Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum....

Aku stop kejap cite pasal trip ke Korea ok? Aku nak cite pasal filem yang baru je aku tengok tadi, iaitu Ombak Rindu. Aku rasa dah ramai perempuan kat luar sana yang dh tengok atau akan pegi tengok filem ni nanti. Hahaha..nasib baik aku tengok awal. Menarik, dramatik, syahdu, sedih dan gembira. Itu yang dapat aku katakan pasal filem ni. 


Sinopsis skit pasal filem ni mengikut cerita aku sendiri. Kisah ni bermula dengan seorang gadis kampung yang naif bernama Izzah yang telah dijual oleh bapa saudaranya sendiri di sebuah kelab malam dengan harapan dapat gunakan wang yang telah diperolehi untuk menampung kos pembedahan mak saudaranya. Izzah pada mulanya tidak mengetahui niat jahat bapa saudaranya itu. Menangislah Izzah teresak-esak setelah diperlakukan sedemikian rupa. 

Malam itu jugak, Izzah telah dinodai oleh Haris. Izzah merayu dengan Haris supaya membawanya pergi dari tempat jahanam itu. Haris tak sampai hati lalu telah membeli Izzah dari taukey kelab malam tersebut dan dibawa pulang ke villa persendirian Haris. Izzah telah dianggap sebagai perempuan simpanan Haris yakni tempat melempiaskan nafsu Haris dikala kegersangan. Tetapi, Izzah merayu sekali lagi kepada Haris untuk memperisterikan dirinya dengan syarat-syarat tertentu. Haris menunaikan permintaan tersebut. 

Semakin hari, semakin sayang. Sape tak sayang bini oiii!!! Haris mula terpaut terhadap Izzah begitu jugak Izzah. Maka....bermulalah kehidupan mereka sebagai suami isteri yang bahagia. 

Korang mesti suka kan scene ni? I loike ok! Hahaha


Tetapi, langit tidak selalunya cerah....badai pasti datang menimpa. Kepulangan Mila Amylia iaitu kekasih hati Haris untuk sekian lama telah merancang untuk berkahwin dengan Haris telah meletakkan Haris dalam dilema antara Izzah dan Mila. Haris tiada punya perasaan cinta terhadap Mila, tetapi demi untuk kepentingan keluarganya dan juga perniagaan. Haris terpaksa, malah telah direstui oleh Izzah sendiri. Mila tidak mengetahui siapakah Izzah yang sebenarnya. 

Panjangnyaaa aku tulis pulak. Cut the crap...Haris terlibat dalam satu kemalangan. Ibu Haris telah melarang Izzah untuk melawat malah telah menghalau Izzah keluar dari villa tersebut. Haris pula tidak dapat berita mengenai Izzah. Ibu Haris telah menabur fitnah terhadap Izzah mengatakan Izzah telah menduakan Haris. Fitnah tersebut telah menyebabkan Haris membenci Izzah dan telah digantung tak bertali. Ok dah...malas nak cite panjang-panjang. Korang tengok sendiri ok. 

Overall, aku suka cite ni. Tak macam cerita melayu yang lain yang asyik-asyik bergenre seram, komedi plus merapu! Walaupun cerita ni diadaptasi dari novel karya Fauziah Ashaari, untuk versi filem ianya sudah memadai. Kalo buat drama bersiri...aku rasa lagi best dan panjang ceritanya. Filem ni tak sempat ada flashback. Kalo korang nak tau tentang apa flashback yang penting kene la tengok sendiri.


Para pelakon pulak...Maya Karin sebagai Izzah. Lakonan yang boleh merentap air mata. Walaupun kadang-kadang dia ni cakap macam ala-ala pelat skit tapi not bad. Raut wajah seakan perempuan kampung memang sesuai dengan Maya. Scene menangis tu memang buatkan aku sendiri kesian dan sedih. Aaron Aziz sebagai Haris, lakonan yang berjaya. Perempuan kat luar kat sana mesti tangkap leleh punye tengok Haris ni menangis sampai keluar air mata ok! Kadang-kadang ada  2 3 scene yang lawak jugak dengan perkataan yang diluah oleh Haris sendiri. Hahah...riuh panggung tadi. Aaron dan Maya memang sesuai menjadi pasangan kekasih. Bagi aku ada chemistry disitu. Lisa Surihani sebagai Mila. Tidak sekayu yang disangka. Tatkala Mila mengamuk tu memang nampak itu diri Lisa yakni seorang yang bermuka garang dan keras berhati batu, tetapi tetap ada kelembutan dalam hatinya. Para pelakon lain jugak berjaya membawa watak masing-masing...

Ok dah...malas dah aku. Till then...sila pegi tengok! Bye!


Friday, October 14, 2011

Real Steel : Awesome!

Helllooo guys! 

Wahhh....been busy lately. Nak study pasal korea pun tak sempat. Balik keje terus.....lena! Tapi malam tadi, dapat tiket free dari firm untuk sape cepat dia dapat kat dalam e-mail ofis. Untuk tengok cerita REAL STEEL. Actually...aku xtau pun movie ni pasal ape. Main klik je...janji dapat tiket free, pastu layan.... 


Malam tadi before gerak pi Tropicana City Mall, sempat la skit buat research pasal cite ni. Sape pelakon dia, cerita pasal ape sume... 

Ni sinopsis aku yang aku dapat huraikan dari ape yang aku tengok tadi.

Filem ni mengisahkan mengenai seorang lelaki yang begitu taksub dengan sukan tinju robot. Sampaikan sanggup berhutang dengan ramai orang semata-mata nak beli robot untuk bertinju. By the way, cerita ni keadaan zamannya bukan zaman kita ye. Kalo tak silap aku....dalam tahun 2016 camtu. So, korang sume..sila expect nanti dalam tahun 2016 akan ada sukan robot tinju yang gantikan manusia. Kita just tengok je. Biar robot yang lawan sampai lebam! Owh ya...pelakon utama dalam cite ni ialah Hugh Jackman dan seorang budak namanya Dakota Goyo. 


