Hellooo there~
Hope today is still early to say happy new year to all my readers. How was your new year's holiday? Mine was one of the best that i ever had! Hahaha. Thanks to those who were involved. The main casts were
Janggel,
Akak Coco, dan jugak
MasMZ. There were also supporting casts involved such as
Biqque and Hubby,
Chawanna and also not to forget
Icam, si Pengembara Tumpangan.
Okla...jom cite dalam bahasa melayu. Rasa cam tak bestlak nak bercerita dalam ingelish nie. Hahaha. Trip ni memang tak plan pun. Pada suatu hari....tatkala aku sedang duk ketik-ketik facebook, ade sorang member forum aku approached yakni Akira_Nagasaki. Heloooo...aku kawan dengan orang jepun ok! Ko ade ke? Hahahah. Die bagitau ada promo untuk naik cruise pada malam tahun baru untuk satu malam. So, tanpa terus berfikir panjang terus laaa helo-helo kawan blogger yang ada ketika itu iaitu Janggel and Masmz. Sebab nak cukupkan 4 orang, terus heret sama akak coco kita. Terkejut beruk akak tu kekdahnya terus kasik green light! Haa....itu yang aku mau. Tak payah pikir-pikir..terus setuju!
Mintak maaf laaa kepada kawan-kawan rapat yakni you know who you are sebab tak mengajak bersama. Yelah, kiasu punye pasal takut tiket dah abes haruslah invitation hanya terhad kepada beberapa orang sahaja. Terus call travel agent, aisehhhh dah penuhhh!!! Hampa terus nak sambut a.k.a berlagak dengan korang untuk sambut new year atas kapal! Korang ade ke? Aku ada dulu....korang buat later ok! Hahaha. Terus call next agent, alhamdulillah....rezeki menyebelahi kami. Ada lagi a few seats left. Owh ok...sebelum terlupa...naik Cruise Superstar Libra. Kapal ni tak besar sebab ade lagi siri kapal superstart yang lagiiiii besar dari Libra. Ok, tak kisahlah janji naik kapal. One of my dream nih! Alhamdulillah...bakal tercapai pada 31 December 2011.
Untuk naik cruise 1 nite ni, tak mahal pun sebab time promo. Harga untuk standing pax ialah RM142 per pax. Korang mesti nak tau ape itu standing pax kan? Ok..standing pax ni adalah penumpang yang membayar harga untuk menaiki kapal sahaja (termasuk makan malam dan jugak sarapan pagi) tetapi tidak termasuk untuk tempat tido yakni cabin with bed and toilets. Dorang ni akan tido di merata-rata sahaja kat atas kapal. Jangan risau untuk tido kat atas lantai sebabnya terdapat banyak kerusi-kerusi empuk yang disediakan disekitar kapal. Manakala untuk cabin twinbeds with window adalah berharga RM402 per pax. Yang ni...dalam kabin ada katil singles 2 bijik, toilet, tv dan lain-lain lagi. Tak luas macam hotel, tapi boleh jugak muat 4 orang. Tapi 2 orang lagi tido kat bawah la ye...hehehehe.
Ok...let's start the journey!
Perjalanan bermula seawal pukul6.30 pagi. Aku kene siap cepat-cepat nih sebab nak pegi ofis jap nak antar files (motif: sebab xmo bos call aku during the trip). Dah laaa janji dengan janggel suh mai umah aku tepat-tepat pukul 8 pagi. Kekdahnya...terlajak sampai pukul 9 pagi sebab dorang tak penah sampai kekdahnya area umah aku. Kawasan paya bakau kekdahnya. Muahahaha. Dah sampai amek aku tue, terus si janggel pecut ibarat pemandu F1 menuju ke utara tanah air. Alhamdulillah...cuaca begitu terang sekali, kereta pun tak brape jem. So, perjalanan lancar seperti minyak pelincir.
Selepas 10minit perjalanan bermulalah sesi ice-breaking a.k.a sesi menganyam ketupat. Kepada sesiapa yang buat roadtrip memang akan buat aktiviti camni. Korang jangan jadik hipokrit ok...kata tak buat benda2 camni. Ini adalah wajib! Hahahahaha...."i believe in u katanya" Muahahahaha..maybe korang tak faham banyak benda dalam cite aku nih! Lantaklah! Hahahah...hanya kami yang faham. Kamonnnn!!! Peringatan, kalo sesiapa yang angkut aku sekali naik kete korang, memang aku akan bercakap non-stop. Muahaha..bermulut puaka, suka melalak, suka cakap merapu dan jugak menyindir dalam kete adalah diriku. Harap mengerti. Janggel, Masmz dan akak coco ok x dengan saya??? Jangan serik tau! ;)
Seperti biasa, bila dah jalan jauh perut mesti lapar kan? Kami berhenti rehat kat Hentian R&R Tapah. Aku memang suka stop kat sini sebab besarrrrr.....time ni dah pukul 10.30pagi. Ramai ler pulak rakyat marhaen duk stop kat sini. Makan angin kot (bersangka baik). So, kami just brunch je kat sini sebab dah almost tengah hari. Makan simple-simple je. Ade orang tu siap makan ulam bagai. Katanya sihat..... nak tau sila baca kat SINI. Time ni perut nak makan waffle pulak..haishhh. Mengidam katanya sebab ada bapak naga dalam perut! Muahaha.
