Thursday, November 8, 2012

Club Med Cherating - Part 1

Assalamualaikum!!!

Lama rasanya tak menaip untuk cerita baru. So, aku try korek mana-mana cerita yang boleh aku kongsikan dengan korang sume. Kali ni trip percutian 3h2m bukanlah aku yang organize sendiri tapi ni adalah company trip. Ni first time aku ikut company ni, dah dua tahun aku missed out sebab malas nak pegi dan takde geng. Yela, time tu junior lagi. Hehehe. Tapi kali ni aku pegi, untuk rank aku kene bayar hanya RM350/pax. The rest will be sponsored by our company and partners. Auww~ So sweet of them. Thank you!

This year location was Club Med Cherating! Kalo ikut pengetahuan aku ni, Club Med ni bukan suka-suka orang luar boleh masuk, tapi hanya members sahaja yang boleh menginap kat sini. If I'm not mistaken, one of our partner is a member here and also a client of us. Hehehe. Maybe can get special rate? Who knows right?   Group trip ni diadakan pada 1 week of October aritu. Mula-mula ingat nak drive sendiri untuk pegi sana, so that boleh buat road trip a.k.a stopover at different locations. Yela, boleh beli kepok lekor on the way tu kan. Tapi malangnya, semua kene naik bas direct from our office. Ada 4 jenis bas semuanya yang bakal mengangkut kami ke sana. Nama-nama bas diberi nama The Hulk, Iron Man, Thor and lagi satu The Avengers. Gitew sangat nama superhero. Hahaha.


Kami bertolak dari office lebih kurang jam 8.30 pagi menuju ke lebuhraya Karak. Tapi on the way tu, kami akan singgah makan tengah hari di Restoran Pak Su. Gitew... pak su sangat namanya! Ingatkan kedai seafood melayu. Rupa-rupanya! Hahahah lawakkkk! Namanya satu lawakkan kat kami time tiba kat restoran tuh! Cis! Sume tertipu! Bila dah semua bas sampai, kami pun makan tengah hari kat situ. Sumenye jenis seafood. Ada stuffed crab! Korang penah makan tak? Sedappp bangattttt!!!! 



Bila dah setel makan tu, kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Cherating yang ada berbaki 1 jam nak sampai. FYI, sebelum kami bertolak dari Kuala Lumpur, each of us need to provide our name, ic no as well as our home address to be registered with their system. Maybe registered as a member. Who knows. Takdelah aku tanya dengan lebih lanjut pulak kan. Time kami sampai tu, kat main entrance tu dah nampak para pekerja Club Med duk melambai-lambai menyambut ketibaan kami. Pekerja dorang kebanyakkannya adalah foreigners yang bergelar G.O. (General Officers, if I'm not mistaken). Tu yang aku nampak ada mat salleh, korean, negro dan lain-lain. Bila dah sampai tu, dalam bas tu Club Med representative akan menyerahkan kunci bilik berserta towel card kepada each one of us. Setiap bilik akan ada 2 orang. 

Dah setel semua sesi penyerahan kunci, ada pulak hot towel dan welcome drink untuk segarkan diri. Ucapan welcome tak lepas dari mulut para G.Os sekalian. Hehehe. Kami diminta berkumpul kat 1 dewan untuk diberikan taklimat sebelum masing-masing menuju ke bilik untuk berehat buat seketika. 





Kat sini terdapat banyak blok bangunan untuk bilik yang bermula dari Blok A sampailah Blok Z if i'm not mistaken. Nama-nama blok pun adalah nama haiwan. Contoh Blok E ialah Enggang dan Blok O ialah Orang Utan. Hahaha. Aku duk blok D which is Dangan. What is that? Hahah. Keadaan bilik agak luas. Binaan bangunan semuanya diperbuat daripada kayu dan dalam kawasan hutan. Not exactly hutan tapi dalam kawasan yang semuanya hijau-hijau! Menarikkkk! 



Kami diberi masa untuk berehat sebelum ada acara petang. Konon-konon macam team building? Tak jugak kot... rasanya lebih kepada sukaneka. Yela, bila datang ramai-ramai macam ni agak seronok untuk bermain-main bersama-sama kumpulan. Ni gambar-gambar yang sempat aku tembak! Hehehe. Layan jela ye....










For your information jugak, kat Club Med ni jugak menyediakan pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anak ataupun keluarga. Kat bawah ni jadual untuk aktiviti yang diadakan. 



Lepas dah setel aktiviti sukaneka tu, aku dan kawan-kawan amek peluang untuk explore kawasan Club Meb ni. Agak luas ye plus bila dalam hutan haruslah panas! Hahaha. Kami berjalan menuju ke kawasan Zen Place. Nak kill the time katanya kan... Hahaha layan gambar jela ek, aku dah malas nak menaip dah nih! Let's the pictures speak for itself. 




at Zen's Place. Only for adults




View from my balcony

Jomlah mandi dan solat! Sebelum kita terjah coffee house untuk dinner! By the way, kat sini sumenya dah termasuk dengan makanan yakni breakfast, lunch, dinner as well as snacks are available! Memang kenyang dan gemuklah kalo bercuti kat sini! Hehehe. Makan ala buffet all the time! Makanan ada banyak jenis dari malay cuisine, western, asian dan jugak pelbagai jenis dessert! Awesome! Hehehe. 



Malam tu still ada lagi aktiviti untuk kami semua. Nanti aku sambung dalam next entry.

Till then... wasalam.


15 comments:

  1. kagum dengan zen place! memang betul-betul zen la kalau dok sini, hehe..

    ReplyDelete
  2. Memang layannnnn laaaa Zen tuuuu :)

    ReplyDelete
  3. tak pernah masuk
    ooo cengini rupanyer
    wah..percutian yang sangat ....pak su...haha

    ReplyDelete
  4. Club Med ni satu je aku suka, buffet yg sangat2 heaven... rase takmo kluar dari dining hall tu....

    ReplyDelete
  5. ada jugak berangan nak holiday situ.. tapi macam takut nak tengok harga dia. hehe..

    ReplyDelete
  6. hehehee wow... jellyyy... asal my dept tak buat pun holiday2 bagai ni... duet takde kah?

    ReplyDelete
  7. huh member je? pilih bulu sgt! apa diorg ingat aku tak mampu?? *tabur2 duit di angkasa*

    ReplyDelete
  8. Sesekali dapat pergi release tension tempat mahal cam gitu best ek...

    ReplyDelete
  9. Pak Su bikin keliru...

    Tapi serius cantik Club Med ni...

    ReplyDelete
  10. aku tak penah masuk hotel ni...sian...

    p/s: aritu kitorang pun ada belon air. kena jaga sepanjang 2 hari tu. haih...

    ReplyDelete
  11. wow mcm mne nk jadi ahli club die ek?? any info??

    ReplyDelete