Assalamualaikum!!!
Mode malas yang teramat! Maybe sumber ilham hilang dalam kemalasan yang berganda! Ok, jomlah sambung roadtrip ke Krabi. Kali ni hari yang ke-2 kami di Krabi, Thailand.
Pagi tu kami bangun awal since kami akan ikut Phi Phi Island tour. Orang ejen tu akan datang pick-up kami kat hotel dalam lebih kurang jam 8.30 pagi. So, kene get ready ler awal-awal. Kami breakfast roti je beli kat 7-11 malam sebelum tu. Tunggu kat lobby tak sampai 15minit, datanglah orang ejen tu pungut kami. Pungut? Sadis tak bunyinya? Hahah. Sempatlah kami minum pagi kopi atau teh yang disediakan. Please help yourself ok. Free of charge! Bila orang tu dah sampai, apa lagi terus naik lori la kami! Untungnya, kami orang pertama yang dipungutnya. Boleh la conquer ruangan dalam lori tu dulu. Sempatlah buat aksi sengal dalam lori tu kejap. Hahaha.
Then, terus bergerak untuk pungut ahli rombongan yang lain di hotel-hotel yang berdekatan. Tak ramai sangat dalam 20 orang macam tu. Nasib baik dorang pun menepati masa, kalau tidak hangin la jugak orang yang dah dipungut awal-awal tu. Hehehe. Nampaknya kami je yang berbangsa Melayu. Yang lain ada chinese, mat dan minah salleh. Indian pun ada. Wahhh! 1 Thailand sangat ok! LOL.
Bila dah semua sudah dipungut, kami dibawa ke suatu lokasi untuk berkumpul. Tak jauh pun dalam 5 minit perjalanan. Aku taktau nama ape tempat ni, so jangan tanya ok. Tapi memang sume syarikat tour agent akan bawak semua pelancong ke sini. Tempat mendarat bot-bot la katakan. Pagi tu agak ramai la jugak manusia dari pelbagai negara. Tak sempat nak berkenalan sebab aku kan sombong. Hahah. Kami just follow the lead tour guide kami untuk berkumpul di suatu tempat, then kemudian dorang kasik kami 1 sticker untuk ditampalkan di baju menandakan kami adalah dari tour agent yang berkenaan. Kalau tak salah aku, nama agent kami ialah Aonang Orkid Resort? Maybela kot. Tak jumpa pulak gambar sticker tu. Lebih kurang 5 minit menanti, kami pun diarah untuk naik ke atas bot laju. Wahhh! Agak besar bot nya ada 5 enjin? Antara yang terbesar. Penumpang pun mestilah ramaikan. Ada lebih kurang lebih dari 30 orang kalo tak salah aku laa... Tapi jangan risau. Semua dapat tempat duduk.
Bila dah semua dalam bot tu, sebelum bergerak kami diberikan penerangan oleh ketua kami. Taktau nama dia...tapi fasih berbahasa inggeris. Kira oklakan... Owh ya, dalam bot tu jugak ada disediakan free flow drinks. Ada coke dan jugak mineral water. Just amek seberapa yang kita nak. Kemudian, kami terus bergerak! Let's go! Perjalanan ke pulau yang pertama mengambil masa kira-kira 20minit jugak. Cuaca agak mendung dan berawan tebal. Haishhh....tak syiokkk sungguhla weh! Mula-mula dari jauh aku nampak pulau berkepala ayam? Erkkk? Hahah. Sebab batuan kat atas pulau tu bentuk macam kepala ayam. Pulau yang pertama kami sampai ialah Bamboo Island. Kami diberikan masa 1 jam untuk mandi atau snorkeling kat sini. Kira okla tu kan....
Jom layan gambar!
Dah abes masa yang diallocate kepada kami, naik bot balik menuju ke Viking Cave? Tempat mengutip sarang burung layang-layang kalo tak salah aku. Ada orang tinggal disini ye... Tak lama pun kami singgah. Tak sampai 5 minit pun nak amek gambar. Layan jelakan...
Lepas tu...aku taktau kami dibawa kemana tapi tempat tu cantikkk!!!
Oklah....sambung kemudian...
Till then...wasalam.
John...tmpt yg cantik tu nama dia Pileh Bay...mmg jernih giler air dia...tour tu x bwk pegi Maya Bay?..cantik jugak kat situ...ape pun Krabi mmg best!
ReplyDeleteWOW Bestnya Krabi!!! Nak pegi la nanti.
ReplyDeletewah...pegi krabi eh..
ReplyDeletebestnyerrr korang
cantik plak gambo2 tu sume
hhehehee
sikitnyerrr....cam x puas baca. Rasa cam baru seminit tgk dah abes... :(
ReplyDeleteseronokkan tgk air laut dia..i tak pegi menyelam, takut sikit.. hee..
ReplyDeleteapa2 pun laut dia mmg cantik.
penat la cakap banyak kali...
ReplyDeleteGAMBAR CANTIK!
sekian. (takde gambar makanan lagi ke?)
Alalalalalalala rindu plak nk pegi sini!! Nak ajak Icam la naik kete ujung tahun ni!! Korang jgn ikut!!!!!
ReplyDeleteKbai!
Krabi.best nye.picca semuanye chantek2!
ReplyDeleteKrabi dengan Phuket mana lagi best?aiyaa...dah book tiket ke phuket,macam mana ni?
ReplyDelete@Mimie,
ReplyDeletelaaa ye ke? thank you for the info! hahaha. cantik sgt laut dorang! tak tau kata ape. subhanallah jela. maya bay tour guide bwk pegi. nnt sy cerita dalam entry seterusnya. krabi best!!!
@Janggel,
wow! jgn lupa heret aku skali! hahah
@Kak Anash,
wow! jelesnya saya akak oiii...haah terima kasihh!!!
@Hulubalang,
skit ke? ni pun puas duk perah otak suruh type panjang2. hahaha. terima kasih sbb baca! haha
@Azian Elias,
sgt seronokkk sbb cantikk!!! takut? ala...ruginya. huhuhu
@Biqque,
ReplyDeletehahahah kesian biq kene cakap byk kali. terima kasihhh!!! gmbr makanan dah takde kot rsenye. uhuhu.
@Chawanna,
huhu...tak kasik aku ikut??? fine!!! kbai. hahaha.
@Anon,
sape ni ek? terima kasihhh!!!!
@Orga,
hurm..alamak! susah nak jawab sbb sy tak penah pegi phuket lg. hehehe. krabi dari segi makanan halal senang nak dpt. tp kalo kat phuket, kawan sy cakap agak susah skit. huhhu
Thailand memang best.... :)
ReplyDeletemana gambo posing titanic?
ReplyDeleteok, nak gi pooh pooh ... lama dok confcall sampai tushy flowered.
gambo cun, mcm tak panas aje kalu lepaks haha
ReplyDeleteBro..aku nk ucap thks a lot for info2 sal nz.& chawanna too.snt2 membantu.now ada d aport cchurch tnggu flight blik..snow giler..byk flight kensel ..hrap kitaworangnye xler.
ReplyDeletewalaupun aku kurang travel, rase nk duk pulau cantik ni memanggil2..
ReplyDeleteade repeat trip tak ujung tahun ni?
Kat Viking Cave tak ada orang tinggal kat situ. Diorang datang kutip sarang burung layang-layang je :)
ReplyDeleteNina smpi sini. Salam kenal. Hihi. Xsabar nk g krabi. Weeeee~
ReplyDelete