Monday, April 23, 2018

Putrajaya Marriot Hotel | Jom Food Truck Ramadhan 2018

Assalamualaikum! 

First entry untuk tahun 2018. Banyak benda berlaku dalam hidup aku dalam setahun ni. Ups and downs in life. Dunia blogging pun makin lama makin ditinggalkan. Nak bukak pun dah malas. Apatah lagi nak blogwalking. Ada masa cuma bila hidup ada prioriti lain macam ni la jadinya. Anyway, life goes on. 

Cuma untuk entry kali ni. Saja nak war-warkan salah satu sajian ramadhan buffet yang korang boleh terjah bersempena Ramadhan 2018 yang bakal menjelma tak lama lagi. Kurang dari sebulan dari sekarang. Masalahnya... dah ganti puasa ke belum? Hehehe. 

Untuk tema tahun ni, Putrajaya Marriot Hotel memperkenalkan tema "Jom Food Truck Ramadhan 2018!"

Gerbang menuju ke area foodtrucks

Kenapa tema ini yang dipilih? Sedia maklum yang trend food truck di Malaysia sekarang ni agak terkenal. Tak kira di mana-mana pun, akan ada tapak mereka yang menjual makanan dari foodtruck. Salah satunya di TAPAK tak jauh dari KLCC sana.  Penah pegi? Meriah kat situ. Macam-macam jenis makanan yang boleh dinikmati bersama-sama keluarga mahupun teman-teman. 

Anyway, bagi Putrajaya Marriot  Hotel agak special kali ni. Mereka bakal lari sedikit dari juadah traditional ataupun popular yang terdapat di negara kira. Dengan sedikit inovasi, mereka bakal menyajikan juadah dari Jepun, Arab, Mexican hinggalah ke Western food. Tapi bagi mereka yang tekak melayu. Jangan khuatir atau risau, juadah melayu asli tetap ada. Gulai kawah pun ada! 

Terdapat 16 buah foodtrucks yang disusun di ruangan outdoor Zest Lifestyle Restaurant dan juga di ruangan indoor restoran. Kira-kira rambang biji mata la nanti nak pilih nak makan yang mana nanti. Hehehe. 

Antara specialities yang korang kene take note adalah juadah seperti Seafood Kaava, Chicken Fajitas, Ayam Golek Bumbu Cabai, Kofta Burger dan jugak Cendol Durian.  Tak lupa jugak kambing golek dan yang pasti bagi penggemar durian. Ada buffet buah-buahan tempatan. Yang palimg penting tentulah buah Durian! Yums! 

Tengah-tengah mencekik makanan tak tengok kiri-kanan, halwa telinga juga akan dihiburkan dengan kumpulan Ghazal-Busker Modern diserikan dengan muzik tradisional oleh kumpulan "Cili Padi". 

Harga untuk buffet Ramadhan 2018 adalah seperti berikut:

Tarikh untuk early birds: 5 April - 5 May 2018
Harga untuk early birds: Dewasa (RM118 nett), Kanak-kanak (RM70 nett)

Tarikh Buffet: 19 May - 13 June 2018
Harga: Dewasa (RM145 nett), Kanak-kanak (RM100 nett)

Ramadhan Hotline: 603: 8949 8922/8761/8655 or 603-8949 8888/1013/1028/1029

Selain daripada Ramadhan Buffet, bagi mereka yang ingin menginap di Putrajaya Marriot Hotel jugak boleh menempah Ramadhan Room Package seperti berikut:

RM395 nett / RM495 nett
Single / Twin
Package includes:
*2 days 1 night stay in Deluxe Room
*Sahur Mini Buffet at Zest Restaurant
*Buka Puasa Buffet at Zest Restaurant
*Scheduled shuttle to IOI City Mall

Valid from 19 May until 13 June 2018

Apa lagi.... jom layan gambar!

ruangan legar yang ditukar kepada ruang makan untuk menampung jemputan yang datang

salah satu foodtrucks yang ada

foodtrucks pelbagai jenis kawah


murtabak and roti boom. freshly made for you~

makanan hari raya pun ada haaaa

seafoods pun ada, ada sotong, ketam, ikan, udang. aku suggest buat gravy ala-ala shell-out! yums~


view lain pula

kumpulan Ghazal-Busker

pelbagai jenis air minuman turut disediakan agar tidak tercekik nanti

nak makan kat luar pun boleh, tapi sedikit panas ler

kek sebagai pencuci mulut pun ada banyak jenis



kuih-mueh traditional melayu pun tidak dilupakan

banyak betul isi murtabak dia letak haaaaa

chicken fajitas pun ada, healthy meal katanya

ada 3 jenis cucur turut disediakan. ada cucur jagung, cucur bilis dan cucur pisang. Favourite aku, cucur jagung! 

kuih-mueh melayu lagi. macam-macam warna ada


ada air batu campur dan juga cendol durian. yums!

tidak dilupakan... satey wajib ada!

Terima kasih aku ucapkan kepada pihak Putrajaya Marriot Hotel atas kesudian menjemput aku sekali lagi untuk Ramadhan 2018. Tahun lepas tak sempat datang sebab keje. Hehehe. Especially kepada Puan Farah Halim dan jugak Puan Azela. 

Kepada semua...selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak! 

Till then. 

Bye!