Wednesday, May 8, 2013

Hong Kong 2013 : Part 1 - Aku Kembali!

Assalamualaikum!!!

Ye! Kali ni aku datang kali sejak kunjungan terakhir aku Mei 2010. Titik tolak aku start mula travel. I've come a long way since then. Walaupun cover negara-negara Asia je dulu, tapi aku puas hati. Sebabnya aku dapat travel! Hahah Alhamdulillah murah rezeki. Memang target aku kalo dah start keje nak travel as much as possible. Walaupun bagi orang lain better simpan duit beli rumah or kawen. But for me, I only live once... why not try to make as good as I want? Lain orang, lain pendapat.

Actually, trip ni dah lama plan. Tiket pun agak murah hanya RM140/sehala termasuk airport tax. Semuanya berlaku secara spontan. Ye ke spontan? Menipu sangat kan.. padahal dah plan lama. Hahaha. Tapi kebetulan AirAsia ada buat sales apekebendentahnya. So, geng asal adalah aku, Dan Arif, Maszuber dan diikuti oleh adik dan kawan Maszuber. So, kami akan berlima ler kiranya. Masing-masing dah excited walaupun still lambat lagi. Takpe, kene plan cepat-cepat sebabnya Hong Kong ni kan serba mahal. Kalo boleh accommodation ni nak dapat murah dan lokasi dia terbaek. If not, harga memang mahal. Yela, kata trip yang bajet. Tapi kalo aku selalunya bajet ke? Ahaks!

Anyway, plan demi plan dirancangkan. Since aku penah datang sebelum ni, aku try nak cover area-area lain yang dulu aku tak sempat datang. Tapi aku bersama dengan kawan-kawan yang belom pernah sampai sini. There's no harm for me to visit the same place again. 1 je, harap cuaca elok. Setiap perjalanan kita mesti berharap takde pape yang berlaku plus dikurniakan cuaca yang elok sepanjang trip ni. InsyaALLAH.

Hari yang dinantikan telah kunjung tiba tanggal 20 April 2013, penerbangan kami AK 1648 menuju ke Hong Kong. Kali ni agak senang hati untuk travel sebabnya cuti dah diapproved dengan jayanya oleh bos aku yang terpaksa ke Timor Leste next weeknya. Hehehe hari mengundi pun lepas aku balik dah. Adik-beradik sudah diwarning supaya jangan bagitau mummy and daddy pasal trip ni. Amboiiii mummy daddy ni tak menahan! Walhal duk kampung je. Tapi trip ni dukacitanya Dan Arif tak dapat turut serta atas komitmen kerja. Maka, hanya kami berempat je proceed with this trip. The show must go on babe. It's an expensive hobby! Maka menangis tersedu-sedanlah MasZuber di kaki lima LCCT hari tu. Puas duk pujuk supaya naik kapal terbang pagi tuh. *pasrah* 



This time, aku dapat duduk tepi tingkap! Yes! Kalo flight siang memang kalo boleh sememangnya aku nak duk tepi tingkap. Nak tengok view dari luar tingkap katanya! Kalo flight malam aku tak kisah sangat... lagipun aku bukan jenis suka kencing nak pegi toilet tatkala naik kapal terbang. Sungguh aku tak faham perangai manusia tak reti nak membuang air kumbahan tu siap-siap sebelom boarding tu. Dalam kapal terbang jugak nak membuang. Tapi whatever... usus dan pundi kencing masing-masing. 


Flight hari tu suprisingly tenang dan aman damai. Walaupun aku tau hanya aku dan kawan-kawan je melayu dalam perut ikan paus tuh. Takde bunyik bising-bising duk borak-borak. Nasik lemak pak nasser pun memang terasa sangat fresh! Lazat hingga menjilat sudu garpu lah orang kata. Ini turut diakui sendiri oleh ahli rombongan aku. Alhamdulillah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong antara airport yang paling sibuk di dunia lebih kurang jam 5.45 petang waktu tempatan. Tiada beza jam antara Malaysia dan Hong Kong, so tak perlu nak betolkan jam tangan masing-masing. 

