Wednesday, December 2, 2015

Hiatus Mode

Assalamualaikum!

Lama dah bersawang blog aku ni. Hopefully, masih ada yang baca entry lama-lama sebagai rujukan untuk travel. Semoga trip-trip korang semua berjaya dengan lancarnya. InsyaALLAH. 

Apa jadik dengan aku sekarang ni?

Sejak balik dari UK, dan sempat travel ke Bali, Myanmar dan Kemboja. Aku dah amek keputusan untuk berehat dari dunia travel dan jugak dari update blog aku ni untuk jangkamasa yang aku sendiri pun tak tau. Tapi aku sesekali tu, sempat la tengok sekilas lalu rakan-rakan travel blogger yang lain travel. Seronok kehidupan masing-masingkan. 

Tapi semua tu, nak kata jeles tengok orang travel tempat-tempat ni aku dah rasa takde pape dah. I don't know why. Maybe I have been travelling extensively for the past 5 years in my life since I started to work. And now, I felt it's time for me to start to find something new in my life. But, I do hope that my travelling mode will still be on in the future. But at this moment, I have no passion about it. So, as for now on, there will be no post until further notice.

A lot of things has changed in my life.

... i loose weight quite a lot since came back from UK. About 15kg. From 34 to 30. And I felt good about it. And now, starting to go to gym to tone up a little bit. No more boroi for me hopefully. 

... i lost a few friends in my life which something kinda sad or I can say I'm grateful for that? I don't know. As u get older, u tend to befriend with the best ones. Although, u thought they are your best friends until jannah, but at the end they just go. As for now... I'm happy and redha as it is. 

... i tried my best not to be stiff with myself. Loosen up a little bit. Meet new people. Try to engage people outside your circles. Seriously, I'm trying my best. 

... i bought a property using my 1st payslip from my new job. That's kinda new for me as this is my target after came back from UK. Never thought it would be this fast. But Alhamdulillah. Can't wait for mid-2018. 

... i managed to do things that i wanted to since before i went to UK. For example, managed to buy for myself an insurance coverage, pay zakat on time, and some other things and one more to go. Daftar haji. InsyaALLAH. Soon. 

... Hurm... what else? Want to enjoy my life as much as possible like example spend on things that I'm not able to spend during those 5 years back. Dulu kan kedekut nak berbelanja kat KL untuk makan, shopping, lepak sebab nak simpan untuk travel. Tapi kali ni, boleh la splurge untuk benda tu pulak. 

... other than that, I wish my self will be blessed with lots of love and supports from people around me from the past, present and future and I hope for you guys too. InsyaALLAH. 



p/s: kalau terjumpa kat luar, jangan lupa tegur. ahaks. ;p

Till then...

Bye!



Wednesday, October 7, 2015

#2 | Glen Coe Pass, the beautiful Scottish Highlands

Quick update!

Salah satu highlight ketika roadtrip aku di Scottish Highlands time bulan puasa aritu. Kalau menuju ke Fort Williams, memang akan lalu Glen Coe Mountain Pass ni. Memang sesiapa yang lalu sini memang akan stop untuk menghayati keindahan alam yang indah dan permai ni. Kalau cuaca best, lagi laaa cun!

Glen Coe selalu disebut sebagai "Glen of Weeping" yang mana merujuk ke pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1692. Kat sini jugak akan nama 3 Sisters of  Bidean nam Bian.

Tak lupa jugak, kalau musim winter ada satu ski resort yang orang suka datang.

Ayuh layan gambar jela untuk entry ni. 

Ridges of Gearr Aenoch and Aonach Dubh on the south side of the Pass

zoom skit

ada jugak orang buat trail kat sini.. sayup-sayup je kelihatan

zoom out

takde pokok sangat, hanya batu-batuan

sisi lain

Pass of Glencoe looking westwards towards Loch Achtriochtan

view lain, belah kanan tu jalan raya

ni stop tepi jalan, actually amat bahaya sebab dekat dengan selekoh tajam dan kereta mostly laju

ni sebelum masuk ke Glen Coe Pass, akan lalu satu kawasan landai camni. view memang cun! Ada tempat untuk berhenti

ada lalang

satu gambar sendiri berlatarbelakangkan gunung-ganang

ni pulak view ketika 1st day di sana menuju ke Fort Williams. Hujan dan berkabus

sedikit info

sisi lain

wefie! ahaks

tetibe ada satu bijik rumah di kaki gunung

ada rasa macam dalam filem dulu-dulu tak?

Ok dah tu je... Ni semua gambar ketika dalam perjalanan pegi dan balik dari Fort Williams dan Isle of Skye. Memang views yang amat cun. 

Till then.

Bye!

Thursday, October 1, 2015

#1 | Roadtrip in Scottish Highlands (Lake Lomond & Balloch Castle)

Hello!

Walaupun ni punya trip 3 bulan lepas, tapi rasanya aku terasa nak update pulak. Yang lain-lain tu aku KIV dulu. Sebab trip ni aku ade edit skit gambar. Saje nak hilangkan bosan sebelum pegi keje ni. Aku ikut zone Eropah. Jadik waktu keje lain skit la. 

Adeh tak move on lagi gamaknyakan. Ahaks. 

Untuk entry sebelum ini berkaitan trip ni, boleh refer ---> 4D3N | Secara Ringkas di Scotland 

Anyway, trip ke Scotland ni memang takde dalam plan aku pun. Yela, takde kaki nak pegi sana lagipun kalau nak explore Scotland ni kalau dari pemerhatian aku better buat roadtrip sebab view ni amat cantik. Jadik sebelum aku balik for good ke Malaysia, sempatlah ber'last-minute' plan dengan kawan-kawan di London. 

