Friday, October 19, 2012

Melawat Ipoh, Perak : Pasar Karat

Assalamualaikum!!! 

Sejak dua menjak ni, musim hujan tiba dikala waktu petang-petang nak masuk Maghrib. Hujan rahmat turun ni bukan calang-calang hujan. Hampir lumpuh bandaraya Kuala Lumpur, terima kasih kepada Terowong SMART yang telah beberapa kali menyelamatkan Kuala Lumpur dari tenggelam. Tapi disebabkan itu, masih lagi ada ummah yang tak reti bersyukur berkata apa gunanya SMART nih kalo kesesakkan jalan raya masih lagi tidak dapat diatasi. Bangang tak? Mari kita sama-sama fikirkan... 

Okeh, dah abes luahan hati aku. Saje je bosan. Sesekali kita berborak tang isu sesama adalah lebih baik dari duk bercakap pasal travel je tak? Hehehe. Cite kali ni berkisar tentang trip tak plan aku ke Ipoh time cuti Hari Malaysia (16 September) tempoh hari. Sepatutnya, aku plan nak balik kampung sebab ada hal. Yela, majikan aku kasik replacement leave pada hari Selasa tu. Meaning aku ada hari... Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Wohoooo!!!! Kalo pegi Hong Kong untuk shopping-shopping pun best jugak. Tapi apakan daya, duit poket time tu tak brape nak ada. So, aku duk melangut jela kat rumah. Tetapi, time ni masih berbelah bahagi sebabnya MasMZ dan Byya ajak pegi Ipoh sebab dorang ada plan baekkk punye nak cari 1 tempat rahsia! Yang orang lain pun taktau! Aku ni dah la malas-malas skit. Dorang kata, amek je ETS terus ke Ipoh. Tak lama pun perjalanan dalam 2.5 jam je dari KL Sentral. 

Pagi Sabtu tu, aku terus singgah kejap kat KL Sentral tengok tiket ETS masih lagi ada ke tak untuk ke Ipoh. Maybe dorang duk berdoa supaya aku datang jugak, maka adalah tiket untuk aku yang berharga RM25/pax untuk silver class. Bertolak dari KL Sentral jam 9.00pm. Balik rumah sempat singgah kenduri dulu. Lebih kurang jam 8 malam, aku bergerak pegi ke KL Sentral naik LRT. Alhamdulillah....perjalanan smooth je. Actually, ETS ni keretapi laju ataupun elektrik yang menghubungkan Ipoh terus ke KL Sentral. Ada beberapa stops di sepanjang perjalanan. Keadaan gerabak adalah bersih, dan luas leg-room. Plus, sejuk! Hehehe. Tepat jam 11.30 pm aku selamat tiba di stesen ketapi Ipoh! 

Antara speed paling laju yang sempat aku perasan. Takdelah laju macam Shinkasen kat Jepun sana. 


Stops yang ada....

Dah sampai tu, pegi makan malam tu. Ya Allah! Sangatlah tak sihatnyaa.... huhuhu tapi sebab perut dah lapar makan jela nasik goreng pattaya. Malam tu tido lena sebab esoknya kene bangun pagi-pagi sebab Masmz kata nak pegi Pasar Karat kat Ipoh. Harus ingat esoknya adalah hari Ahad...

*********************

Janji tinggal janji... kalo tak silap aku hujan malam semalam. So, aktiviti kami untuk bergerak awal pagi dalam pukul 7 pagi hanyalah tinggal janji dalam selimut. So, kami tunggu MasZuber tiba dari Sri Iskandar sebelum bergerak menuju ke Pasar Karat untuk jejalan dan mengambil gambar. Time kami sampai ni dalam lebih kurang jam 10.30 pagi kot. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Time ni ade dah kedai yang dah nak tutup gerai masing-masing. Cuaca semakin panas. Aku pun dah start berpeluh. Cis! Owh ya, lokasi pasar ni adalah di kawasan "Memory Lane" kat Ipoh. 

