Thursday, September 29, 2011

Shopping : What did I bring back from Bangkok, Thailand?

Hellooo......

Bila dah abes aku cerita pasal trip, jom aku cerita lak ape yang aku beli kat sana untuk bawak balik. Since duit belanja aku pun tak banyak just cukup-cukup makan je. Maka, aku terpaksa had kan pembelian souvenirs. Beli yang wajib sahaja. 


Seluar tiga-suku ni memang minat aku. Dah lama aku carik yang rege murah. Mostly mahal wooo...kat Chatuchak Market aku dapat 150 Baht je sehelai. Murah kan? Kualiti pun nampak ok, kain tebal. Aku rembat dua helai. Jadikla kan.... 


Ni pulak t-shirts. Aku slalunya bila travel akan carik t-shirts yang ada tulis nama tempat tu. Aku suka kumpul, tapi nak pakainya entah bila sebab sayang.... kainnya agak tebal. Plus regenya hanya 150 Baht jugak. Memang berbaloi. Pastu, ada banyakkk jenis design yang ada perkataan menarik. Macam-macam kaler ade...rambang bijik mata aku!


Yang ni fridge magnets, kat Bangkok ni susah nak carik yang lawa-lawa. Mostly jenis batu dan tulisan yang tak brape nak cantik. Harganya lebih kurang 3 bijik untuk 100 Baht. Okla tu kan.


Untuk keychain, jenis ni je yang aku jumpe paling menarik. Harganya lebih kurang 180 Baht untuk 1 papan kat atas tu. Jenis besi. Aku rasa kat mana-mana negara ade jual jenis macam ni kan? Betol atau tidak? Hahaha... beli jela....

Till then..bye!

Wednesday, September 28, 2011

Bangkok : Alone (Day 3 - Final)

Assalamualaikum.....salam sejahtera kawan-kawan sume! 

Jom aku sambung trip solo aku ke Bangkok. Kali ni Day 3, iaitu hari terakhir kat Bangkok, Thailand. Let's! 

Sebelum aku sambung untuk hari ke-3, ada sedikit gambar keadaan kat area hostel Take A Nap time malam-malam. Memang happening wooo....gua tak tipu. Memang syiokk abes. Anak-anak ayam berkeliaran, bapak-bapapk ayam pun ade yang berkeliaran tapi banyak memerhati. Dari luar boleh nampak stripper duk bergayut kat tiang bendera stainless steel, dan ulat-ulat yang duk offer show-show yang "best". Tapi sume tu, aku tengok jela, tak berani woo nak ambek pictures. Kang tak pasal-pasal kene rampas lak. Tapi memang havoc! Kedai-kedai makan pun bersepah, starbucks ade, 7-eleven pun dekat, tapi jangan takut polis ada je jaga sume-sume ni. 

Esoknya ialah hari-3, maknanya aku akan balik ke Malaysia hari ni, tapi since flight aku petang pada pukul 4 petang. Maka sempat lagi laaa kalo aku nak merayau ke Grand Palace yang aku tak sempat aritu. Malam sebelumnya, dah pack bag siap-siap supaya senang nanti esoknya. Pagi last tu, memang kacau abesla tido nyenyak aku. Kesnya, ade sorang yang baru masuk dinihari tido punyelaaa berdengkur. Bagai nak roboh bangunan Take A Nap tue. Siottt gilerr!!! Nak tak nak, kene laa bangun awal jugak sebab tak tahan. Siap-siap mandi sume, terus gerak pi BTS Sala Daeng. Macam yang aku ceritakan pada Day 1, how to go Grand Palace via boat. Naik BTS Sala Daeng, then turun kat BTS Saphan Thaksin. Kat bawah tu je jeti untuk naik boat. Naik boat tu, turun kat jeti N9. Jangan lupa ya. 

