Thursday, April 18, 2013

Singapore 2D1N : Part 6 - Henderson Wave Bridge "Walkway"

Assalamualaikum!!!

Keesokan paginya... keheningan pagi dikejutkan oleh bunyi kemas-mengemas a few penghuni kat Blissful Loft maybe dorang kene gerak awal menuju ke airport. Since benda tu takde jadik masalah.. sambung tido. ZzZzZzzZ....

Bangun awal lebih kurang 7 pagi macam tu, penghuni yang lain-lain masih lagi nyenyak duk tido. Dahla dalam dorm tu gelap je adalah sedikit cahaya samar-samar datang menerjah dorm aku tuh.. Since, orang lain masih lagi tido, segala pergerakan haruslah kalo boleh tak menimbulkan bunyi bising. Hormatilah penghuni lain jugak ye dok? 

Dah bersiap-siap tu, owner hostel tu suh kami makan breakfast yang disediakan. Nothing much it's just toast, tea and coffee. Amek dan buat sendiri. Ada strawberry jam, peanut butter and butter. More than enough for me yang jarang makan breakfast. Hahah.. 

Lebih kurang pukul 8 pagi macam tu, kami check-out dan tinggalkan backpacks kami kat receptionist. Dorang kasik free storage sementara kami keluar jejalan dulu. Nak balik terus pun tak boleh since aku punye flight Tiger Airways untuk hari tu adalah petang. Pukul 6 petang tak silap aku. So, kami adalah lebih kurang half a day untuk jejalan lagi. Harap-harap hari takmau hujan. Heheheh. 

Ayuh jejalan! Destinasi yang pertama untuk pagi yang begitu indah ni ialah Henderson Waves. Actually, aku taktau pun apekebende Henderson Waves ni. Nak pegi tengok ombak kat pantai ke ape? Hahaha... ni semua idea Janggel. Ikut jela... Macam mana nak ke sana? Tak susah pun... ayuh aku bagitau korang dengan gembiranya! Dari station Clarke Quay, naik train yang menuju je Harbourfront. Hanya terletak beberapa station saje. Kiranya dalam line yang sama. Tak perlu tranfer train lain. Dari exit station Harbourfront, korang kene berjalan skit menuju ke terminal bas yang terletak lebih kurang 200 meter macam tu. Dari situ, korang kene naik jejantas menuju ke seberang jalan. Kat bawah jejantas tu ada 1 bus stop. Tunggu bas yang bernombor 131 dan turun di Henderson Road. If not, just bagitau je driver bas tu. Ape susahkan? By the way, tambang bas hanya 98 sen seorang. Kiranya 10 minit perjalanan. 

Pemandangan dari atas jejantas. Yang berbumbung coklat tu adalah terminal bas. Kene seberang jalan ke sebelah kiri. 



Apakah The Henderson Wave Bridge "Walkway" yang aku maksudkan? Ni haaa sedikit info yang aku cilok dari Google. 

Henderson Waves is a 274-metre (899 ft) long pedestrian bridge. At 36 metres (118 ft) above Henderson Road, it is the highest pedestrian bridge in Singapore. It connects Mount Faber Park and Telok Blangah Hill Park. It was designed by IJP Corporation, London, and RSP Architects Planners and Engineers (PTE) ltd Singapore.
The bridge has a wave-form made up of seven undulating curved steel ribs that alternately rise over and under its deck. The curved ribs form alcoves that function as shelters with seats within. Slats of yellow balau wood, an all-weather timber found in Southeast Asia, are used in the decking. The wave-forms are lit with LED lamps at night from 7pm to 2am daily.
Two inclined decks extend the bridge at both ends, linking it with existing pathways and plazas. The full length of the bridge runs close to 284 meters, and the difference in elevation between springing and landing is equal to the full height of a seven-story housing block.
The design concept of Henderson Waves is based on a folded three-dimensional surface-form created by means of simple mathematics. The architect of the project used proprietary mathematical techniques to define its form simply and rigorously. Hence the form bends, undulates, and ascends by twenty-one meters in one movement; in the process it also deforms to provide adequate egress, sloping, shelter, and scenic viewing to pedestrians and cyclists.

For more info... korang boleh klik ----> SINI
Apa lagi... jom layan gambar okeyyy!
View dari perhentian bas. 



Lepas mendaki anak tangga yang agak tinggi tu, kene jalan skit lagi mendaki bukit..


