Thursday, July 4, 2013

Guilin, China : Part 1 - Perjalanan ke Guilin & Wada Hostel!

Bersambung dari SINI 


Dah abes pusing WOW sebelum ni, actually aku dan Masmz sempat lagi terjah ke Louhu sebab nak temankan Masmz untuk shopping barang-barang terakhir beliau. Harap-harap sempat. Time ni sempatlah rembat bag luggage untuk bawak pulang. Banyak gaklah Masmz ni beli hasil hasutan aku dan jugak nafsu shopping dia sendiri. Hiks. Sabar jela... lama giler kitaorang duk bertapa kat sebuah kedai ni. Duk bargain lagi tu yang kadang-kadang amek masa. Kitaorang blah tu memang 70% kedai dah tutup.... dan salesgirls tu siap ikut aku dan Masmz balik ke hostel lagi. Apa yang terjadi? Aku malas nak type part tu. Biasalah rahsia. Hiks. Nak tergelak pun ada dek kegigihan salesgirls. Degil taknak dengar cakap aku, dan taknak tunggu esok! Nasib baik muka comel macam Seo Hyun ahli member Girl's Generation. Hahaha. 



***************


Esoknya, actually kitaorang sempat lagi pegi ke Louhu untuk shopping-shopping kali terakhir.. Haaa brape banyak kali terakhir pun aku taktaulah. Memang kali ni sangat epic! Tapi semalam before gerak ke WOW, kitaorang berjaya dapatkan tiket sleeper bus menuju ke Guilin. Our next destinastion. Our first option ialah nak beli tiket train. Ingatkan nak beli 2 hari awal, masih lagi available. Tapi, nasib kitaorang agak malang, semua tiket untuk Guilin on the date that we want memang semuanya sold out! Macam mana kami tau dah sold out? Sebabnya owner kepada hostel kami tu tolong checkkan terus online samada tiket masih lagi available ke tak. Semua date dia check dari setiap stesen yang ada. The only option yang ada kalo gigih sangat nak naik train adalah the next day which for us was totally a no-no. Nak tak nak... kenela beli tiket bas. Kalo ikutkan owner hostel tu gak, tiket bus pun dah banyak sold out. Adoyaiiii.... macam mana ni??? Dahla tiket bas tu takleh beli kat Louhu Station. Kene pegi ke another station yang tak jauh dari hostel kami ni. Masing-masing dah gelabah anjing dah ni. Ok macam ni, kita pegi dulu ke Louhu Station. Tanya samada tiket train atau bas masih lagi ada ke tak. Huhuhu.... 

Mula-mula tu pegi ke train station, tanya macam ayam itik. Tapi nasi baik dorang faham. Tapi seperti yang dijangka, memang tiket dah totally sold out. Hurm.... hampa. Terus pegi ke stesen bas lak kat Louhu tu yang. Ada sorang minah cina tu approach kami nak pegi mana. Bagitau la dia nak beli tiket bas ke Guilin. Dia gigih tolong bawakkan ke tempat tiket. Bila-bila kaunter, nasib baik tiket masih lagi available. Alhamdulillah.... thanks to her. Tiket untuk ke Guilin yakni sleeper bus adalah berharga 240 yuan/pax untuk perjalanan more than 10 hours. Haaa.... macam mana nak cakap tu? Honestly, aku dah lupa brape lak harga tiket untuk train. Rasanya sedikit murah. Bergantung kepada class yang dipilih. 

Untuk macam mana nak check harga tiket train dan jugak jadual boleh rujuk ke laman web di bawah: -


Bagi pelancong asing macam kami ni, kalo nak beli tiket train, make sure bawak passport masing-masing sebabnya di tiket nanti akan diletakkan details passport kita bersama. Pastu, kalo nak beli tiket ke sesuatu destinasi seperti kitaorang ni dari Shenzen ke Guilin. Kalo beli kene beli atleast 5 - 8 hari awal dari tarikh berlepas untuk mengelakkan kekecewaan seperti kami ni haaa... Aku ingatkan bukan musim peak season. Jangkaan aku salah. Yela, rakyat China ni more than 1 billion. Kene la compete dengan dorang. Kalo lambat, confirm terlepas peluang. 

Ok bersambung pasal harga tiket sleeper bas tadi tu. Nak tak nak kitaorang kene amek gak. Tapi aku try bargain. Apa lagi gunala kehenseman aku yang tak seberapa ni untuk menggoda makcik tiket tu mintak diskaun.  Gesel-gesel skit, dia pun kasiklah diskaun jadik harga tiket tu 220 yuan sorang. Jadikla kan... dari takde diskaun langsung. Hahahah happy jap bila memikirkan insiden tu. Terus dorang yang lain kata makcik tu mak ayam aku.  Motif?? Hahahah sengals. 