Kepada sesiapa yang berminat akan barangan antik, kat sini adalah sesuai untuk mencari barangan yang lama-lama untuk dibuat koleksi. Aku tak minat sangat...just suka amek gambar benda-benda yang menarik. Ayuh kita layan gambar ape yang sempat aku tangkap itu hari...



Rumah siapa ada lagi telefon jenis macam nih? Klasik Mak Enon!

Aku suka kipas angin jenis macam ni sebab berbilah besi.Kalo pakai kat rumah, sejukkk je sebab laju!





Anak siapalah yang penah menetek pakai botol susu jenis kaca nih! Berat woooo....


Van Scooby-Doo! 

Bila dah puas pusing-pusing kawasan sekitar, kami mula bergerak meninggalkan tempat tersebut. Panas beb... aku ni kan putera lilin. Mana boleh duk bawak panas lama-lama. Nanti adalah makhluk cakap.. "neraka lagi panas" *ouchhh* Hahaha... 

Lepas ni kami akan ke suatu tempat yang best! Jarang dilawati oleh orang ramai. Ntah-ntah ramai yang taktau? Sama-sama kita nantikan....

Till then...wasalam. 


Wednesday, October 17, 2012

Photobook : New Zealand has arrived!

Assalamualaikum!!!

Nothing much to share. Just nak tunjuk photobook New Zealand aku dah siap! Hahah. Lama okeh aku tunggu sebab aku hantar 1 buku kemudian hantar lagi 1 buku. Kali ni aku buat photobook dari company Photobookmart . Aku beli kupon ataupun promo voucher dari Living Social. Boleh tengok link website kat tepi side bar aku kat bawah. Aritu aku beli 3 vouchers. 2 jenis dari debossed hardcover dan lagi 1 ialah imagewrap hardcover. Time ni first time nak mencuba buat photobook. So, taktau nak kata dari segi kualiti service, hasil buku dan macam-macam lagi. 

Macam biasalakan, kalo dari company yang berlainan kita kene download their own software untuk buat photobook ni sebelum hantar untuk production. Tapi yang aku tak brape nak puas hati bila tiba hari untuk aku hantar photobook yang dah siap susun untuk production. At first, the process is quite smooth. Then, bila tiba time nak buat bayaran kos penghantaran, website dorang ni ade error. Meaning tak link kepada server payment. Let's say... server kad kredit bla bla bla... So, aku terpaksa e-mail balik dorang macam mana nak buat payment kalo ada error kat server. I asked my FB friend, Kak Cinderella who faced the same problem before. She told me what the sales person told her on what to do. Bla bla bla... What we need to is just make the payment manually, and need to remember the order number. How leceh is that??? Then, e-mail back to them and noted that the payment has been made. Tapi seriously guys, this company need to upgrade their payment system. Worst! Ok...not that worst. It's just so damn annoying and wasting time. Lepas aku dah buat payment sume tu, dorang takdelak nak hantar follow up payment saying that your order is in process whatsoever. Senyapppp je macam tu. Tup tup.. like after 1 week plus, the photobook showed up! 

Bila penantian telah berakhir, tentula kita happy kan. Tapi hasilnya not as good as from Photobook Malaysia. I did my India photobook from them. The result was awesome and the quality of printing is so damn good! Tapi kualiti warna dari Photobookmart ni, sangatlah tak cantik. Awan biruku ada tompok-tompok putih yang nampak cacat bila tengok balik. Plus, kualiti kertas pun tak brape nak cantik. I don't know.. maybe it's because of my eyes or something else. Tapi sesungguhnya, agak terkilan but still bearable. In the future, I won't order my photobook from them anymore. But I do have another one from them. Just submitted last weekend. That one is my Krabi trip. *sigh*

Jom tengok hasilnya... jangan tertipu dengan gambar kat bawah ni sebab aku dah edit skit. Hehehe. 

Lain kali, aku akan beli jenis imagewrap sahaja! Much better!














Ok guys... tepuk dada tanya hati masing-masing. Think before you buy the vouchers!

Thank you. Till then...wasalam.


