Tuesday, December 18, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Candi Borobudur

Assalamualaikum!!!

Bila kita bercakap pasal nak pegi bercuti ke Jogjakarta. Tempat yang paling femes yang wajib dilawati sudah semestinya Candi Borobudur. Memang plan asal aku dan Janggel nak pegi terjah Candi Borobudur time sunrise. Katanya paling cantik time tu ler. Malam sebelumnya, kami dah bagitau Pak Supir kami yang kami nak pegi tengok candi tu time sunrise. So, dia akan pick-up kami seawal jam 5 pagi. Tempat penginapan kami untuk malam sebelum tu ialah Rumah Boedi. Aku akan cerita dalam entry seterusnya. 

Gigih okeh malam tu tido awal sebab takut terbabas, tapi dah bagitau siap-siap receptionist supaya buat morning call seawal jam 4 pagi. Handphone si Janggel ni masih waktu Malaysia kalo tak silap aku. Pukul 2.30 pagi dah berbunyi suruh bangun. Ape kes awal giler nak bangun? Qiamullai? Hurm.. mimpi jela. Hahaha. Nasib baik aku tengok jam aku, aku cakap kat dia awal lagi dowh nak bangun. Terus sambung tido! Hahaha. Orang receptionist tu pun kejutkan kami dengan ketuk pintu. Bangun cuci muka, gosok gigi. Tak mandi pun later-later la kot. Mesti berpeluh punya nanti nak mendaki. 

Untuk melawat Candi Borobudur, mengikut kata Pak Supir kami, hanya boleh masuk melalui entrance dari Hotel Mahonara sahaja. Sebabnya hotel ni berada dalam kawasan Candi Borobudur ni. Kira lokasi hotel ni agak exclusive la kot. Kat receptionist counter Hotel Manohara tu, kene amek pakej Sunrise yang berharga 380,000 rupiah. Haaaa amek kau! Mahal nak mampos okeh! Kalo yang bukan sunrise yakni selepas jam 7 pagi tak silap aku, boleh masuk ikut entrance lagi satu. Aku lupa dah tapi entrance fee hanya 180,000 rupiah sahaja. Dek kerana nak jugak merasa sunrise view, maka pejam mata sajalah labu. Bila dah bayar tu, kita semua akan diberikan sehelai kain batik, lampu suluh dan tiket masuk. 



Actually, time kami sampai ni dah lebih kurang 5.45 pagi. Orang pun agak ramai duk daftar untuk sunrise package ni. So, amek masa gakla sebab kene isi borang bagai. 

Peringatan: Kalo korang dah nampak langit hari atau malam sebelum tu ibarat mendung dan awan tebal. Toksahlah berangan nak amek pakej sunrise ni. Sebabnya kebarangkalian nak tengok view yang awesome sangatlah tipis. Better amek pakej biasa je yakni bukan sunrise. Lagi murah dan tak bazir duit. 

Time ni aku tengok matahari dah nak terbit, tapi terlindung dek awan tebal. Aiseh man... camne ni? Lepas dah setel sume pendaftaran tu, terus bergegas jalan laju-laju ibarat nak masuk pertandingan sambil tertonggek bontot sebab nak kejar best moment. Katanyala... Jauh gak menapak dari Hotel Manohara ke pintu masuk Candi Borobudur tu. Adalah dalam 700 meter kene jalan kaki. Pelancong dari Jepun ramai yang kelihatan. 

Time ni lebih kurang jam 6 pagi. Dah cerah kan...

Bila dah sampai pintu masuk tu, ape lagi kan kene check dulu tiket masuk. Bila dah masuk tu, kene mendaki pulak hai... agak curam dan tinggi anak tangga tu. Bertabah jela. Peluh dingin membasahi dahiku yang licin. Jangan lupa kene pakai kain batik tu kat pinggang. Maybe sebagai simbol nak menghormati kuil penganut agama lain. Sama jugak untuk masjid, orang bukan muslim kene pakai menutup aurat. Aku bantai je pakai seluar pendek. Panas weh! Sebagai yang banyak dosa, memang selalu rasa panas ni. Takleh berpeluh skit. Hahaha. 

Sedikit info Candi Borobudur ni aku copy paste dari Janggel. Terima kasih... 