Esoknya... pagi tu kitaorang terjah semula ke Louhu Commercial Centre sebabnya nak shopping lagi korang hoiiii! Ada kawan kitaorang tu siap nak amek tempahan baju yang dah buat. Untuk raya katanya! Gigih tak kat situ. Lagipun bas kitaorang akan bertolak jam 6.30 petang nanti. So, ada banyak masa lagi la... Nak berjalan amek angin? Takde maknanya!!! Saat-saat ni memang diabeskan untuk shopping segala duit yang ada ni. Tak ingat diri nih! Walhal lama lagi nak bertapa kat China ni. Sabor jela... Dah abes dan penat shopping, kitaorang balik semula ke hostel. Dah check-out pagi-pagi lagi. Tinggal bag yang berat-berat kat situ je. Balik semula untuk solat dan makan lunch ringan-ringan sebelum bertolak ke stesen bas. 

Ok... aku rasa panjang pulak aku membebel dalam entry kali ni. Haishhh!!! Bas tu actually beberapa kali delay tapi takdelah lama sangat dalam sejam lebih camtu. Akhirnya kami dibawa untuk naik sleeper bas. Tapi sebelum nak naik bas tu. Maszuber dah hilangkan tiket! Takke gelabah beruk time tu??? Dah la nak naik bas ni. Maunya dorang mintak, tak ke Guilin la kitaorang nanti. Muka sorang-sorang dah pucat lesi. Tapi aku try jugak bagitau orang tiket tu, yang tiket kitaorang dah misplaced. Haaaa.... nasib baik dia kasik naik.  Alhamdulillah... Ni adalah first time naik sleeper bas. Agak terkujat gakla sebab sebelum naik bas tu kene tanggalkan kasut. Sempit hoii aku cakap! Overalla, masing-masing tido lena dalam bas tu walaupun sempit. 



Selepas melalui perjalanan yang agak lama more than 10 hours, alhamdulillah kami selamat sampai ke Guilin. Lebih kurang jam 7 pagi. Aku dah print siap-siap direction menuju ke Wada Hostel, Guilin dan aku booked hostel ni via online lebih kurang more than 4 months before our trip ni. Dah baca review semuanya high rating. Plus, harganya amat-amat murah! Amek 4-bed dorms yang berharga 36 yuan/pax. Takke terkujat tu murah benor regenya? 

Okeh, sebelum nak sampai ke hostel ni. Actually, kalo ikutkan the actual direction ni dari Guilin Bus Station. Aku ingatkan bas ni memang berhenti kat Guilin Bus Station. TETAPI! Rupanya tidak ye... aku pun taktau mana dorang humbankan kami. Berjalan ke sana ke mari tanpa hala tuju. Hanya orang lalu lalang semuanya taktau kat mana lokasi hostel tu. Duk berjalan ke kiri kanan tanpa arah tujuan. Nak amek teksi masing-masing macam taktau. Dahla masing-masing penatkan... taktau laaa nak kata apa dah. Ikut kata hati je seret kaki dengan bag masing-masing. 

Tapi tiba-tiba ada sorang mamat bermotor ni, macam berniat baik nak tolong bawak kami ke hostel kami. Katanya dia tau. So, kitaorang just follow dia lebih kurang more than 1 more hour la duk berjalan sambil seret bag troli dengan bagpack lagi tu toksah cakap la. Duk lalu pasar basah lagi, anjing berkeliarang ni. Adoyaiiii dugaan betol kali ni. Hampir putus asa dah masing-masing. Time macam gini, boleh bawak gadoh antara satu sama lain. Ok semua kene sabar..... 

Akhirnya.... kami sampailah ke tempat yang dituju! Alhamdulillah sangat-sangat! Rasa nak buat sujud syukur atas jalan yang berdebu time tu gak! Dan dan nak ucapkan terima kasih kepada mamat bermotor tu. Ingatkan dia tolong ikhlas. Rupanya TIDAK! Siap mintak tips lagi ok. Dia nak tak silap aku 100 yuan. Pegi mampos! Aku dah naik darah dah. Memikirkan di tempat orang ni, eloklah aku jaga diri. Aku just kasik 20 yuan je then blah dari situ. Muka dia macam tak puas hati. Tapi lantaklah! Ada siput babi disebalik mee wantan rupanya! 

Ok... berlalu dengan penuh kecewa dek kene tipu, penat dan taktau nak kata apa dah.... Nasib baik boleh terus check-in walaupun time tu masih lagi awal dalam pukul 9.30 pagi camtu. Bolehla kitaorang berehat dulu sementelah menunggi ketibaan para ahli rombongan lain yakni Janggeltrekker, Kak Coco dan jugak Dan Arif dari Kuala Lumpur. 

