Wednesday, May 30, 2012

Roadtrip to Krabi, Thailand - Part 1

Assalamualaikum!!! 

Jom aku sambung kisah roadtrip aku dari Malaysia menuju ke Hatyai dan Krabi, Thailand. Pagi itu kami bangun agak awal. Yela, jauh lagi perjalanan kami nak sampai ke Krabi ni. Walaupun kami tak sempat nak jelajah seluruh Hatyai, tapi kira okla kan dah penah jejak jugak pekan Hatyai yang agak femes dikalangan warga Malaysia. InsyaALLAH, kalo ada rezeki kami akan datang lagi. 

Sebelum kami memulakan perjalanan, kami kene la sarapan dulu. Semalam tengah jejalan menuju ke pasar malam kat Lee Garden Hotel tu, ada ternampak sebuah restoran muslim tak jauh dari Tune Hotel. So, pagi tu kami breakfast kat situ. Breakfast ala-kadar je, janji dapat buat alas perut. Makan roti canai dan jugak roti bakar. Tu jela...not bad jugak rasanya. Sempat beli surat khabar pagi tu. Mahal haii RM5 untuk Berita Minggu. Hahah. Sebab ada berita Bersih 3.0 kat dalam tu. Waduhhh...negara dalam kekacauan, aku pulak sedang lari dari segala hiruk pikuk kota. Wahhh! Rasain loh. Cuaca pagi tu agak baik...takde tanda-tanda nak hujan. InsyaALLAH... 









Lepas dah setel makan sume, kami amek kereta dan pusing-pusing bandar Hatyai untuk tengok keadaan pada waktu siang. Maybe sebab masih lagi awal pagi, tenang je rasanya...tak ramai orang. Rupanya, tak jauh pun stesen keretapi Hatyai. Memang walking distance. Tapi akan berpeluh la ye. Sebelum kami memulakan perjalanan kami, sempat lagi Kak Coco tanya pak guard jalan nak menuju ke Krabi. Susah betol nak berkomunikasi. Macam ayam dan itik. Tapi sebab duk sebut Krabi dan Phuket, barulah orang tu faham. Hahah...sabor jela. Kami akan menuju ke utara ok! Ingat tuh! Yela, kami duk jeling-jeling jugak, takde pun sighboard yang cakap Krabi





Sebab macam sungguh tak yakin dengan macam-macam hal, yakni arah tujuan kami. Terpaksa beli maps kat 7-11. RM12 ok!!! Mahal..... Redah jela. Diharap kami takkan sesat dah. Tugas tengok peta diserahkan kepada Kak Coco. Katanya penah jadik kelasi kapal suatu ketika dahulu. Hahah. Sebelum tu, kami ada jugak berhenti kat tepi jalan tanya orang arah. Bila sebut Krabi, ramai yang macam blur-blur. Tapi bila sebut Phuket tahu la pulak dorang nih! Ishhh! Sabor jela... 

Direction to Krabi: 
Untuk pengetahuan korang semua, untuk drive sendiri menuju ke Krabi. Korang mestilah tau pekan-pekan yang korang akan tempuh sebelum sampai ke Krabi tu. Ingat ye, mula-mula dari Hatyai --> Phattalung --> Trang --> Krabi

Perjalanan dari Hatyai ke Krabi mengambil masa kira-kira 3.5 jam. Jauh jugak tu kan. Ibarat dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu la lebih kurang. Korang jangan risau, takde tol dikenakan plus rangkaian jalan raya dorang memang bagus! Jalan pun lebar. Kete tak banyak...heheh. Jalan lurus je....Sepanjang perjalanan tu masing-masing memulakan tugas masing-masing. Bahagian telah diberikan...maka berhiburlah kami dalam kereta tu. Kak Coco hanya geleng-geleng kepala tengok telatah budak-budak sengal macam kami. HAHAH.  Tak lama tu, dari jauh dah nampak signboard "Welcome To Krabi"! Wahhh...masing-masing dah excited dah nih. Tak sabar nak rehat-rehat. Mula-mula tu kami sampai ke Pekan Krabi. Agak menarik jugaklah. Tapi itu bukan destinasi kami yang terakhir sebabnya aku dah booked untuk kami semua hotel kat Pantai Aonang. Pantai ni terletak lebih kurang 30minit dari pekan Krabi. 





At first, kami macam sesat barat jugaklah duk cari signboard Pantai Aonang, sampai macam dah terlepas menuju ke Phuket dah kami nih! Hahah. Bila hati dah rasa tak sedap, terus kami patah balik dan tanya kat orang tempatan. Nasib baik dorang tau....alhamdulillah. Tengah hari tu kami sampai jugak kat Pantai Aonang melalui Tara Beach. Tengok ramai orang duk berkelah kat tepi pantai. Yela, kami datang pun hari minggu. Ramai keluarga keluar jejalan bawak anak-anak. 

Our next target ialah nak cari kat mana letaknya Haleeva Sunshine Hotel. Terletak tidak jauh pun dari Pantai Aonang tu sendiri lebih kurang 15 minit kalo jalan kaki. Hotel ni agak baru kalo tak salah aku. Baca review dari orang ramai pun cakap hotel ni bagus plus murah! Hehehe. Harga untuk 2 buah bilik untuk 2 malam ialah berharga RM297. Murah tak? Tapi ni tak termasuk breakfast. Kami check-in dulu untuk letak beg dan terus keluar untuk cari makanan tengah hari. Woiii!!! Lapar ok! Lagipun time ni lebih kurang pukul 1 tengah hari dah. 







