Assalamualaikum!!!
Jom aku sambung cerita tentang trip aku ke India pada bulan March yang lalu. Dah nak abes dah ni tinggal beberapa episode saje lagi. Kegigihan aku nak sambung makin slow sebab terlampau banyak keje dan entries yang pending. Kan best kalo ada computer yang boleh baca ape yang kita nak type. Mesti laju aku update entry aku kan kan kan? Hahaha. I wish Doraemon is here. Macam-macam benda nak mintak dari dia nih!
First thing first, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mengundi aku tempoh hari sampai masuk jadik finalist. Aku rasa macam tak menang pun. Nak tau kenapa? Syarat penyertaan ialah blog yang banyak membuat promosi tentang tempat-tempat menarik kat Malaysia terchinta ni. Tapi blog aku? Hahaha…banyak tentang overseas jek. Tapi kiasu nak tercalon jugak. Papepun, terima kasih lagi sekali kepada semua!!! Tanpa anda siapalah Kakiberangan~ Muah muah muahhhh!!! XOXO. (ape maksud XOXO ni?) Baru tau. i'm the WINNER!!! thank you soo much to the voters and the juries. Special thanks jugak kepada Lily Riani sebab usaha gigih beliau suruh vote. Menang tipis. Next time ok!
Ok…jom aku sambung hari aku yang ke-5 kot. Time aku type entry ni aku kat offsite. So, internet tarak untuk aku membuang masa tak tentu hala. Keje banyak tapi sekali sekala aku type entry ni ok! Hahah. Hari ke-5 aku, Janggel dan MasMZ di bumi India yang sungguh bertuah ni. Kali pertama kami naik train di India. Alhamdulillah…kali ni kami berjaya naik train yang dari Jaipur menuju ke Agra, Kota Cinta Agung Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Kami naik sleeper class. Kali ni kami pastikan yang kami takkan ditipu lagi oleh semua jenis orang. Kami tak layan semua orang yang lalu lalang. Yang penting carik platform mana dan notice board sebab nak tengok nama kami semua ada ke tak terpampang kat notice board tu. Owh ya, lupa nak bagitau. Hari ke-5 ni ialah hari Jumaat yang mulia. Penuh barakah. Alhamdulillah…train sampai tepat pada masanya. Takde delay segala bagai. Smooth je. Time ni dah pukul 2 pagi. Naik lah kami coach sleeper tu. Gelappp je sebabnya dorang tutup lampu sebab dah ada orang kat dalam coach tu dari stesen yang lain. Nasib baik jumpa tempat tido kami. Dah letak beg elok-elok kat bawah sume, terus kami tido. Tak sempat nak amek gambar sebab gelap dan takmo kacau orang yang tengah tido. Overall sleeper dia macam ktmb kita gak. Ada selimut tebal disediakan. Sejukk je. Tidolah kami nyenyakkkkkk….ZzZzZzZzZ…..
Lebih kurang jam 6 pagi, selamat kami sampai di Stesen Keretapi Agra Fort, Agra. Pagi yang tak brapa sejuk dan berkabus. Muka mamai sume tu angkat beg get ready nak turun. Sementelah tu, aku dan Janggel dah perasan ada seorang mamat ni asyik duk tengok-tengok kami. Kami agak mesti driver tuk-tuk yang carik mangsa untuk ditipu. Kata orang, kat Agra paling banyak penipu. So, need to be extra extra careful. Remember guys!!! Telahan kami memang betol, orang tu memang carik mangsa. Tanya kami nak pegi mana..bla bla bla..kami pakat tak layan. Jalan menonong carik pintu keluar dari stesen tu. Serabut kepala otak aku ni. Pagi-pagi lagi dah kene kacau camni. Kami terus keluar dari stesen, makin ramai duk approach kami untuk tuk-tuk. Dalam keadaan mamai tu, kami amek je gamble satu tuk-tuk cakap nak pegi ke Tourist Rest House, yakni tempat penginapan kami selama 2 malam di Agra. Tunjuk je address rest house tersebut, driver tuk-tuk tu terus tau kat mana. Lega kami. Tambang yang dikenakan ialah sebanyak 60 rupees. Okla tu kan.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 6-7 minit dari stesen ketapi Agra Fort ke Tourist Rest House. Pagi yang gloomy dan takde orang sangat kat atas jalan raya. Yela, baru pukul 7 pagi. I bet kalo aku kat umah pun masih terbungkang. Hahaha. Kalo dari luar, rest house ni macam rumah kedai je. Tapi bila masuk..walla! Ada restoran dalam taman wooo…hahah. Nyaman je rasa dengan penuh pokok-pokok rendang. Since masih awal pagi, kami takleh nak check-in lagi since bilik tu tak siap dikemaskan lagi. Katanya kene tunggu dalam 1 jam camtu. Jangan risau, ada sofa disediakan untuk berehat. Breakfast akan dimulakan jam 8 pagi kata receptionist yang bermuka gangster. Hahaha.
