat kawasan sekitar je. Kat depan pantai tu, ada disediakan kerusi kain untuk berehat dengan bayaran hanya 40Baht untuk sejam. Mula-mula tu terasa agak mahal la pulak nak sewa kerusi tu. So, kami lepak je atas pasir kat tepi pantai. Tapi bawah pokok ler. Sempat jugak laaa kami terlelap. Dalam hati, menyesal jugak tak sewa kerusi tu, kalo tidak dah tentu selesa je nak lelap. Hahah. 




Lepas dah lepas 2 jam tu, kami perlu naik semula ke bot. Kali ni untuk aktiviti terakhir untuk tour kami hari itu  ialah kami akan pegi snorkeling kat laut lepas. Haa...meaning kami akan snorkeling kat laut yang dalam! Hahah hoyehhh!!! First time nih! Tak penah lagi macam ni. Aku taktau kat area mana. Tapi time ni agak panas jugaklah. Tapi tak kisah, janji terus terjun. Dalam jugaklah laut tu memang tak cecah oleh kaki kami. Kak Coco takmau turun katanya, tapi beliau dengan senang hati akan tolong amek gambar kami dari atas bot. Thank you Kak Coco!!! Hehehe. Sempat jugak kasik roti kat ikan-ikan tu. Excited terlebih pulak kan..papepun, memang seronok! 








Kami diberikan masa 1jam untuk berenang kuak lentang dan segala kuak yang ada. Kira puas hati la jugak. Kalo berendam lama-lama kang kene sunburn pulak. Dah abes snorkeling, kami balik semula ke Aonang Beach dan dihantar pulang ke hotel. Agak penat jugaklah... yela dah kuar tour dari pagi sampai la pukul 5 petang! Tapi sebelum masuk bilik, sempat la berenang kat swimming pool pulak! Hahah. MasMZ and Kak Coco masih lagi berenang, aku dan Janggel dah tak larat masuk bilik terus tido petang! 


Malam tu lebih kurang lepas maghrib, kami keluar jalan kaki untuk cari makan malam. Kali ni cari kedai makan yang murah-murah pulak. Plus, MasMZ dan Kak Coco nak pegi buat massage dan manicure skali. Hahha. Kedai makan tu terletak kat deretan kedai-kedai kat Aonang Beach. Kaler hijau kat dalam dia...agak malap pencahayaan kat dalam tu. Tapi memang betol-betol tepi jalan. Nama kedai tu ialah Jamai Restaurant. Makan biasa-biasa je benda bergoreng sebab nak hilangkan lapar. Since duit pun dah semakin abes, terus je kami balik lepas tu. Sape-sape nak buat massage boleh la carik yang murah-murah. 


Esok pagi nak balik Kuala Lumpur dah. Perjalanan yang sungguh jauh menanti kami esok pagi! Nanti sambung untuk bahagian terakhir ok!

Till then..wasalam.

19 comments:

  1. Omai dah habis ke?

    Makan kat Phi phi tu best giler sebab tengah lapar kan!

    ReplyDelete
  2. arghhhh! jeles! tak sabar nak berpanas kat krabi! opss...redang!

    ReplyDelete
  3. gambo yg tgh hulur roti tu mmg DAEBAK! ngahhahahahha

    ReplyDelete
  4. Cantik banget pantainya...

    ReplyDelete
  5. perghhhh cantik gile tmpt dia...plus gambar yg sgt mengujakan

    ReplyDelete
  6. ikan besar tuh kenyang ke dengan sekeping roti?? hahaha best nye krabi.. rasa nak disinari dgn cahay matahari je..

    ReplyDelete
  7. Wei, ramainya org dia sumbat dalam boat.. i dulu tak sampai 10 org... bestt seperti boat itu kami yang punya! hehehe...

    btw tomyam kaler putih tu mula2 igtkan tak sedap.. skali sedap gila pulak dah.. bertambah2 makan...

    Btw uols tak mabuk laut ke.. i mmg darat sikit.. pening terus.. huwaaa

    ReplyDelete
  8. Aku nampak dugong!! eh silap..aku nampak danny and the gang!! huhuhu

    ReplyDelete
  9. Redah, rebut dan makan...memang sesapa pun akan alami kot... Krabi memang best cuma best lg snorkling kat redang.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya rupa makanan tuh.... Tambah dak????? Hahahahahahaha

    ReplyDelete
  11. oh mai best nye massage bogel! nape Danny@John tak buat ye?

    ReplyDelete
  12. i loikeee tgn yg pegang roti nak bg 'dugong' makan tu...opssss

    ReplyDelete
  13. @Janggel,
    esok ade 1 lg entry yg baru. eh lusa kot. hahaha... sedapnya makan nasik kat situ!!! teringat-ingat pulak aku. hahah. spageti lupa nak try.



    @Biqque,
    aku pn tak sabar nih!!! jom kuruskan badan!



    @Miss,
    hahha thanks to kak coco. dia amekkan. dugong itu adalah saya. sekian. hahaha.



    @Mie,
    tula...mmg cantikkk! hehehe.



    @Eka,
    mmg cantikkk pun! jgn lupa pegi sana ok! hehehe. thank you!!

    ReplyDelete
  14. @Shah_rule,
    tula...kalo ikutkan mmg tak kenyang. tp redha jela tu je yg diberikan. hahaha. krabi besttt! ade rezeki dtg lagi. hehehe.



    @Fida Jacob,
    tau xpe!!! i pn tak sangka ok! haha..takpela nk bwt camne. tp ok je actually. next time nk try naik yg long tail bot tu. mcm best jah! tomyam tu sedapppppp!!! hahaha. tak pening naik tu. sbb i mmg laut kot. u mmg daratttt!!! hahaha.



    @Na,
    dugong itu adalah aku. kekeke. aku redha dgn hakikat yg sebenarnya. hahaha.



    @Norh,
    kan...mmg dah lumrah mcm tu. bertabah jela. haha. tak sabar nk g redang pulak! hoyehhh!



    @MasMZ,
    hehhe...tak tambah rasanya! hehehe. kenyang dgn bacaan bismillah. hahah.



    @Cawan,
    saya takde duit time tu. pokai....plus, tak biasa urut2 nih. geli! hahah.



    @Hulubalang,
    hahaha..kannn!!! ramai sungguh peminat gmbr tu. dugong itu adalah saya. sekian. hahaha

    ReplyDelete
  15. Cantik2 shot yg Danny aka John aka Kaki Berangan tangkap. Memang Danny pandai ambil gambar :)

    ReplyDelete
  16. erk jom naik long tail boat tu kat phuket.. boleh vomit berjemaah gituh.. hahahaha...

    ReplyDelete
  17. Kak Coco seperti seorang Datin Halimah!

    ReplyDelete
  18. wah...
    nama kak coco disebut2?
    wah...
    gambo roti dgn dugong..er...dgn danny, disukai ramai?
    wah...
    wah...
    akak terharu
    wah..
    datin halimah sungguh akak , kan???
    hahahahah
    i like!!

    ReplyDelete