Hari kami datang tu ada treasure hunt competition. Ramai gak orang.





view dari Henderson Wave Bridge


Perasaan aku time duk atas tu? Ada sedikit gayat... tapi best sebabnya berangin plus jambatan ni macam beranyun skit. Hahaha... ramai jugak orang jogging dan family bawak anak-anak berjalan. Nyaman! Kalo datang malam pun agak cantik, sebabnya ada lampu di sekeliling jambatan.
Kalo ada masa, jangan lupa datang! 
Jom blahhh... hari makin panas nih! 
Bye!!!

Wednesday, April 17, 2013

Singapore 2D1N : Part 5 - Blissful Loft, Hong Kong Street (Clarke Quay)

Assalamualaikum!!! 

Sebelum aku terlupa. Nak cerita pasal accommodation aku ketika berada di Singapore untuk 2D1N ni. Bila teringatkan ni trip yang pendek, aku pun gigihla carik accommodation yang aku rasa murah dan dekat dengan MRT Station. Takmolah tragedi dulu pegi Singapore kene menapak bapak jauh dari MRT Station ke hostel terbabit. So, this time aku memang pastikan hostel tu dekat dengan MRT Station. 

Kebanyakkan hostel backpackers di sekitar Singapore ni harga rate untuk 1 malam tak banyak beza antara satu sama lain. Tetapi bagi hostel yang berada betol-betol tengah city centre adalah sedikit mahal lebih kurang dalam SGD3 - 4 dari hostel yang berada jauh dari city centre. Tapi this time aku pilih yang dekat dengan city centre. 

Aku teringatkan 1 hostel yang penah aku menginap tahun 2009 dulu yakni Rucksack Inn yang terletak di Hong Kong Street gak. Memang aku rasa sangat convenient sebab dekat dengan exit A MRT Clarke Quay Station dan jugak Central Mall. Kawasan sekitar adalah bersih dan tak sibuk. Berkenaan hostel Rucksack Inn ni memang aku suka sebab memang rasa selesa dan harga pun berpatutan. Memang dapat very good reviews from other tourists. Dorang ni memang dah ade 3 cawangan di Singapore. Harga sedikit mahal berbanding yang lain. Yela, dah banyak memang awards dan memang dah established kat Singapore ni. So, this time, aku tak menginap kat sini. 




Kat mana aku menginap? Kat sebelah Rucksack Inn jugak... nama hostel ni ialah Blissful Loft



Aku booked melalui Hostelbookers Singapore . Nak book melalui website hostel tu sendiri pun boleh. Takde masalah. Harga untuk mixed dorm adalah SGD26/pax

Kami mula check-in lebih kurang jam 2 petang macam tu. Takdelah sesat barat mana sebab aku penah datang kat area ni dulu. Kene naik tangga la jugak lebih sebab hostel ni terletak di tingkat 2. Ok takpe janji sampai. Masuk check-in dorang akan mintak passport. Hostel ni, owner dia adalah seorang ah soo dan suaminya. Time kami check-in ni memang sunyi takde penghuni lain. Maybe keluar merayap kot. *bersangka baik*. Kami amek dorm je yang ada 10 bunk beds! Kiranya ada 20 orang ler nanti! Tapi kata ah soo tu, hostel tu tak penuh pun plus ada banyak katil kosong. Ada jugak female only dormitory kalo anda segan bersama lelaki. 







Bila diamati seluruh kawasan hostel Blissful Loft ni, memang sebijik sejibun macam Rucksack Inn! Hahaha.. dari segi susun atur kaunter reception, katil, locker, dapur dan jugak bentuk bilik air! Memang sama! Kaler dinding pun sama yakni warna merah! Hahaha. Ok takde hal yang tu. Cuma 1 je, towel kalo nak guna kene sewa dengan bayaran hanya SGD2/piece. Since, aku tak bawk tuala langsung terpaksa la sewa. 





Antara benda-benda lain yang dorang kasik adalah free wifi, free pc available, breakfast, linen, blanket, freeflow tea and coffee, other tourist info, maps, tour arrange and etc. Kiranya okla not bad gak duk sini. 

Ok dah aku tak reti nak review lebih-lebih. Layan gambar jela ye~ 

Till then.. wasalam! 

Monday, April 15, 2013

Singapore 2D1N : Part 4 - Night view from Marina Bay Sands Skypark, The Supertree Grove & Murtabak Zam Zam!

Hellooo!!! 

Untuk entry kali ni...biarlah gambar-gambar berbicara sendiri. Nothing much to type, but more to share all these pictures. Enjoy! 


