Wednesday, March 28, 2012

India is Incredible? - Day 1, Part 1 (Qutb Minar)

Assalamualaikum!!! 

Terlebih dahulu, aku perasan....banyak sungguh iklan seks kat chatbox aku. Mentang-mentanglah aku ni tak kawen lagi. Banyakkkkk je iklan pasal ubat kuat untuk lelaki la, untuk perempuan laaa... Adakah hint nak suruh aku kawen cepat-cepat? Hurm...curious~ 

Okla...jom sambung apa yang berlaku ketika hari pertama aku dan kawan-kawan di India yakni bumi kari. Hehehe. Destinasi kami untuk hari pertama ialah mencari hotel yang sepatutnya yang telah kami booked yakni Hotel Ajanta, letak beg, Qutb Minar, Lotus Temple, India Gate dan Sarojini Market (takde dalam plan asal untuk hari pertama).

Pagi yang indah...wahhhh! Indah ke? Hahahaha. Kami semua bangun agak awal. Actually bangun dalam pukul 6 pagi camtu, tapi rasa macam gelap sangat dalam bilik tu. Yela, bilik ada tingkap tapi tertutup dengan bidai kayu. That's why rasa macam gelappppp je. Nyenyak pulak tu tido. Sedar-sedar matahari dah memancar tatkala keluar dari bangunan Smyle Inn tu. Tapi sebab agak terperuk, sinaran matahari agak terlindung. Lebih kurang pukul 8 pagi, breakfast akan disediakan. Kami dah get ready dengan semua beg untuk check-out since since we gonna check-in into a new hotel. 

Tepat pukul 8 pagi kami check-out tapi sebelom tu kami nak makan breakfast. Haaa....rupanya breakfast tidak disediakan di bangunan Smyle Inn yang ni tapi kat other building. Tak jauh pun dalam 10 meter je. Makan atas rooftop ok! Curlasttt sangat! Hahaha. That's was my first impression. Mesti best makan kat rooftop. Hahahah. Ketuk pintu kaca Smyle Inn cawangan sebelah. Receptionist tengah kesat taik mata sebab baru bangun tido dari bawah tangga. Hurm...dorang ni memang tido merata. Janji dapat tido. Nampaknya kami orang first sampai. FIRST!!!! hahaha. So, kami menuju ke rooftop area. Waduhhhh....kena daki anak tangga pulak dah since takde lif. Dalam 5 tingkat jugaklah! Dahla dengan bagpack sarat dengan barang-barang. Pagi-pagi dah bersenam naik tangga. Memang saje nak kasik peha besar nih! Muahaha. 

Lorong kawasan Smyle Inn pada waktu siang


Kawasan rooftop ni kecik je. Ada dalam 4 buah meja. Plus dikelilingi dengan tirai buluh la kot. Tak nampak sangat view yang menarik tapi cahaya matahari memang terik tapi tak panas sangat. Mild je... Dalam 1 minit duduk tiba-tiba datanglah waiter. Wahhhh....smart waiternye walaupun nampak macam baru mandi. Baju siap tuck-in ok! Hahaha. Datang amek order we all. Since takde buffet. Dia macam ala-carte je. Takde menu pun ke aku yang dah lupa. Tapi yang penting, kami dihidangkan dengan pertama sekali 1 air kotak perisa mangga. Wahhh...boleh bikin sakit perut pagi-pagi ni. Tapi sedapppp!!!! Dalam 5 minit kemudian, our main course pun muncul. Ada yang ada ialah egg benjo, cornflakes, susu dan sebiji pisang. Wahhhh...breakfast yang sangat sihat!!! Kat rumah pun tak penah nak makan macam ni ok! Tibainya nasik lemak memang berlemak sungguhla aku! Hahaha.

View from rooftop cafe



Lepas dah setel breakfast, maka berangkatlah kami menuju ke Hotel Ajanta. Kalo mengikut direction dari email yang diterima, tidaklah jauh mana dari New Delhi Railway Station. Dalam 10-15 minit berjalan kaki je. Jalan yang patut kami cari ialah Arakashan Road. Terletaknya Hotel Ajanta. Sebelum bergerak sempat bertanya kepada arah yang ditujui. Memang membuat keputusan yang sangat bijak untuk berjalan kaki sahaja menuju ke sana. Muahaha. 

Sepanjang perjalanan, terdapat kedai-kedai yang baru nak bukak. Janggel ternampak pulak topi fedora yang dicari-carinya...tapi sebab terlampau awal nak beli lagi, maka dilihatnya dengan jelingan manja je. Hahah. Aku tau dalam hati dia nak sangat-sangat! Kata nak bergayakan... Jalan duk jalan-jalan tu macam-macam bau menusuk hidung. Air kencing hancing paling banyak sekali! Wahhhh....dorang ni memang suka kencing merata ok! Anjing pun kencing merata-rata. Memang takleh nak main-main duk atas lantai. Kang tak pasal-pasal kita dah tak suci. Oppps! Suci ke? Hahaha. Jalan agak berdebu, terpaksa pakai mask sebab takut taik hidung jadik kaler hitam. In fact, it's true ok! Cuba korang jangan korek hidung sepanjang duk India. Lihat apa jadik. Sorry agak disgusting untuk diceritakan...but whateverlah. Hahah. 


