Tuesday, September 15, 2015

Review : Warung Kita @ Kg. Melayu Sg. Buloh

Quick update!

Nasik Mmanggey. Korang penah dengar tak? Haaa aku pun first time jugak dengar ni. Tapi dengar since tahun lepas lagi sebab kawan aku duk share kedai makan ni yang kepunyaan kawan dia yang baru bukak. Katanya makan simple je, tapi sedap. 

Kalau tengok gambar, nasik mmanggey ni adalah nasik kukus, ayam goreng potong kecik-kecik dan kuah berserta sambal. As simple is that! Tapi sedap! Tak tau la bagi orang lain macam mana rasanya tapi bagi aku sedaplah. 

Nama tempat ni adalah "Warung  Kita" yang terletak di Kampung Melayu Sg. Buloh. Memang femes tempat ni, plus memang ramai orang datang makan. Jadik kalau nak datang, make sure datang awal, dan mohon bersabar kalau ramai orang. Ahaks. 


Suasana kawasan Warung Kita ni agak simple dan macam kampung skit. Anda boleh makan duduk di meja dan kerusi ataupun makan ala melayu bersila di booth-booth berdinding daun nipah yang ada kat situ. Tapi booth ni limited la skit sebab tak banyak. Satu-satu booth boleh memuatkan dalam 8-10 orang dalam satu-satu masa. Aku aritu bersama-sama kawan sempat chopp dulu booth ni. Ahaks. Barulah feel nak makan sambil berborak. 

booths untuk makan ala melayu bersila

ruang makan yang luas dan banyak

ada kawasan tengah-tengah tu untuk budak-budak bermain sesama sendiri
Menu? 

Menu dia tak banyak pun. Boleh rujuk kat gambar kat bawah ni. 

ada minuman dan makanan dengan harga yang berpatutan dan banyak
Aritu aku pegi pun untuk brunch terus dalam pukul 10 pagi camtu. Kiranya sesuailah nak makan nasik teruskan. Time tu pun dah agak ramai keluarga yang datang makan. Proses untuk mengorder makanan adalah self service. Kene pegi kaunter untuk beli makanan dan minuman dan terus bayar dikaunter dan pegilah korang makan. Simple. 

Aritu hanya sempat order Nasik Mmanggey, Air Nyiur Baldi dan jugak Coconut Shake. Aada kawan aku kata, nasik lemak ikan tongkol tu must try gak sebab sedap. ABC Oreo pun tak sempat aku try lagi. Maybe next time. 

Owh ya... kalau teringin nak makan, pegi awal macam aku sebab tak ramai sangat orang. Kalau dah macam nak tengah hari camtu, makin ramai orang datang membeli makanan. Mesti berlecak ketiak korang time tengah beratur beli makanan tu okeh. 

Jom layan!

orang kata kalau orang cina datang makan kat kedai melayu tu, maknanya memang sedaplah. 

ayam goreng panas-panas yang dah dipotong kecik-kecik, simple jekan tak yah pening-pening nak makan apa

proses agak cepat

air nyiur dalam baldi

coconut shake

tapi rasanya lagi sedap coconut shake klebang, tapi yang ni pun tak kurang sedap jugak. 

let's dig it!

ni dah lepas makan banyak suap, so ayam dia x banyak dah. ade dalam almost 10 ketul camtu untuk setiap bungkus. kira cukuplah untuk makan, tapi boleh request extra ayam with extra charge as well la kan. walaupun huduh skit presentation, tapi aku sukalah. 

orang melayukan, so makan dengan tanganlah. 

Warung Kita @ Kg. Melayu Sg. Buloh
Direction Waze : Warung Kita, confirm keluar
Facebook page: Warung Kita @ Sg. Buloh 

Ok dah. Ke mana lepas ni? Nasik Kak Wok la pulak! Hahaha. 

Till then. 

Bye! 

7 comments:

  1. ingtkan sama mcm nasi vanggey... tp, kiranya boleh panggil nasi ayam goreng kunyit jgk la kan?

    ReplyDelete
  2. food review pulak...
    sila colek akak next trip plis...
    (baldi itu cute...rare ok?)

    ReplyDelete
  3. ish ish...makaaan aje kan...dh brapa kg naek ni? :P

    ReplyDelete
  4. boleh try kalau ke sini..air nyiur baldi tu menarik...ABC oreo *drooling*

    ReplyDelete
  5. macam best je.. ingat nanti nak try pi sana..pekena ayor nyiuq tu.. besar sungguh bekas dia..

    ReplyDelete