Sunday, May 20, 2012

Visit Taiping, Perak! - Part 1 (Taman Tasik Taiping, Hutan Paya Bakau & Mee Udang Mak Jah)

Assalamualaikum!!! 

Walaupun cerita roadtrip ni dah agak basi yakni dah almost sebulan berlalu. Yeke dah sebulan? Aku pun dah lupa dah...almaklumlah short term memory loss! Hahah. Kene makan kismis banyak-banyak. Papepun, korang layankan jela ok! Sebab sume gambar aku dah edit. Ada 3 bahagian je, aku janji. Takde macam telenovela dah. Hahah...Try to keep it simple and nice. 

Shall we? Hahah. 

Ceritanya bermula dengan lamaran Biqque terhadap kami semua untuk makan sate di gerai ayahnya yang tercinta kat Taiping. Since aku sangat suka sate, I assumed it was dedicated to me. Hahah. Overst! Maka, #Travelholicawesome mula merangka plan untk aktiviti yang menarik yang bakal kami anjurkan ketika trip 2d1n kami ni. Kami akan konvoi dari Kuala Lumpur ke Taiping. Biqque and Chawanna dah pulang awal hari Jumaat. Kami yang lain akan bertolak pada Sabtu pagi. Kiranya ada 2 buah kereta pagi tu. Rombongan kami ialah Aku, Janggel, MasMZ, Lily Riani, Kak Coco, Byya, MasZuber dan Dan Arif. Ok dah cukup 8 orang. Tapi sebelum kami bertolak ke Taiping, sempat dulu breakfast kat Restoran Santai, TTDI. Gigih ok aku bangun pagi sebab nak chop tempat kat situ. Makanan not bad....banyak jugak aku makan. Gambar takdela ye. Gigih duk melantak di pagi hari. Cuaca macam nak hujan....harap-harap kat Taiping tak hujan. InsyaALLAH... 

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami bergerak menuju ke Taiping. Di selang-seli dengan hujan renyai-renyai. Perjalanan kami disertai dengan zikir munajat dalam kereta. Sedar tak sedar, cepat je masa berlalu. Berkat katanya. Alhamdulillah.... Sebelum sampai ke Taiping, kami singgah dulu kat Tapah. Our main sponsor untuk lunch ialah mak ayah Janggel! Alhamdulillah...rezeki datang bergolek-golek sebab makan free....yippie! Kami tiba lebih kurang 12.30 tengah hari. Memang sesuai sangatlah nak datang bertandang kat umah orang. Macam biasa lah, tempat pertama dituju ialah sofa! Haha..buruk perangai aku nih! Sambil layan cerita kat tv aku pun dah lupa dah.... Duduk tak panas bontot, makanan terhidang dengan pertolongan anak-anak gadis diimport khas dari Kuala Lumpur! Banyak sungguh haiiiihhh makanan terhidanggg! 




Lepas dah setel menikmati hidangan yang sungguh lazat! Masing-masing terbungkang depan tv, duk layan pulak cite hindustan kat TV3, cite ape ntah pasal harimau dalam hutan. Syiokkk pulak dah duk layan. Kami semua memang duk layan abeslah! Tak tau nak cakap. Ok, ada 1 incident kelakar. Takpe biarlah rahsia. Hahah. Aku duk gelak sorang-sorang sebab benda tu. Since sume dah termangu depan tv, better pegi solat zohor dulu sebelom sambung perjalanan. Kami bertolak semula menuju ke Taiping lebih kurang pukul 3 petang. Gara-gara cerita hindustan punye pasal. Aiseh mak esah btol! Hahahah. 

Sepanjang perjalanan kami, cuaca sangat-sangat elok kecuali panas. Takpelah, kata pun duk Malaysia. Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Bertabah jela. Lebih kurang kemudian, kami telah di tiba di Bandar Taiping. Memang menjadi impian aku nak jejak lagi sekali kat Taiping ni, especially kat Taman Tasik! Sebab dulu pegi time balik dari cruise Januari lepas, cuaca sangat mendung. So, takbest! This time, dapat repeat dengan kawan-kawan baikk! 




Sebelum kami terus ke taman tasik, kami sempat bersms dengan Chawanna dan Biqque untuk tau kat mana lokasi mereka. Katanya dah penat duk tunggu kami tak sampai-sampai, siap boleh pegi makan cendol lagi tu..ade special task. Yakni nak suprisekan Icam! Sebab dah lama kan tak jumpa dia. Memang Chawanna saje nak kasik dia terkejut beruk. Lebih kurang pukul 5 petang lebih kami sampai, cuaca sangat-sangat elokk! I fall in love with this place. Hahaha. Tak lama lepas tu, sampailah mereka! Ibarat jejak kasihan sungguhlah sebabnya lama dah tak jumpa. Masing-masing lepas rindu bagai. 

Jom layan gambar kat sana! 














Lepas dah setel duk pusing-pusing kawasan tasik tu, kami bergerak menuju ke suatu tempat. Hutan paya bakau haiii.... Aku ni, kalo bukan dorang bawak pegi, memang aku sendiri pun takkan terpegi. Manalah nak tau ada tempat macam ni kat Malaysia. Tahu akan kewujudan, tapi keinginan nak pegi tu jarak timbul, kecuali ada teman-teman yang ajak. Baru aku ON! Hahah. Aku pun taktau jalannya macam mana, tapi yang aku tau di Kuala Sepetang! Cantik kawasannya...agak tenang. Tapi kalo malam-malam agak scary jugak ok. Ada resort disediakan, katanya agak digunakan untuk team building. Kat situ jugak Kakak Santek datang dengan family bahagianya dan baby baru. Kekeke. Masih ayu seperti biasa. Kami spend untuk tengok sunset kat situ. Kira jadiklah tengok sunset sipi-sipi pun..janji kami bersama. Ok dah bunyik lain bila bersama. Hahaha. 

