Monday, May 28, 2012

Roadtrip to Hatyai, Thailand

Assalamualaikum!!! 

Since trip ke India dah abes cerita, trip ke Perak pun dah abes aku cerita, jom aku cerita pulak pasal roadtrip aku, Janggel, MasMZ and Kak Coco ke Hatyai dan Krabi, Thailand pada cuti Hari Pekerja suatu masa dahulu. Actually, trip ni dah lama dirancang sejak kami pulang dari naik Star Cruise kat Penang time new year aritu. Tapi biasalah, semua trip-trip kami kalo takde drama memang taksah. Hampir-hampir dibatalkan disaat-saat akhir sebab sume orang busy dengan kerja hakiki masing-masing. Aku pulak dengan takde cutinya. Bertabah jela...untuk MIA. Jangan tiru perbuatan aku ni. 

Mengikut perancangan asal, kami akan bertolak dari Kuala Lumpur pada Jumaat malam, 27 April 2012 tu, tapi disebabkan Kak Coco kita ni seorang yang super VVIP maka terpaksalah kami tangguhkan perjalanan kami keesokkannya iaitu lebih spesifiknya lebih kurang jam 10 pagi baru kami mula bertolak ke Ipoh untuk menjemput MasMZ kat sana. Itinerary kami pun terpaksa diubah. Rancangan asal nak pegi Floating Market kat Hatyai tu kalo kami sampai tengah hari kat sana. Tapi memandangkan kami akan sampai ke Hatyai pada waktu malam, memang terpaksa let go jela untuk pegi ke market tu. Maybe di lain waktu agaknya. Naik train maybe? We will see how. Sounds interesting! 

Biasalah kalo nak buat roadtrip time long weekend, memang kene hadapi jalan raya yang sesak sebab ramai orang amek peluang untuk balik kampung. This was happened to us, kat Ipoh pulak ada karnival Jom Heboh! Nak exit tol pun bukan main lama...nasib baik ada driver. Kusss....lega. Hahah. Lepas amek MasMZ dan terus kami beli lunch kami untuk makan dalam kete je sebabnya memang kami takleh nak lengah-lengahkan lagi perjalanan kami. Kami perlu pastikan yang kami sampai di border Bukit Kayu Hitam sebelum Maghrib. Selain itu, kami perlu beli insurance perjalanan di somewhere near Hentian RnR Gurun, Kedah. Tempat untuk beli insurance perjalanan tu terletak di stesen minyak Caltex. Maka, sapa-sapa nak beli, boleh beli kat situ plus ada money changer skali. Untuk kereta, insurance dikenakan adalah berharga RM15 dan akan diberikan pelekat biru untuk ditampalkan kat cermin kereta. Kat situ jugak, kita boleh isi departure kad untuk masuk ke sempadan dengan bayaran RM1/pax. Kami sampai kat situ pun dah lebih kurang pukul 5 petang. 

Ihsan: JanggelTrekker

Lepas dah setel semua benda, kami terus pecut ke sempadan yakni Bukit Kayu Hitam. Masih lagi ada 1 jam untuk sampai ke sempadan. Hari semakin gelap. Harap-harap kami dapat lepas  sempadan dengan selamat. Kami dah travel selama 7 jam dah dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam. Penat giler weh! Kami memang takde singgah mana-mana pun, sebab nak kejar masa. Alhamdulillah...kami sampai kat Bukit Kayu Hitam lebih kurang pukul 6.30 petang. Agak ramai orang duk beratur nak melepasi kastam Malaysia dan jugak kastam Thailand. 

Prosedur untuk lepas kastam Malaysia macam biasa, hanya serahkan passport masing-masing. Kalo bawak kereta, jangan lupa bawak geran kereta ok. Benda ni amat penting untuk melepasi kastam. Plus, nama atas geran tu pun mesti berserta tuan empunyanye skali. Aku ada tanya kawan aku, dia cakap owner kereta tu mesti ada sekali. Kalo tidak, macam ada possibility kita bawak kereta curi. Some sort like that lah assumptionnya. Bila dah setel hal di imigresen Malaysia, kami bergerak pula menuju ke imigresen Thailand. Banyak lori-lori dan kereta yang sedang menuju ke sana. Bila dah sampai sini, agak leceh la jugak, sebabnya kita kene park kereta dan berjalan kaki menuju ke booth pemeriksaan passport. Agak ramai orang duk beratur. 

Peringatan: Kalo boleh korang park sebelum melepasi imigresen tu, turun untuk cop passport sebab kene beratur sume. Jangan lupa sediakan duit RM2 untuk setiap seorang. Katanya duit kopi. Hehehe. Nasib baik ada orang bagitau kami. Lebih kurang la tu, carik duit lebih...heheh. 



Dah setel dengan cop passport sume, terus kami drive memasuki pekan Danok. Kecik je, tapi crowded. Since hari pun dah semakin gelap, kami terus menuju ke Hatyai. Dari sempadan ke Hatyai akan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Bergantung kepada keadaan trafik. Time ni dah agak blur, mana direction menuju ke Hatyai??? Haaa...sudahh. Just time ni ikut gerak hati jela. Jalan terus....akhirnya kami nampak 1 signboard kata Hatyai. Lega skit hati kami. Time dalam perjalanan tu, kami konvoi dengan geng-geng Bantuan Bencana Bangkok anjuran NSTP Malaysia. So, just follow dorang jela. Tak susah pun nak sampai Hatyai, sebab jalannya yang lurus je. 