Dalam 30 minit camtu, aku sampai jeti. Jalan kaki je untuk ke Grand Palace. Baru pukul 8.30 pagi, tapi berpeluh-peluh dah aku ni. Al-maklumlah, Thailand kan negara monsun tropika. Tak macam Malaysia yang bermusim khatulistiwa. That's why the hotness is different ngn Malaysia. Walaupun aku sampai awal, kat gate masuk dah ramai dah pelancong datang. Eventho, weekdays, still ramai pelancong datang. Ingatkan dah tak ramai. Owh ya, etika untuk masuk ke Grand Palace ni agak ketat jugak ye, terutamanya bab pakaian. Kenal pakai sopan, skirt sendat dan pendek amatlah dilarang, seluar pendek pun takleh. Kalo tak korang kene sewa seluar panjang kat luar pagar Grand Palace dengan hanya 30 Baht untuk sepasang seluar. Nak selamat, pakailah jeans and t-shirt.




Sedikit info mengenai Grand Palace ni, aku amek dari brochure yang ada. 

"The Grand Palace complex was established in 1782 and it consists of not only the royal residence and throne halls, but also a number of government offices as well as the renowned Temple of the Emerald Buddha. It covers an area of 218,000 square meters and is surrounded  by four walls, 1900 meters in lenght. 

After King Rama I ascended to the throne in 1782, the palace was built. Prior to this, the royal palace and the centre of the administration had been located in Thonburi, on the west side of the Chao Phraya River. For various reasons, the new king considered the former capital to be unsuitable and decided to establish a new capital on the other side of the river. By his royal command, a new palace was built to serve not only as his residence but also as the site of the administrative offices. The royal compound has been known since then as the Grand Palace. The two earliest structures erected within the complex were the Dusit Maha Prasat Throne Hall and the Phra Maha Monthian." 

So, aku masuklah ke dalam Grand Palace. Btw, harga tiket dah naik harga ye...dulu hanya 350 Baht, sekarang dah naik jadik 400 Baht. Mahalll gilerrr!!! 










Keadaan kat dalam kawasan Grand Palace ni agak sesak dengan orang. Agak susah nak amek shots yang menarik. Tapi aku try jugak. Overall, keindahan Grand Palace dan temple-temple dorang memang diwarna dengan warna emas @ gold. Maybe sebab membawa maksud kekayaan la kot. Kalo laaa tu emas betol, memang dah lama pelawat kikis bawak balik skit-skit. Kehkehkeh. Ketelitian ukiran dan seni bina kawasan ni memang aku kagum giler. Memang teliti giler. Especially, ukiran bahagian bumbung. Memang superb hebat! Bukan senang tu nak buat satu persatu, kalo takde kegigihan memang takkan dapat laa senibina camtu. 

Kawasan ni agak luas, tapi kejap je dah abes. Yang paling best ialah tempat utama yang jadik tempat orang amek pic.....

Chakri Maha Prasat Hall
Info mengenai bangunan ni:
"Built by King Chulalongkorn (King Rama V), was completed in 1882, the same year as the centenary of Bangkok. Only reception areas are now used. The Chakri group consists of the Central Throne Hall, and the two wings. The Central Throne Hall now serves many purposes, most notably for the reception of foreign ambassadors on the occasion of the presentation of their credentials, and for the state banquets in honour of the visiting Heads of States"





Bila dah sampai kat bangunan ni, tamatlah lawatan aku ke Grand Palace. Cepat je kan, pintu keluar pun betol2 depan bangunan kat atas tadi. Ramai gilerr orang time ni, macam-macam bahasa aku dengar. Ramai jugak pakat duk snap pictures dengan tentera yang duk berkawal kat situ. Jakun kekdahnya. Hahaha... Aku pun dah tak larat jugak. Tengok jam pun dah pukul 10 pagi camtu. Dah kene balik hostel untuk rehat, mandi seblom bertolak semula ke airport. 

Pintu keluar


Sampai je kat Take A Nap, aku cakap awal-awal kat receptionist tu yang aku nak check-out sejam lambat. Sebab nak solat zohor siap-siap kat hostel. Die benarkan, yela lagipun tak ramai orang pun. Masuk bili, keringkan peluh sume, mandi, then, kemas-kemas beg. Tunggu masuk waktu then solat. Later, after say gudbye kat roomate yang ada terus gerak pi BTS Sala Daeng untuk turun kat BTS Phaya Thai. Kat BTS Phaya Thai ade airport express rail untuk ke Suvarnabhumi Airport

Bila dah sampai kat BTS Phaya Thai, ade jejambat yang menghubungkan dengan stesen airport rail tu. Just follow the signboard. Senang je. Ingat tak bila aku cite yang tiket sehala dari airport ke city hanya 90 Baht, tapi bila nak balik aku just kene bayar hanya 45 Baht!!! wahhh...dah jimat 50%. Hahaha...aku pun tak tau nape jadik cmtu. Aku just beli token kat mesin je. Kekerapan train jugak agak tinggi. So, takdela tunggu lama-lama sangat. Orang pun tak berape ramai. Runcit-runcit saje (ayat fatt, hehehe).