Untuk accommodation kami kat India boleh refer kat entry ni SINI
Kami pun duk la lepak-lepak kat area cafĂ© resthouse tu. Sambil-sambil tu sempat lagi MasMZ duk siapkan kejenye yang tertangguh tu. Thanks to Lily’s netbook. Kalo tidakkkk…bosan tahap gaban ler kami. Owh ya, wifi adalah free ye. Hell yeahh! Sambil duk borak-borak kosong, duk la belek-belek menu yang ada kat atas meja tu. Not bad jugak selection menu yang ada tapi no pork, chicken or meat at all. Katanya vegetarian terus. Kami order the o panas, dan jugak toast with jem. Okla tu kan untuk makan pagi. Sebelum tu, kami terdengar salah sorang mat salleh ni, katanya bengang sebab diberitahu yang Taj Mahal ditutup pada hari Jumaat. Oh no!!! Macam mana ni? Nak buat ape 1 hari suntuk kalo tak ke mana-mana? Hurm…nasib baik ada Fatehpur Sikri yang terletak kira-kira 40km dari Agra. So, that’s our destination for today peeps!
Masih lagi sakit perut. Sempat melepaskan hajat kat tandas yang diluar kawasan bilik penginapan. Bertabah jela. Nasib baik bersih dan wangi. Takde busuk ni. Kalo tidak, mau terbantut. Hahaha. Dah setel breakfast, bilik masih lagi tak siap. Katanya kalo nak cepat, ada lagi 1 bilik tapi kene tambah 200 rupees. Katanya yang ni ada hot shower. Layankan jela…okla tu. Bilik kat tingkat atas. Condition agak bagus walaupun barang-barang lama. Tapi kipas dia, fulamakkkkkk! Berpusing dengan begitu laju. Macam ada puting beliung dalam bilik ko! Hahahah. Kami rehat seketika untuk segarkan badan. Then, keluar untuk ke Fatehpur Sikri!
Lebih kurang jam 9 pagi, kami bergerak keluar untuk ke Fatehpur Sikri. Tanya kat orang receptionist tu the cheapest way to reach Fatehpur. Katanya kene naik bus dalam 27rupees untuk sehala. Wahhh itu sudah bagus. Tapi kami kene jalan skit untuk dapatkan tuk-tuk yang murah. Orang tu berhati baik bagitau kami kat mana nak dapatkan tuk-tuk. Jalan dalam 300 meters. Amek tuk-tuk pegi ke Idgah Bus Station. Tambang tuk-tuk ke Idgah Bus Station ialah 30 rupees. Dalam tuk kat tuk-tuk tu pun dorang duk approach kami suruh sewa kete je pegi Fatehpur Sikri tu. Korang nak tau brape tambang dorang charge? 1000 rupees!!! Mahal nak mampos!
Dah sampai stesen bas Idgah ni. Tanpa banyak soal, terus menuju ke kaunter tiket kat dalam kawasan stesen. Nasib baik ada bus betol-betol depan kami yang menuju ke Fatehpur Sikri. The last station. Yeayyy!!! Ada tempat duduk untuk kami. Keadaan bus agak elok macam bus rapidKL tu tapi takde aircon. Bertabah jela. Ramai jugak orang nak pegi ke sana. Perjalanan diramalkan mengambil masa kira-kira 2 jam termasuk jem segala bagai. Sampai tertido aku dalam bus. Penat punye pasal. Cuaca kat Agra agak panas tak macam kat Jaipur ataupun Delhi. Boleh mengundang peluh di ketiak nampaknya!
