Tuesday, May 22, 2012

Visit Taiping, Perak! - Part 2 (Last)


Assalamualaikum!!! 


Jom aku sambung cerita aku kat Taiping, Perak untuk bahagian ke-2.

Setelah kenyang melantak mee udang Mak Jah yang sungguh yummeh tuh! Kami dah rasa penat nak mampos plus badan pun dah melekit-lekit dengan satu hari tak mandinya. So, we decided to check-in before we proceed with our main course of the night! Satayyy ler ape lagi! 

Our main organizer, Puan Biqque telah baik hati telah membuat booking 1 homestay untuk kami tinggal beramai-ramai. Actually, ni first time aku duk kat homestay so taktau nak agak camne. Puan Biqque booked Homestay Mesra yang terletak kat dalam kawasan perumahan berdekatan dengan gerai satey Pak Ein. Homestay ni terletak di Taman Simpang Bakti, Taiping. Kalo tak salah aku, rate untuk 1 malam yang kami bayar ialah sebanyak RM180. Rumah jenis semi-D, tapi bila masuk dalam…wallla! Agak luas beb. Ada 3 bilik, living hall and kawasan dapur memang luas! Berbaloi la kalo nak sumbat kami semua 1 geng. Hehehe. 

Jom tengok kawasan homestay: 








Bila dah masuk kat dalam tu, masing-masing duk kata..”woah, woahh, woahhh” tanda puas hati bila dah masuk homestay tu. Time ni, bukannya nak terus pegi mandi, sempat lagi duk landing kat living hall tu duk borak-borak. Kekeke. Vertical ok! Masing-masing amek giliran untuk mandi. Owh ya, lupa lak nak bagitau yang Chawanna tipu Icam kata nak pegi JJ kalo tak silap tapi lajak sampai ke Taiping. Dia taktau pun nak overnite kat Taiping. Baju salin camne??? Hahah..gelabah bedah haii dia. LOL.

Bila dah ramai-ramai berjalan, kene expect masa takkan ditepati. Haaa..gitu boleh? Aku macam biasa, mandi paling last. Hero tokgadoh ore kato. Hahah. Lebih kurang pukul 9.20 malam baru kami gerak menuju ke gerai sate Pak Ein tu. Perut pun dah berkeroncong. Aikk? Dah makan mee udang lapar lagi? Harusss….sebabnya banyak buat senaman mulut. Makanan dah ditukarkan kepada tenaga. We need to refill the energy. Jom makan sate!!!

Bila dah tiba kat kawasan gerai tu, rupanya ada banyak kedai-kedai makan lain. Kalo takmo makan sate pun takpe, still ade masakan panas yang lain seperti cha kuew tiao, mee goreng, nasik goreng dan sebagainya. Sesi suai-kenal bersama Pak Ein berlangsung dengan meriah. Ibarat berjumpa bapak sendiri gamaknya…sambil duk kipas-kipas sate. Eh, Pak Ein dah moden, mana guna kipas lagi. Dia guna mesin angin untuk tiupkan angin!!! Wahhh modern gilos! Katanya direka olehnya sendiri. One more point to add, innovative! Gigih aku ni duk bodek Pak Ein. Mesti Puan Biqque kembang-kempis bila baca entry ni. Kekeke. 





Sesi melantak sate pun bermula!!! Pinggan demi pinggan diangkut oleh anak kesayangan Pak Ein yakni Puan Biqque. Banyak sungguh haiii kami makan. Macam-macam kami duk borak itu ini…it was the best moment. Kekek. Bila dah setel makan tu, try kira brape cucuk sorang makan??? MasZuber pandai-pandai laaa pulak pegi kira brape banyak cucuk aku dah makan. Pastu dia cakap, aku makan paling banyak yakni 44 cucuk. Mula-mula tu tak percaya. Aku cakap “tipulahhhh” pastu aku try kira sendiri pulak. Wehhh…betol la dowh..memang 44 cucuk!!! Gilerrr!!! Pecah rekod aku ni. Sebelum ni makan 20 cucuk je paling banyak. Kekeke..dasar gajah! Dah setel makan sume since dah almost midnite, marilah kita pulang ke sarang masing-masing. Penatt weh dah 1 hari duk jalan sini sana. Ucapan terima kasih ditujukan kepada Pak Ein sekeluarga sebab sudi menaja dinner kami yang sungguh sedapp! Nak berpantun skit...

Kalo ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi,

Kalo ada umur yang panjang, boleh la belanja lagi.


Wahhh! Hebat tak aku? Kalo makan free ni memang best. Tolak kayu dan batu je tak makan…hahah. Jom lah balik! Sambung borak kat rumah pulak. Puan Biqque pulak gigih datang tengah-tangah malam sebab nak datang borak. Kami tido malam tu lebih kurang 4.30 pagi. Gilerr lama punye borak. Dari hal ehwal dunia, semasa, diri sendiri sampailah ke segmen hiburan. Kannn…bagus tak kami? LOL.


