Assalamualaikum!!!
Pertama sekali marilah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar umat Islam di Palestin selamat dari bedilan laknatullah Yahudi. InsyaALLAH...
Jom aku mulakan dengan kisah percutian aku ni yang ke Jogjakarta. Aku beli tiket ni dah lama aku pun dah lupa bila tapi yang penting harga return ticket adalah hanya RM100. Murah giler babas okeh! Aku taktau la boleh dapat lagi tak harga macam ni. Kawan aku penah dapat tiket pegi balik ke Bali dengan hanya less than RM200. Aku teringin nak ke Bali untuk berbogel kat sana. Korang penah buat tak? Hahah matilahhhh statement berani mati.
Patutnya kami pergi berempat yakni aku, Janggeltrekker dan jugak Chawanna. Tapi disebabkan bermajikan yang bermasyarakat majmuk, maka Chawanna terpaksa backed-off sebab her other half terpaksa bekerja. Kesian jela yang aku mampu titipkan dari Jogjakarta untuk kalian bertiga. Bertabahlah.... there will be next time. Disebabkan mereka tarik diri, maka plan kami terpaksa berubah, hotel yang sudah dibooking terpaksa dicancel. Pastu pulakkan... gigihla aku duk e-mail balik supir tu ubah balik schedulenya. By the way, untuk 2 hari full kami amek supir dari Jogjakarta sendiri.
Untuk mengetahui list-list yang available kat sana korang boleh refer kat Jogjakarta Car Rental . Dari situ, korang boleh pilih dari senarai yang ada. Korang kene e-mail untuk mintak quotation dari dorang. Then, wait for them to reply. Aku ada hantar beberapa email mintak quotation dari supir-supir nih. Tapi yang berbalas hanyalah dari Lestari Car Rent. Klik Lestari Car Rent. Kat situ pun ada contact number dorang. Cut the story short, dorang quoted 900,000 rupiah untuk 2 hari full (car + driver + fuel). Kalo korang ramai lagi jimat kot. Since kami berdua, setiap seorang bayar half. For your info jugak, harga ni tidak termasuk parking dan jugak makanan untuk supir tau. So, kiranya apa yang kita makan, supir tu makan jugak. Aku taktau samada ni paling murah ke tak. Tapi antara sume supir-supir yang aku dah e-mailed, ternyata paling murah adalah dari Lestari Car Rental. Yang lain-lain sumenye quoted more than 1.5 juta rupiah!~ Cis! Tapi janganlah kata ni mahal sebabnya kalo nak lagi murah sila sewa kereta sahaja then drive sendiri kat sana which aku malas untuk berbuat demikian. Dengan sesat barat, keadaan trafik kat sana. Hanya tuhan sahaja yang tau. Better amek supir je senang.
Time aku pegi ke Jogjakarta ni, memang cuti panjang. Dengan cuti Deepavali dan jugak Awal Muharram. It was such a looooongggg week for Malaysia as well as Indonesia. For your info jugak, itinerary kami terpaksa jugak dirombak! Sebabnya AirAsia yang disayangi telah mendelaykan flight aku pada asalnya jam 7 pagi beranjak kepada pukul 11.50 pagi! Cam haram kan! Abes rosak plan aku.... terpaksa amek supir untuk the next day. Patutnya sampai-sampai je airport, supir akan terus menunggu kami. Bertabah jela... Maka, hotel pun terpaksa la berubah! Kebanyakan hotel yang murah serta berdekatan dengan Jalan Malioboro telah pun sold out! Nasib baik hotel yang Chawanna book tu ada kosong. Pejam mata jela....
Hari yang dinantikan pun telah tiba... aku gerak dari rumah lebih kurang jam 8 pagi. Nasib baik dah check-in so takpayah nak gelabah itik nak bergerak ke LCCT. By the way sekali lagi, aku tak sabar nak tunggu KLIA2 siap... boleh la fefeeling terbang dari real airport. Aku tengok LCCT tu dah macam stesen bas. Ntah-ntah stesen bas kat Pudu Central lagi cantik dan elok kot. EH? hahahah I need a real airport experience! What to do... nak naik Malaysia Airlines bukanlah anak jutawan. Nak sampai jutawan Hai-O jauh sekali. Maybe suatu hari nanti. InsyaALLAH... Sampai kat LCCT tu pulak, beratur bukan main panjang! Kaunter pun bukak skit je. Cam haram..... pastu ada pulak budak-budak sukan yang mengayuh basikal datang untuk check-in jugak. Diangkutnya sekali dengan basikal-basikal dorang yang sebanyak 14 bijik dan jugak beg-beg dorang sume tu. Bikin panas beb. Dah la ko datang lambat dah tu barang-barang pulak banyak. Memang aku hangin gakla! Pastu siap tak cukup berat luggage pulak! Pundek~ Orang lain dah merungut dah tanda lambat. Pastu barulah bukak kaunter lagi satu! Nak terlambat barulah terhegeh-hegeh. Hampeh....