Lepas dah sampai ke Hatyai, satu kejadahnya lagi nak cari kat mana letaknya Tune Hotel, Hatyai. Owh ya, kami dah booked awal-awal Tune Hotel ni sebabnya Hatyai kan baru kene bom. So, kami macam agak cuak tapi dalam hati still nak jalan-jalan. Elakkan hotel yang berdekatan dengan Lee Garden Hotel. Sebabnya kawasan situ memang tumpuan pelancong. Tapi aku baca review, Hatyai ni cepat pulih dari bencana plus ramai pelancong yang datang. Just berharap kita semua selamat. InsyaALLAH... Since dah penat duk pusing-pusing cari kat  mana letaknya Tune Hotel tu, kami berhenti kat satu hotel ni untuk tanya kat mana lokasi. Hahaha...rupanya kat belakang hotel tu je! Alhamdulillah..dah tak jauh dah. Terus kami pusing. Tune Hotel, Hatyai ni agak baru dibuka, dah terdapat parking untuk hotel guests. Free... Muka heppy terpancar di wajah kami masing-masing. Harga untuk 1 bilik Tune Hotel yang basic ialah RM94 per room termasuk 12 jam aircon yang berharga RM14. Kami memang amek bilik sebasic-basicnya sebabnya nak jimat kos punye pasal. Overall, memang puas hati dengan hotel ni sebabnya besar tau bilik! Boleh muat 5 orang kat dalam tu. Katanya, asal bangunan ni memang untuk hotel pun tapi Tune Hotel beli ubah jadik hotel dorang. That's why biliknya besar compared to other Tune Hotels





Lepas dah masuk bilik masing-masing, kami segarkan badan dan menunaikan kewajipan. Lebih kurang pukul 9 malam, kami keluar untuk mencari makan malam. Yela, dah tak makan dari tadi lagi. Perut ni toksah cakap la duk mengamuk je kejenya. HAHAH. Tempat yang femes nak cari makanan halal adalah tak jauh dari hotel kami tu. Walking distance je dalam 10 minit. Yakni kat kawasan Lee Garden Hotel tu sendiri. Ramai penjual makanan halal. Macam-macam ada jual. Pakaian pun ada dijual. Memang meriahlah! Ramai jugak rakyat Malaysia ada kat situ. Murah-murah jugak..tak mahal pun! Sudahhh! Duit bawak skit je ni? How? How? How? 







Mula-mula tu kami just jejalan kat kawasan sekitar je nak tengok apa yang dorang jual. Nampak pulak gerai jual t-shirts yang lawa-lawa. Kalo nak beli t-shirts kat Thailand memang aku tak menyesal sebabnya kualiti yang memang tinggi plus kain pun tebal. Kami beli t-shirts yang sama design yakni I love Hatyai dengan harga RM10 sehelai. Pastu sempat jugak aku beli baju tido pyjama tu dengan harga RM16 je....murahh!  Okla tu kan..puas kami tawar. Kekeke. Dah setel beli baju sume, kami pun belilah makanan. Since takde meja nak duduk, kami just tapau makan kat hotel je. Macam-macam adalah! Udang besar pun ada tau! Seekor hanya RM30 je.... kalo nak beli kat Malaysia mahal lagi dari ni tau! Ada nasik ayam, pulut mangga, ketam, udang, buah-buahan dan macam-macam lagi lah! 




Jom layan makanan yang ada dijual! 










Then, terus balik ke hotel untuk melantak! Hahah...giler sedapp sume makanan kami beli. Worth every bath of it! Malam tu pulak, MasMZ nak tukar baju katanya terlebih besar. HAHA, sempat aku teman dia pegi tukar baju pulak. Wow! Malam-malam lagi meriah siap ada meja makan sume kat gerai-gerai tu sume. Kalo tau, kami keluar lambat skit untuk makan-makan. 

Tu jela aktiviti kami di Hatyai. Nak pegi Floating Market memang dah tak sempat. Maybe dilain masa. InsyaALLAH... Esoknya kami akan bergerak menuju ke Krabi! 

Till then...wasalam. 




25 comments:

  1. Omaiii first pulak.

    Kbai nanti komen

    ReplyDelete
  2. janggel sengal
    boleh plak komen camtuh?

    hatyai by train?
    naaakkkk ikut!!!(er...ajak ke tak???)

    akak still senyum lagi nih !

    ReplyDelete
  3. Udang tu harga 30 hinggit ek? Mahai sungguh no..

    ReplyDelete
  4. Mangga dan pulut yg sungguh mengancam...

    ReplyDelete
  5. sapo la model air tebu tuh.. air tebu ke? ahhaa

    ReplyDelete
  6. tetiba teringat ke Hatyai naik train balik hari, just ke Hatyai cuma lunch je then naik train balik.sp-hatyai-sp. Sebenarnya lama gila tak naik train tetiba plan last minit nak naik train masuk Thai

    ReplyDelete
  7. sedapnyer seafood! lama tak makan...

