Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Monday, November 13, 2017

Review : ēRYAbySURIA Janda Baik


Actually, aku kene up-kan post ni dah lama. Cuma keadaan masa dan perangai malas tu amat sukar nak bendung. Perangai melayu sangatkan aku. Anyway, amanah orang kasik kena kita langsaikan jugak kasik beres. 

Aku diberi peluang untuk buat review kat salah sebuah resort under eRYAbySuria ni. Mereka ada banyak cawangan seperti di Janda Baik, Bentong, Cherating, Johor Bharu, Merang, Terengganu dan jugak London. Haaaa jangan main-main tau. Tapi disebabkan lokasi yang dekat maka aku pilih Janda Baik je. Dalam sejam perjalanan dari rumah aku dah sampai. Kalau berdua ataupun cuti panjang maybe dah lajak ke Terengganu. Why not? 

Terima kasih kepada pihak Suria kerana sudi menjemput aku. Sorry for the long overdue post regarding the review. Ayuhhhhhh kita baca dan layan gambar. Time ni pegi on weekdays and alone. Bosan ciked. 

About ēRYAbySURIA Janda Baik

Located in Janda Baik, Pahang, ēRYAbySURIA Janda Baik is a fascinating destination for an exclusive resort accommodation experience. Surrounded by enchanting view of fauna such as a magical waterfall and cooling streams, the residence definitely caresses the heart of nature enthusiasts and those who wish to take a break from the bustle of city life. This three acre wide area is surrounded by tropical fruit orchards and gardens is an ideal location for family vacation as it is only 45km away from the north of Kuala Lumpur.

Make your way to ēRYAbySURIA Janda Baik and get ready to visit various tourists’ locations such as Air Terjun Ulu Tampit, Taman Hutan Rekreasi Lentang, Air Terjun Chamang dan Deer Land, Kuala Gandah Lanchang. You can also enjoy various activities such as trekking and night strolling. For your dining pleasure, head down to Restaurant Bunga Padi to enjoy scrumptious Malaysian and Western cuisine.

To read more ---> ABOUT 



The room - The Deluxe Room

Time aku sampai tu, tak silap dalam pukul 2 petang. Kira ngam-ngam la untuk check-in. Sunyi sepi je kawasan resort ni plus kawasan Janda Baik ni pun sunyi. Kampung la katakan. Tambahan pula, time tu weekdays. What do you expectkan. Hahaha memang takde orang. 

Aku diberikan bilik The deluxe room ada dua katil single. Kat hujung bangunan. Tak jauh dari ruang makan juga. Okla bagi aku no hal. Kalau ada pape pelik, aku baca yasin. Hahah ok *joking*

Bagi aku bilik dia spacious. Kira cukup dengan segala basic amenities semua. Ada view laman dia. Puas hati la bagi aku. Oh ya, bangunan dia ada 3 tingkat. Takde lif dan kene naik tangga kalau bilik korang terletak di tingkat atas ye. Nasib aku punya kat ground floor je. 

Antara room amenities adalah seperti berikut:
  • Penghawa dingin
  • 26-inch LCD TV featuring selected ASTRO channels
  • Peti sejuk mini
  • Private bath with shower 
  • Sejadah
  • Tuala
Untuk jenis-jenis bilik yang ada boleh klik ---> Jenis Bilik





Where to eat?

Honestly aku pun tak tau. Tapi the best option adalah makan kat resort ni sendirilah. Senang dan tak payah drive out daripada kawasan resort nak carik warung di sekitar Janda Baik ni. Sepanjang jalan aku takde nampak proper warung atau restoran pun. Tengah-tengah hutan kan. Might as well as them cater the foods for you. 

Aku disediakan makan malam dan jugak sarapan untuk keesokkan paginya. Disebabkan malam tu hanya ada aku sorang je tetamu (atau ada orang lain yang aku tak jumpa) hahah makan, dia tanya je aku nak makan apa. Tak silap ada pilihan menu yang ada. Jadik aku pilih nasik goreng seafoods seperti gambar dibawah. 

Untuk sarapan pulak, ada nasik lemak dan jugak roti bakar. I must say nasik lemak dia sedap! Puas hati makan. Tak lupa free flow coffee and tea sepanjang hari untuk kita minum. 





Facilities

Kat sini jugak boleh buat seminar ataupun family day yang berskala kecil ataupun sederhana. 

Untuk pakej yang disediakan adalah ---> Pakej 

Lokasi

Lot 8567, Kampung Janda Baik,
28700 Mukim Bentong, Bentong, Pahang
Tel : +603 7806 4752
Fax : +603 7806 4753

Till then. 