Sebelum mereka mereka dan mereka bertanya lanjut, nak masuk ke Hong Kong TIDAK memerlukan VISA. Hanya perlu isi arrival card yang akan diberikan oleh steward/stewardess sahaja. Imigresen dorang pun takdelah banyak kerenah sangat. Makanan apa korang nak bawak seperti brahims, sambal ikan bilis, tuna, sardin, periuk nasik pun boleh! For this trip, kami bawak sambal ikan bilis kering, tuna magic, brahims jenama tesco, megi. Tu jela kot yang aku ingat. Harap-harap tak kelaparanlah kami sepanjang trip nih. 


Dah keluar dari arrival hall tu, terus mencari exit untuk amek bas ke Kowloon disebabkan kami akan stay di area Tsim Tsa Tsui. Ada dua cara bagaimana nak pegi ke Kowloon. Samada nak naik bas ataupun airport express (ala-ala ERL). 

Untuk info mengenai 

1. Airport express and related pass please refer ---> HERE

2. Octopus card please refer ---> HERE

Disebabkan aku penah try guna airport express punye pass untuk 3 hari, dan aku merasakan tak berapa nak berbaloi since aku guna pun takdelah kerap sangat turun naik MTR dorang ni. So, aku pilih untuk guna Octopus Card je. Octopus card ni macam kad Touch & Go kalo kat Malaysia nih. Kat mana nak beli Octopus Card ni? Tak susah pun.. just pegi ke kaunter customer service MTR di airport express station lepas keluar dari arrival hall. Just follow signboard yang ada logo train. Dah sampai tu, kene tau nak kene beli kad untuk dewasa atau kanak-kanak. Since masing-masing dah besar panjang, maka belikan untuk orang dewasa (adults) yang berharga HKD150. Dalam HKD150 (Refundable deposit: HKD50, Value inside the card: HKD100). Kalo ikut bajet aku yang awal HKD100 memang cukup untuk pusing Hong Kong kira-kira 3 hingga 4 hari. Bergantung ke mana korang nanti akan terjah dan kekerapan guna Octopus Card ni. Octopus card ni memang berguna sebab boleh guna untuk naik MTR, tram, bas dan feri, pastu boleh guna pulak untuk beli groceries kat 7-eleven! Bagus dok? 




Dah lepas beli Octopus Card untuk setiap seorang, apa lagi pegi tunggu bas la pulakkan. Dari kaunter customer service tu, just follow signboard ke tempat bas. Kat sini ada banyak bas yang akan menuju ke destinasi yang berlainan. Kekerapan adalah sangat tinggi! Tak perlu risau kalo terlepas bas. Since kami menuju ke Tsim Tsa Tsui (TST), maka kene amek bas yang bernombor A21 (Citybus) dengan tambang sebanyak HKD33/pax. Kat sinilah bergunanya Octopus Card ni sebab just perlu sentuh kat mesin. Kalo tidak, kene sediakan duit cukup-cukup HKD33. Kalo kasik duit besar, alamatnya takde dapat baki balik. Sendiri faham? 




Ayuh... bas dah sampai. Bas ni dua tingkat dan ada FREE WIFI! Takke heaven macam tuh? Hahahaha bolehla bazirkan sementara menunggu nak sampai ke destinasi yang sepatutnya. Duk tingkat atas dan paling depan. Haaa amek ko. Kalo eksiden, ko mati tercampak dulukan. Tapi yang penting agak syiokkk sebab dapat tengok view. Free wifi all the way.... Perjalanan lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Bergantung kepada trafik. So far perjalanan kami smooth je. Takde tersangkut dalam jammed je ape. Nak turun kat mana tak perlu risau, sebab akan ada papan tanda LED dalam bahasa cina dan jugak english. Just kene alert kat mana nak turun. Tu je. Untuk turun di TST, kene turun stop kat No.13 di Nathan Road since hostel kami berdekatan dengan stop no.13. 








