Tuesday, September 22, 2015

Tips | Makanan Halal di Siem Reap, Kemboja

Quick update!

Sementara aku tengah rajin ni, aku nak update entry pasal Siem Reap ni. Seperti yang dijanjikan, aku nak update pasal makanan yang aku sempat rasa sepanjang berada di Siem Reap. Makanan ni semua berpandukan panduan yang diberikan oleh blogger dan jugak yang aku terima rekomen daripada instagram. Terima kasih semua. Semua makanan yang aku try tidak mengecewakan tekak dan perut aku. Semuanya memang sedap dan korang semua yang akan ke sana wajib try. Ahaks. 

Ayuhhh! Mohon bersabar dan telan air liur masing-masing sebab aku sendiri pun terasa lapar yang amat sekarang nih. 

KFC | Kentucky Fried Chicken
Ni aku tak ingat daripada blog siapa, tapi katanya KFC di Cambodia ni semuanya halal. InsyaALLAH sebab ada tanda halal di pintu masuk KFC ni. Katanya KFC disini milik JCorp sebuah company di Malaysia. Kalau korang nak taulah. 

Jadik KFC ni, aku sempat makan sebanyak 2 kali sepanjang di Siem Reap. Satunya sebagai dinner ketika malam pertama di sana dan sekali lagi lunch sebelum ke Cambodia Cultural Village. Menunya adalah sama je. Amek yang paling murah dan mengenyangkan. Alhamdulillah rasanya sama macam Malaysia. Hot and spicy black pepper dia pun sedap. Kruk krak kruk krak punya crunchynya. 

Lokasi: Tak jauh dari Pub Street. Terletak di tepi jalan sahaja. Aku guna Waze thru iphone.
Harga: Average untuk setiap set adalah dari USD2 hinggalah USD5
 
pintu masuk KFC
tanda halal di pintu kaca
menu-menu pun sama macam Malaysia jugak
amek set seketul ayam hot&spicy black pepper, nasik dan acar buah dan sebotol air Mountain Dew berharga USD2.10/set. Takde service charge mahupun tax. Don't worry

Muslim Family Restaurant | Daging Lembu Naik Bukit
Ni pun atas recommendation daripada Bibier Karim dan lain-lain. Katanya, bila datang ke Siem Reap, katanya tak sah kalau tak makan daging lembu naik bukit. Haaaa, ape kejadahnya lembu naik bukit tu? Lembu kene sembelih time naik bukit? Ahaks! Tidakkkk rupanya cara memasaknya sedikit berbeza dari yang lain.

Ni memang kami request awal-awal dari driver tuk-tuk nak makan daging lembu naik bukit ni di Muslim Family Restaurant ni. Alhamdulillah, memang dorang pun sendiri tahu akan benda ni dan kedai makan ni. Jadik tak susahlah nak plan. Makan time lunch lepas setel melawat seluruh temple-temple di Angkor Wat. Driver kami, Fikri call siap-siap dalam 30 minit sebelum sampai kat sana. Tak silap, Haji Anuar yang angkat call tu. So, aku tanyalah apa juadah yang biasa orang Malaysia kalau pegi sana selain dari lembu naik bukit tu. So, aku order telur dadar, tomyam, sayur campur semuanya untuk 2 orang makan. Dan jugak ada satu lagi lauk ayam macam masakan green curry tu. Kiranya tu adalah orang Khmer punya makanan jugak. 

Harga: Berbeza ikut brape orang makan. Aku ada sertakan sekali resit total semua di bawah.
Lokasi: Tertera di resit dan tuk-tuk driver pun tau kat mana terletak di belakang masjid di Siem Reap.

rupa depan restoran ni
haaaa lembu tengah nak naik bukit, dimasak depan kita
seorang ustaz katanya sedang menyediakan lembu naik bukit, kecek kelate weh hahaha 
rupa dalam restoran ada aircon dan free wifi! 
depan restoran ni ada sebuah masjid
haaa lembu naik bukit dah siap masak, ada daging, telur dan sayuran
flatlay katanya
sayur campur
lupa dah nama dia tapi masakan orang Khmer, rasa macam ayam masak green curry
tomyam campur, rasa dia sedapp dah lama tak makan tomyam sedap
sebelum dimasak sepenuhnya
telur dan daging sebelum masuk sayur, telur tu memang sedapppp! arghh teringat-ingat la pulak hey
total makan adalah USD22. Agak mahal la skit tapi sebab sedapp, pejam mata jela membayarnya

Warung Daging Bakar 62, Jalan 60
Okeh ni adalah last minute punya cadangan oleh salah seorang kawan di Instagram. Dia yang gigih DM aku suruh pegi makan kat kedai makan ni. Katanya ramai taktau kat sini. Jadik aku pun pun setuju untuk pegi try makan daging bakar ni. Lagipun, driver tuk-tuk Osman memang tau tempat ni. Katanya memang jarang sangat orang luar pegi makan kat situ.