Jom tidoooo… 

********** Keesokkan harinya **********

Masing-masing bangun lebih kurang 8.30 pagi. Tu pun bukan nak pegi mandi dulu. Sibuk duk melangut depan tv pulak. Hahaha. Duk borak-borak lagi. Kekek. Pastu terhegeh-hegeh nak cari breakfast. Nasib baik Cawan Best dan MasMZ tolong pegi carikan. Harapkan penganjur? Puan Biqque? Hurm..kirim salam jela..beliau yang datang singgah makan pulak selepas penat  berbasikal dari umah beliau ke rumah kami. Nasib baik ada lagi orang jual nasik lemak dan roti canai. Tu pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan untuk lauk. Sabor jela..sape suruh pegi cari lambat-lambat? Hahah. 

Ok, aktiviti kami seterusnya ialah melawat kilang membuat arang. Haaa!!! How cool is that? Tak penah aku terpikir nak pegi kilang buat arang. Memang lawatan sambil belajar sangat weh! Korang ada? Hahaha.  Aktiviti ni dibawakan bersama Pak Ein selaku tour guide kami untuk pagi tu. Ok, cuaca sangat panas dan berdebu untuk hari tu. Tapi tidak menghalang kami dari untuk menjelajah kilang arang tersebut. Kata Pak Ein, kilang ini kepunyaan sedaranya. Bertuahh sungguh. Mesti kayak an… tapi sayangnya aritu cuti maka tak dapatlah kami tengok cara dorang buat arang dari kayu bakau. Takpela…kita tengok jela ape yang ada..hehe. 

Jom layan gambar...












Ok jom blah! Arini dah makin panas ni..busuk pulak tu badan aku. Jom pekena ABC pulak…awesome! 


Then, kami terus amek barang kat homestay and check-out. Nantikan destinasi kami yang seterusnyaaaa….

To be continued :-

17 comments:

  1. Satay??? Huh! Nakkkkkkk.......

    eh first! lalalalalala

    ReplyDelete
  2. Ok sambung komen
    Satey tu rasa macam nak makan lagi!!!! Omai bilakah gerangan?

    ReplyDelete
  3. Oh dah tukar header blog lama! Lawo kan hahhahahaa.

    ReplyDelete
  4. sate! sate!
    (satu hari tak makan nasi, rase tak lengkap je. huhu!)

    ReplyDelete
  5. gambar bawah pinggan satay tu takleh blah!
    ketara sangat tahap kejakunan :P

    ReplyDelete
  6. mak sukaaaaaaa sgt post ni sebab nama mak disebut berulang kali (to be exact 6 kali ye)!

    siap pantun bagai, nanti kubilang sama pak ein kalo hantu sate ni nak dtg lagi, samada bakar banyak2 or tutup kedai terus hahaha!

    weh, aku ikut masmz and chawan pi beli nasik lemak ok! patu diorang antar aku blk, barulah aku berbasikal tour de langkawi pi homestay...ini bleh membuatkan penganjur marah ni! boikot! hahaha! (aku suka la gambar ramai2 kat tempat sate tu :D kipas turbo tuh wehhhhh...)

    seperti biasa, gambar ko sungguh awesome sampai rasa cam nak gigit kunyah je kayu arang tu :D

    ReplyDelete
  7. Wahh, lawanya homestay ni..Nampak selesa & bersih! Cun!!

    ReplyDelete
  8. hahahahahaa....
    akak baca sambil merenung masa depan...
    bukan..bukan..
    sambil mengimbau kenangan silam...
    hahahah....
    .
    .
    .
    ..missed that moment...
    (tetiba)...

    ReplyDelete
  9. Semua trip korang nampak happening je... best.. best..

    Dah makan sate sampai banyak tu, kenalah promosi kedai Pak Ein tu...

    ReplyDelete
  10. ok aku pun suka post ni, sebab nama Chawanna di sebut 2-3 kali (eh ye ke), mesti glemer aku pas ni..

    Mee udang mak jah dan satay pak ein..lazatttttttttttttttttt...

    Jom kite terjah ke lain pulak..kata nk p cameron? jadi ke??

    ReplyDelete
  11. ADa satu gmbar kat atas tu lawak la.. semua org sibuk beria dengan hal masing2 ambik gambar kipasla, gambar lidila.. mcm2 aksi... agaknya org2 kat situ mesti heran, kenapalah group ni tangkap gmabr2 mcm tu..keh..keh...

    ReplyDelete
  12. Saya suka lawatan sambil belajar ni..:). Sebenarnya hutan bakau adalah sebahagian daripada research saya. Semasa saya ke Abu dDhabi dan Cyprus saya ada membentangkan kertas kerja mengenai hutan kayu bakau di utara Malaysia. :)

    ReplyDelete
  13. wow, cool jugak taiping. tak pernah tau pun sebelum ni even selalu lalu lalang sana.

    err siapa yang jalan2 banyak teddy bear dinasour ke? geng travelhollic gak ke? haha..

    ReplyDelete
  14. katne kedai sate pak ein tu?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. kedai sate pak ein berada di belakang RnR Simpang, Taiping (nama tempat tu Simpang, bukan simpang jalan ye...Simpang ni jalan lama menuju ke Penang).

    kalau dari Changkat Jering, pegi ke arah Simpang, and lepas Balai Polis Simpang belah kanan, ada RnR Simpang belah kanan. masuk blkg RnR tu, ada warung. sate pak ein kat situ :) sila jerit laung nama Pak Ein, pasti ada yg tunjukkan siapa dia hehehe!

    ReplyDelete
  17. not bad the place.. bawak big family mmg berbaloi tu...

    teringat2 zaman kecik2 dulu masak pakai arang..

    ReplyDelete