Sepanjang di Hong Kong untuk 5 hari 4 malam, aku dah booked Kowloon New Hostel di Mirador Mansion. Hanya lebih kurang 150 meter dari Chungkin Mansion. Tak susah nak carik pun sebab ada papan tanda tulis Mirador Mansion depan pintu masuk. Just kene alert je. Compare antara Mirador Mansion dengan Chungkin Mansions, kat Mirador Mansion lebih tenang. Time nak check-in tu macam ada salah faham skit dengan pihak hostel. Dahla dorang tak balas emel aku berkaitan dengan cancellation yang aku buat tu. Agak naik hantu gakla aku time tuh. Akhirnya dorang kasik 2 bilik untuk kami yakni setiap bilik boleh muat 3 orang. Maka aku akan stay sorang je dalam bilik 3 orang tu sepanjang kat Hong Kong ni. Takpelah... janji aku bayar harga untuk 1 pax bukan untuk 3 pax. Harga untuk 4 malam menginap di sini ialah HKD689/pax ataupun HKD172/night. Actually agak mahal, tapi nak buat macam mana kan. Bayar jela. 


Pada mulanya aku ingatkan hostel aku ni memang kat Mirador Mansion, tapi rupanya di Chungking Mansions. Kenelah berjalan ke Chungking Mansions pulak. Rupanya dorang ni under 1 group yang menguruskan hostel di sekitar kawasan TST ni. Jangan risau. Walaupun time nak masuk ke Chungking Mansions tu agak scary, tapi buat bodo jela. So far, takde pape yang berlaku. Hostel kami terletak kat level 16. Paling atas katanya. Walaupun dari kawasan sekitar sebelom masuk hostel nampak macam scary, tapi bila masuk kawasan hostel tu memang bersih dan tak berbau busuk pun. Masuk bilik pulak walla! Katil pulak dari ikea. Awesome. Walaupun agak sempit tapi bersih. Cuma toilet dia memang giler babeng sempit. Nak berak duduk pun giler payah sebab tersangkut lutut dengan pintu toilet. Macam mana tuh? Hahahah. 







Dah setel check-in semuanya..., kami bersiap-sedia untuk keluar jejalan di sekitar Avenue of Stars sebab nak tengok lampu-lampi di kawasan Victoria Harbour. Kalo nak catch show Symphony of Lights, kene ada kat sana jam 8 malam. Tapi time kami sampai tuh show tu dah abes, just tengok-tengok kawasan sekeliling jela sambil amek gambar. Malam ni orang pun agak ramai. Maybe sebab weekend. Cuaca tak panas. Berangin lembut. Just pusing-pusing kawasan sekeliling. Cuaca pun agak berkabus. Kiranya langit tak berapa nak clear malam ni. Redha. Lupa nak bagitau, macam mana nak pegi Avenue of Stars ni? Kalo dari Chungkin Mansion punya pintu masuk, just belok kiri. Jalan terus dan akan ada signboard yang menuju ke sana. Kene jalan skit lebih kurang 10 hingga 15 minit. 








Dari Avenue of Stars, kami bergerak menuju ke Mongkok sebab disitu terletaknya Ladies Market ataupun Ladies Street. Tempat shopping ler apa lagi kan. Tapi pegi ni just nak usha-usha je. Takmo shopping lagi. Tambang MTR dari TST ke Mongkok adalah HKD4.90/pax. Kat Mongkok Station ni ada banyak exit. Kene tau which exit should we take. Supaya tak perlu berjalan jauh untuk sampai ke Ladies Market nih. Aku dah lupa which exit yang menuju ke Ladies Market. Nanti pandai-pandailah Google sendiri. Nak senang, just refer kat signboard exit yang bersepah dalam stesen MTR tu untuk tau ke mana hala tuju kita. 

Tengok Line kaler Merah. 

Time kami sampai ni, dah almost 11 malam. Kedai-kedai pun dah banyak berkemas-kemas barang jualan untuk tutup kedai. Redha. Tapi keadaan masih lagi meriah dengan orang ramai dan jugak lampu yang berwarna-warni. Pusing-pusing kawasan sekeliling dan tengok barang-barang yang dorang duk jual. Bila masing-masing dah letih, menuju pulang ke sarang. Naik balik MTR ke TST dengan tambang HKD4.40/pax. Nak terus sampai ke depan Chungking Mansion. Terus amek exit E. Walla terus sampai depan dan kene lintas jalan. Tak susah bukan? 