Bye!

Tuesday, November 13, 2012

Club Med Cherating - Part 2 (Finale)

Assalamualaikum!!! 

Loooongggggg week for me! I can't wait! Tak sabar naik kapal terbang nanti rasa macam dah lama sangat tak naik kan. Hahah what to do... 

Jom aku sambung kisah di Club Med Cherating tempoh hari. Sebelah malam tu pulak, kami semua kene berkumpul kat court. Biasalah kalo ada company trip mesti taksah kalo takde performance kan. Kali ni performance dipersembahkan oleh 1st year junior and newly promoted managers. Hahah nasib baik aku tak pegi dulu if not confirmed kene buat performance gak. Hahah. Persembahan simple je menari lagu Gangnam Style. Dah trend sume orang kalo ada performance mesti nak menari Gangnam Style. Tengah in kan skang ni. 

Dah abes tu sume, ada pulak upacara menyalakan tanglung. Kalo tak silap Mid-Autumn Festival. Siap ada kuih bulan lagi. Hehehe. Jomlah layan gambar... aku malas nak menaip sejak dua menjak ni.




Lepas dah abes aktiviti kami, kami semua diminta berkumpul theather hall untuk persembahan kebudayaan oleh pekerja Club Med. Malam ni tema dia Brazilian Night. Amek kau...kita gelek sakan! Show dalam 1 jam ni agak menarik dan melucukan... pastu ada sesi menari bersama-sama. Kira enjoys abeslah malam tuh! Hehehe. Lepas dah abes show, ada pulak sesi berjoget dan cucuk langit kat kawasan luar. Best gilakkkk! Lupa diri kejam malam tu. 


*************************************************

Esoknya... hari ke-2 aku kat Club Med. Biasalah bangun pagi terus pegi breakfast. Hahah....percutian ala-ala orang kaya. Pagi tu kawan-kawan aku nak try aktiviti kat situ. Katanya nak buat tree top challenge. Macam aktiviti kat Bukit Cerakah, Shah Alam tu tapi versi mudah skit. Aku tak try ler sebab malas, plus time tu tersangatlah panas! Dah lenjun siap baju aku nih! Tapi sebelum tu sempat ronda-ronda kawasan resort untuk amek gambar... 






Lepas dah berhempas pulas duk memanjat dan flying fox, jom kita berehat kat Zen Space sambil mandi-manda. Time ni dah almost lunch hour, tapi kami berehat-rehat dulu hilangkan penat sejukkan badan. Alhamdulillah...cuaca sangat-sangat elok. Boleh jugak nak main kapal layar. Ada jugak disediakan... 




Balik terus ke coffee house untuk lunch... kemudian aku membuta sampai petang kekenyangan... gambar kat bawah ni pulak gambar dari officemate aku snapped ape dorang buat petang-petang tu ada yang buat archery, ada yang main trapeze.... Gambar credit to Farhan Mas. 





Sebelah malam tu pula..harini tema untuk persembahan adalah berbeza. Kali ni tak silap aku... dah lupa. Sorry. Tapi kiranya setiap malam ada tema yang berbeza. Agak menarik sebenarnya... Sekali lagi malam ni mencucuk langit lagi okeh! Dahla outdoor, kalo kene panah petir memang saja je. Hehehe malam ni jugak ada fireworks kat tepi pantai! Awesome! 

Credit to: Farhan Mas

Credit to: Farhan Mas

*********************************

Esoknya hari untuk pulang ler.... arini last cuaca agak tidak baik. Kami berlepas pulang dari Club Med menuju ke kotaraya Kuala Lumpur lepas makan tengah hari dulu. Overall, percutian yang not bad. Hehehe. 






Till then...wasalam.


Thursday, November 8, 2012

Club Med Cherating - Part 1

Assalamualaikum!!!

Lama rasanya tak menaip untuk cerita baru. So, aku try korek mana-mana cerita yang boleh aku kongsikan dengan korang sume. Kali ni trip percutian 3h2m bukanlah aku yang organize sendiri tapi ni adalah company trip. Ni first time aku ikut company ni, dah dua tahun aku missed out sebab malas nak pegi dan takde geng. Yela, time tu junior lagi. Hehehe. Tapi kali ni aku pegi, untuk rank aku kene bayar hanya RM350/pax. The rest will be sponsored by our company and partners. Auww~ So sweet of them. Thank you!