Terletak agak jauh dari pusat bandar, dalam 30 minit jugaklah naik tuktuk terletak di Jalan 60. Kat kawasan night market semua tu baru Jalan 9 dan Jalan 10. So, boleh bayangkanlah jauh dia macam manakan. Memang kene naik tuk tuk nak sampai sini. 

Warung ni bukak waktu malam je. Terletak dalam kawasan pasar malam setiap hari kat sini. Memang ramai orang. Kira makan bawah khemah jela, ada gak penduduk tempatan yang duk berkelah makan tepi parit! Atau dalam bahasa lain adalah tepi tali air. 

Specialty? Tentulah daging makan cicah dengan special air asam dorang bersama sayuran. Boleh jugak order nasik kalau nak makan sekali. Tak lupa sup sayur dorang bersama mee. Ni yang kami order semua. Rasa? Memang sedappp! Tak perlu order nasik pun takpe, boleh ratah daging bakar tu bersama sup tu. Rasa air asam dia memang tak penah aku makan sebelum ni. Mesti trylah. 

Daging bakar tu ada dua jenis. Satu pinggan besar USD5 yang boleh makan dalam 3 orang. Dan pinggan kecik berharga USD3. So, pandailah korang bajet camne nanti.

Lokasi: Jalan 60, Warung Daging Bakar 62. HALAL. 
Harga: Bergantung makan apa. Total aku makan aritu USD16 untuk 4 orang makan termasuk air dan lain-lain. 

jangan lupa signboard ni tunjuk kat driver tuk-tuk
suasana dalam warung, agak penuh time tu
daging di bakar
ayuhhhh! juicynyaaa nampak! yummeh! 
sup dia memang sedap. amat kena dengan tekak aku rasa macam sup sayur manis-manis skit, dalam tu ada cendawan, mee, daging dan sayur ape ntah kaler hijau
tu gambar air asam dia diletak bersama kacang, serai, cili dan limau nipis, ada jugak sayuran disediakan. ala-ala makanan korean pun ada. ahaks.

Street Foods
Antara benda yang menjadi antara yang wajib adalah mencuba street foods. Tetapi takleh sebarangan nak tryla ye. Kang ada bahan-bahan yang diragui pulak kehalalan dia. Bab ni patut dititikberatkan. 

So, kat sana sempatlah mecuba beberapa minuman dan pencuci mulut yang dijual di tepi-tepi jalan. Alhamdulillah takde keracunan makanan dan jugak mengantuk macam Bibier tu dek kerana minum fruit shake kan. Ahaks. Owh ya, sebelum membeli eloklah suruh tuktuk driver tu tolong belikan ataupun tanyakan harga. Patut dalam Riel lagi murah. Kang terus diberitahun dalam USD  takke pengsan.

Ayuh tengok. 

jenis fresh fruit shakes yang dijual pada harga USD1/glass
tengah mengupas kulit epal
jenis bubur dan pengat kalau ikut orang kita, harga 2,000 riel untuk 1 mangkuk

breakfast di hostel

air tebu yang wajib dicuba. harga 1,000 untuk 1 gelas. Rasa amat menyegarkan, rasa dia ada limau dalam tu

sira labu dalam bahasa orang kita, rasa dia memang sedappp! rugi amek 1 mangkuk je share 3 orang. hahaha 

Ok dah tu je nak share sekarang ni. Hope it helps! 

Till then. 

Bye!


4 comments:

  1. Daging bakar tu sedappp...aku mkn dlm hujan kooo...gigih!alaaa ramai org pi cambodia lately, tetiba aku rindu nkpi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha gigihla syiokk makan daging bakar panas2 bawah hujan. sedapkan air asam dia tuh. lain sgt rasa. haaaa pegila buat trip bday kat sana lak. ;p

      Delete
  2. Nak tumpang Tanya, semasa di Siem Reap adakah kita perlu menukar matawang USD atau Kemboja? atau disana menggunakan kedua-dua jenis matawang

    ReplyDelete