Perjalanan menuju ke airport mengambil masa lebih kurang 30 minits. Ada stesen yang akan berhenti jugak along the way. Tapi tak banyak pun dalam 6 stesen camtu. Bila dah sampai airport, ramai jugak orang kat airport. Kat airport ni, jangan risau kalo nak solat, sebabnya memang disediakan surau untuk muslim beribadat. Plus, makanan halal pun ada kalo lapar. Aku tak makan ler, just beli 1 botol air oren je. Sebab nak makan dalam flight nanti. Hihihi..terus aku carik kaunter check-in. Makkk aih...punyela ramai orang. Mostly yang ikut tour. Maybe company trip. 



Airport ni merupakan airport baru kat Thailand. Baru berusia 5 tahun kalo tak silap aku. Merupakan antara airport paling sibuk di dunia dan jugak antara yang terbesar. Reka bentuknya macam sparta. Memang cantik! Btw, yang paling aku perasan kat Thailand ni, mereka sangat-sangat mengagungkan raja mereka. Malah, gambar Raja Bhumipol ni memang digantung secara besar-besaran kat sekitar bandar dan di mana-mana. Raja Bhumipol merupakan antara raja paling lama memerintah kat dunia. Sudah sambut ulang tahun diamond jubilee dah kalo tak silap iaitu dah lebih 60 tahun memerintah! Gilerr lama ko!



Lebih kurang pukul 3.30 petang, aku dah boarding masuk dalam perut kapal terbang Royal Jordanian. Actually, plane ni hanya transit sahaja dari Amman, menuju ke Kuala Lumpur. So, memang tak ramai orang depart from the plane. Aku duk sebelah dari gadis dari Germany. Muda lagi dan maybe sebaya aku. Die baru je abes blaja. So, aku assume die sebaya aku la kot. Die duk bercerita yang die travel kat Thailand selama 5-6 bulan. Seorang diri! Perempuan pulak tu...perghh..memang berani la ko. Banyak lak duit die kan. Die dari Munich. So, this time die nak g Malaysia pulak for 1 week. Die duk kat area segitiga emas. So, senang nak gerak pi mana-mana. Hope she will be ok! 

Tepat jam 4 petang, kapal berlepas menuju ke Kuala Lumpur. Kali ni dapatlah aku sambung cite "Something Borrowed" yang tak abes aritu. Pastu layan Pirates of Carribean lak sambil enjoy in-flight meal. Not bad rasanya...plus layanan pun bagus. Worth the value. Thank you....





Maka tamatlah, trip 3h2m aku ke Bangkok. Overall, trip ni aku puas hati dapat lagi jalan sorang-sorang. Perasaan bercampur-baur tapi akhirnya aku survived. Ni kali ke-2 aku bwt solo trip, maybe ni akan jadik acara tahunan aku. Memang best travel sorang-sorang ni, boleh cabar diri sendiri samada kita mampu atau tidak. Percaya atau tidak, tak ramai yang berani buat. Aku memang kagum dan tabik kat Fatt. Walaupun dia perempuan, tapi semangat die memang aku kagum abes! Untuk travel solo next year, maybe tempat asia dulu la kot. Tapi bagi aku, Hong Kong and Bangkok still selamat untuk travel alone sebab selamat dan untuk bergerak ke mana-mana sangat senang. Tapi, aku nak ripit lagi Bangkok! Tak puas........sape nak ikut? Hahaha..

Till then. Wasalam. 


Tuesday, September 27, 2011

Bangkok : Alone (Day 2)

Kembali bersiaran ye....baru je balik dari berjalan lagik! Haishhh...jom tak nak lengahkan masa. Ayuh kita! Btw, entry ni aku type time aku kat Bangkok.

Assalamualaikum....esok dah Isnin??? Tapi aku still kat Bangkok nie...hihihi. Tak sabar nak balik bila duit dah tak brape nak ada nie...sabor jela. 