NOTA: Candi Borobudur diwartakan sebagai salah sebuah tapak tinggalan sejarah oleh UNESCO dan merupakan Candi Buddha yang terbesar di dunia. Ia mula dibina sekitar tahun 750 hingga 850 oleh pemerintah jawa ketika itu. Nama Bororbudur diambil sempena nama salah sebuah kampung berhampiran iaitu kampung Bore manakala Budur adalah Candi jadi ia membawa maksud Candi Bore. Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades 


Candi Borobudur ni memang salah satu impian aku nak jejak kaki. Alhamdulillah, dah sampai dah aku. Yahooo!!! Tapi mengah jugaklah sebab kene panjat tangga tinggi tu. Bila dah sampai puncak tu memang aku rasa dalam 70% adalah pelancong dari Jepun. Masing-masing penuh sabar menanti matahari terbit dari Timur. Tapi sayangnya matahari macam malu-malu kucing nak menonjolkan diri di sebalik awan tebal tu. Nampak muka-muka kecewa mereka termasuk aku sekali. Haii... dahla bayar mahal-mahal kan. Redho jela.. 






Bila dah sampai atas tu, mula la duk amek gambar. Klik-klik duk bunyi kamera tanpa henti. Ade certain view cantik gaklah. Tapi ultimate dream nak tengok sunrise tu tidak tercapai. Amek jela gambar. Posing sana, posing sini, camwhore, letak atas tripod dan segala-segalanya lah! Tapi ade tu macam dah kehabisan idea nak amek gambar dari angle mana dah. Yela, Candi Borobudur ni kan berbentuk simetri. Pegi utara, selatan, timur atau barat sama je bentuk dan binaannya. Aku pasrah maybe bukan rezeki kami. Kene buat trip repeat ke??? *pengsan*

Jomlah layan gambar...







Ade certain area di dalam kawasan candi ade beberapa info mengenai Candi Borobudur ni. Candi ni mengalami beberapa kali pengstrukturan semula dek kerana gempa bumi dan jugak letusan gunung berapi yang telah merosakkan binaan candi ni. Mengambil masa yang agak lama untuk pulih kepada sedia kala. Time aku datang ni, ada beberapa area yang masih lagi ditutup untuk kerja-kerja pemulihan. 








Lama gak kami duk berlegar atas tu, orang ramai mula masuk ke kawasan candi. Maybe it's time to get going... Aku pun dah melekit dah badan ni, rasa macam nak mandi je. Mula bergerak meninggalkan kawasan kompleks Candi Borobudur... 




Rupa candi Borobudur ketika pertama kali dijumpai yang tertimbus oleh lava atau debu gunung berapi


Kawasan Hotel Manohara


Ok dah tu je... nanti aku sambung pasal Rumah Boedi pulak ye. 

Till then..wasalam. 


Sunday, December 16, 2012

Photobook : Sydney has arrived!

Assalamualaikum!!!

Nak cerita kejadian semalam time aku pegi wedding kawan aku kat Tampin. Kan Tampin tu berdekatan dengan Alor Gajah, Melaka. Time on the way balik tu nampakla banyakkkkkkkk gerai-gerai orang jual durian kat tepi jalan tu. Duk tulis RM1/kilo. Mau tak juling mata kau melihatnya! So, sebab ape salahnya to give a try kan. Turunlah kami kat depan salah sebuah gerai yang banyak kat tepi jalan tu. Si apek tu cakap bukan main laju bla bla bla... dia kata RM1/kilo tu untuk yang jenis buruk dan lama punye. So ok fine. Yang jenis elok skit dalam RM8/kilo untuk durian jenis ape ntah. Ada yang harga dalam RM15/kilo, RM20/kilo bergantung kepada jenis. Yang jenis D24 dan Musang King confirm-confirm la mahal meletop kan! Tak semena-mena si apek ni pegi kopek durian 4kg beratnya yang taktau jenis ape whatsoever, time ni kami macam blur jugaklah. Ingatkan yang harga RM8/kilo. For me still okla kot. My friend did mention nak yang RM8 je tau. Pegi pulak kopek yang paling besar punye. Siot betol punye apek! Nak tak nak makan jela. Durian tu memang sesungguhnya sangat sedap! Memang aku tak nafikan... tapi bila nak bayar. Apek tu cakap RM60. Takke tergamam kau! Aku dah meletop dah kat situ. Kawan aku lagi 3 orang macam clueless sebab tak penah dengar makan durian sebijik RM60 hai. Ko mampoo??? Aku dah memang naik darah dah camtu. Dasar bangang pegi kopek tak tanya orang kenapa??? Muka apek tu actually dah pucat dah. Aku nak amuk lagi, tapi kawan aku cakap bayar jela. Hurm... rasa macam nak baling je duit depan muka dia tu. Dasar menipu! 

Moral of the story, jangan makan durian kat area Alor Gajah, Melaka, Makan je kat KL ni, harga tak banyak beza pun. Tak pun pegi makan buffet durian kat SS2 tu. Makan sampai pecah perut! 

Entry ni aku nak cite my latest photobook collection. Sydney ler uols! Lama aku peram ni, dari 10 kupon aku beli, ni aku guna yang pertama. Takde mood weh nak buat straight on the go. Busy dengan keje pun tak abes-abes. 

