Thursday, March 9, 2017

Lake Tekapo

Harap-harap dapat abeskan entry ni sampai ke hujungnya. Tu pun kalau rajinlah nak menaip dan jugak nak edit gambar. Hehehe

Day 1 in Christchurch. Flight aku mendarat lebih kurang jam 6:30 pagi (waktu tempatan). Cuaca pagi tu memang gloomy dan hujan. Seperti biasalah aku memang berdoa banyak-banyak bab cuaca time travel ni. Yela, kalau hujan je the whole day boleh terbantut journey kita plus gambar ofcourse laaaaa cantik! I need blue skies okay. 


Aku sorang je pagi tu sebab clients aku 3 orang dah sampai lebih awal dari aku. Dorang dah check-in siap-siap malam sebelumnya untuk berehat dulu sebelum aku pegi amek dorang pagi tu. Aku suruh dorang sediakan makanan untuk breakfast dan lunch terus. Boleh la lunch berlatarbelakangkan Tasik Tekapo nanti.

Bab kereta sewa aku setelkan terus dengan Cameron (owner The Shoestring Car Rental). Famous dah dia ni lepas aku promote company car rental dia kat blog aku pada tahun 2011. Thanks to me laaa ye. Hahaha ok perasan. Tapi dia memang akui ramai Malaysian sewa kereta dengan dia. 


Link : Shoestring Car Rental, New Zealand 

Hujan masih lagi renyai-renyai... *tak best betul*

Terus aku memandu ke tempat penginapan clients aku. Dorang dah sampai semalam so nak selesa, dorang booked sendiri accommodation. Lebih kurang macam airbnb. Time aku sampai tu, dorang sedang prepare breakfast dan lunch skali. Lunch untuk makan tepi Lake Tekapo nanti. 


Hujan ni selalunya cepat lapar. Makan dulu siap-siap kasik kenyang. 

Perjalanan menuju ke Lake Tekapo ni lebih kurang 2-3 jam untuk sampai. Tapi don't worry. The views along the way gonna mesmerise you guys. Haaaagituh.

Ayuh layan gambar....

stop kejap sebab view cantik sangat!

tak silap, ni McKenzie Lookout

view lagi. ni tak jauh dah dari Lake Tekapo

macam lukisan. one of my favourite

dah sampai Lake Tekapo!

akak-akak sedang lunch, sejukkkk gak time ni. makan nasik dingin. hiks

view Lake Tekapo lagi

the famous statue

best betul kalau ada sebijik rumah singgah depan tasikkan?

The Church of Good Sherperd

inside the church

akak-akak posing!

supir pun nak posing gak. ahaks

Lake Tekapo - snow capped mountains as the background

the bridge

the view from the bridge

indahnya!
Dah setel tengok semua, kitaorang check-in. Setelkan benda wajib dan keluar lagi jejalan tengok apa yang patut. 

Till then...

Bye!

8 comments:

  1. Nice!! Tak sabar nye nak pergi nanti..

    ReplyDelete
  2. Subhanallahh..cantiknya NZ...teruskan menulis ya...sentiasa menunggu cerita dr blog ni...

    ReplyDelete
  3. Finally.. yeahh... plz share eh.. tunggu update blog... dah jadi peminat setia dah ni... suka baca ur journey ..... sampai ke IG kita ikut hhehhe... thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. la..tu je ke ??? lagi lagi lagi....

    ReplyDelete
  5. Tumpang tengok ye John
    Nak peegi belum mampu he.he

    ReplyDelete
  6. Ni entry zaman bila tah...

    ReplyDelete