Jom layan gambar di sekitar Wada Hostel. 


actually aku suka katil jenis bunkbed dia sebab di setiap katil ada langsir untuk privasi masing-masing



reception

eh, ada banyak bendera la... ni adalah loker 


ruangan lepak-lepak dan beramas-mesra

boardgames kalo berminat nak main 

hallway menuju ke bilik masing-masing

Kat sinilah akhirnya kitaorang berjaya access Facebook! Sebabnya pihak hostel ni dah guna proxy dan ip address berlainan. So, bolehla bukak FB dan jugak blogspot. Dapat gak berhubung dengan ahli-ahli Travelholicawesome yang lain-lain. Pekerja dorang pun memang fasih berbahasa Inggeris. Don't worry. 

Akhirnya dapat gak berehat atas katil yang empuk! Tak lama selepas tu, ketibaan mereka yang lain di tiba dengan jayanya. Happy kot nampak dorang sampai! Dapat gak kongsi kesusahan bersama. Hiks. 

Kasik dorang check-in dulu kasik hilang penat. Lebih kurang jam 1 petang, kitaorang keluar untuk jejalan ataupun meneroka Guilin. Takleh buang masa sangat sebab tak panjang jangkamasa berada di Guilin ni. 

Untuk membaca kisah ketibaan mereka boleh klik link bawah ni:

a) Janggeltrekker ---> Kisah Mereka di Guilin
b) Kak Coco ---> Kisah Mereka jugak di Guilin

Tapi sebelum pape yang berlaku, kitaorang kene beli dulu tiket train menuju ke Nanning. Dah tanya kat receptionist tu macam mana nak pegi ke train station. Dia bekalkan 1 map yang lengkap dengan tourist attraction, bas route dan main points. Dari Wada Hostel ni, kitaorang hanya perlu lebih kurang 500 meter menuju ke train station. Kalo nak naik bas pun boleh takde masalah. Kekerapan adalah tinggi. So, no worries. Tambang hanyalah 1 yuan seorang. Murah kan? 

suka dia dapat jumpa buah hati


Perjalanan train dari Guilin ke Nanning akan mengambil masa kira-kira 6 jam. So, takdelah lama sangat. Since most of us takde banyak duit yuan mana yang tinggal,  masing-masing agreed untuk amek normal seats yang berharga 65 yuan/pax. Ok.. this time aku ingatkan normal seat macam dalam train KTM kat Malaysia ni. Takde masalah la kot since 6 jam je. 

Sambungannya nanti... aku cite. 

Tapi sebelum nak beli tiket tu, macam mana nak beli tiket. Papan tanda semuanya dalam bahasa cina! Tapi jangan risau, just approach kat kaunter informasi dan bagitau destinasi kita. Nanti tuju jela ke nombor kaunter yang sepatutnya. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Tiket sudah dibeli.... dan ke mana kita? By the way, jangan lupa kasik passport masing-masing ye untuk beli tiket tu. 


Ok dah panjang ni.... nanti aku sambung la ye... yang penting kitaorang naik bas no.3 menuju ke 1 destinasi yang berharga 1 yuan...






Ok dah... nanti sambung!

Till then...bye! 

Tuesday, July 2, 2013

Review : QuaySide Hotel Melaka

First time! 

Haaa... first time aku dapat emel dari pihak sebuah hotel kat Melaka suruh buat review pasal hotel mereka yang baru je bukak. Katanya sebuah boutique hotel. Special thanks to Mr. Stuart Dalrymple sebab sudi menjemput aku ke sana selepas beberapa tarikh aku tunda dek kerana kerja dan komitmen lain. So, last weekend aku berjaya ke sana sambil heret sama Janggeltrekker. 

Ni pun first time aku nak pegi atau menginap kat hotel jenis butik ni. Yela, sebelum ni penah duk hotel yang tak brape nak membutik sangat pun. Why not sambut invitation untuk buat review hotel ni dengan tangan terbuka. Alhamdulillah rejeki... 

Istimewanya QuaySide Hotel Melaka ni ialah kerana pada asalnya bangunannya adalah sebuah gudang ataupun warehouse yang dah diolah menjadi sebuah 3-stars boutique hotel. Untuk melihat websitenya boleh rujuk ---> QuaySide Hotel Melaka

This is my first time, i hope i will give my best to review this hotel even though I think I may not good as others. 