My tips: make sure gambar kita amek tu size pixels cukup besar untuk dibuat photobook. Baru hasilnya marveles! Ni buat dengan company Photobook Malaysia. Puas hati. 

Layan gambar jela ek... 












Till then...wasalam. 


Wednesday, December 12, 2012

Big Bad Wolf Books 2012

Assalamualaikum!!!

Minat membaca buku? Minat untuk mengumpul buku untuk disimpan di atas rak agar nampak lebih educated? Haaa... korang jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pesta buku Big Bad Wolf yang sedang berlangsung sekarang sehingga 23 December 2012 nanti. Lama lagi tu... harap duit gaji korang still banyak okeh! 


Aku pegi lepas balik dari Annual Dinner company aku kat Mandarin Oriental Hotel. Balik umah dalam pukul 1 pagi camtu. Sebab pikir dorang bukak tak tutup-tutup untuk 63 jam yang pertama, maka aku dengan gigihnya pegi angkut Fatt yang katanya tak tido lagi. Hahaha mula-mula tu bila sampai kat sana tak ramai orang. Amek kau! Penuh okeh hall pameran tu jam 2.30 pagi! Hahahah barisan untuk membuat bayaran pun super panjang! Ape lagi kan.. terus bergegas pegi section Travel. Tapi seems like banyak buku dah abes dowh... aku suspek Chawanna dah rembat awal-awal sebab dia pegi jam 7 pagi hari pertama! Damn it! Hahaha Next year, aku nak terpacak awal-awal lagi. Buku travel tak banyak jenis yang menarik minat aku.

Macam-macam jenis buku yang ada. Kalo sesiapa yang jenis minat buku cerita, lagi laaa heaven! Ada yang harga RM8 je untuk1 buku. Korang bacalah sampai muntah! Jangan lupa bawak beg troli okeh! Senang nak tarik-tarik buku yang nak dibeli. Aku aritu lupa nak bawak beg. Rebeh bahu aku duk pegang buku yang berat-berat. Buku jenis hardcover memang berbaloi untuk dibeli sebab murahhh!!!!!! Kalo kat luar aku bajet more than RM100 untuk 1 buku. 



Banyak jugaklah la kot buku-buku yang aku rembat. Ada buku travel, buku biografi, buku cerita, buku merepek. Saje nak start kumpul buku. Pasni bila dah ada rumah sendiri, aku nak ruangan membaca. Penuhkan 1 almari nanti yang aku nak beli kat Ikea. Haaa...nampak berilmiah skit. InsyaALLAH aku akan belek-belek nanti. Takdelah duk tersimpan je kan. Jemput korang~ Hahaha

Buku ni dah banyak abes untuk title negara yang popular. Aku speku Abbaz yang amek banyak! Hahah

Tak jumpa Volume 1. Ke mana perginya~



Motif beli? Hahahah saje kata sedara rapat~ Hahah

Buku kisah pengembaraan




Buku penuh gambar! I loike these!!! 



Untuk bacaan sendiri yang taktau bila akan khatam. 

Ok dah tu je... selamat malam semua!


Monday, December 10, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Candi Arjuna, Dieng Plateau

Assalamualaikum!!!

Tanpa lengahkan masa, ayuh aku sambung kisah aku bercuti ke Jogjakarta tempoh hari. Aku pun dah takde nak ada mood nak update blog. Akan ku cuba sekali boleh untuk update. Takmo tertunggak entry-entry aku nih. Huhuhu.... 

Untuk membaca entry yang lepas-lepas boleh refer ke older posts yang sebelumnya. Selepas dah puas meronda di kawasan Kawah Sikidang, kami ada lagi satu tempat yang tinggal untuk dilawati yakni Candi Arjuna. Terletak tidak jauh dari lokasi Kawah Sikidang ni. Time ni dah lebih kurang jam 4 petang macam tu lah lebih kurang. Orang pun makin ramai beransur pulang. Supir kami park kereta dikawasan yang dibenarkan. Jom ronda-ronda la jawabnya. Since tiket dah termasuk time nak masuk Kawah Sikidang, ok part ni aku mintak maaf sebab betol-betol dah lupa time bila beli tiket. Tapi tak mahal, jangan risau. 

Turun je kereta tu, udara memang nyaman abeslah. Sejuk je petang-petang gini untuk bersiar-siar. Orang pun tak brape ramai yang kebanyakkannya adalah orang tempatan. 

Kawasan parking kereta

View dari kawasan parking kereta. Kabus pun ada. 

Bunga Morning Glory atau Seri Pagi sangat bersepah sepanjang perjalanan. Besar-besar pulak tu

Walkway menuju ke Candi Arjuna. Kira-kira 500 meter jugak. 