Alhamdulillah....setelah berjalan kira-kira 15 minit maka tibalah kami di Hotel Ajanta. Baru pukul 9 pagi. Harap-harap dorang kasik check-in awal since dah informed mereka awal-awal lagi thru email. Pada mulanya....kami akan menginap di Hotel Ajanta, tapi disebabkan biliknya agak kecik, maka mereka sediakan bilik di hotel di seberang jalan yakni Hotel Home Sweet Home which under same management. Quite new hotel. The room is quite large with big coffee table. In fact, the bathroom is huge!!! The offered the same rate as quoted in the email. The rate is 4700 rupees for 2 nights. Which is still within our budget. Sekali lagi, procedures untuk check-in ialah mengisi buku kitab tebal. Perghhh...banyak pulak kan. Pastu kene pulak isi buku resit tu. Hurm...leceh btol. Owh ya, free wifi disediakan dengan 100 rupees untuk 24jam. Lajuuuuuuuuu!!! Awesome! Boleh berhubung dengan keluarga di Malaysia! Hoyehhhh!



Rehat dulu seketika....tukar baju (yeahhh! kenala bergaya macam tourist kat India) *overst* Destinasi kami ialah Qutb Minar. Terlebih dahulu mintak dari hotel bekalan kami yakni Metro maps dan jugak New Delhi map with all the places of interest. The receptionist told us that the Qutb Minar can be reached via Metro (subway in India). The place is quite far around 30 minutes to reach. So, let's head to Qutb Minarrr!!! 

Dekat dengan Hotel Ajanta, terdapat walking distance metro station. Dalam 15 min berjalan kaki. Jom kita berjalan lagi! Berjalanlah kami menyusuri jalan raya di New Delhi ni. Macam-macam gak yang boleh dilihat. Nasib baik cuaca sedang-sedang je. Tak panas tak sejuk...kira tak berpeluh ler.  





Dah sampai ke station metro. Agak tersorok skit pintu masuknya. Masuk-masuk je....punyela panjang kene beratur! Wahhhh..kenapa, kenapa??? Jangan gabra, pegi beli tiket dulu. Nak beratur beli tiket pun ramai??? Beratur jela....beli tiket menuju ke Qutb Minar yang berharga 32 rupees untuk seorang (dalam RM2.20). Tapi sebelum tu sempat lagi duk snap-snap gambar sana sini. Leka dengan ketikan kamera sendiri. Ok dah setel beli tiket @ token, beraturlah kami untuk menuju ke platform. Setiap metro stesen, setiap seorang akan discan (ape ek dalam bahasa melayu maksud scan?) sebelum menuju ke platform. Tak lama pun...dalam 5 minit camtu. Terdapat laluan khusus untuk perempuan. Tak perlu risau untuk diraba-raba oleh polis. 

Masih lagi leka duk amek gambar. Tiba-tiba diserang oleh suara India "what are you doing????" "Come here" Cuakk dah aku tiba-tiba ni.... dengan langkah lemah longlai berjalan menuju ke pegawai metro. Muka dah cuak abes dah. Rupanya dia marah aku duk amek gambar dalam kawasan metro station ni. Takde pulak aku tau... Dia suruh aku delete. Kemudian...Janggel dan MasMZ datang menyelamat. Mereka pun turut mengaku ada amek gambar jugak. Terpaksa delete gambar yang cantik-cantik ketika dalam kawasan station. Sorry....sebab aku, korang terjebak sama. Huhuhu. Pastu teruk simpan kamera dalam beg. Takmo bawak kuar dah until sampai Qutb Minar



Dalam train penuh dengan warga India, tak dapat duduk.... dah nak sampai baru dapat duduk. Okla... perjalanan dalam 30 minit je. Dah sampai, kene amek tuk-tuk untuk menuju ke tapak Qutb Minar. Tambangnya adalah 10 rupees untuk seorang ye. Ingat tu! Dalam 5 min dah sampai ke kawasan tapak Qutb Minar. Bila dah sampai kat Kompleks Qutb Minar, terdapat ramai pelancong tempatan dan jugak asing. Terus pergi ke kaunter tiket yang terletak berhadapan dengan pintu masuk Kompleks Qutb Minar. Terdapat 2 kaunter berasingan yakni untuk rakyat tempatan dan rakyat asing. Sebagai seorang yang berwajah pan-asian, adalah haram untuk berlagak seperti warga tempatan sebabnya memang takkan dapat harga tiket untuk warga tempatan yakni hanyalah 10 rupees sahaja!!! (Giler murah!) tapi untuk warga asing adalah 250 rupees seorang! Btw, beringat bila bayar guna duit note besar. Make sure u get the correct amount the change. Sebabnya...kadang2 dorang ni kasik duit tak cukup. Kalo tak cukup, mintak balik yang kurang tuh! This what happened to Janggel. Dia kasik baki 200 rupees jek. Giler jahat! Asyik nak kelentong jek kejenya... 



