Sunday, April 24, 2011

Pullman Putrajaya - The Best Hotel ever!


Assalamualaikum! Selamat hari ahad ye kawan-kawan! 

Kali ni, aku cerita pasal “group trip” orang lain yang jemput aku untuk jadik diorang “unofficial photographer”. Walaupun tak brape pro dan still peringkat learning, aku ikutkan je. Korang tahu sebab apa? Haaaa….sebab diorang buat di Pullman Putrajaya Hotels and Resorts! Haaaaa…..korang tau x? Sila gunakan pakcik google. Trip ni hanya 2D1N je, so, kami adakan over the weekend. Di sebabkan, aku tak perlu bayar apa-apa which is I’m really happy! Aku gunakan sepenuh peluang ni, sebab kalau nak datang sendiri, alamatnya….Assalamualaikum la. Reasonnya, bilik yang paling murah pun harganya per night adalah RM340++ without breakfast!!! Amek kooo….sapa nak jawab? Hahaha 

Jom layan-layan pictures yang sempat aku snap. ;p


 


Keadaan sekeliling hotel membuatkan aku berada di sebuah kompleks istana zaman dahulu-kala. Ewaahhhh! Ade 4 main blocks of residency – Lotus, Jasmine, Rafflesia and Bunga Tanjung. Setiap block mempunyai different theme and setiap theme adalah menarik! For example, for Jasmine wing dihiasi dengan tema Arabic or Indian style which is really2 nice. For Rafflesia wing, dihiasi dengan tema Borneo. Bunga Tanjung pula ala-ala rumah melayu lama. For Lotus wing, aku tak tau tema apa, tapi yang penting ia adalah service apartment.





ni adalah bangunan reception dia.



lobby.

Bunga Tanjung wing


kiri: Jasmine Wing, Kanan: Main wing




Tapi sepanjang berada kat sana, cuaca tidak begitu ok. Mendung-mendung pastu hujan. Huhuhu…what to do… Pastu, aktiviti waktu malam pula ialah apa lagi kalo bukan BBQ! Mmg terbaikkk ah. Ada banyak variety seperti kambing, lobster, ketam, udang, ikan etc. mmg mewah abes la. Makanan lain pun ada. BBQ diadakan di The Village. Restoran atas tasil, memang cantik kalo nak adakan wedding dan sebagainya. Memang romantik!

The Village
Bilik di Bunga Tanjung 
Bilik di Jasmine Wing

cantik x?

view from the Jasmine balcony
bilik di Rafflesia Wing. x banyak pic.

Lobby di Rafflesia
Keesokan paginya, bangun awal sebab nak breakfast. Kali ni ke cafenya yang terletak di tingkat 1 Bunga Tanjung wing. For me, variety of foods is quite a lot. Ada dimsum! Haha. Hujan sekali lagi melanda pagi ni, membantutkan plan kami nak swimming….huhuhu. Lepas tu lepak2 dan pusing2 sekeliling. Around 1145pm, check out untuk balik KL.




 









okla...itu sahaja my getaway weekend. hihihi. Bye2. 

Thursday, April 21, 2011

Beijing October 2010 - Part 1


Assalamualaikum…. Apa khabar semuanya di alam maya ni? ;p
Lama sungguh aku tak update blog aku yang tak seberapa ni. Okla, kali ni aku sambung cerita baru. Kali ni pasal trip aku ke Beijing, China pada bulan Oct 2010. Untuk post selepas ni, aku ‘try’ untuk tax menaip terlampau panjang sangat, nanti korang ingat ni karangan untuk SPM pulak kan… ;p

mane 1 beg aku???

 Trip aku ni dari 8 – 14 oktober 2010. Kali ni, aku join family kawan baik aku, Hazwan. Dah banyak kali dah mamat ni duk ajak aku join travel dengan dia. Alhamdulillah, kali ni termakbul jugak doa ko ye wan. ;P

Kami ‘joined’ (past tense) ;p pakej yang di tawarkan oleh “POTO TRAVEL & TOURS”. Company ni agak popular di iklan2 majalah MASTIKA. Korang baca MASTIKA tak? Hahaha….pegi belek-belek sekarang! ;p


 Time ni, harga yang ditawarkan agak murah iaitu RM2100 utk pakej 7h6m musim autum (luruh). For me, it was very very cheap compared to the companies. Murah kan? Hahah…. Total ahli group kami hanya 13 orang sahaja and most of them are young! Which was easy for my friend and I to mingle around. We “clicked” instantly. Ewahhhh. ;p. Sebab tak ramai yang ikut, maybe sebab baru je abes raya. Duit nan hado. 

Flight kami pada hari untuk berangkat ialah Cathay Pacific Airlines based in HK. Kami perlu untuk transit di HK kalo tak silap dalam 2-3 jam. So, sempat la untuk solat jamak qasar (zohor-asar). We departed from KLIA around 1330 hours and landed at HKIA around 1630 hours. For your information, HONG KONG INTERNATIONAL AIRPORT has been awarded “2011 BEST AIRPORT IN THE WORLD” cheers for them.




yg ni wan punye, lauk ikan. sedapppp....nyesal x amek.

yg ni aku punye, lauk ayam....X SEDAPPPP....TAWOO~


FB-ing laaa ape lg, update status~ alalalalala

Dari HKIA, dalam pukul 1830 hours, kami bersiap-sedia untuk meneruskan penerbangan ke Beijing. Kali ni kami naik DRAGONAIR. Kalo tak silap, airlines ni macam subsidiary kepada Cathay Pacific Airlines. Not bad service yang diberikan pada passengers. Perjalanan kami akan mengambil masa dalam 4 jam menuju ke Beijing Capital International Airport. Airport ni baru siap sempena Olimpik Beijing 2008. If I’m not mistaken, it is the biggest airport in the world! It huuugeeeeeee guys! 


muslim meal - dpt awal...yeay! not bad.

highlight! the best!!!

we've arrived!!!







 
Bila dah sampai di airport, group kami semua menuju ke kaunter imigresen. Sebab dah nak tengah malam, tak ramai sangat yang beratur dan cepat je. Maybe sebab office tu ngantok kot. Hihihi. Interior dalam airport ni ada banyak hiasan2 yang ala-ala Chinese…dah nama pun kat Beijing kan. Ngeh ngeh ngeh. So, snap snap la barang sedikit sebanyak.

Bila dah sampai tu, dah ada tour guide dari Beijing yang menunggu kami. Oh ya, tour leader kami, iaitu En Usop dari Pototravel sangat helpful dan kelakar! Tour guide dari Beijing ni, namanya Hassan Chan. Cakap ada slang Indonesia. Aku tak faham sungguh. Nevermind. ;p

Mr. Hassan Chan
En. Usop - TERBAIK!!!
 
Disebabkan kami sampai di sana pun dah midnight, kenala check in hotel terus untuk tidur barang seminit dua. Kekeke. Hotel kami iaitu YI HAI HOTEL. Kalo tak silap 3 stars. Not bad. Kinda clean and nice. Gambar hotel ni, aku upload dalam next post. 

keadaan luar airport. agak berkabus.


our room!
 
Lepas check in, get ready untuk tidur untuk our journey in Beijing! 

Jumpa lagi~