Jomlah boarding.... aku tak sempat nak buat booking untuk makanan dalam flight. Now kene buat 24 hours sebelum berlepas. Terpaksalah beli dalam flight je. Mahal pun mahal ler sebab perut ni dah mengamuk since pagi tadi lagi.. Aku dapat seat last sekali so memang akan dapat makanan cepat! Yeayyy! Sebelah aku pulak ada sepasang makcik pakcik dari Indonesia. Curlastttt pakcik tu sebab pakai kopiah yang terpahat 1Malaysia. Ntah-ntah pemberian abang Najib. Kekeke. Flight mengambil masa kira-kira 2 jam 25 minit untuk sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisujitso. Betol ke ejaan ni? Macam ajinomoto je. Time kami sampai tu baru je hujan lebat reda. Terus keluar dari arrival hall untuk amek cab menuju ke POP! Hotels. Yelah... dah pukul 2 petang waktu tempatan. Harga tambang dari airport ke Jalan AM Sangaji jalan dimana hotel tersebut terletak ialah 70,000 rupiah. Sebuah van yang besar berwarna hitam. Sekali lagi taktau murah ke mahal... perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai. Jalan tak brape nak busy atau macet.
Sampailah kami di POP! Hotels hotel ni masih lagi baru dibuka.... so we expect a brand new stuff inside. Harga yang kami bayar untuk 1 malam twin beds adalah USD39/room. Okla kot termasuk breakfast dan ada free wifi sampai ke bilik. Untuk ke Jalan Malioboro hanya perlu berjalan kira-kira 10-15 minit sahaja.
![]() |
| Breakfast pada esok paginya |
Kalo sesiapa nak book hotel ni, make sure awal-awal tau. Aku aritu pun bernasib baik sebab dapat 1 bilik. Sebabnya selalu penuh. Overall, okla hotel ni. Tak terlalu mewah dan ok-ok je. Ada basic facilities. Yang penting internet wifi pun laju! TV pun ada macam-macam channels termasuk Starworld dan jugak HBO. Untuk ke Jalan Malioboro pun dekat je. Depan tu ada rumah makan Eny. Macam nama biras Biqque je nih! Hahaha.
Malam tu kami keluar ke Jalan Malioboro untuk usha-usha apa yang best kat situ disamping nak carik makan malam. Malam ni agak ramai orang... meriah jugaklah. Macam-macam jenis dijual yang paling utama ialah kain batik! Boleh dikatakan setiap kedai ada jual kain batik. Nasib baik jual kain batik, takdelah aku berminat sangat nak beli. Cuci-cuci mata bolehla kot. Kat sini gak ada banyak kereta kuda untuk sewa naik. Kalo mana-mana perempuan atau gadis-gadis atau anak tiri yang berminat nak jadik Cinderella dipersilakanlah. Jangan lupa lambai-lambai tau.. mana tau tersangkut jejaka Lombok kat situ. Kekeke...
Pastu kami singgah makan kat Lesehan Perjuangan Hidup. Macam gerai-gerai tepi jalan tu tapi konsepnya makan atas lantai. Epic sangat bagi aku yang selalu menggunakan sudu perak ketika berada dirumah! Hahaha. Macam-macam lesehan yang ada. Korang pilih jela. InsyaALLAH halal sebab dorang tulis Halal. Jangan tanya aku sure ke tak Halal. Aku sumpah korang jadik biawak nanti. Janji yakin dan tengok keadaan sekeliling ok ke tak. Aku just amek ayam bakar dan nasik putih. Ya ALLAH! Ayam bakar dia sedap gilerrr okehhhh! Memang taste aku ler. Pastu sambil makan-makan tu dihiburkan oleh penghibur jalanan. Aku sempat request lagi Mariah Carey. Tercirit dorang menyanyi! Hahahah....
| View dari tingkap bilik. Depan tu ada Rumah Makan ENY |
| Tanda jalan paling Femes kat Jogjakarta. Wajib amek gambar kat sini okeh! |
| Perhentian Bas. Unik! |
| Lesehan Perjuangan Hidup. Allahuakbar!!! |
Alamakkkk....aku tak cukup gambar lak pulak! Aku nak pegi makan colek kat gerai mek dekat umah aku ni! Nanti aku sambungla ye... dah lambat nih!
Till then... wasalam.
