Malam tu, sebelum naik semula ke hostel. Singgah beli nasik putih kosong dalam Chungking Mansions tu untuk makan malam. Dalam bangunan Chungkin Mansions ni banyak makanan halal yang dijual, tak perlu risau kalo lapar. Hanya perlu sediakan duit sahaja. Harga 1 bekas polistrin nasik putih adalah HKD15/bungkus. Giler mahal tak? Tapi mamak tu memang isi penuh-penuh bekas polistrin tu dan siap tolong panaskan lagi nasik tuh. Hahaha...makan bersama sambal ikan bilis kurniaan Kak Coco. Sedap dan pedas! 

Malam tu tido lena... akibat kepenatan. 

Dah panjang ni... cukuplah dulu ye. 

Till then.. wasalam! 

Monday, May 6, 2013

Teaser: 2 Weeks to be Remembered!

Assalamualaikum!!! 

I'm backkk! 2 minggu yang penuh cabaran, gelak-ketawa, susah-senang dan at the end, we have survived! Alhamdulillah... 

First time travel secara berjemaah dalam group yang aku rasa agak besar bagi diri aku sendiri. Travel secara DIY pulak tu. Selalunya kalo travel berjemaah ni, kurang-kurang amek ground package je. Tapi this time, we planned it on our own. Macam-macam halangan dan dugaan berlaku dalam siri jelajah selama 2 minggu ni. Dari ahli rombongan tak dapat cuti, tiket ketapi abes, naik ketapi kelas ke-3, kene tipu oleh driver teksi, lebihan luggage yang tak terduga dan macam-macam lagi lah! 

Anyway, I enjoyed till the last moment we were together. Who said travel ramai-ramai tak seronok? Ok je, tapi kene banyak give & take, toleransi, bekerjasama dan bersatu-padu dalam membuat sebarang keputusan. And also, someone has to take in-charge sometimes. Not everytime ok. Walaupun cuaca tak begitu baik, tapi semuanya berjalan dengan agak lancar. 

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli rombongan yang turut serta dalam misi 2 minggu ni dengan bergenang air mata kerinduan di antara satu sama lain. (baca: bukan kaki berangan okeh). Mereka yang turut serta separuh jalan, penuh jalan, tak dapat join tu aku ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi menahan sikap aku yang ntah-ntah pape ni. 

Special thanks to:
MasZuber, AnaZuber, Nazura, Masmz, Janggeltrekker, Coconutz, dan DanArif kerana menjayakan misi 2 minggu ni dengan penuh sukses! 

Sedikit teaser untuk semua... entry nantilah aku karang! Sedih sob sob sob sebab 3 entry yang dah aku karang hilang dek kerana hardisk buat hal. Damn it! 


























Till then.. wasalam.

Thursday, May 2, 2013

Photobook : Seoul has arrived!

Hello!!! 

Mari sini tengok dekat-dekat koleksi terbaru photobook aku yang dibuat khas untuk trip aku pada tahun 2011 iaitu Seoul, Korea Selatan! Lama betol baru aku buat... actually dah lama siap. Aku simpan dulu entry ni sebab kang nanti takde modal lak nak buat entry untuk korang semua. 

Untuk trip Seoul ni, agak lama masa yang aku amek untuk pilih gambar untuk letak sebagai cover kali ni. Taktau nak pilih yang untuk jadikan cover tu nampak stunning! Akhirnya cover yang dibawah ni aku pilih. Cukup puas hati dengan hasil printing dan warna dari Photobook Malaysia . Photobook ni memang menjadi kesayangan aku sebab hasil kerja dan idea kreatif (kalo ada laa.. ) aku ni sendiri banggakan. (perasan sendiri...). Korang sendiri takmo try buat ke? 

Takmo cakap lebih-lebih... ayuh layan~ 














Till then... goodluckkk!