Wednesday, September 28, 2011

Bangkok : Alone (Day 3 - Final)

Assalamualaikum.....salam sejahtera kawan-kawan sume! 

Jom aku sambung trip solo aku ke Bangkok. Kali ni Day 3, iaitu hari terakhir kat Bangkok, Thailand. Let's! 

Sebelum aku sambung untuk hari ke-3, ada sedikit gambar keadaan kat area hostel Take A Nap time malam-malam. Memang happening wooo....gua tak tipu. Memang syiokk abes. Anak-anak ayam berkeliaran, bapak-bapapk ayam pun ade yang berkeliaran tapi banyak memerhati. Dari luar boleh nampak stripper duk bergayut kat tiang bendera stainless steel, dan ulat-ulat yang duk offer show-show yang "best". Tapi sume tu, aku tengok jela, tak berani woo nak ambek pictures. Kang tak pasal-pasal kene rampas lak. Tapi memang havoc! Kedai-kedai makan pun bersepah, starbucks ade, 7-eleven pun dekat, tapi jangan takut polis ada je jaga sume-sume ni. 

Esoknya ialah hari-3, maknanya aku akan balik ke Malaysia hari ni, tapi since flight aku petang pada pukul 4 petang. Maka sempat lagi laaa kalo aku nak merayau ke Grand Palace yang aku tak sempat aritu. Malam sebelumnya, dah pack bag siap-siap supaya senang nanti esoknya. Pagi last tu, memang kacau abesla tido nyenyak aku. Kesnya, ade sorang yang baru masuk dinihari tido punyelaaa berdengkur. Bagai nak roboh bangunan Take A Nap tue. Siottt gilerr!!! Nak tak nak, kene laa bangun awal jugak sebab tak tahan. Siap-siap mandi sume, terus gerak pi BTS Sala Daeng. Macam yang aku ceritakan pada Day 1, how to go Grand Palace via boat. Naik BTS Sala Daeng, then turun kat BTS Saphan Thaksin. Kat bawah tu je jeti untuk naik boat. Naik boat tu, turun kat jeti N9. Jangan lupa ya. 

Dalam 30 minit camtu, aku sampai jeti. Jalan kaki je untuk ke Grand Palace. Baru pukul 8.30 pagi, tapi berpeluh-peluh dah aku ni. Al-maklumlah, Thailand kan negara monsun tropika. Tak macam Malaysia yang bermusim khatulistiwa. That's why the hotness is different ngn Malaysia. Walaupun aku sampai awal, kat gate masuk dah ramai dah pelancong datang. Eventho, weekdays, still ramai pelancong datang. Ingatkan dah tak ramai. Owh ya, etika untuk masuk ke Grand Palace ni agak ketat jugak ye, terutamanya bab pakaian. Kenal pakai sopan, skirt sendat dan pendek amatlah dilarang, seluar pendek pun takleh. Kalo tak korang kene sewa seluar panjang kat luar pagar Grand Palace dengan hanya 30 Baht untuk sepasang seluar. Nak selamat, pakailah jeans and t-shirt.




Sedikit info mengenai Grand Palace ni, aku amek dari brochure yang ada. 

"The Grand Palace complex was established in 1782 and it consists of not only the royal residence and throne halls, but also a number of government offices as well as the renowned Temple of the Emerald Buddha. It covers an area of 218,000 square meters and is surrounded  by four walls, 1900 meters in lenght. 

After King Rama I ascended to the throne in 1782, the palace was built. Prior to this, the royal palace and the centre of the administration had been located in Thonburi, on the west side of the Chao Phraya River. For various reasons, the new king considered the former capital to be unsuitable and decided to establish a new capital on the other side of the river. By his royal command, a new palace was built to serve not only as his residence but also as the site of the administrative offices. The royal compound has been known since then as the Grand Palace. The two earliest structures erected within the complex were the Dusit Maha Prasat Throne Hall and the Phra Maha Monthian." 

So, aku masuklah ke dalam Grand Palace. Btw, harga tiket dah naik harga ye...dulu hanya 350 Baht, sekarang dah naik jadik 400 Baht. Mahalll gilerrr!!! 










