Thursday, March 8, 2012

Cuci The Musical : Last Kopek!

Assalamualaikum!!! 

Takde pape nak update pun, saje nak bagitau yang semalam berkesempatan untuk menonton teater Cuci The Musical Last Kopek. Yela, kan musim kali ni adalah musim yang terakhir bagi teater Cuci, lepas ni takde dah. Menurut petikan kata-kata kat surat khabar. Aku tak berkesempatan untuk menonton Cuci musim pertama dan kedua. So, aku takleh nak expect apa-apa mengenaik teater Cuci ni. Since ramai yang duk kasik review baikkk punye untuk dua musim yang pertama. Maka why not untuk tengok je kali ni. Walaupun keadaan duit tidak sihat untuk dilaburkan.


Pada awalnya nak tengok weekend, tapi sebab masa tidak mengizinkan, kami booked hari rabu sebab ade seat best yang berharga RM106. Okla kot. Tengok teater memang kene labur skit. What to do. Kalo tidak....tak payah ler datang. Tapi bayaran tiket teater ni aku tak bayar lagi. Kawan aku swipedkan kredit kad beliau. Terima kasihhh! Nanti dapat gaji, aku bayar full ok!

Pada petang semalam, lebih kurang jam 5.30 petang terus chow dari ofis. Nasib baik boss aku takde masuk ofis semalam, dapat jugak blah awal. Kalo beliau ada, alamatnyaaa adela adhoc keje yang kene buat nanti. Alhamdulillah, trafik bergerak lancar. Tapi tengok cuaca mendung semacam jek. Jap lagi mesti hujan. Disebabkan lunch semalam aku hanya makan buah, perut aku asyik duk berbunyi jek mintak diisi. Maka, kami makan kat warung yang terdapat kat belakang Istana Budaya tu. Sany Char Kueh Tiaw kalo tak silap. Time ni tak ramai lagi sebab masih lagi awal. Just makan nasik putih, ayam paprik dan telur dadar je. My feverit! Hehehe. Not bad jugak rasanya. Pastu tetibe pulak, hujan lebat gilerrr!!! Nasib baik bawak payung, kalo tidak alamatnya tersadailah kami kat bawah warung tu. 

Lebih kurang pukul 8 malam, kami bergerak semula ke Istana Budaya walaupun hujan lebat. Kenela redah jugak sebab show bermula jam 8.30 malam. Solat maghrib dulu. Sembur perfume skit sebab baju berbau warung makanan. Busukkkkkkkk!!! Barulah ade class nak masuk istana ok! Hehehe. 

Bila dah masuk dalam hall tu, perghhh! We all memang buat keputusan bijak. Tempat duduk memang sangat-sangat strategik! Nampak semua benda. Tapi malam semala, show bermula agak lewat yakni jam 9 malam sebab ade masalah teknikal disebabkan petir hujan lebat tadi. Aku taktau lak yang esoknya masuk paper yang cakap KL banjir kilat! Huhu nasib baik kawasan Istana Budaya tak banjir. Selalunya kawasan tu hot spot untuk banjir kilat. 

Jam 9 malam, berkumandang suara Yasmin Yusuf membuka kata-kata alu-aluan disamping tu nyanyi lagu Negaraku dulu. Kemudian persembahan bermula....tadaaaa. Tapi dewan malam semalam tidak penuh pun. Maybe sebab weekdays pastu hari hujan lebat pulak tu. Hurm... Tepukan gemuruh di saat muzik bermula! 

Teater ni bagi aku sangat-sangat besttt!!! Kelakar then lawaknya sangat bersahaja ok! Ade yang main adlib je skripnya. Hahah...agak non-stop asyik duk gelak sakan. Okeh, dah banyak syaitan duk masuk dalam mulut. Kene cover-cover skit. Overall, jalan ceritanya masih mengekalkan macam dalam filem. Sekumpulan anak muda yang adik-beradik bercita-cita tinggin untuk mencuci bangunan yang tertinggi di Malaysia yakni Menara Berkembar Petronas (KLCC). Alaa...malas aku nak type panjang. Orang mesti dah tengokkan. 

Overall, para pelakon memberikan 110% komitmen dalam lakonan masing-masing. Hans Isaac sebagai Khai, Afdlin Shauki sebagai Fairil, Awie sebagai Jojo dan Nabil sebagai C'Tan. Manakala, Vanidah Imran sebagai Cik CJ, Dina Nazir sebagai Farah, Douglas Lim sebagai Wira, Harun Salim Bachik sebagai Tan Sri (aku dah lupa nama penuh). Persembahan mereka sangat kelakar ok!!! Dengan perangai Nabil sangat-sangat membuatkan orang tidak kering gusi duk tergelak terbahak-bahak. Para pelakon pun ade yang takleh nak kontrol keseriusan masing-masing. Ade yang tersasul pulak tuh! Hahaha. 

