Monday, June 11, 2012

Roadtrip to Krabi, Thailand - Part 4 (Finale)

Assalamualaikum!!! 


Since kawan aku duk desak suruh aku publish kan cepat-cepat, maka ni lah untuk korang! hahah Bahagian terakhir! 

Ni bahagian terakhir untuk roadtrip kami ke Hatyai dan Krabi, Thailand. Hari ni kami akan drive balik ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang hampir memakan masa lebih dari 15 jam. Haaaa..bayangkanlah sendiri. Pagi tu kami bangun awal. Dalam pukul 8 dah terpacak kat lobby untuk check-out. Tapi sebelum tu, kami minum minum dulu kat bawah ade tea and coffee. Sempatla jugak aku abeskan coins untuk main internet kat PC yang ada kat bawah. Dalam pada tu, sempat jugak setelkan menulis poskad-poskad untuk dihantarkan kepada sahabat handai yang berada di Malaysia. Harap-harap sume dah dapat la ye...insyaALLAH.. Untuk poskan, jangan risau ada banyak peti surat kat sekitar Krabi tu. 





Sebelum kami bergerak jauh meninggalkan Krabi, kene la isi minyak dulu. Kang tersadai kat tengah-tengah highway. Sape nak tolong kami??? Acu try cakap skit kan... Petrol kat Thailand ni memang mahal nak mampos! 1liter bersamaan dengan RM4 tau! Aku bersyukur hidup di Malaysia yang dilimpahi dengan pelbagai subsidi oleh kerajaan. Saya dah bersyukur, anda bila lagi? Hahah. Jom lah sambung perjalanan kami. Tak lama lepas tu terjumpa pulak banyak gerai-gerai jual buah nenas! Singgah la beli 1 bijik sebab nampak macam sedap sungguh! Tak mahal tau. 1 bijik ade RM1 dan jugak 50 sen. Suruh dorang potong siap-siap. Heheh. Memang manis wehh! Tak tipu! 




Bila dah sampai Pekan Danok, tu minyak pulak kehabisan. Adoyaiii...cuak nak mampos dah ni kami dalam kete. Tak jumpa 1 pun stesen minyakk! Bila dah jumpa tu, punyela kedekut isi 100Baht je! Haishh...sempat ke nak cover sampai lepas border? Sumenye kami berserah. Dalam kete tak abes-abes berzikir, tutup aircond dan sebagainya. Memang dah abes sungguh dah minyak nih. Pastu bila dah sampai border, jalan pulak jem nak mampos dan hujan mula nak turun! Memang dah macam sauna dah kete tu. Dah lepas border Thailand, border Malaysia pulak. Jem jugakkk!!! Hujan dah turun dah ni, aku try nak potong queue dengan masuk lane khas, tapi pegawai tu tak kasik pulakk!!! Choyy sangat. Dah macam-macam alasan kami dan whatsoever dah. Berpeluh sakan dah dalam kete tuh! Kene la jugak beratur...huhu. Pastu bila dah lepas, kene pulak check bonet kan! Siap kene angkut beg scan bagai!!! Choyy lagi! Bertabah jela ni... Setel tu, terus pecut carik stesen minyakk...akhirnya jumpa jugak. Alhamdulillah kete tak mati tengah jalan. 


Dah isi minyak penuh, perut lapar...kami singgah makan kat KFC. Layan jelaa... then teruskan perjalanan ke Ipoh untuk antar MasMZ kat umah dia. Kami sampai di Kuala Lumpur pukul 12 tengah malam.. Maka berakhirlah roadtrip kami ke Hatyai dan Krabi. Terima kasih kepada Janggel, MasMZ dan Kak Coco kerana menjaya program ni dengan suksesnye. God Bless! 

Thank you kerana sudi membaca. Lepas ni aku takmo buat blog dah. Ni entry terakhir aku. 

Till then..wasalam.

13 comments:

  1. kekekekeke!!! hahahaha!!!

    camne nih tatau nak komen padahal suruh publish.. hmmm.. asal ciput sgt entry nya? malas da ke?

    BTW kalau i tu memang dah berpeluh habis kalau petrol dah nyawa2 ikan macamtu.. kekdahnya pernah nyusahkan orang kereta mati tengah jalan takde minyak!

    BTW satu lagi, i tak dpt postcard tuh.. so i assume takde untuk i kot?? Huhuh, sampai hati uols bertabah je la niee... I baru check pigeon hole kot2 ada.. tapi memang hampeh! hahaha tarak!

    ReplyDelete
  2. @Fida Jacob,
    hahaha...nnt OZ trip i antarkan. asyik lupa je..nk bwt camno?? haha

    ReplyDelete
  3. Huh DRAMA sangat! entry terakhir konon! Ceit hahahaha


    Bertabahlah.. Demi keriangan berganda.

    ReplyDelete
  4. terakhirkah..???

    ReplyDelete
  5. elehhhhhhhhhhhhhhh #drama sgt ko nih! nk menagih simpati ler tuuuu...

    Nasib gambo lawa, kalau takkk, tak hingin aku nk singah..hehehe #acahje :p

    Jgn hampakan hati2 peminat ko weh.*wink *wink

    ReplyDelete
  6. Eh, terakhir??

    Betul ke nieee.....hehehehe

    ReplyDelete
  7. Suka ayat ni,
    Petrol kat Thailand ni memang mahal nak mampos! 1liter bersamaan dengan RM4 tau! Aku bersyukur hidup di Malaysia yang dilimpahi dengan pelbagai subsidi oleh kerajaan. Saya dah bersyukur, anda bila lagi?

    Saya pun dah lama bersyukur :)

    ReplyDelete
  8. eh..last entry ke?jgnlaa..just started read ur blog..keep it up ^ ^

    ReplyDelete
  9. ...john wat 'drama' la plak.. ni 'drama' episod finale ke? hehehe...tp sejak 2 3 menjak ni post ko cenonet jekk....x puasss baca....:D

    ReplyDelete
  10. Wow! Terujanya tgk Krabi....cantik tul!

    ReplyDelete
  11. elehhhhh entry terakhir kononnnnnn! tu yg dah siap draft lagi 4 tu hapeeeeeeeeee??? hahahaha!

    ReplyDelete
  12. ntahnyer danny ....
    episod last kunun?
    sudah...akak tak layan dengan ayat itu...episod terakhir?
    sungguh fitnah!!

    ReplyDelete
  13. ramai manusia kat Mysia kata petrol mahal.......tapi makan kat restorent mahal2...

    ReplyDelete