Monday, October 15, 2012

#Travelholicawesome : Redang Island (Finale)

Assalamualaikum!!! 

Gigih aku type entry ni. Ingatkan boleh drag-drag sampai akhir bulan. Tapi apakan daya...percutian kami ni hanyalah 3h2m sahaja. Maybe tahun depan boleh buat lagi? Ke Pulau Perhentian pun macam best. Kawan aku yang baru pegi last week, katanya best bangat! Dapat tengok orang putih duk berbogel kat sana. Orang kita bila lagi? Hahah. Jom pegi nakkk? 

Anyway, hari ke-3 kami di Pulau Redang. Pukul 11 pagi nanti akan naik bot menuju ke Jeti Merang semula. Pagi tu bangun breakfast agak awal... macam biasa makan sampai kenyang pastu sambung borak lagi sampai pukul 9 pagi. Langit mendung ada petanda nak hujan. Pagi tu jam 8 malam, Pa'e mengucapkan selamat bye bye kepada kami dulu sebab dia kene kejar bas pukul 12 tengah hari tu untuk balik semula ke Johor Bharu. Kang terlepas bas, sape susah? Dia.... jugak kan. Terima kasih sebab joined trip kami. Hope you have best moments. Maafkan kami kalo ada terkurang-terlebih. Nice to know you. 

Dan dan tu dalam lebih kurang pukul 10 pagi, hujan dah mula turun renyai-renyai. Orang penjaga Redang Kalong tu suruh kami semua naik bot cepat-cepat sebelum laut bergelora dan hujan lebat. Kang karam? Nauzubillah... aku tak kawen lagi nih! Hahaha. Alhamdulillah... kami selamat sampai di Jeti Merang. Cuaca kembali cerah. Maybe Redang Kalong meratapi pemergian kami sekumpulan. Semoga berjumpa lagi di tahun yang tak mungkin kita ketahui. InsyaALLAH. Sampai je jeti, masing-masing dalam kepala otak duk pikir nak beli souvenirs yang ada dijual kat gerai-gerai. Aku sempat beli fridge magnets bentuk penyu. How bout that??? Hahah. Comel-comel je dah la macam-macam kaler. Tak sempat nak distribute lagi kepada teman-teman rapat. Asyik terlupa je. Camne? Nanti datang redeem dengan aku ye. Ada yang beli t-shirts, tapi sebab aku tak bawak cukup cash, terpaksa let go tshirts I Love Redang. Hurm... tak terkilan sangat sebab dalam Malaysia je kan. Gitewww....boleh tak? Hahah. 

Pagi tu gak ade makcik jual keropok lekor goreng. Sempat beli nak makan dalam van nanti. Makan panas-panas bestt woooo... aku tak tipu. Penuh mulut makan keropok lekor yang penuh rasa ikan. Protein banyak okeh! Tak lupa kepada kolestrol jugak. Hehehe. Van bergerak menuju ke Kuala Terengganu semula. Tapi sebelum tu kami singgah dulu di sebuah kedai menjual keropok lekor untuk bawak balik ke Kuala Lumpur. Sekali lagi aku tak beli pape, sebabnya motif sangat nak beli keropok lekor tapi takde peti ais nak simpan. How bou that??? Haha. Redho jela tengok orang lain beli berpuluh-puluh ringgit bawak balik. Sorang pun takde jemput aku datang rumah merasa keropok lekor. How bout that??? Hahaha. #dendam




#Untungla Chawanna sebab anak dia ada pencicah brand sendiri. 


Lepas dah semua settled dengan beli keropok lekor, kami mintak driver van kami tu singgah dulu kat Pasar Payang. Beg-beg kami semua letak kat office dorang berdekatan dengan Pasar Payang. Kami diberi masa sehingga pukul 2 petang untuk beli pape barang-barang yang kami nak. Ni pun first time aku jejak kami kat Pasar Payang. Menarik sangat ke? Ada sama macam Pasar Siti Khatijah di Kota Bharu? Time ni panas kembali... Agak terik gak lah. 