Jom layan gambar... 










Lepas dah abes sunset, perut pun lapar le...time ni dah nak maghrib dah. Since kedai Mee Udang Mak Jah yang femes tu dekat je. Teruslah kami singgah. Tak sah bak kata aku kalo datang Kuala Sepetang kalo tak datang makan mee udang mak jah. Nasib baik mak jah, kalo mak bedah, taktaula....hahah. Chawanna berkata, "aku tak kira, aku nak makan jugak". Hahah. Since malam tu kami akan makan sate lagi, kami makan kira share-share je. Meaning 1 mangkuk share 2 orang. Ok, gila kemut! Tapi jaga perut orang kata....hahah. Harga mee udang biasa berharga RM7, manakala yang special berharga RM11. Bezanya tau tak? Ada udang lebih dan jugak dihidangkan dalam mangkuk yang berlainan. Kalo yang murah, mangkuk plastik je, tapi yang special dalam mangkuk seramik. Wahhhhh!!! Kasta lain-lain ok. Tapi mee udang mak jah sangat sedapppp!!! Kuah dia ummphh! Mungkin aku pikir nak hidangkan mee udang mak jah je untuk kenduri kawen nanti. Jimattt belanja! 







To be continued...

Till then..wasalam

16 comments:

  1. banyaknye gambar makanannnnn. nampak sedap plak tu.. Lapa tgok gambar2 nih....

    Aku baru tau Taiping tu santek..(jgn bgtau org taiping tau) -_-'

    ReplyDelete
  2. mee udang tu nampak sedap.huhuhu

    ReplyDelete
  3. bila la mak janggel nk buat open house.. sigh...

    xpe john ahkak punye taiping entry pon takdak xsempat hahahhaa

    cawan: best aku dpt gak minah nih.. (smbil menunjukkan ibu jari dgn muka gembira)

    ReplyDelete
  4. Motif!!! Icam dapat special gambo dia beso! Tak aci! Hahaha
    LAzartnya gambo masakan mak aku tu! Omai lapaaaa.

    ReplyDelete
  5. ala komen no 5 ke??? nak cup no 20. kbai...

    motif: gambar tak dapat kuar semua

    ReplyDelete
  6. @Pae,
    hehehe...byk ke? sikit je ni. tp mee udang tu sgt sedapppp!!! nnt nak pegi makan lagi la. kat KL pn ade kalo x silap. taiping mmg cantekkk!!! Opppss!



    @Zack,
    mmg sedapppp sungguh haihhh!!!



    @Ely Hasrul,
    eh mak dia dh buat pn open house ritu. mybe baby aftr shower utk kakak santek? kekek. akak bila nak ade twitter? kekek.



    @Janggel,
    yela..kate special guest. aku letak paling besarrr punye! kekek. ok perut dh berbunyik...kruukk krukkk.



    @MasMZ,
    cis! hahah. sbb ko punye internet slow...kekek

    ReplyDelete
  7. perghh gi perak! kampung halaman den..ekeke

    ReplyDelete
  8. makan mee udang sedap mr john yang belanjaaaaaaaa,,


    tenkiu lagi skalik! :)

    ReplyDelete
  9. mee tuh sedap but laksa KK lg sedap. hehehe....

    ReplyDelete
  10. mcmane aku bleh ade gambar ni? aaaarrrrr...

    ReplyDelete
  11. haaaa dah lama2 baru best nak baca, awal2 ramai sgt buat hahaha!

    ko mmg bernasib baik sbb pak ein jual sate :D

    makan kat umah mak janggel tu (ya Allah sedapnyer la), kita kena buat satu lagi trip khas utk tapah, patu kita masuk tempat orang asli, nak???

    awan sungguh biru! terasa macam gambar perth janggel! hahaha!

    signboard taiping bandar warisan tu, pasan tak ada dewan blkg tu, MAK KAWIN KAT SITU LA NOKKKK!

    haah, gambar icam besar! jeles!

    sumpah aku tak pasan mangkuk mak jah ada kasta hahahaha!

    ok lagi? lagi?

    ReplyDelete
  12. Best pulak tgk entry ni..tiba2 je teringat keseronokkan masa tu.. Napa la ada gambo aku ngn Cawan mcm tu..ish sungguh memalukan..i segan u..suka! suka! suka! moh buat trip pendek2 mcm ni lagi..

    ReplyDelete
  13. Hutan Paya bakau ni adalah the well managed mangrove forest in the world tau! Bermalam di chalet kat situ pun best juga. Sayapun ada banyak gambar mangrove ni tapi tak sempat nak masuk dlm blog. PERAK, PERAK oh negeriku :) oh BTW, dekat tempat saya tinggal di Beijing ini ada tempat nama TAIPING.. :)

    ReplyDelete
  14. sesetengah bandar...musti biokan agak remote but bukan mundur...Taiping sepatut keep as nolstagic place..lagi2 jgn bw big hypermarket ni...
    Madam Ng Yen yen baca tak blog ko bro?:)

    ReplyDelete
  15. Cantisnya gambar...wp saya org Parit Buntar....tp tgk gambar kat sini wahhh kagum sungguh...cantik gileee.....!!!!free time singgah ban prcah pulak...mmg awesome sunset dia..!!!

    http://crvminsue-mylifemyjourneymyway.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. halamakkkk....
    akak lupa nak drop comment
    (abisla kena kutukkkkk)

    .
    .
    .
    .
    .
    nasib muka akak ayu dalam entry nih...
    maintain ayu...dan sopan..
    hahahah
    .
    .
    .
    .....

    ReplyDelete