Overall lagi, tak sesia aku bayar mahal skit tapi puas hati. Kepada sesiapa yang belom berkesempatan, jangan lupa menonton di Istana Budaya. Teater ini akan berlangsung sampai 18 March 2012. Jangan lepaskan peluang anda ok!!!  Jomlah tengok gambar. Tapi sume gambar ni bukan aku punye. Kredit kepada Miss Google. 









Till then...wasalam. 

15 comments:

  1. wow teater!! aku teringin gak nk tgk teater, tapi belum terbukak ati lagi.. Tak sangka plak Cuci pun buat teater kan hehehe..

    kalau sukakan sesuatu, tak salah nk perabis duit, janji puas ati, lagipun bukan selalu..tak gitu kengkawannnnnn heheheh

    ReplyDelete
  2. na,
    kenapa anda first to komen?
    kbai...
    heheh



    (sambil kesat hidunggg...)...
    wah...menjadi jugak john ke teater...
    heheh
    janggel yg selalu layan teater..kali nih tak de plak???

    ReplyDelete
  3. second! yes!

    ko dh cuci bersih ke belum ni? sila laa ye..

    ReplyDelete
  4. ishhh salah id dh tu! dh kena pintas!!

    ReplyDelete
  5. me tak minat sangat cuci...layan bangsawan je.....

    but tak sabar tunggu teater kanak2 every year kat IB ..tak pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
  6. @Na,
    hehehe....benda ni kene try tengok. tp sume tu depends kat minat masing2. first teater aku ialah PGL. the bestttttt! sebabnya kagum dengan props yg dorang gunakan. hehehe. takde teater yang leh lawan so far.

    begitulah kawan2 ye...this is who i am. hehehe.




    @Kak Anash,
    eh bukan sakit ke kak? jaga diri k... janggel xmo ikut. kekwat katanya. kekeke.



    @Na atau Cawan ni?
    hahaha....ni mesti salah ID nih! kekeke. tula, kene tulah!



    @Cawan,
    hahaha..kiasu giler!



    @Janggel,
    motif tak minat? bukan ke ko yg dah penah tgk dlu? kekeke. jom tengokkk! jgn lupa ajak aku lak nnt

    ReplyDelete
  7. Oiii jelesnya aku.
    Kalu dkt aku pi dah.

    Last teater aku nengok Tun Mahathir the musical (skima kan aku haha).

    Aku beli yg RM50 jah.. tp tgh2.. row ke-4 (ke-5 gitulah) dari dpn.. nampak lobang idung retis kekeke.

    ReplyDelete
  8. sama la dgn na, aku pun nak sgt pergi tapi tak pergi2 jugak lagik.. haha
    bbdak ni cm ikut musim je, ada musim tuh semua orang update status kt fb pasal teater, mase tuh je la aku terbakar sikit. skang senyap je plak.. haha
    rajin john pergi tau! pastu pergi tak ajak.. k bye~

    ReplyDelete
  9. aku suka tengok persembahan, tak kisah la, teater ke, konsert ke, tapi sejak kawin, tah mana ilang tah mojo tu...zzzzzzzzz...

    penyudahnyer aku layan astro kat rumah jer...lalalala...

    ReplyDelete
  10. seumur hidup, saya tak pernah tengok teater mahupun teater muzikal.

    tak tahu nak kata, minat ke tidak ntah. takut nanti sekali tengok, terus melekat/ketagihan pula hehehe ...

    selamat memeriahkan dunia pementasan Malaysia !

    ReplyDelete
  11. bestnya tgk teater. dulu first n last tgk teater pun kat KL PAC, untuk kelas BEL lecturer bwk. haha. tu plak teater serius BI yang takde muzikal. teringinnya nk tgk teater lg!!

    ReplyDelete
  12. harus ku contact Pengarah IB. kot dapat tiket pree, mau jugak dilayan...

    yup, aku dulu penggemar teater.

    berhabesan la jugak semata mata nak layan mamma mia, west side story, dream girls, PGL....

    cuma satu kuren jer teater melayu, ada yang ok ada yang tak...

    yang tak ok tu bila tak sampai sejam, ko dah kroh kroh kat seat...betul tak tipu... it happens to my friends too....

    hope our theatre scene will thrive.

    ReplyDelete
  13. aku pong suka gak. mmg benar kalu nk tgk kena labur sket sbb kalu seat murah tuh sungguh la jauh mata memandang tp dh bertahun aku xpg tgk. sekian

    ReplyDelete
  14. aku gi smlm..abis kul 1pagi..giler lama maklum le show yg last..overall boleh la..1/2half kelakar gilos..dah last2 ngantuk lak aku tgk..sib baik tiket free..eeeekeke

    ReplyDelete