Kami berpecah...  ada yang ke kanan ada yang ke kiri. Byya dan Lily kalo tak silap pegi carik cyber cafe sebab Byya terlupa nak print boarding pass beliau. Kami lak just jejalan dalam bangunan tu nak tengok ape yang menarik. Kat Terengganu ni kan femes dengan batik dan songket. So, of the most shops are selling these things. Ternampak pulak kain sampin yang Yusri pakai time kawen dengan Lisa Surihani tu. Harga dia RM2,500 tau! Perghhh! Pengsan. Ada gak yang Cawan nampak harganya RM6,500. How bout that??? Aku berniat nak pakai samping yang berharga RM2,500 jela time aku kawen nanti. InsyaALLAH semoga niat aku untuk membazir tercapai. Bila dah kawen, terus gadai sampin buat belanja rumah. Hahah. 

Bila dah semua kata mahal-mahal ni, yela kami yang tak brape nak berduit ni tengok jela. Ada gak nama kain batik ada brand Datin Style. Hahah. Tan Sri Coco jela layan pakai kot. Bila dah penah berjalan tu, kami singgah makan jap kat food court yang ada kat bahagian atas tu.. Lepaskan penat lelah semua. Biqque dan Dan Arif sempat beli serunding nak bawak pegi overseas.. Nasib baik murah. Baru aku tau mahal rupanya serunding ni tau. Selalunya mama aku je yang tolong belikan. Heheh. Janggel lak sempat beli kipas untuk bawak pegi negara Matahari Terbit sebagai souvenirs orang kat sana. 




Tapai yang hanya sebenar ibu jari aku yang berharga 50sen. Mahalnyaaaaaa!!!!






Lepas masing-masing dah puas hati ronda-ronda Pasar Payang, it's time to go back to get our bags. Sebelum kami terus pegi ke airport, kami request kat driver van tu suruh bawak kami pegi ke ICT. Korang jangan ingat ICT kat Shah Alam je ade. Kat Kuala Terengganu pun ada tau! Mula-mula tu ingatkan apekehal nak pegi ICT time panas-panas nih? Rupanya ICT = Ikan Celup Tepung! Hahaha. Cam harammmm! Hahaha. Gelak kami dalam van tuh! Kedai makan yang menjual seafoods goreng berasaskan celupan tepung! Lokasi kedai ni terletak betol-betol belakang airport. Tempat ni agak femes, so locals should now the direction better. Nasib baik time kami sampai tu tak brape nak ramai orang. Makanlah kami amek sendiri... Ada amek ketam, sotong, ikan, keropok. Ada gak meehoon goreng sume tu. Masing-masing makan agak rakus. Tak pandang kiri kanan dah. Janji licin! Konsepnya hingga menjilat jari! Harganya ikut harga pasaran but still quite reasonable.








Then, lepas dah setel makan kami mengucapkan selamat tinggal kepada Tan Sri Coco, Maszuber dan adik-adik dia sebab dorang balik lambat lagi dari kami. Kami yang lain akan naik flight petang nanti jam 6 petang tak silap. So, kami berpisah di ICT. Semoga ketemu di KL ye. Tak jauh nak sampai airport less than 5 minutes gitew je. Lawa sungguh airport kat Kuala Terengganu ni ye, macam sebuah istana lama yang besar! Lagipun dorang ada buat untuk direct dari KT ke Jeddah untuk musim haji. No wonder... Tapi sumpah macam ada ciri-ciri Malaysia kat situ. Lupa nak snap gambar. 




Dah setel check-in tu kami pegi solat dulu kat surau. Katanya flight delay 30minit. Okla tu still bearable. MasMZ dan Dan Arif pegi merayap dulu kat Taman Tamadun Islam sebab flight dorang naik MAS malam karang. Cis! 

Papepun, terima kasih kepada semua ahli #Travelholicawesome yang turut sama menjayakan trip 3h2m di Pulau Redang. Best bangattttt!!!! 


Till then...wasalam.