Keadaan Thaniya Road waktu siang. Sunyi dah sepi. Tapi malam havoc!


 Actually, untuk hari ke-2 ni sepatutnya aku nak pegi Floating Market. Perjalanan ni mengambil masa kira-kira 2jam jugak. Tapi since aku lambat buat reservation untuk day tour pegi sana yang kosnya hanya 550 Baht, aku tukar plan. Idea ni kredit to Fatt. Die yang dropped a comment said I can go there with the cheapest fares. Thanks Fatt...i owed you big time buddy!

Ideanye...amek train which is keretapi kelas ke-3 pegi ke Ayuthayya....kira-kira 76km di utara Bangkok. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Ini bergantung kepada train itu sendiri. Samada terkandas atau smooth je. Aku gerak pegi sana dalam lebih kurang pukul 8 pagi. Bangkok Train Station terletak di Hua Lampong. Untuk sampai sana, just amek MRT dan turun kat stesen Hua Lampong. Kiranya...ni last stesen untuk MRT. Btw, MRT kat Bangkok ni baru ada 1 line je baru. So, senang je....Kalo macam dari Take A Nap ni, just naik dari MRT Silom Station. Tak jauh pun dari BTS Sala Daeng. Kene jalan kira-kira 500 meter. 




Bila dah sampai kat Hua Lampong, proceed to kaunter tiket. Since, aku pun agak blur jugak. Straight pegi tanya kat kaunter information. Time ni...train ni station agak ramai orang dan agak meriah. Teringat lak aku entry yang Fatt buat bila dia overnite kat sini. Aku boleh imagine tempat tu bila malam-malam.....memang scary gak. Plus, memang luas macam tu, bangunan pun jenis colonial punye design. Cuakk beb. Ok, lepas dah tanya tu kat mana nak beli tiket kat Ayuthayya terus pegi beli. Harga tiket hanya 15 Baht sahaja. Murahhh yang amat! Yela..naik kelas ketiga punye kot. Takkan laaa nak bayar mahal-mahal. Train akan bertolak pada jam 9.25 pagi. So, ada lebih kurang 30 minit lagi before ketapi bergerak. Sempat lagi aku beli makanan skit. Air mineral aku dah siap-siap asingkan dalam botol kecik. Senang nak minum nanti. 



Bila dah siap sume tu, aku terus pegi ke Platform 8 untuk naik ketapi. Time ni, agak lengang lagi. Aku amek gerabak paling last skali. Senang nak tengok view dari hujung ketapi. Sebelum ketapi ni berlepas, ada a few penjual yang keluar masuk duk jual makanan.....gigih betul. Non-stop duk ulang-alik demi nak dapat rezeki. Tepat jam 9.25 pagi, ketapi mula bergerak. Punctual....impressive! Bila dah gerak tu...ada sesetengah tempat dorang have to slow down sebabnya, landasan ketapi betol-betol sebelah kawasan perumahan. Memang takde pagar ke ape yang halang. Kalo tak sempat lari ke ape, memang menempah maut ler jawabnya. Bumbung rumah pun sipi-sipi nak kena dengan dinding gerabak. Haa...try korang bayangkan. Sama macam kat India jugak yang slumdog tu... 








Bila dah ketapi start jalan lancar sume...ngantok la pulak wehhh...layan tido jap. Tapi tak lama pun sebab taknak miss all the views. Bila naik ketapi pegi kawasan luar Bangkok, memang akan rasa diri ni bertuahnya... Kawasan persekitaran dorang ni...hurm..camni nak cakap ek? Ada yang daif dan ada yang ok. Tapi mostly aku tengok agak kesian. Plus, ada a few kawasan pedalaman before sampai Ayuthayya dilanda banjir. Memang rumah-rumah kat kawasan tu dibina sedikit tinggi dari tanah. Memang dorang dah expect kot air akan naik. Susah nak gerak pegi mana-mana. Sempat lagi nampak budak-budak duk berkubang dalam air banjir...euwww....air longkang! Mesti kita akan rasa jijik kan? Ala....macam laa aku tak penah buat. Dulu kat kampung aku pun, penah je duk berkubang dalam air banjir. Rilex je... 