Sampai jugak kami di Fatehpur Sikri. Sepanjang laluan menuju ke sana ada banyak kedai dan bazaar yang menjual pelbagai jenis barangan. Orang duk approach kami untuk berikan khidmat tour guide pun ramai. Since kami tak penah amek 1 pun guide, untuk kat sini kami amek seorang tour guide untuk explain kat kami berkenaan tempat-tempat yang ada dalam Fatehpur Sikri tu. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak 200 rupees. Okla tu dalam RM14 bahagi 3 orang. Murahh dah. Kami ikut aje orang tu bawak kami. Perut tak lapar sangat time ni.
Untuk sampai ke pintu gerbang yang utama kene mendaki bukit skit. Dalam kira-kira 300 meter sebelum sampai. Pastu kene daki anak tangga lagi. Waduhhh!!! Sungguh gah binaan pintu gerbang Fatehpur nih tau. Sangat-sangat indah despite of dirtyness of surrounding. Hahaha. Ramai orang kat dalam tu bersama family duk melawat tempat bersejarah ni. Time ni jugak ada solat jumaat diadakan. Tour guide kami ni Islam tapi aku pelik la dia tak semayang pulak. Kami ni takpelah sebab musafir. Anda pulak bagaimana? Maybe dah jamak dengan waktu subuh kot. Hahah. Owh ya, kalo nak masuk kawasan Fatehpur Sikri ni kene tanggalkan kasut tau. So, kene tanggalkan kasut dan tinggalkan kat penjaga tu. InsyaALLAH tak hilang.
Fatehpur Sikri merupakan sebuah kompleks yang besar menempatkan makam, masjid dan jugak kelas-kelas untuk pelajar mempelajari agama. Fatehpur merujuk kepada kompleks itu sendiri, makakala Sikri merupakan taman dan bazaar yang terletak diluar kawasan Fatehpur. Kat dalam kawasan Fatehpur ini jugak terletaknya sebuah terowong yang menuju terus ke Taj Mahal sejauh 40km! Wahhh kagum jap. Memang wujud kan benda-benda macam ni zaman dulu. Tapi sayangnya terowong tu dah ditutup sebab terlalu using dan berusia beratus tahun. Kata guide tu lagi, sebelum terbinanya Taj Mahal, Fatehpur ni telah pun wujud. Raja pada zaman dahulu akan bersolat jumaat di Masjid Jama’ di dalam Fatehpur ni.
Lepas dah abes pusing sekitar kawasan Fatehpur Sikri kami tak pegi sebab katanya taman tersebut lebih kurang macam yang penah kami lawati di Delhi. Takpelah.. Then, lepas dah semua tu, singgah jap tengok ukiran batu marmar kat kawasan sekitar. Hahah tiba-tiba terpandang marble plate yang ada Taj Mahal. Wahhh! Teringin gilos nak beli. Try tanya harga. Dia letak 1700 rupees. Perghh! Pengsan. Takmo la kataku walaupun hati ni nak sangat beli bawak balik. Tawar lagi nak 500 rupees je. Pengsan tauke kedai tu. Hahaha. Dia cakap tak bolehlaaa takde untung bla bla bla.. Kami pun blah laa dengan hati yang kecewa, pastu dorang kejar lagi. Mintak upkan skit. Aku pun up lah jadik dalam 700 rupees. That’s the last price that I want. Pastu dia up lago 50 rupees. Hahah. Kalo ni malas dah…aku pun blah je. Pekedai tu tewas ditangan ku. Muahaha…aku dapat jugak harga yang aku nak tu. Alhamdulillah…tak terkata gembira. LOL. Drama sangat ok!!!
Jomlah balik…penat wehhh dengan panasnya lagi. Mula-mula ingat nak pusing kawasan bazaar tu, tapi ternampak pulak kan bas balik menuju ke Agra. Terus kami panjat bas tersebut. Waduuhhh!!! Nazak sungguh bas ni ok!!! Burukkk nak mampos!!! Kotor tu takdela tapi agak disgusting. Tapi sebab nak balik punye pasal naik jela. Nak duduk atas kerusi dia pun pikir 2 3 kali dulu. Kot2 ada kesan benda-benda busuk. Dahla takde aircon…hahaha. Korang try bayangkan cepattt!