Keadaan kat dalam kawasan Grand Palace ni agak sesak dengan orang. Agak susah nak amek shots yang menarik. Tapi aku try jugak. Overall, keindahan Grand Palace dan temple-temple dorang memang diwarna dengan warna emas @ gold. Maybe sebab membawa maksud kekayaan la kot. Kalo laaa tu emas betol, memang dah lama pelawat kikis bawak balik skit-skit. Kehkehkeh. Ketelitian ukiran dan seni bina kawasan ni memang aku kagum giler. Memang teliti giler. Especially, ukiran bahagian bumbung. Memang superb hebat! Bukan senang tu nak buat satu persatu, kalo takde kegigihan memang takkan dapat laa senibina camtu. 

Kawasan ni agak luas, tapi kejap je dah abes. Yang paling best ialah tempat utama yang jadik tempat orang amek pic.....

Chakri Maha Prasat Hall
Info mengenai bangunan ni:
"Built by King Chulalongkorn (King Rama V), was completed in 1882, the same year as the centenary of Bangkok. Only reception areas are now used. The Chakri group consists of the Central Throne Hall, and the two wings. The Central Throne Hall now serves many purposes, most notably for the reception of foreign ambassadors on the occasion of the presentation of their credentials, and for the state banquets in honour of the visiting Heads of States"





Bila dah sampai kat bangunan ni, tamatlah lawatan aku ke Grand Palace. Cepat je kan, pintu keluar pun betol2 depan bangunan kat atas tadi. Ramai gilerr orang time ni, macam-macam bahasa aku dengar. Ramai jugak pakat duk snap pictures dengan tentera yang duk berkawal kat situ. Jakun kekdahnya. Hahaha... Aku pun dah tak larat jugak. Tengok jam pun dah pukul 10 pagi camtu. Dah kene balik hostel untuk rehat, mandi seblom bertolak semula ke airport. 

Pintu keluar


Sampai je kat Take A Nap, aku cakap awal-awal kat receptionist tu yang aku nak check-out sejam lambat. Sebab nak solat zohor siap-siap kat hostel. Die benarkan, yela lagipun tak ramai orang pun. Masuk bili, keringkan peluh sume, mandi, then, kemas-kemas beg. Tunggu masuk waktu then solat. Later, after say gudbye kat roomate yang ada terus gerak pi BTS Sala Daeng untuk turun kat BTS Phaya Thai. Kat BTS Phaya Thai ade airport express rail untuk ke Suvarnabhumi Airport

Bila dah sampai kat BTS Phaya Thai, ade jejambat yang menghubungkan dengan stesen airport rail tu. Just follow the signboard. Senang je. Ingat tak bila aku cite yang tiket sehala dari airport ke city hanya 90 Baht, tapi bila nak balik aku just kene bayar hanya 45 Baht!!! wahhh...dah jimat 50%. Hahaha...aku pun tak tau nape jadik cmtu. Aku just beli token kat mesin je. Kekerapan train jugak agak tinggi. So, takdela tunggu lama-lama sangat. Orang pun tak berape ramai. Runcit-runcit saje (ayat fatt, hehehe).


Perjalanan menuju ke airport mengambil masa lebih kurang 30 minits. Ada stesen yang akan berhenti jugak along the way. Tapi tak banyak pun dalam 6 stesen camtu. Bila dah sampai airport, ramai jugak orang kat airport. Kat airport ni, jangan risau kalo nak solat, sebabnya memang disediakan surau untuk muslim beribadat. Plus, makanan halal pun ada kalo lapar. Aku tak makan ler, just beli 1 botol air oren je. Sebab nak makan dalam flight nanti. Hihihi..terus aku carik kaunter check-in. Makkk aih...punyela ramai orang. Mostly yang ikut tour. Maybe company trip. 



Airport ni merupakan airport baru kat Thailand. Baru berusia 5 tahun kalo tak silap aku. Merupakan antara airport paling sibuk di dunia dan jugak antara yang terbesar. Reka bentuknya macam sparta. Memang cantik! Btw, yang paling aku perasan kat Thailand ni, mereka sangat-sangat mengagungkan raja mereka. Malah, gambar Raja Bhumipol ni memang digantung secara besar-besaran kat sekitar bandar dan di mana-mana. Raja Bhumipol merupakan antara raja paling lama memerintah kat dunia. Sudah sambut ulang tahun diamond jubilee dah kalo tak silap iaitu dah lebih 60 tahun memerintah! Gilerr lama ko!



