Saturday, May 9, 2015

Malaysia Kitchen Spring Market 2015, London

Quick update!

Weekend aritu kebetulan pegi London, Byya terus bagitau ada Malaysia Kitchen berlangsung kat South Bank, London. Event ni berlangsung selama 2 hari jatuh pada 2-3 Mei. Jadik kebetulan aku ada kat sana, haruslah aku jejak kaki ni. Nak riki-riki apa yang boleh makan. 

Malaysia Kitchen Spring Market ni merupakan event yang dianjurkan untuk mereka masyarakat local seperti British, rakyat Malaysia sendiri yang berada di London mahupun UK, dan rakyat lain untuk datang merasa keenakkan masakan Malaysia dan jugak keunikan muzik negara. 

Haaaa gitu la sedikit lebih kurang intro. Yang aku tau, Malaysia Kitchen ni ada jual makanan yang aku carik sejak sekian lama. Nasik kerabu! Hahaha haruslah aku tidak lepaskan peluang. Kalau makanan lain tu aku takde kisah mana pun sebab boleh buat sendiri. Tapi nasik kerabu ni, actually boleh je buat tapi banyak benda la kene preparekan. Jadik dah ada orang jual ni, serbu jela... sediakan jela duit tu haaa... 

Nak pegi event ni, pegi ramai-ramai barulah best skit. So, aku ajak Hairi, Byya ajak kawan dia dari China dan sorang lagi kawan yang baru kenal. Gitu, jumpa orang baru aku arini. Plan jumpa dalam pukul 2 petang camtu. Senang lepas zohor lepak, boleh la kalau terlajak pun sebab Maghrib sekarang masuk jam 8:40 malam. Haaaaa giler lambatkan. Tunggu la bulan puasa nanti. 

Lokasi Malaysia Kitchen ni terletak di South Bank, tak jauh dari lokasi Eye on London. Kalau naik tube, turun je kat stesen Waterloo, dan kene jalan skit tepi Sg. Thames. Memang ramai orang kat sini. Muka malaysian ada, muka foreigner ada... seronok. 

Alhamdulillah... time lepak tu cuaca memang best giler! Walhal pagi tu, mendung berarak redup dan hujan. Ibarat piknik laaaa... makan pulak makanan yang agak sedap. Haippp! duk overseas takleh komplen lebih-lebih. Bersyukur apa yang adakan..... Nak best lagi, tempat duduk pun memang syiokkk hahaha depan stage! Lepak sikit punya lama sampailah nak abes dah event tuh. Barulah masing-masing nak beredar. 

Papepun, aku seronok. Sesekalikan.... 

Antara gerai-gerai yang mengambil bahagian adalah restaurant yang telah pun ada di London ni. Antaranya adalah Tuk Din, Malaysian  Corner, Rasa Sayang, Roti King, D'Corner dan macam-macam lagi la. Selain daripada tu, ada jugak petunjukan demo masakan oleh Chef Norman Musa. Aku pun tak kenal heyy walaupun muka macam familiar. Pastu ada jugak macam mini market yang jual makanan dari Malaysia ni. Kicap manis cap Kipas Udang pun ada haiii rege dia GBP2.50 untuk botol besar tu. Murah la berbanding kat kedai aku dijual GBP3.50 sebotol. Aku dapat staff price. Lain ler skit. Ahahaha. 

Owh ya, antara malaysian cuisine yang dijual adalah seperti Satey, nasik ayam, nasik kerabu, apam balik, laksa, mee goreng udang, char kueh tiaw, abc, ais cendol, rojak, dan macam-macam lagi. Average harga untuk 1 pinggan makanan dalam range GBP3  hinggalah GBP5. Senang kira, GBP5 sekali makan. Okla not too bad, portion pun okla. Takdela cakap lebih-lebih sebab event camni kita sedia maklum harga dia akan jadik macam manakan. 

Ok dah jom layan gambar!


pentas utama, ada la beberapa penyanyi yang menyembahkan beberapa buah lagu. Lagu Malaysia Truly Asia dilupa jangan hey! 

berpusu-pusu orang datang nak try makanan Malaysia

demo masakan oleh Chef Norman  Musa, aku tengok dari jauh je ler

salah satu gerai jual rojak dan jugak abc, kuih-muih pun ada

rupa gerai-gerai yang ada

cuaca aritu pulak memang best, maka ramai yang amek peluang untuk jejalan amek angin

satey 5 cucuk, rojak ayam, abc dan cendol, share-share je la... 

laksa, nasik kerabu berserta ayam percik, ada rasa walaupun rupa tak semengah. ahaks. 

selfie laaa... tempat lepak! lama okeh duk situ. macam-macam duk borak

pandai main congkak?

haaaa duduk bersimpuh haaaa 

jiwa tetap di Malaysia katanya... 
Tak jauh dari lokasi Malaysia Kitchen, ada pulak Spain Street. Ni punya event lagi meriahhhh tapi biasalah bila melibatkan alkohol, attracted lagi ramai orang. Kami pun sekadar lalu jela nak pegi tube station balik. 



Lepas tu, gerak menuju ke Victoria Coach Station sebab nak jumpa Doctor Shahrule yang dalam perjalanan eurotrip dia bersama doctor-doctor lain. Tak sempat nak jumpa lama sebab dia kat London pun kejap je, lepas tu nak naik bas menuju ke Amsterdam. The best place terus jumpa kat coach station. Nasib ada Cafe Nero. Bolehla berborak kejap. 

Have in europe! 


Ok dah tu je. 

Till then...

Bye! 


7 comments:

  1. Best weh tengok environment macam ni. Walaupun jauh, tapi terasa macam dekat Malaysia je bila you can enjoy our local foods there and surrounded by Malaysian. Terubatlah juga rindu hahaha

    ReplyDelete
  2. Ayam percik tu mmg mgoda btol...hehe

    ReplyDelete
  3. Best best dapat makan makan ... pass tuh boleh beli Kicap lagi hahahahaha ...

    Untunglah orang duduk kat UK kaaannnn

    Hahahhaa

    ReplyDelete
  4. rasa bangga lak bila ramai org london cuba masakan Malaysia... ;)

    ReplyDelete
  5. trimakasih infonya,,
    sangat menarik dan bermanfaat,,
    mantap,,

    ReplyDelete
  6. ouchhhhh... bestnya... tq for the sharing... Insha Allah kalau tak ada apa2 yang menghalang saya akan ke UK lepas raya nanti... jemput la singgah blog saya www.travelwithhani.com... masih newbie lagi... banyak nak kena belajar

    ReplyDelete
  7. Assalam john,
    wow
    tadi jejak kaseh ni gathering pulop yer he3
    baguih3

    ReplyDelete