The Esplanade






The Flower Dome & The Cloud Forest

The Singapore Flyer









Bila dah badan terlalu penat dan lapar, kami teruskan perjalanan ke Restoran Zam Zam untuk pekene murtabak yang katanya terlalu femes tuh. Ayuh kita! Aku paling suka murtabak daging dia. Murtabak ayam dia aku rasa kureng skit. Ada 3 size yang berlainan iaitu kecil, medium dan besar. Kami amek medium je, tu pun tak abes sebab tamak punye pasal. Huhuhu. 


Murtabak Daging

Murtabak Ayam

Ok dah tu je... bye! 

Friday, April 12, 2013

Singapore 2D1N : Part 3 - Marina Bay Sands Skypark & The Supertree Grove at the Gardens by the Bay

Assalamualaikum!!! 

Actually, cerita aku ni macam dah melompat skit sebabnya aku terlupa nak masukkan gambar accommodation aku untuk trip aku ni. Takpe, nanti aku letak dalam next entry kalo rajin. 

Masuk check-in di Blissful Loft, Clarke Quay lebih kurang jam 2 petang after kami balik makan tengah hari kat restoran Hj. Maimunah tu. Memang panas abes nih sebab berpeluh, masuk terus berehat atas katil dan segarkan diri. Kami janji nak kuar balik lebih kurang jam 4 petang. Sempatlah kiranya nak take a nap barang sejam dua. Solat siap-siap sebelum kuar. Senang.. nanti bila kuar, malam barunya balik nanti. 

Tapi... langit tak selalunya cerah. Lebih kurang masuk waktu asar macam tu hujan turun membasahi Singapura. Lebat pulak tuh! Terpaksa kami tangguhkan dulu untuk kuar berjalan-jalan. Baring lagi atas katil... dasar gajah! 

Target untuk petang ni adalah nak ke Gardens by the Bay and naik ke Marina Bay Sands Skypark. Memang dah lama aku aim nak datang sini. Harap-harap cuacanya elok. Alhamdulillah.. lebih kurang pukul 5 lebih macam tu hujan macam dah reda skit. Sebab hujan dah renyai-renyai, kami yakin jela kuar jejalan slow-slow. Nasiblah tak bawak payung. Berpakaian ringkas seperti biasa. Nak kuar tu, kami tanya dulu receptionist kat hostel tu macam mana nak pegi Gardens by the Bay tu. Yela, kami ni dah la tak bawak maps, aci redah jela. Kiranya auntie tu explain la kat kami macam mana nak ke sana... bla bla bla.. 

Cut the story short, rupanya direction yang dia kasik tu SALAH! Mulanya kami kene berjalan menuju ke Chinatown tu. Dah melepasi 2 atau 3 stations MRT kalo tak silap. Dalam hujan ni weh! Cuba bayangkan dari Clarke Quay station kami berjalan menuju ke Outram Park. Aku rasa adalah dalam 1.5km kami berjalan.... Sabo jela... Tapi lama-lama berjalan tu, masing-masing mula rasa was-was sebabnya takde nampak bayang pokok-pokok gergasi pung! Last-last, tanya orang awam duk berjalan kat Outram Park tuh. Sahih! Memang salah kami nih! Rupanya untuk ke Gardens by the Bay kami perlu ke Bayfront Station (Circle Line). 

Jadik kisahnya... kami naik MRT dari Outram Park Station menuju ke Dhoby Ghaut Station untuk tranfer to Circle Line untuk ke Bayfront Station.

Tengok maps kat bawah ni. Kami menuju dari petak biru ke petak merah


Dari Bayfront Station jangan takut sesat sebabnya terus nampak signboard menuju ke Marina Bay Sands and the Gardens by the Bay. Time ni hujan pun dah reda, boleh berjalan dengan happy. Tapi takdelah sejuk mana pun sebabnya angin takde. Tapi still bersyukur sebab tak hujan. Dapatlah berjalan-jalan dengan gembira. Since ni weekend, ramai jugak family yang berkeliaran bawak anak-anak masing jejalan. Ingatkan dapat tengok sunset, tapi nampaknya memang tak nampaklah sebab awan masih tebal tutup matahari dari jauh. 

Berposing dalam tempat macam terowong menuju ke exit Marina Bay Sands. Macam-macam kaler wallpaper ada. Gambar aku takde sebab dalam kamera dorang kat atas ni haa... sob sob sob. Model sling bags katanya! Tajaan Smiggles.