Lebih kurang pukul 3.30 petang, aku dah boarding masuk dalam perut kapal terbang Royal Jordanian. Actually, plane ni hanya transit sahaja dari Amman, menuju ke Kuala Lumpur. So, memang tak ramai orang depart from the plane. Aku duk sebelah dari gadis dari Germany. Muda lagi dan maybe sebaya aku. Die baru je abes blaja. So, aku assume die sebaya aku la kot. Die duk bercerita yang die travel kat Thailand selama 5-6 bulan. Seorang diri! Perempuan pulak tu...perghh..memang berani la ko. Banyak lak duit die kan. Die dari Munich. So, this time die nak g Malaysia pulak for 1 week. Die duk kat area segitiga emas. So, senang nak gerak pi mana-mana. Hope she will be ok! 

Tepat jam 4 petang, kapal berlepas menuju ke Kuala Lumpur. Kali ni dapatlah aku sambung cite "Something Borrowed" yang tak abes aritu. Pastu layan Pirates of Carribean lak sambil enjoy in-flight meal. Not bad rasanya...plus layanan pun bagus. Worth the value. Thank you....





Maka tamatlah, trip 3h2m aku ke Bangkok. Overall, trip ni aku puas hati dapat lagi jalan sorang-sorang. Perasaan bercampur-baur tapi akhirnya aku survived. Ni kali ke-2 aku bwt solo trip, maybe ni akan jadik acara tahunan aku. Memang best travel sorang-sorang ni, boleh cabar diri sendiri samada kita mampu atau tidak. Percaya atau tidak, tak ramai yang berani buat. Aku memang kagum dan tabik kat Fatt. Walaupun dia perempuan, tapi semangat die memang aku kagum abes! Untuk travel solo next year, maybe tempat asia dulu la kot. Tapi bagi aku, Hong Kong and Bangkok still selamat untuk travel alone sebab selamat dan untuk bergerak ke mana-mana sangat senang. Tapi, aku nak ripit lagi Bangkok! Tak puas........sape nak ikut? Hahaha..

Till then. Wasalam. 


16 comments:

  1. Hai?
    Jangan lupa untuk layari hiburan, informasi dan berita yang menarik disini > Blog BOM321
    Gosip, dunia hiburan, gambar2 artis disini > Blog Gosip321

    ReplyDelete
  2. Informasi yang baguih... Gambar2 yang sesangat cantik! terbaekkkkk!

    ReplyDelete
  3. Memang ada hajat nk ke Bangkok, insya Allah tahun2 depan ke.. (kalau ada cuti lagi la huhuhu)

    ReplyDelete
  4. AKU NAK GAMBAR HAYAMMMMMMMMMMMMM! ALAAAAAAAAAAA...next time ko nyorok2 celah tuk-tuk ok? :D

    bdk2, kat palace tu ke yg ada cuba2 baju tradisional diorang? aku tak sure la kat mana, tapi kat bangkok...ke kat wat apetah...

    ReplyDelete
  5. @Zie,
    thank you for visiting my blog!!!


    @BlueEwoke,
    boleh je...dekat je bangkok tu. mmg best kot kalo nk shopping. baju2 size aqilah pn bykkk je. mmg rambang! tp tula...panas skit.


    @Biqque,
    aku mmg nmpk HAYAMMM TUUU!!! macam2 size dan jenis ada!! tp aku tak berani lak nk snap pictures. kang tersnap yg shemale cmne? hahahahah

    owhhh..takde lak gerai2 utk try bju2 tradisional dorang. mmg takde. ke aku yg tak perasan? mybe wat lain kot. tp mmg aku tak abes pusing sume wat lagi kat sana..patut pegi 1 week kot. hihih..kene ripit nih!

    ReplyDelete
  6. biqque,
    ko tak senonoh la nk gmbr ayam watpe...haiya!



    john,
    aku baru sempat nak blogwalking kat sini. tgh catch-up citer bangkok. byknya ko kredit aku dlm ni...gracias john..malu aku. tp travel solo mmg best kan? personally bangkok & all part of thailand mmg safe utk solo female traveller. cuma berani tak aje. pd aku org thai sgtlah baik, lemah lembut jek...pastu dorg suka membantu even takleh ckp omputih. ko perasan tak kat bkk wlpun big cities tp dorg takla reti sgt ckp omputih? hehehe. aku rasa msian punya level of awareness psl bahasa inggeris lagi bagus kan? at least youngsters yg skolah2 tu sume tau ckp wlpun bersepah grammar.