Ok...dalam Hugh Jackman dalam cerita ni memegang watak sebagai Charlie Keaton. Seorang bekas boxer yang tak penah kenal erti kalah dalam erti kata lain...DEGIL! Asyik kalah je dalam perlawanan robot tinju ni. Plus suka poyo dan berlagak bagus. Tetapi sumenye berubah bila.....dia dapat tau, bekas GF dia..ntah ape nama dah meninggal dunia and dorang ada seorang anak lelaki. Tapi si Charlie ni memang dah gave up custody anak dia. Dan serahkan hak itu kepada mak cik kepada anaknya itu, iaitu Max Keaton. Tetepi sebelum itu, Charlie perlu menjaga anaknya itu sampai makciknya kembali dari bercuti dari Italy. 

Pada awalnya...hubungan dua beranak ni agak dingin. Masing-masing jenis keras kepala. Well...like father like son. There's no suprise about it! Btw, Charlie actually dah jual anaknya kepada makciknya dengan harga 100k tapi dia bru dapat 50k untuk beli new robot iaitu Noisy Boy. Awesome wooo robot tu macam ninja dari Jepun. Tapi robot ni kalah dalam perlawanan. Kemudian....ketika mereka berada kat kawasan besi buangan. Max discovered 1 robot buangan yang masih elok. Dia bawak balik tapi dengan sindiran bapak dia la dengan cakap "this is useless..bla bla blaa...." Tapi budak ni, still degil nak bagi lawan dengan robot lain. So, Charlie bawak laaa budak ni untuk lawan dengan robot lain. By the way sekali lagi, nama robot yang dijumpai oleh Max bernama Atom. Bila tiba di tempat perlawanan.....Atom telah berjaya menewaskan lawannya! Sejak dari itu, Charlie mengetahui yang anaknya itu berbakat. 



Noisy Boy lawan Midas
Bila Atom dah berjaya bertinju dengan lawannya...mereka semakin yakin dengan langkah mereka. Perlawanan demi perlawanan telah diharungi oleh mereka. Akhirnya mereka berjaya...mendapat tempat untuk bertinju di arena yang terkenal iaitu WBR (World Robot Battleship ke ape...dah lupa lak) untuk melawan robot yang tak pernah kalah dalam semua perlawanan...dan sangat gagah iaitu Zeus. 

Adakah mereka akan berjaya mengalahkan Zeus? Sila tengok sendiri ye.........


Ni owner kepada Zeus....cantik tak?

Bagi aku cerita ni layan.....dan memberikan moral kepada kita, walaupun kita tak rapat dengan anak sendiri, tapi naluri kebapaan untuk berkorban demi seorang anak adalah sesuatu yang sangat2 menyentuh perasaan. Like what Max has said in this movie... "I want you to fight for me!" 

Kalo korang ada masa....pegi tengok ok. 

Till then...bye!


Thursday, June 16, 2011

KL Gangster

Hi guys! How was your day? I hope it was ok....

So, malam tadi aku hang out and went for a movie with my dearest friends kat MidValley. Wahhhh.....dah lama tak jejak MidValley nih, sebab jalan sesak plus susahnyaaa nak cari parking kalo weekend. Alamatnyaaa kirim salam jela. Since, arini hari rabu ingatlah dapat tiket murah, tapi mahal jugak...but it's worth it sebab tengok KL Gangster. Aku dengar filem ni dah kutip RM6.2 juta dalam masa 4 hari!!! Perghhh....lagi kaya laaa Dato' Yusof Haslam. Tadi tayangan pukul 10 malam memang fullhouse! Sampai ke row paling deeeepaaaannnn orang sanggup tengok. Macam tu skali penangannye. Kuikuikui.....syabas2!~


Watak-watak dalam filem ni, bagi aku semua sangat bagus. Aaron sebagai Malik memang sesuai sebagai mafia @ gangster yang dah bertaubat...ala-ala innocent. Ady Putra sebagai Jai kena dengan wataknya sebagai gangster yang keras kepala. Zizan sebagai Fadil a.ka. Abang Long Dil....hahahaha memang sangat-sangat lawakkkk dan bagus sebagai penyeri filem ni. Agak terkejut bila dia mati ditikam! Terkejut jap aku dalam panggung tadi. Innalillah.... Syamsul Yusof sebagai Shark....hurm...bagi aku lak terlampau baku bahasa loghat cina yang cuba dibuat olehnya. Haishhh....kadang-kadang macam nak tumbuk je muka kasik lunyai. Lagaknya memang macam gangster yang baru nak masuk tapi dah poyoooo..sori ye peminat syamsul. Not a big fan. Ajib lak, haishh...tak sangka lak tubuh kurus kering dah leh fight-fight dengan Jai. Not bad jugak lakonan dia. King lak mati macam tu je kena bunuh dengan Shark. Haiii...kata taiko besar kat KL, mane kuncu-kunci yang ada pagi tuntut bela. 





Overall, jalan cerita filem ni memang straight-forward. Takde masuk belukar mana-mana. Actions all the way...memang best! So, aku rekomen sape-sape yang belum lagi tengok. Pegi la tengok di panggung yang berhampiran umah masing-masing. Beli tiket online better ye. Kekekekek... Just my 1 cent opinion. 

All pictures are courtesy from Pak Cik Google. 

p/s : I wonder whether Malaysia got this kind of mafia @ gangsters or not. Hurm....

Till then...gudnite!!!