Dari tadi lagi kamu duk aim nak makan berkelah kat Tara Beach sebelah Aonang Beach tu sebab kat situ lebih banyak gerai-gerai orang jual makanan halal. Aku bajet mesti tak mahal sangat. Macam-macam la dorang duk jual. Ada seafood, tomyam, ayam panggang, somtam, abc dan macam-macam lagi la! Kami singgah satu gerai ni, makcik tu pandai kecek kelate weh. Hahah kawe pung gapo lagi gak try la kecek jugok. Hahah. Kami beli makanan ala-kadar je takmo membazir. Kami beli udang, tomyam, ayam panggang dan jugak somtam je. Plus, kami dapat guna tikar free untuk berkelah kat tepi pantai tuh! Makanan nanti dia datang hantar! Awesome tak??? Kalo tak silap aku total lunch kami ialah 380Baht sahaja. Banyak jugak kami amek tau. 












Dah kenyang makan tu, kami jejalan sekitar pantai pulak then lepak kat Pantai Aonang sebab tengok banyak kedai-kedai yang menarik plus sambil nak survey-survey pakej tour untuk esok hari pulak. Tapi sebelum tu, masing-masing duk sangkut masuk kedai-kedai souvenir dan pakaian. Macam-macam ada duk jual lah. Aku sempat rembat seluar putih yang kain cotton tu dalam 300bath je. Ala-ala British India tu. Kalo beli kat Malaysia confirm mahal! Plus, sempat jugak rembat waterproof bag 10L dengan harga 350Baht. Kata Janggel, kalo kat Malaysia regenya dalam RM70 camtu. Baikk aku beli sekarang lagipun esok boleh guna untuk island hopping! Lepas dah setel merampas hasil shopping, kami jejalan lagi untuk carik pakej tour untuk esok. Riki-riki harga untuk Phi Phi Island hopping kebanyakkannya berharga 900Baht. So, kami setel down dengan 1 pakej muslim ni dengan bayaran 900Baht termasuk lunch skali. Kira oklakan. Mula-mula tu nak amek pakej yang ada kayak bawah gua tu. Tapi sebab bajet dan masa tak cukup, kami pilih yang senang jela. InsyaALLAH, ada hari kami datang lagi. 










Dah setel beli mana yang patut, kami jalan-jalan lagi. Ish! Tak abes-abes dengan berjalan je kejenye! Tiba-tiba terserempak pulak dengan sorang blogger ni iaitu Cute Panda. Nasib baik aku cam muka dia. kekeke...kecik je dunia ni boleh pulak terjumpa dia kan. Borak-borak kejap then kami pun mengambil haluan masing-masing. Dah penat sangat kami hari tu, balik hotel untuk tido petang dulu. Walaupun tak elok, tapi lantaklah! Sebab dah terlalu penat. Kak Coco dan MasMZ sempat berkuak lentang kat swimming pool kat bawah tu. Atlit ler katakan. Hahah. 



Malam tu kami keluar mencari makan malam. Terjumpa satu restoran muslim dekat dengan hotel kami tu. Order takdelah banyak...tapi mahal ler jugak kami kene ketuk! Bayar jela sebab sume dah telan masuk perut. 

Dah setel makan malam, kami jejalan lagi kat Pantai Aonang tu nak tengok kedai-kedai dan jugak kehidupan malam. Dari Malaysia lagi, orang suruh rasa pancake dorang. Katanya sangat sedap! Aku pun try ler beli., Okla, takde la sedap mana pun plus nipis yang amat! Macam-macam perisa la ada, coklat, banana, strawberry dan lain-lain. Malam tu kami tido lena....esok ada aktiviti melompat pulau!





To be continued...


Till then..wasalam~


14 comments:

  1. makanan tu mmg mencabar keimanan la..hehhehe

    ReplyDelete
  2. try tak manggo shake dorang? sedap betul.

    ReplyDelete
  3. kat Mesia kalo jumpa cmtu smua kan baguihhh...ni idak...pisang goreng..air tong..buah potong..Krabi mmg dunia makanan dan dunia keseronokkan...

    Tuan hamba ni pakar photography ke?? hamba kdg2 belajar dr pic2 tuan hamba untuk hamba snap angle2 yg cun...tp hamba ni tak lah sepakar tuan hamba :)

    ReplyDelete
  4. Untungla terkenal seantero Yhailand... hahaha.

    Lawanya gambar! Jeles.
    Nak makan !!!
    Hahaha
    kbai

    ReplyDelete
  5. gambar makanan???!!! JAHAT!

    kbai.

    ReplyDelete
  6. heheh
    penuh info
    penuh dgn citer
    penuh dgn gambo makanan?
    (tetiba lapar...)

    yea...kena ripit lagi sekali kah?
    (map masih pada akak nih!!)
    haahahahah

    ReplyDelete
  7. Apakah yang aku lihat digambar itu benar??? KAK COCO BACA MAP??? oh nooooo..patut la korang sesat sampai ke sempadan!!! hahahahah

    ReplyDelete
  8. Motif amik gambar bikini bendera amerika? Eheheheh

    ReplyDelete
  9. Sup tomyam kt aonang mmg sedap sgt!!!!!

    Nanti roah trip ke sane lg ek. 5 kreta sekakigus

    ReplyDelete
  10. best gak lah kan.. hotel nampak cantik betul.

    kat krabi ni senang sikit food muslim kan. tak macam phuket. tapi ramai kata phuket and krabi plus minus macam sama je.betul ke? akak dah pegi phuket tapi tak pernah sampaikrabi.

    ReplyDelete
  11. Baru balik dr hadyai , Isnin lepas.

    ReplyDelete
  12. Picca makanan yg mengecurkn air lioq.pic ttp chantek dn terbaek.

    ReplyDelete
  13. hujung bulan 1 ni nak pergi.

    ah! ada rujukan! makaseh!

    ReplyDelete