    pasni solo trip ke mana plak? aku smpai ketagih jln sorg, thn dpn byk solo trip aku..tp aku rasa jln solo kat asian countries lg mencabar dr tmpt omputih..my 2 cents..sbb org slalu ckp asian countries ni crime rates tinggi, mslh transportation dll & aku rasa itula cabaran2 dia. pasni insya allah aku nak dtg lagi cambodia wat solo trip, tapi start dari hcm (vietnam), end point kat phnom penh (cambodia). ko tryla p cambodia..sana lagi tercabar..hehe

    ReplyDelete
  7. @Fatt,
    hahahah...tenkiu tuk ko gak. travel solo mmg bestt!!! aku takkan ckp takbest. tempat2 asean countries kalo blh pegi solo mmg layan abes lah. betol2 mncabar. mmg kene berani dan fully prepared. masalah bahasa is the main thing. bangkok mmg safe bagi aku. as long as kita tak buat bnda pelik2 sudahla kan?

    psl english language mmg dorang tak brape reti sgt. mmg btol, even tho big cities tp still lack of conscious in learning english. tp kalo kita tnye yg keje company bsr2 mybe dorang leh fhm english ni. hahah..malaysian mmg suke ckp english. yela kan, parents pn skolah english skool. tu yg foreigners ckp...susah nk blaja bahasa melayu sbb malaysian suke ckp english. hahaha. tak kisahlah grammar besepah pn at least we are practising.

    pasni....solo trip ke vietnam lak! haha. tak sabar lak aku. mmg btol, asian countries masih mncabar. tp insyaALLAH sume selamat kalo niat kita baik. bukannye nk dtg bwt huru hara pn. nk tgk tempat org saje. cambodia mmg aku aim nk pegi. kalo boleh berdua lg bagus kot. kdg2 kalo sorang pn, aku redah je.

    ReplyDelete
  8. pe3rcaya dak..dah lebih dr 3 kali gi Bkk but grand palace belum jejak... ish... malu

    ReplyDelete
  9. yeah, Bangkok on our list!! tgh sabar menahan diri jek.. tgk blog ni mmng sungguh menarik cerita2nye..

    ReplyDelete
  10. @Lily,
    i percaya...sbbnya fatt pun ckp dh 3 ke 4 kali pegi Bangkok. tapi grand palace pun tak teringin nak masuk. hihihi. tp for me, cukuplah sekali...mahal ok nk masukk!!!


    @Cawan,
    yeah bro! make sure u and na pegi ok! hahaha.....thanks for visiting this blog. ^_^

    ReplyDelete
  11. aku sokong if korang nak gi vietnam! mmg mencabar sepertimana cambodia :D pegi! pegi! nak cite lanjut, bleh sesekali tgk blog aku...tapi korang buat solo mesti lagi mencabar hahaha!

    ReplyDelete
  12. @Biqque,
    mmg dalam perancangan g vietnam! in fact dah beli ticket dah pun...hihi. pegi 3h2m je. alone jugak so far. redah jela labu woooooiiii... aku mmg baca blog ko. bykk tmpt ko pegi. aku try nk jadik mcm ko! dont beat biqque, but be biqque!!!

    ReplyDelete
  13. ha dah beli? CANTEKKKKKK! tak sabar nak tunggu cite kelakar ko :D

    haah tak yah lawan2, buat penat je pikir kan sbb lain orang lain la caranyer...bg aku yg penting, MURAH tapi FUN!

    ReplyDelete
  14. ko tak masuk tengok patung budha tang dibuat dari emas ker?? aku ngan member aku masuk time diorang sermon.. wakaka.. blasah jer..

    ReplyDelete
  15. hello, been to BKK for 2 days 1 nite only june 2011 on solo trip, mmg rugi sbb too many places to go but not enough time..luv the flea market so much and their MRT so easy to access..:), also planning for Viet this year, when re u going exactly in May?

    ReplyDelete
  16. wow best gak layan citer jalan-jalan solo trip cam ni. saya pun pernah wat solo trip cam ni. memang gamble je. yang penting kene berani dan rajin bertanye ye dak selain buat kajian tempatan tempat yg kita nak jalan2 tu. anyway bangkok is my next plan destination trip. suke baca blog ko ni!

    ReplyDelete