This year location was Club Med Cherating! Kalo ikut pengetahuan aku ni, Club Med ni bukan suka-suka orang luar boleh masuk, tapi hanya members sahaja yang boleh menginap kat sini. If I'm not mistaken, one of our partner is a member here and also a client of us. Hehehe. Maybe can get special rate? Who knows right?   Group trip ni diadakan pada 1 week of October aritu. Mula-mula ingat nak drive sendiri untuk pegi sana, so that boleh buat road trip a.k.a stopover at different locations. Yela, boleh beli kepok lekor on the way tu kan. Tapi malangnya, semua kene naik bas direct from our office. Ada 4 jenis bas semuanya yang bakal mengangkut kami ke sana. Nama-nama bas diberi nama The Hulk, Iron Man, Thor and lagi satu The Avengers. Gitew sangat nama superhero. Hahaha.


Kami bertolak dari office lebih kurang jam 8.30 pagi menuju ke lebuhraya Karak. Tapi on the way tu, kami akan singgah makan tengah hari di Restoran Pak Su. Gitew... pak su sangat namanya! Ingatkan kedai seafood melayu. Rupa-rupanya! Hahahah lawakkkk! Namanya satu lawakkan kat kami time tiba kat restoran tuh! Cis! Sume tertipu! Bila dah semua bas sampai, kami pun makan tengah hari kat situ. Sumenye jenis seafood. Ada stuffed crab! Korang penah makan tak? Sedappp bangattttt!!!! 



Bila dah setel makan tu, kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Cherating yang ada berbaki 1 jam nak sampai. FYI, sebelum kami bertolak dari Kuala Lumpur, each of us need to provide our name, ic no as well as our home address to be registered with their system. Maybe registered as a member. Who knows. Takdelah aku tanya dengan lebih lanjut pulak kan. Time kami sampai tu, kat main entrance tu dah nampak para pekerja Club Med duk melambai-lambai menyambut ketibaan kami. Pekerja dorang kebanyakkannya adalah foreigners yang bergelar G.O. (General Officers, if I'm not mistaken). Tu yang aku nampak ada mat salleh, korean, negro dan lain-lain. Bila dah sampai tu, dalam bas tu Club Med representative akan menyerahkan kunci bilik berserta towel card kepada each one of us. Setiap bilik akan ada 2 orang. 

Dah setel semua sesi penyerahan kunci, ada pulak hot towel dan welcome drink untuk segarkan diri. Ucapan welcome tak lepas dari mulut para G.Os sekalian. Hehehe. Kami diminta berkumpul kat 1 dewan untuk diberikan taklimat sebelum masing-masing menuju ke bilik untuk berehat buat seketika. 





Kat sini terdapat banyak blok bangunan untuk bilik yang bermula dari Blok A sampailah Blok Z if i'm not mistaken. Nama-nama blok pun adalah nama haiwan. Contoh Blok E ialah Enggang dan Blok O ialah Orang Utan. Hahaha. Aku duk blok D which is Dangan. What is that? Hahah. Keadaan bilik agak luas. Binaan bangunan semuanya diperbuat daripada kayu dan dalam kawasan hutan. Not exactly hutan tapi dalam kawasan yang semuanya hijau-hijau! Menarikkkk! 



Kami diberi masa untuk berehat sebelum ada acara petang. Konon-konon macam team building? Tak jugak kot... rasanya lebih kepada sukaneka. Yela, bila datang ramai-ramai macam ni agak seronok untuk bermain-main bersama-sama kumpulan. Ni gambar-gambar yang sempat aku tembak! Hehehe. Layan jela ye....










For your information jugak, kat Club Med ni jugak menyediakan pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anak ataupun keluarga. Kat bawah ni jadual untuk aktiviti yang diadakan. 



Lepas dah setel aktiviti sukaneka tu, aku dan kawan-kawan amek peluang untuk explore kawasan Club Meb ni. Agak luas ye plus bila dalam hutan haruslah panas! Hahaha. Kami berjalan menuju ke kawasan Zen Place. Nak kill the time katanya kan... Hahaha layan gambar jela ek, aku dah malas nak menaip dah nih! Let's the pictures speak for itself. 




at Zen's Place. Only for adults




View from my balcony

Jomlah mandi dan solat! Sebelum kita terjah coffee house untuk dinner! By the way, kat sini sumenya dah termasuk dengan makanan yakni breakfast, lunch, dinner as well as snacks are available! Memang kenyang dan gemuklah kalo bercuti kat sini! Hehehe. Makan ala buffet all the time! Makanan ada banyak jenis dari malay cuisine, western, asian dan jugak pelbagai jenis dessert! Awesome! Hehehe. 



Malam tu still ada lagi aktiviti untuk kami semua. Nanti aku sambung dalam next entry.

Till then... wasalam.