Assalamualaikum…. Apa khabar semuanya di alam maya ni? ;p
Lama sungguh aku tak update blog aku yang tak seberapa ni. Okla, kali ni aku sambung cerita baru. Kali ni pasal trip aku ke Beijing, China pada bulan Oct 2010. Untuk post selepas ni, aku ‘try’ untuk tax menaip terlampau panjang sangat, nanti korang ingat ni karangan untuk SPM pulak kan… ;p
mane 1 beg aku??? |
Trip aku ni dari 8 – 14 oktober 2010. Kali ni, aku join family kawan baik aku, Hazwan. Dah banyak kali dah mamat ni duk ajak aku join travel dengan dia. Alhamdulillah, kali ni termakbul jugak doa ko ye wan. ;P
Kami ‘joined’ (past tense) ;p pakej yang di tawarkan oleh “POTO TRAVEL & TOURS”. Company ni agak popular di iklan2 majalah MASTIKA. Korang baca MASTIKA tak? Hahaha….pegi belek-belek sekarang! ;p
Time ni, harga yang ditawarkan agak murah iaitu RM2100 utk pakej 7h6m musim autum (luruh). For me, it was very very cheap compared to the companies. Murah kan? Hahah…. Total ahli group kami hanya 13 orang sahaja and most of them are young! Which was easy for my friend and I to mingle around. We “clicked” instantly. Ewahhhh. ;p. Sebab tak ramai yang ikut, maybe sebab baru je abes raya. Duit nan hado.
Flight kami pada hari untuk berangkat ialah Cathay Pacific Airlines based in HK. Kami perlu untuk transit di HK kalo tak silap dalam 2-3 jam. So, sempat la untuk solat jamak qasar (zohor-asar). We departed from KLIA around 1330 hours and landed at HKIA around 1630 hours. For your information, HONG KONG INTERNATIONAL AIRPORT has been awarded “2011 BEST AIRPORT IN THE WORLD” cheers for them.
yg ni wan punye, lauk ikan. sedapppp....nyesal x amek. |
yg ni aku punye, lauk ayam....X SEDAPPPP....TAWOO~ |
FB-ing laaa ape lg, update status~ alalalalala |
muslim meal - dpt awal...yeay! not bad. |
highlight! the best!!! |
we've arrived!!! |
Bila dah sampai di airport, group kami semua menuju ke kaunter imigresen. Sebab dah nak tengah malam, tak ramai sangat yang beratur dan cepat je. Maybe sebab office tu ngantok kot. Hihihi. Interior dalam airport ni ada banyak hiasan2 yang ala-ala Chinese…dah nama pun kat Beijing kan. Ngeh ngeh ngeh. So, snap snap la barang sedikit sebanyak.
Bila dah sampai tu, dah ada tour guide dari Beijing yang menunggu kami. Oh ya, tour leader kami, iaitu En Usop dari Pototravel sangat helpful dan kelakar! Tour guide dari Beijing ni, namanya Hassan Chan. Cakap ada slang Indonesia. Aku tak faham sungguh. Nevermind. ;p
Mr. Hassan Chan |
En. Usop - TERBAIK!!! |
Disebabkan kami sampai di sana pun dah midnight, kenala check in hotel terus untuk tidur barang seminit dua. Kekeke. Hotel kami iaitu YI HAI HOTEL. Kalo tak silap 3 stars. Not bad. Kinda clean and nice. Gambar hotel ni, aku upload dalam next post.
keadaan luar airport. agak berkabus. |
our room! |
Lepas check in, get ready untuk tidur untuk our journey in Beijing!
Jumpa lagi~
hehe.. thanks sbb sudi ikut aku.. xpenah lg aku travel dgn family plus friend... best plak tuh!
ReplyDeleteAhhh, bestnye merasa turun Beijing airport. Sbb i naik AA, jadi i turun kat Tianjin je, airport kecik. I love airport!
ReplyDelete