Pepatung besi~ 

The Supertree Grove dari sebalik tasik buatan....

The Gardens by the Bay ni dibuat di atas tanah tambatan yang dibuat oleh kerajaan Singapura yang menjangkau keluasan kira-kira 101 hektar. Waterfront Gardens ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bay South Garden, Bay East Garden dan jugak Bay Central Garden. 

Untuk bacaan lanjut mengenai Gardens by the Bay ni boleh refer ke ---> More Info

Since target aku kali ni nak pegi tengok the Supertrees Grove yang terletak di South Bay Garden, maka ayuh kita... 

Info mengenai the Supertrees Grove from Wikipedia: 

Supertrees are tree-like structures that dominate the Gardens' landscape with heights that range between 25 metres (82 ft) and 50 metres (160 ft). They are vertical gardens that perform a multitude of functions, which include planting, shading and working as environmental engines for the gardens.

The Supertrees are home to enclaves of unique and exotic ferns, vines, orchids and also a vast collection of bromeliads such as Tillandsia, amongst other plants. They are fitted with environmental technologies that mimic the ecological function of trees – photovoltaic cells that harness solar energy which can be used for some of the functions of the Supertrees, such as lighting, just like how trees photosynthesize; and collection of rainwater for use in irrigation and fountain displays, exactly like how trees absorb rainwater for growth. The Supertrees also serve air intake and exhaust functions as part of the conservatories' cooling systems.

There is an elevated walkway, the OCBC Skyway, between two of the larger Supertrees for visitors to enjoy a breathtaking aerial view of the Gardens. A food and beverage outlet is planned atop the 50-metre (160 ft) Supertree. At night, the Supertrees come alive with a light and music show called the OCBC Garden Rhapsody. 

Kalo nak tau macam mana nak naik Skyway tu boleh refer kat ---> Gardens by the Bay Website











Dalam kawasan ni agak besar, so tak sempat aku nak explore semua maybe next time sebab time ni memang panas abes dah nih. Plus, kami plan nak naik Skypark untuk tengok 2 views siang dan malam kotaraya Singapura ni dari atas. Dari sini takjauh untuk ke pintu masuk Marina Bay Sands tu sebab dihubungkan dengan jejantas yang berpokok. Haa.. macam mana tuh? Kene datang ler sendiri. Hahaha. 

Pemandangan dari atas jejantas

Masuklah kami ke dalam bangunan yang menjadi icon baru Singapura nih. Marina Bay Sands. Kelihatan dari atas, nampak lobby yang agak ramai orang yang mendaftar masuk serta pelancong lain. Jalan slow laju slow laju sebab nak carik pintu masuk kat mana lif yang menuju ke Skyparks. Terletak di Tower 3. Don't worry ada signboard. 

Tengok sekitar kawasan hotel Marina Bay Sands. Dari dalam tengok macam binaan yang tak brape kukuh plus dinding dia nampak macam nipis je. Pintu-pintu bilik hotel nampak macam rumah flats pulak. 

Tetingkap bilik hotel....

lobby

mendongak ke atas


Nasib baik time sampai tu, queue untuk beli tiket naik ke Sands Skypark tak brape ramai. Harga untuk dewasa adalah SGD20/pax. Tapi since aku pengguna setia AMEX, ada diskaun 25% untuk 2nd tickets onwards. So, kami bertiga hanya perlu bayar SGD50 untuk tiket masuk. By the way, Sands Skypark hanyalah meliputi skypark observation. Infinity pool hanya untuk hotel's guest sahaja. Maybe next time la yer~ Hehehe tak mampu lor gamaknya. 





Ok aku dah malas nak menaip dah ni... layankan jela view dari atas observation deck ni. 

Flower Dome & Cloud Forest di sebelah kiri dan Supertree Grove dari atas.

The Supertree Grove dah macam dalam filem Avatar pulak

Sekitar skydeck observation. Angin bertiup agak kencang kat atas ni. Best best!

Singapore's skylines

tak silap kat sinilah konsert SM Town Live last year. Betol ke idok?


The ArtScience Museum

The Esplanade

The Fullerton Hotel

Butik Louis Vuitton Island Maison - One of a kind concept for luxury brand. Mampu ke idok nak masuk nih?? Hahaha


Infinity pool dari kejauhan... 


Souvenirs yang dijual....


beli coke je uols! 

Duduk sambil menunggu malam~ Penat katanya! 


To be continued....

Till then... wasalam!