Monday, September 21, 2015

Tips | Seketika di Siem Reap, Kemboja

Assalamualaikum!


Alhamdulillah selesai sudah trip aku untuk negara Asean tahun ni. Jadik tinggal lagi 3 negara Asean yang perlu aku selesaikan yakni Brunei, Filipina dan jugak Laos. Tak taula tu bila dapat jejak, kalau ada rezeki, insyaALLAH. 

Actually, trip Siem Reap ni aku hampir-hampir nak cancel dah sebabnya patut aku start keje last week, tapi sebab takmau hampakan hati aku dan travelmates aku yakni Janggel dan Masmz, aku ikut gak akhirnya. Nasib dapat postponed tarikh lapor diri minggu ni. Terpaksalah tambah duit skit untuk tukar tiket flight balik. Tapi takpe, janji trip best. Hehehe. 

Untuk trip Siem Reap ni, aku baca sepintas lalu dari entry-entry dari blog Bibier Karim dan jugak Masmz ada printout entries dari blog Zilla jadik sempatlah aku baca sepintas lalu dalam flight aritu. Hiks. Gigihnya printout semua entries pasal cambodia ni. Yela, kene baca tips dan tricks yang ada. Dah ramaikan orang Malaysia pegi sana. Jadik this time giliran aku pulak. 

Itinerary? 

Takde spesifik itinerary yang ada cuma tau nak pegi explore bahagian mana yang ada di Siem Reap tu. Anyway, plan asal nak cover Phnom Pehn skali tapi aku hanya sempat cover Siem Reap je, tapi Janggel dan Masmz teruskan cover Phnom Pehn skali. Maybe giliran aku next time la kot. Untuk 5 hari 4 malam dah mencukupi bagi aku untuk cover these 2 cities.

Antara tempat-tempat yang orang slalu terjah di Siem Reap adalah seperti berikut:
  • Angkor Wat (USD20/pax)
  • Bayon Temple (Termasuk tiket Angkor Wat)
  • Taprohm Temple a.k.a Tomb Rider Temple (Termasuk harga tiket Angkor Wat)
  • Cambodia Cultural Village (USD15/pax)
  • Tasik Tonle Sap (USD15/pax for boat tour)
  • Night Market dan Pub Street for nightlife area
  • Hard Rock Cafe kalau berminat
  • dan tempat-tempat lain yang aku tak mentioned seperti kat atas

Transportation?

Paling senang adalah bergerak guna tuk-tuk. Yang paling bagus kalau tuk-tuk driver tu adalah muslim senang la dia nak suggest kedai makan halal nanti untuk kita. Tuk-tuk driver memang aku guna hikmat Zakariya yang disuggest oleh Bibier dan DJ. Dorang penah guna khidmat Zack ni. Kataya puas hati.

Aku pun contact Zack malam sebelum berangkat tu. Whatsapp jela senang zaman skang ni. Dia kata ok sebab dia free. Tapi hari yang sepatutnya tu dia tak dapat datang, so dia gantikan driver tuktuk yang lain. Osman dan Fikri namanya. Dua-dua boleh cakap melayu. Tak perlu nak speaking bagai. Hahah Zack pun fasih cakap melayu. 

Servis untuk 1 hari dorang charge USD15/day untuk 1 tuk-tuk Satu tuk-tuk tu boleh muat 4 orang dalam satu-satu masa. Dan aku puas hati dengan servis dorang. Aku rekomen untuk korang jugak guna servis dorang ni.

Ni adalah contact dorang, senang whatsapp jela. 

Zakariya (Siem Reap)
No.tel: +855 16 944 387

Osman (Siem Reap)
No.tel: +855 96 706 9535

Stay connected?

Sepanjang aku travel, negara Kemboja ni menawarkan dataplan yang paling laju dan paling murah skali yang penah aku guna. Yela, dengan data sebanyak 5.5 gb, hanya perlu bayar sebanyak USD5 sahaja! Giler murahkan? Haaaaa muntah hijau la duk layan internet je sepanjang kat sana. Aku balik aritu still ada lagi dalam 2.5 gb yang tak abes.

Kat mana nak beli? Nanti kat arrival hall kat luar akan ada kioks menjual simkad. Carik signboard yang kaler hijau. Memang akan nampak punyalah. Pegi beli dulu siap-siap, nanti dia kan masukkan simkad dalam phone kita. Easy dan terus boleh guna! 

Ok dah tu je dulu. Bab makanan halal, aku nak buat spesifik entry untuk tu. Nantikan kalau aku rajinla nanti ye. Ahaks. 

Jom layan gambar yang aku sempat snapped sepanjang 2.5 days di Siem Reap. 

Pub Street - memang meriah waktu malam tapi tak bising mana pun

Night Market, besar market ni macam-macam benda ada jual cuma duit je tak brape nak ada 
fruits shakes yang bersepah ada jual kat sini, serendah USD1/glass kene try

menuju ke pintu masuk Angkor Wat, hujan pagi tu jadik sunrise tu takde ler

masih lagi di pintu masuk Angkor Wat

ukiran di dinding sekitar Angkor Wat

menuju Angkor Wat

salah satu koridor yang ada

Bayon Temple ataupun the smiling temple

the smiling face yang paling dekat

view dari luar Bayon Temple, banyak runtuhan kiri kanan

Taprohm Temple, tengok tu akar dari perut bumi mencengkam dinding temple

terpaksa letak penahan tiang besi bawah akar gergasi yang menjalar tu

haaa salah satu location dalam filem Lara Croft : Tomb Rider yang mana aku sendiri tak penah tengok hahaha 

boat tour menuju ke Tasik Tonle Sap

melalui kawasan Chong Khneas  Floating Village 

view dari atas platform

Crocodile Farm

salah satu show yang mesti tengok di Cultural Village

show di Millionaire House

show lain pulak


7 comments:

  1. Nice tips! Taprohm Temple is one of the best tourist spots in Siem Reap! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly! nasib aritu pegi x ramai sangat untuk amek gambar kat spot yang cantik2.

      Delete
  2. hahaha korg pun panggil zack ke...glemer!thanks beb promote zack ni, moga makin murah rezeki dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye ler.. senang dan korang pn dah kasik testimoni yang bagus ye dak. why not. plus harga dia pun tak mahal. bantu sesama muslim katanya.

      Delete
  3. Hi John...is it a safe place for female to travel solo there? what do you think?

    ReplyDelete
  4. lebih mudah tuk2 @ ebike ye..kalau ebike...driver dia akan pickup kita dari pkul 5pagi ke?...risau plak xpuas kalau pakai tuk2

    ReplyDelete