Showing posts with label Travelholicawesome. Show all posts
Showing posts with label Travelholicawesome. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Thursday, January 30, 2014

Thursday, August 15, 2013

Prelude - #TravelholicAwesome ke Langkawi!

Yuhuuu!!!

I'm back in KL yoo! It's good to be back! Dapatla layan internet yang berkelajuan tahap shinkasen kat rumah sini haa.. Kat kampung indah nan permai tu, line 3G pun tak brape nak ada. Kejap ada, kejap takde. Wifi pulak rosakk! Damn it la kan. Hahaha tu pun nasib baik ada handphone okla duk godek-godek sampai abes limit data plan. 

Anyway, raya tahun ni aku rasa paling lama aku cuti. 2 weeks ya'll! Macam-macam boleh buat selama 2 weeks tu, sampai naik bosan dah mak aku tengok aku kat umah. Hahaha.. Tapi dah abes raya, demam berjangkit dah mai pulak. Adoyaiii sabar jelakan. 

Papepun, mari layankan dulu gambar-gambar dari lensa aku ketika #TravelholicAwesome menerjah Langkawi bulan lepas. 

Friday, July 5, 2013

2013 : Travelholicawesome is Away!


Let's hit the beach Miss B!


Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini

~Zurinah Hassan~




Monday, May 6, 2013

Teaser: 2 Weeks to be Remembered!

Assalamualaikum!!! 

I'm backkk! 2 minggu yang penuh cabaran, gelak-ketawa, susah-senang dan at the end, we have survived! Alhamdulillah... 

First time travel secara berjemaah dalam group yang aku rasa agak besar bagi diri aku sendiri. Travel secara DIY pulak tu. Selalunya kalo travel berjemaah ni, kurang-kurang amek ground package je. Tapi this time, we planned it on our own. Macam-macam halangan dan dugaan berlaku dalam siri jelajah selama 2 minggu ni. Dari ahli rombongan tak dapat cuti, tiket ketapi abes, naik ketapi kelas ke-3, kene tipu oleh driver teksi, lebihan luggage yang tak terduga dan macam-macam lagi lah! 

Anyway, I enjoyed till the last moment we were together. Who said travel ramai-ramai tak seronok? Ok je, tapi kene banyak give & take, toleransi, bekerjasama dan bersatu-padu dalam membuat sebarang keputusan. And also, someone has to take in-charge sometimes. Not everytime ok. Walaupun cuaca tak begitu baik, tapi semuanya berjalan dengan agak lancar. 

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli rombongan yang turut serta dalam misi 2 minggu ni dengan bergenang air mata kerinduan di antara satu sama lain. (baca: bukan kaki berangan okeh). Mereka yang turut serta separuh jalan, penuh jalan, tak dapat join tu aku ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi menahan sikap aku yang ntah-ntah pape ni. 

Special thanks to:
MasZuber, AnaZuber, Nazura, Masmz, Janggeltrekker, Coconutz, dan DanArif kerana menjayakan misi 2 minggu ni dengan penuh sukses! 

Sedikit teaser untuk semua... entry nantilah aku karang! Sedih sob sob sob sebab 3 entry yang dah aku karang hilang dek kerana hardisk buat hal. Damn it! 


























Till then.. wasalam.

Friday, March 8, 2013

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013 (MITBCA 2013)

Assalamualaikum!!! 

Tanpa banyak cakap lagi. Jutaan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi sudi mengundi (secara paksaan atau rela) blog Kaki Berangan yang telah dinobatkan sebagai Tourism Blog of the Year. Tak lupa kepada juri-juri yang sudi memilih blog aku yang biasa-biasa ni sebagai pemenang. Memang tak sangka! #drama. Terima kasih kepada kawan di Facebook, Forum dan teman-teman sepejabat yang sudi undi secara paksa rela. Kalian memang terbaek! 

Best ensemble untuk tahun ni memang untuk #Travelholicawesome. Terima kasih jugak kepada pengundi-pengundi yang sudi mengundi blog kawan-kawan aku jugak. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua. Kepada finalist, ayuh usaha lagi untuk tahun hadapan. InsyaALLAH. Tahniah kepada semua. 

Sekalung tahniah kepada penganjur Ministry of Tourism Malaysia dengan kerjasama Social Media Chambers Malaysia kerana berjaya menganjurkan acara ini buat tahun yang ke-2. Semoga majlis ini akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang. 

Untuk tahun ini, majlis Gala Dinner untuk menyampaikan anugerah telah berlangsung di KL Convention Centre.


Best Tourism Photography /Art Blog
Chawanna ( blueewoke09.blogspot.com )

Best Tourism Destination Blog
Biqque ( biqque.blogspot.com )

Best Tourism Culture Blog
MasMZ ( masmz.blogspot.com )

Best Tourism Blog Of The Year

Best Eco-Tourism Blog 

Best Tourism Micro Blogger Of The Year


Jom layan gambar-gambar sekitar malam Gala.












Kredit kepada Hang Dhamin





Kredit kepada Hang Dhamin


Kredit kepada Hang Dhamin





Till then... wasalam~