Lebih kurang jam 11.30 pagi, train mula nak sampai stesen Ayuthayya. Kat sini ramai yang nak turun even foreigners pun. For your info, Ayuthayya ni merupakan ibu negeri Thailand sebelum berpindah ke Bangkok. So, kiranya kat sini dah bersemayam lebih 33 raja Thailand untuk selama lebih 4 abad. Lebih kurang 400 tahun yang lampau. Kat sini, memang banyak temple-temple, istana yang ditinggalkan. Yang paling penting ada Grand Palace jugak tau. Tapi versi yang zaman lampau punye. 



Bila dah turun tue....blur jugak lagi. Tapi before tu, aku nak check timetable pukul brape lagi train yang akan bertolak ke Bangkok. Train ke Ayuthayya ada setiap hari. So, jangan risau. Last train adalah pukul 9 malam. By the way, kat train station ni memang bersepah dengan anjing-anjing. Besar-besar lak tue...cuak gak kang datang gesel-gesel. Harammm!!! Kat sini pun kalo korang datang akan di approach oleh ulat-ulat yang tawarkan diri untuk bawak korang pusing-pusing Ayuthayya. Aku ignore dan tolak secara baik je. Aku sure dorang mesti kencing punye kalo offer murah-murah. Mostly kalo foreigners datang sini, dorang akan sewa basikal untul pusing-pusing kawasan sekeliling dan melawat wat-wat yang ada. Keluar je dari train station, seberang jalan ade tempat untuk sewa basikal. Harga sewa bergantung ikut jenis. Yang ada gear, sewanya ialah 50 Baht, yang takde gear lak ialah 40 Baht. Motor pun ada kalo nak sewa iaitu dalam lebih kurang 250 Baht.


 
Bila dah selesai sewa basikal tu, berpandukan maps yang diberikan oleh owner basikal, aku pun mula kayuh-kayuh. Panas beb....dahla tengah hari dah...membahang je rasa. Alang-alang dah sampai, takkan aku nak tercongok je kan. At least, aku kayuh sampai mana aku larat dengan masa yang aku ada plus duit!Ok...destinasi kayuhan pertama aku ialah Wat Mat That.  













Lebih kurang browse kawasan sekeliling dalam 30 minit camtu, dengan laparnya, duit takde. Aku decide aku nak balik. Plus, aku taknak sampai kat Bangkok malam...ade a few tempat lagi nak singgah. Agak ralat actually..kalo boleh nak sampai Grand Palace jugak. Maybe, tempat ni akan jadik singgahan aku untuk next trip ke Bangkok lagi. Memang definitely, aku datang lagi! 


Bila dah hantar basikal, beli tiket. Harga tiket untuk balik ialah 20 Baht pulak. Okla...still cheap. Train sampai lebih kurang 1.40 petang. Bila naik gerabak...perghh! Penuh beb...memang takde tempat kosong langsung. Memang confirm kene berdiri sampai Bangkok la ni. Dah laa penat duk kayuh ni, ngantok, lapa sume ade... Panas tu toksah cakap ler...nasib baik ade awek jepun yang comel berdiri sebelah aku. Sejuk skit aku tengok. Tapi kadang-kadang tu hangin jugaklah sebabnya ada a few passengers yang duk sebelah tingkap memang selamba je tutup tingkap tu taknakk kasik angin masuk. Pfftt...selfish sial. Dah la jenis open-aired punye gerabak. Sabo jela... 






Dalam sejam berdiri camtu, sempat tido sambil berdiri. Korang bayangkan ye....aku duk atas arm-rest kerusi. Sebab dah tak larat sangat dah nak berdiri nih. Boleh pengsan kang. Alhamdulillah....dalam pukul 3 petang camtu, sampai ke Hua Lampong balik. Singgah jap pegi ke Siam Paragon. Ramai gilerr orang. Ade macam concert meet and greet artis ape ntah. Femes sangat sampai dorang duk terjerit-jerit. Tak lama pun...sebab badan aku melekit sangat-sangat. Jenis yang kuat berpeluh ni memang leceh. That's why aku suka pegi negara yang sejuk....huhuhu...



Sampai bilik, mandi solat sume. Ni laah keadaan dorm aku. Nice tak?



Till then...wassalam.