1. Mengenai QuaySide Hotel Melaka
~Merupakan sebuah hotel butik yang diubahsuai daripada sebuah gudang menjadi sebuah hotel yang bertaraf 3-bintang yang terletak di tengah-tengah Melaka Bandaraya Bersejarah dan jugak di tebing sungai  Melaka. Jujurnya, hotel ni memang betol-betol dekat dengan pelbagai tourist attraction seperti Bangunan Stadhuys, Jonker Walk, A'Famosa, the newly opened Hard Rock Cafe Melaka dan lain-lain lagi~





  
2. Ruang pendaftaran, lobi dan kawasan parking (The Receptionist, Lobby and Parking)
~Time aku sampai di kawasan hotel lebih kurang jam 11 pagi, time ni boleh dikatakan peak hour untuk kawasan Melaka ni tambahan pulak ni weekend. So, must expect the crowd will be huge. Been informed by Mr. Stuart that the parking might not be available if we reach there in the afternoon. Ada kawasan parking bersebelahan dengan balai polis Melaka dengan bayaran untuk per entry adalah RM2 ataupun RM10/night~

~Tiba masanya untuk check-in, aku honestly agak terkejut bagaimana sebuah gudang lama diolah menjadi sebuah hotel butik yang bagi aku agak menarik. Hiasan dalaman yang tidak begitu menyemakkan dan nampak cozy. Ruangan lobi yang agak luas dan selesa. The receptionist on that day was a young guy who was really nice and friendly~


baru sahaja dirasmikan pada 24 Jun 2013 yang lepas

lobi

pandangan dari bahagian atas


3. Bilik yang disediakan (The Rooms)
Terdapat 4 jenis bilik yang disediakan antaranya ialah Superior, Premium, Suite dan jugak Family Suite.         Klik ---> ROOMS for more info. Terdapat dua jenis view yang boleh dipilih samada river view ataupun street view. Personally, the best option is river view with balcony. 

I was lucky enough to be given a Mawar Suite located on the top floor facing the Melaka River. Honestly, I would say this room is quite big complete with all the basic furnitures that we always saw in a normal hotel rooms such as bedside tables, work-table, wardrobe. Tak lupa wifi di setiap bilik dan lobby. Agak laju ye... itu adalah amat penting bagi zaman sekarang untuk setiap hotel mempunyai free wifi yang laju. 

Mawar Suite mempunyai: 


  • River View
  • Air Conditioning
  • Ergonomic Desk Chair
  • Custom Edison Vintage Lamps
  • Lounge Chair
  • Samsung LCD TV with local & 5 cable channels
  • Non-Smoking
  • King Bed with both soft & firm pillows.
  • Coffee, Tea & Jug
  • Hairdryer upon request
  • Iron/board upon request
  • Bathroom Slippers
  • Bathroom Robe
  • Mini fridge
  • Avalon & Gray bathroom amenities
  • Touch-on door access security card
  • FREE WiFi Internet (in-room & lobby)
  • 24-hour reception
  • 24-hour security patrol & CCTV
  • Safety Box
Oh mai... bila duk terlentang atas katil, tilam dan bantal dia sangat lembut! Haishh... takmau keluar pegi mana-mana gamaknya. Bilik air dia pulak memang jenis yang suka. Luas dan modern style. Ada see-thru ruangan untuk shower. Seksi gitew. Hahaha. 








view dari bilik Mawar Suite


lampu ni sangat unik!

4. Sarapan pagi (Breakfast)
~Sarapan pagi diberi secara percuma atau complimentary to all hotel guests. Sarapan disediakan di Halia Inc. sebuah coffee house yang terletak bersebelahan hotel ini. Rekaan dalaman Halia  Inc ni boleh dikatakan seakan-akan Plan B Cafe bagi sesiapa yang penah pegi. Pendapat aku sendiri, aku suka konsep macam ni sebab tak serabut dan nampak relax. Keluasan cafe ini sendiri boleh memuatkan kira-kira 150 - 200 orang pada satu-satu masa~

~Seleksi sarapan pagi adalah ok bagi aku. Terdiri daripada nasi dan mihun goreng, scrabble egg with variety of breads, bubur nasi, roti canai, baked beans, dan jugak buah-buahan dan kuih muih.~











5. Tempat-tempat menarik di sekitar The QuaySide Hotel Melaka
Dari hotel ni, aku boleh katakan antara hotel yang betol-betol dekat dengan jam besar kaler merah kat Melaka tu. Hanya terletak lebih kurang 150 meter untuk ke jam besar, The Hard Rock Cafe Melaka, Jonker Walk dan jugak Melaka River Cruise tak lupa Cendol Jam Besar yang terkenal tuh.  Jom pekena dulu 2 mangkuk! 








6. Maklumat lanjut:
Alamat: No.1 Jalan Merdeka
QuaySide Heritage Centre
Bandar Hilir, 75000 Melaka

Tel: +06 284 1001 

Fax: +06 284 1002
Emel: hello@quaysidehotel.com.my

Untuk penutup, aku nak ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Mr. Stuart dan jugak kakitangan The QuaySide Hotel Melaka atas layanan yang diberikan and i hope the best of luck to you guys in your business. Sebarang kekurangan diatas review ini harap dimaafkan. 

Till then...bye!