Time balik ni pulak kan jem terukkk! Hampir 2 jam kami tersadai atas jalan raya. Bertolak pulang kira-kira 3 petang, sampai Agra jam 5 petang camtu. Camne tu? Punyela lama… dah la lapar dan panas. Katanya kesesakkan ni disebabkan oleh rakyat mereka menyambut perayaan apekebendenyentah kene berjalan sejauh 200km!!! Gilerr ape! Ni upacara keagamaan katanya. No wonder la jem terukk! Abes sume orang turut terjejas. Bertabah jela kami semua.
Malam tu kami dinner lagi bertemankan candle lite dinner dengan lampu lip-lap. Hahah. Tapi kami hanya order nasik putih dan air sahaja. Hahaha giler kemut! Makan dengan sambal ikan bilis. Walllaaa!!! Alhamdulillah..kenyanggg~
Till then...wasalam.
Yeay First!!!
ReplyDeleteGigih sungguh kite kan. Tapi pengalaman naik bas ke Fatehpur Sikri memang tak ternilai harganya! Aku akan ingat sampai bila2.
#drama.
yeayyyy tercapai jugak cita2 nak komen seken.... chup! seken! hahahahahaha...
ReplyDeleteGigih sungguh kita menjadi anak jutawan memilih jalan susah! Hahahahaahaaa...... Pengalaman dok dalam bas sauna berjam-jam tu memang tak akan aku lupa sampai bila-bila....
ReplyDeleteHello John,miss your blog so much!!
ReplyDeletegabo2 orang n bebudak tu memang santek okeh!
ReplyDeletexoxo tue : hugs n kisses lor!
jap, ada komen diatas yg aku nak gelak...DAH LAMA TAK GELAK KOT! (u know what i mean)
ReplyDeletefaterpur cantik, suka jalan kat dalam2 dia...as usual, gambar ko penuh makna dan cantik.
and congrats for the winning :)
Dasyat tul lah korang ni.. I dont think i can do macam u all..Kalau muda2 dulu, ok lahh..
ReplyDeletehehehehehe...
ReplyDelete(nak tumpang gelak cam biqque)
hahahaahah...
ta'tahan akak nak gelak abisan
mengah
gambar macam biasa ...
superbbb
biqque,
ReplyDeletei know exactlt what u mean..kikikikiiiii agak2 john perasan si dia kembali?
john,
tahniah yea atas ke-winner-an kamu. bile nak wat housewarming-cum-kenduri syukur neh???
Hi..nak komen entry lama ..Just realized gambar rumah usang di kuala kangsar belongs to my hubby's great grandparents ! The house has a long long long history ! Now it belongs to his uncle tapi since his wife pass away tak lama dulu, the house mmg selalu tutup aje....its a beautiful shot of the house
ReplyDelete@Janggel,
ReplyDeleteoh maiii! gigih kan kita semua nih. hurmmm mmg aku takkan lupa la. kembara di bumi kari yg indah. sbg seorang yg normal, mmg aku takkan lupa naik bas tu ok. terlampau usang gilerrr!!!
@MasMZ,
ni je ke cita2 ko? adoyaiii...x membina langsung! hahah.
bas sauna? good phrase! hahaha. tp takdela panas giler but still panas! hahaha.
@Pineapple,
hellooo!!! lama x nampak. mana menghilang?
@Maszuber,
yg mana? hahah. thank you!!!
hugs and kisses jugakkk! LOL
@Biqque,
ReplyDeletekekeke.....jahat ko nih! lol. Fatehpur mmg cantikkkkkk....i teringin nk masuk terowong tu. nk tau how does it feel to be in it. purbakala sgt!
thank you!!! ;)
@Azian Elias,
hahaha..dasyat ke akak? bese2 je kot. org lain pun boleh buat sama. ntah2 lg dasyat dari kami semua.
@Kak Anash,
jgn la gelakkk akak. tak baik tau. hahaha. thank you!!!!
@MasZuber,
ReplyDeletegigih lagi ko nih!!! nk pinjam hp baru boleh yg mcm kalkulator tu...kekeke.
housewarming? boleh2...nnt tlg belikan 1 peti ais k. thank you in advance. hahaha.
@Mummy Lesha,
hi, owh yeke? sy sgt suka umah usang tu. sgt2 klasik! i remembered, rumah tu mcm ade orh duduk lg. sbb sy ade pegi bahagian belakang and saw the windows are still opened. with some clothes hanging around. heheh
baru blk outsation + bercuti.
ReplyDelete