Bila tengah-tengah makan tu, dorang duk mention yang Biqque and Chawanna ade kat Ipoh. Since ade modal besar nak untuk jadik bahan borak, haruslaaa gigih anjurkan perjumpaan tergempar kat Ipoh sana! Terus sms @ call dorang. Rupanya dorang ade plan nak pegi berjimba-jimba kat Gua Tempurung bersama-sama. Since masih awal untuk sampai Penang, terus cakap nak jumpa jap minum-minum kat Gopeng. Ayuhhh kita!!! Dorang punye terkejut badak sebab tetibe je we all sume ade kat Tapah dan siap mention nak jumpa lagik! Haishhh...kuat sungguh jodoh kami semua. Semoga semuanya kekal...amin....happy mode!
 |
| lokasi pertemuan kami yakni Tol Gopeng! |
Dah jumpa kat tol Gopeng tu, terus carik restoran, warung atau kedai makan yang berhampiran. Yela, panas kot kalo nak bertenggek kat tol tuh! Terus terjah mana-mana kedai yang pertama jumpa. Tak kisah dah samada elok atau tidak...janji ade tempat nak borak! Muahaha...so, pilihan kami ialah.....
 |
| Femes dahhh kedai Razak nih! Punye laa riuh! Sedapp pulak bau sambal atas dapur tue~ |
Seperti biasa aksi peluk-cium pipi adalah perkara wajib bagi kaum wanita ini. Tambahan pula, ni first time akak coco berjumpa dengan biqque. Haruslah gelesan pipi tu kuat skit kekdahnya first time jumpa! Hahahaha.... ala-ala jejak kasihan gitu. Owh ya, Icam pengembara tumpangan pun ada sekali. Kekdahnya suka mendengar cerita kami. Takpelah..pengalaman katanya. Hahaha...just minum teh 'o' ais je. Tak perlu nak makan nasik bagai sebab nak borak je...tapi thanks to coklat tobleron kak coco. At last, icam dapat sume! Hahahah.
 |
| Gambar atas: Peminat wanita bersama syafinaz selamat a.k.a Biqque! Gambar bawah: Icam bersama keluarga tersayangnya...... ;p |
Dalam lebih kurang 2 jam borak...(2jam??? lama okkk!) terus kami beransur gerak ke destinasi masing-masing. Lega rasa dihati sebab dapat borak. Padahal, baru last week jumpa! Syahdu sungguh...anggaplah ni sebagai farewell sementara untuk icam. Pasni susah dah die nak join sekali. Kekdahnya...kene turun KL sebulan sekali naik bus. Jenuhlaaa chawanna nak datang ngambiknya! Hahaha. Jap sesi saling tembak-menembak!
 |
| Motif biqque duk sebelah cawan? Hahaha |
Jom teruskan perjalanan!
Dalam pukul 1 tengah hari....terus pecut ke Penang...seperti biasa sesi berborak diselang-seli dengan dendangan lagu berkumandang di ruangan kete Janggel. Hahah..let's sing together everybody! Hahaha.
On the way nak sampai Ipoh, aku perasan signboard tulisan Ipoh punyelah guna font size besar...motif? Jom tengok...
Alhamdulillah...lebih kurang pukul 3.30 petang kami selamat sampai di Pulau Pinang.."mailah siniiiiiiii" Cuaca mendung dengan awan tebal berkepul-kepul. Petanda nak hujan ni...tak best!
Since dah petang, terus pecut ke Padang Kota. Sebabnya dah berdekatan dengan Pengkalan Weld yakni tempat kapal berlabuh. Kat situ ler kami akan naik cruise. Parking kereta berdekatan dengan bulatan jam besar tu depan Dewan Undangan Negeri punye bangunan. Dengan hanya bayaran sebanyak RM7 untuk sehari khas buat penumpang cruise untuk ke mana-mana. Orang yang tak naik kapal takleh park kat sini!
Lepas dah parked tu, terus gerak ke kawasan medan selera. Solat dulu kat bangunan tandas awam. Bukan solat kat dalam tandas ye....Ade satu bilik kecik yang disediakan untuk solat. Ya ampun...kecikk giler ok! Muat-muat untuk 2 orang je. Memang takleh nak berkuak lentang dalam bilik tu. Kerajaan negeri sila take not. Kat sini memang ramai orang duk bersiar-siar bersama keluarga. I think it's proper to build a small surau overhere...much better i guess. Time ni kat padang kota ni ada pertunjukkan ala-ala showdown. Tengok jela...
Lepas dah siap solat sume...terus pi pekena mee sotong dan coconut shake kat medan selera tu...lapar ok...last makan time brunch kat Tapah pagi tadi. Sedapppp jugak mee sotong tu. Walaupun kaler die merah mengancam, tapi sweet-sweet pedas gitu. Not bad. Harga pun tak mahal iaitu RM4 untuk sepinggan. Coconut shake pun not bad, tapi ais pulak terlebih sudah..harga RM2.50 untuk segelas. Licinnnnn!
Then later, since ade masa lagi sebelum naik kapal. Kami bersiar-siar kat kawasan sekitar dan jugak sesi untuk tembak-menembak antara satu sama lain bermula. Haruslah aku yang banyak kene tembak! Hahaha..aku nak tembak orang cantik-cantik kene belajar lebih lagi dengan otai. Aku surrender....aku belajar rajin-rajin ok! Tapi korang kene ler ajar aku nanti ;)
Jom laa layan gambar. Aku dah malas nak tulis! Penat!
Oklah...bersambung nanti ok..bye!