    ReplyDelete
  8. TA LAY WAEK

    tu je nak ckp. kbye. sampai hatiii hahaha

    ReplyDelete
  9. Bestnya!! last yr sy plan nk wat roadtrip hatyai krabi gak..tp cancel sbb end dec org kata musim ujann..owh food kat thai mmg heaven kann ..

    ReplyDelete
  10. yang next time tu nak ikut..haha

    ReplyDelete
  11. Dalam banyak2 photo tu photo udang tu yang paling enak dilihat... sampai terliur nak makan....

    ReplyDelete
  12. uiiii

    aku yg tengah pose nie menjerit dah dlm hati nak berbuka tgk gambo udang tuh...

    ReplyDelete
  13. korang ada cuba tomyam kat situ tak? dia jual pakai pull cart trolley? on the spot buat..mmg sedap

    ReplyDelete
  14. Takbleh blah muka amoi yg cube ngorat John tu hahahaha

    ReplyDelete
  15. menarik btul trip korang ni . tringin gak nak drive masuk siam

    ReplyDelete
  16. amoi ker bapok yg cuba ngorat ko tu john? haha

    ReplyDelete
  17. Aku x mo komen pape..pasal kebengangan melanda jiwa.... supposed to venture on the same trip last March but cancelled at the very last minute due to endless meetings.... ahhh...rasa nak berenti kerja aja.. tp kang takda duit plak...[sigh]

    p/s: apa ke mencabar sngt word verification ko nih...? juling mata nengok eh...

    ReplyDelete
  18. @Janggel & Kak Anash,
    hahah korang sume sengals! jom pegi naik train pulakkk! hehehe.



    @Zila,
    aah...tp dh murah sgt2 tu compared rege kat msia. lagi mahal..huhu.



    @Mie,
    kannn! mmg sedapp sungguh tau! tak rugi beli. heheh.



    @Ely Hasrul,
    hahah die tu tukang urut. die suruh sy amek gmbr dia. kekeke.

    ReplyDelete
  19. @Noor Hafirdaus,
    owhh yeke? sy pn dh lama x naik train. owhhh! pegi lunch kat overseas? hehehe.



    @Biqque,
    jom pegi makan seafood pulakkk!!! jom jom jom!



    @FidaJacob,
    hahah...nnt i kasik yg lain. kekek.



    @Smiley,
    kannnnn!!! nnt jgn lupa buat jugak ok! mmg best wlpn perjalanan agak lama tp mknn dia mmg heaven ler! muslim pn ramai. so, no worries.

    ReplyDelete
  20. @Hang Dhamin,
    boleyyy!!! insyaALLAH. heheh.



    @Andaque,
    kannn...sy pn xtau rasa dia mcm mana. tp tgk gmbr tu pn dh terliur. kekek.



    @MasZuber,
    ko posa? bagus...alhamdulillah...hehhe. suruh mak ko masak udang cepatt!!!



    @Fatt,
    takde perasan pulak ade org jual tomyam. sbbnya byk yg jual jenis mknn goreng. tp kami ade pegi lg. baru nampak ade a few pull cart yg lain jual mcm2 lagi. tak sempat nak merasa sbb dh kenyangkan. mybe next time.



    @Janggel,
    kannn!!! gilerr ah carik pelanggan camtu!



    @Xplorer,
    heheh..mmg menarikk! jgn lupa try ok! besttt!



    @Dan Arif,
    amoi. dia nak aku jadik pelanggan urut dia. hahah....giler!!!



    @Farikica,
    huhu..bertabahlah weh. nnt ko buat trip dgn family ko pulak. selamat je kat sana. insyaALLAH.

    aku pn perasan verification words skung mmg agak mencabar. siap ada simbol2 lg tu. cis!

    ReplyDelete
  21. cantik header blog yop!...hehe..^^V

    ReplyDelete
  22. yeayyyy dah boleh komen!! Hahahahahah

    Untungnya ada awek ngorat erk!! EKekekekee....

    Sedapnya udang tu! Nape tak beli????

    ReplyDelete
  23. Found ur blog... very informative, cheers

    ReplyDelete
  24. Very informative blog.. thanks sis! Boleh tahu guna kamera apa? cantikkk sangat gambar-gambarnya!

    ReplyDelete
  25. Kalau pergi Hatyai lagi, kalau nak makan the best pulut ayam kt Hatyai...pergi sebelah Lee Garden Hotel tu sederet ngn tempat org jual nasi lemak tu....sebelah dia warung jual ikan/kerang/sotong bakar.

    Makcik tu punya ayam memang laris...tak macam yang ada dlm gbr2 u ni...banyak sangat kat luar tu takde org beli...(tak laku)

    Makcik ni punya ayam, baru je keluar dari kuali...trus dah habis... DIa tak pernah recycle ayam2 dia untuk digoreng semula macam warung2 dalam gambar u ni...

    Just FYI...

    ReplyDelete