Sedikit sejarah mengenai Candi Arjuna:

Kompleks Candi Arjuna merupakan salah satu kuil Hindu pada zaman dahulu yang telah wujud kira-kira seribu tahun dahulu yang masih lagi berdiri megah di Dieng Plateau. Di kawasan kompleks ini terdapat beberapa lagi candi yang lain seperti Candi Srikandi, Candi Puntadewa dan Candi Sembadra yang terletak di bahagian timur dan barat Candi Arjuna. 

Kompleks Candi ini dijumpai buat pertama kalinya oleh seorang berbangsa Inggeris iaitu Van Kinsbergen pada tahun 1814. Berbeza dengan candi-candi yang lain yang mana dijumpai tertimbus dilapisan bawah tanah, tetapi candi-candi di Tanah Tinggi Dieng ni dijumpai teremdam di dalam kawasan air. Proses pengeringan kawasan dilakukan mulai 40 tahun kemudian. Tidak siapa yang tahu akan nama sebenar untuk candi-candi di kawasan kompleks ini yang mana kemudiannya penduduk setempat memberikan nama untuk candi-candi ini berdasarkan nama-nama tokoh yang terkenal oleh penduduk tempatan. 

Keindahan kompleks ini yang dihiasi oleh pepohonan cemara dan bunga-bunga disekitarnya telah menjadikan suasana amat damai dan tenang. Dari kawasan kompleks tu akan terlihat kepulan asap putih yang muncul dari gunung berapi yang berada di kawasan sekitar Dieng Plateau. 

Megikut sejarah, Kompleks Candi Arjuna merupakan candi hindu tertua di Pulau Jawa yang dibangunkan kira-kira tahun 809 Masihi dan tempat pemujaan Dewa Siwa. Hal ini terlihat dari adanya Lingga dan Yoni di dalam candi utama, serta arca Dewi Durga, Ganesha, dan Agastya di relung-relung bangunannya. Namun arca-arca ini sekarang ditempatkan di dalam Museum Kaliasa, tidak jauh dari bangunan candi. Secara arsitektur, Candi Arjuna masih dipengaruhi oleh budaya India yang sangat kental. Bentuknya mirip dengan candi di India selatan yang disebut Wimana. Sementara itu Candi Semar kemungkinan besar mengambil bentuk mandapa, yang menjadi bagian dari candi di India, sebagai tempat untuk para peziarah dan festival.

Tidak banyak relief yang ditemukan di kompleks candi ini. Hanya ada relief yang menggambarkan ketiga Dewa Trimurti yaitu Siwa, Wisnu dan Brahma, yang semakin memperkuat bukti bahwa candi ini adalah candi Hindu. Namun anehnya, relief ini tidak dipahatkan pada candi utama. Penggambaran ketiga dewa ini terdapat pada dinding-dinding Candi Srikandi. Sementara dinding candi-candi lainnya nampak polos. Tidak ada satupun dari 12 prasasti yang ditemukan menjelaskan mengenai hal ini. Hanya ada hiasan Kala di pintu masuk candi serta relung tempat arca-arca disemayamkan. 










Time tengah duk ronda-ronda kawasan sekitar yang tak brape nak besar tu, ada pulak maskot Teletubbies yang ramai orang duk bergilir-gilir untuk amek gambar. Hehehe. first time ni jumpa live! hahah mula-mula malu gak nak tanya. Tapi sebab gigil-gigil nak amek gambar jugak, kami tanya kat orang yang jaga tu. Brape bayaran yang dikenakan untuk amek gambar bersama Teletubbies. Bayarannya hanya 5,000 rupiah untuk 2 kali klik. Hurm... murahla kot. Kesian gak dalam maskot tu mesti panas duk dalam kostum tuh kan. So, kami amek untuk 4 shots. Hehehe. 



Untuk membuktikan kawasan Dieng Plateau ni memang sejuk... korang tengok gambar kat bawah ni. Taknak kalah beb! Hahaha... kalah aku yang pakai t-shirts bodo je nih. 

Jaket berbulu bagai haaaaa... ko mampoo?? Hahaha 

Bila dah abes ronda-ronda, jomlah kita balik kan... badan pun dah penat. Kat kawasan parking tu terdapat surau disediakan. So, kami solat dulu jama' dan qasar siap-siap. Jauh perjalanan kami ni nak menuju ke kawasan Borobudur. Destinasi kami yang terakhir untuk bermalam kat situ. 

Surau


Jom balikkkk!!!! Sepanjang perjalanan hujan turun renyai-renyai plus kabus pun agak tebal. 


Malam tu kami singgah makan bakso di kawasan Candi Borobudur sebelum check-in di Rumah Boedi, Borobudur. Aku sambung di entry seterusnya. 

Till then...wasalam.