Since bajet pun tak besar mana, jadik trip ni jadiklah 4H3M je. Tak sempat cover Edinburgh pun sebabnya tak cukup masa. Jadik fokus kepada highlands di Scotland. Katanya view pun tak nak kalah dengan New Zealand! 

Balloch Castle

Okeh, nak pegi Scotland dari London ni memang jauh. Jadik nak cepat memang terus fly ke Glasgow terus menggunakan airlines paling murah di Eropah yakni RyanAir. Love it! Sebabnya handcarry boleh bawah 1 beg besar, 1 beg kecik. The measurement of cabin luggage is waayyyy better than AirAsia. Ahaks. 

Since flight awal pagi dan di bulan Ramadhan, jadiknya memang kene bangun awal. Dalam seawal jam 5 pagi dah gerak dari rumah menuju ke Stansted Airport menggunakan Stansted Express di Liverpool Street Station. 

Tips: Kalau nak ke Stansted Airport dari London, boleh try naik Stansted Express sebab lagi murah kalau travel in group more than 4 pax dan lagi cepat dalam 40 minit dan sampai. Link ---> Stansted Express 

tak silap ni jam 5 pagi, dah ade sunrise dah

tapi suasana memang sunyi sepi

tengah tunggu bas menuju ke Liverpool Street Station

kat stesen pun masih kosong

Perjalanan menuju ke Glasgow International Airport takdelah lama mana pun. About 1 hour flight. At that moment everything went smoothly cuma ada hiccup kat time nak amek kereta sewa dan cuaca agak gloomy. Well... knowing Scotland memang selalu gloomy pun. Tak expect langit biru. Huhuhu... even though it was summer. 

Tips: Bila nak buat booking kereta sewa, make sure credit card owner must be the same with the driver. It's compulsory!  

Walaupun aku ni boleh dikatakan selalu sangat sewa kereta, jadik ingatkan takde masalah. Ookeh ceritanya lebih kurang camni. 

...... Hairi buat booking untuk kereta, jadik bila nak collect kereta tu kita perlu amek insurance. Ada beberapa jenis insurance dari yang zero excess kepada GBP500 excess camtu. Jadik pada mulanya nak amek yang paling cikai jela sebabnya nak cut cost. Ok fine. Cuma kalau nak amek insurance yang paling murah, kene place deposit using credit card. Nak dijadikan cerita pulak... Hairi tak bawak credit card dia. So, aku volunteer la kan kasik credit card aku. Haaaaaaa rupanya tak boleh! Sebabnya booking atas nama Hairi, jadik segala details selepas tu memang kene nama Hairi jugak. Owh ya, debit card tidak diterima ketika ni. 

Nak taknak, kene la jugak amek insurance yang zero excess tu. We paid in full using debit card....

Camtu la cerita. Tapi takpelah. We were so tired due to lack of sleep that morning. I don't want to spoil our journey because of this. Jadik let's hit the road!



So, ke mana kita? 

Yang penting pegi city dulu sebab nak beli sedikit supplies seperti spageti, telur, tuna untuk berbuka puasa nanti. Nak masak kat hostel katanya. 

Then, we hit the road. Our pit stop of that day was Fort Williams. Gonna spend a nite overthere. Sepanjang perjalanan tu takde banyak masalah cuma jalan kat sini agak sempit dan kereta agak banyak tapi takdelah jem pun. 

Ada stop seketika di Balloch Castle yang facing Loch Lomond. Loch means "Lake". Tenang je kawasan tu. Menghirup udara yang segar adalah sesuatu yang sangat nikmat! 

Loch Lomond ni ada banyak stop yang korang boleh berhenti untuk rehat ke, piknik ke. Jadik boleh stop ikut mana yang korang lalu.  Tasik ni besar tau. 

Ayuh layan gambar. 














Ok dah as for now.... 

To be continued. 

Till then. 

Bye!

Monday, September 28, 2015

Bali | Makan malam mahal di Jimbaran

Quick update!

Sape-sape yang penah travel ke Bali, mesti ada antara kita yang teringin nak dinner di Jimbaran. Makan malam tepi pantai katanya. The ambiance tu agak mahal la sebenarnya bagi aku. Yela, bila lagi nak makan tepi pantai ditemani dengan cahaya bulan bintang sambil diiringi dengan bunyi ombak di pantai. 

Trip aku ke Bali aritu, termasuklah makan malam di Jimbaran ni. Yela, tu antara wishlist aku gak tu. Saje je nak merasa makan kat situ. Sedap sangat ke. Tapi dari cakap-cakap orang yang penah ke sana. Makan sana mahal sangat. 

Jadik... kali ni peluang aku lak. Restoran ni dibawa oleh supir aku, Abg Ali. Ada tanda "Halal" di signboard kedai dan katanya ramai Malaysian yang datang kat sini. 

Since makan berempat, order pun ikut yang nak makan je. Bukan ikut hati, sebabnya bila tengok harga agak telan air liur jugaklah sebab agak mahal berbanding yang kita selalu makan samada di Bagan Lalang, Jeram dan tempat-tempat lain di Malaysia. 

Overall, malam tu abes jugaklah dalam INR749,000 untuk 1 ekor ikan siakap, 3 ekor sotong, kangkung goreng belacan je. Kalo convert tu, adelah dekat rm300 gakkan. Okla cukuplah sekali makan situ kalau pegi Bali ni walaupun ambiance dia aku suka. Tapi bagi pasangan nak honeymoon memang romantiklah rasanya.  

Ayuhh tengok. 












Bagaimana pengalaman anda pulak?

Rindu lak nak makan butter prawn. Sedapnya! Tunggulah dapat gaji pertama nanti.  Heheh. 

Till then. 

Bye!