Tuesday, May 31, 2011

Port Dickson & Jonker's Street

Assalamualaikum! Sihat tak? Sekarang ni musim orang demam. So, jangan lupa makan ubat tau~ 

Last weekend, kawan-kawan aku plan nak buat roadtrip pegi Port Dickson dan Jonker's Street yang kat Melaka tue. Since, aku pun tak penah sampai ke sana...aku join! Hahaha...Port Dickson pun aku tak penah sampai....apakah? Malaysia pun tak abes pusing lagi, dah berangan nak pegi pverseas. Haishhh....berangan berangan....

Kami memulakan perjalanan ke Port Dickson lebih kurang pada pukul11.30 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Tapi apakan daya, lebuhraya PLUS sesak lak...maybe sebab dah start musim cuti sekolah. Semua orang berduyun-duyun ke Port Dickson agaknya. Kami sampai di pantai lebih kurang pada pukul1.30 petang. Cuaca di sana terang dan cantik. Nasib baik sebabynya dalam perjalanan kami, hujan turun mencurah-curah. Alhamdulillah...

So, bila kami sampai tu memang patut untuk menikmati makanan tengah hari yang lazat. Thanks to Syida, Fatimah dan Wawa....the food was delicious!!! Bentang tikar mengkuang, tikar plastik..landing!!! hahaha....angin pun sepoi-sepoi bahasa..memang best ler! Keadaan di pantai pun tidak begitu ramai....so, pantai tu kami conquer...lol.

Bila dah siap makan-makan...kami buat ketupat sekejap sementara menunggu matahari redup sedikit untuk turun ke pantai. Sempat jugakla terlelap....sebabnya malam sebelum sempat pegi uptown Danau Kota cari cermin mata hitam baru, balik-balik dah pukul 4pagi. Hayohhh.....Lebih kurang pukul 4 petang, kami mula turun ke pantai. Orang ramai pun kelihatan sudah ada yang datang bersama-sama anak-anak mereka. Aktiviti yang aku nampak macam biasa je, ade yang mandi-manda, naik banana boat dan lain-lain. So, kami naik banana boat yang berharga RM15/pax, Agak mahal, tapi tak tau laaa brapa kos yang sebenarnya. Mahal bebenor.

Kami beransur dari Port Dickson lebih kurang pukul 5.30 petang kerana nak menikmati early dinner kat sebuah restoran seafood yang terletak tidak jauh dari pantai yang kami berada. Dengar katanya agak murah. Kami pilih ikan siakap 2 ekor masak 3 rasa dan steam, tomyam daging dan seafood, kailan ikan masin, telur dadar dan juga peca, air lak ialah fresh orange dan juga tembikai 2 jug. Total semua hanyalah RM133. Murah kan? Rasanya juga boleh tahan sedap.


Dah lepas-lepas makan, kami solat dulu. Yela kan, nak jalan jauh-jauh pastu dah solat. Memang nak kena panah petir la ni....MasyaALLAH....Lepas solat, kami gerak menuju ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Perjalanan dari Port Dickson ke sana tinggal hanya lebih kurang 100 km je. Berborak sakan la dalam kereta sambil menanti tiba di sana....nasib baik jalan xjem jugak. Alhamdulillah.

Kami tiba di Jonker's Street lebih kurang pukul 8.30 malam. Keadaan di sana agak ramai orang mungkin sebab hari minggu dan juga cuti sekolah. Parking tidak susah untuk dicari sebab sangat banyak dan harga yang dikenakan adalah berpatutan. Mostly di Jonker's Street ialah tempat yang menjual pelbagai barang-barang antik dan juga cenderamata dari Melaka. Terdapat juga pelbagai jenis barangan ada yang boleh didapati dengan harga yang sungguh murah!

Di sini juga terdapat air botol buah-buahan yang agak unik dan sedap. Menurut penjual disitu, air botol ini hanya boleh didapati di Jonker's Street sahaja. Disebabkan botolnya yang menarik, kami sepakat untuk membelinya untuk dibawa pulang. Hihihihi

Jom layan gambar-gambar yang sempat aku snapped!

Kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 11 malam. Dalam perjalanan pulang terasa nak naik river cruise lak. So, berhenti sekejap kot-kot still ada tiket. Tapi apakan daya tiket sold out! So, kami jalan-jalan di kawasan sekitar sahaja

Alhamdulillah...kami selamat tiba di rumah masing-masing pada pukul 2pagi. It was fun trip! Lain kali nak buat lagi...InsyaALLAH.

Bye!

2 comments:

  1. next time dtg Melaka, wajib buat river cruise dia. best!

    ReplyDelete
  2. @Mas

    Tula, lain kali mesti repeat lgi Melaka! hahaha

    ReplyDelete