Ringkasan mengenai Qutb Minar: (Copy dari blog Janggel )

Qutub Minar Complex merupakan satu mercu tanda (menara) yang menggambarkan kejayaan seorang pemerintah muslim yang pertama di Delhi. Dan di sini juga dibina sebuah masjid yang pertama di Delhi. Di samping itu terdapat beberpa makan di sekitar kompleks. Senibina parsi dan Islam menjadi tunjang utama kepada senibina di Qutub Minar. Untuk keterangan lanjut boleh refer di HERE 

Untuk memasuki kawasan Qutb Minar, sekali lagi akan diperiksa tubuh badan... Tangan terus amek-amek gambar. Laju je... Tersergam indah menara Qutb Minar dari jauh! Dah kagum ni bila tengok dari jauh... bila sampai dekat-dekat lagi kagum yang amat! Ya ALLAH.... menara yang dipenuhi dengan ukiran-ukiran kaligrafi Islam. Macam mana ek dorang ukir batu sampai sebegitu halus sekali seninya.... perghhh!!! Kalimah Allah memenuhi menara tersebut. Ukiran bunga-bungaan tidak ketinggalan sama sekali. Jomlah layan gambar!












Lama jugak kami dalam Kompleks Qutb Minar tu... tapi nasib baik tak rasa panas. Panas kering camtu. So, takdela badan rasa melekit sangat. Langit pun agak biru walaupun kadang-kadang rasa macam jerebu. Orang yang dapat melawat pun makin ramai.... 

Banyak runtuhan batu-bata bangunan.... mungkin disebabkan oleh perubahan zaman dan jugak zaman peperangan dulu. Kadang-kadang aku rasa macam kat Morroco pun ada. Hehehe. Maybe sebab senibina yang mengagumkan. Kalo aku ada time machine, harus aku pegi ke zaman dulu. Lagi indah tempat nih! Terdapat jugak sebuah makam yang dijaga rapi. 

Sedang duk asyik-asyik amek gambar dan menghayati batu penerangan, ternampak pulak pasangan yang duk bercerekarama kat bawah pokok. Waduh....tempat sejarah camni pun boleh dijadikan port untuk bermadu kasih. Hebattt! Ibarat kisah Laila Majnun sangat! Hahaha. 








Lebih 2 jam lebih kami dalam kompleks tu, rasa dah jelajah ke seluruh pelusuk kompleks kot. Kot? Hurm... hari semakin panas tapi rasa macam kering tekak. Jangan lupa banyakkan minum air mineral tau. Jangan beli air mineral sebarangan tau. Make sure it's properly been sealed. Sebabnya, kadang-kadang depa ni tau camne nak kasik cantekk punye seal tu macam tak penah bukak. Average harga untuk 1 botol mineral water yang 1 liter tu ialah 15 rupees. InsyaALLAH...takde sakit perut. Jangan lupa bismillah tau! 




Oklah...cukuplah untuk hari ni. Penat dah..enjoy!!! Vanakam! 

Till then...wasalam.. 

16 comments:

  1. saya kata kn first sebelum MasMZ, kakCoco and Lily.. ha ha haaaa

    wahh best tgk riak muka2 Indian dlm gambar tu!

    ReplyDelete
  2. 2nd to comment!

    Scan = Imbas ye cik abang..

    yg retis bersama bila candid pakai mask tutup mulut idung, pastu bile bergaya mmng ilang dh.. hek3..

    mcm2 karenah korang kt sana, mmng boleh masuk dgn warga negara sementara.. kuang2..

    ReplyDelete
  3. Hahahaha muka aku merata2!!!

    Qutub minar memang best kan. Pastu kejadian di metro stesen memang kejam!

    ReplyDelete
  4. Gambar mmg terbaekk...

    Comey2 budak2 skolah wat field trip tu... ramai yg kulit putih idung mancung... dari kashmir kah.?? :D

    ReplyDelete
  5. baca para atas sekali terus nak komen. jap gi baru sambung baca dan layan gambaq.

    hah, iklan tu semua mesti suruh kau kahwin cepat cepat.
    selamba betul kau john!


    zany

    ReplyDelete
  6. as usual, ko dah biasa dgr aku cakap, GAMBAR KO CANTIK! esp part budak makan buah n budak ramai2 tu...tak sume orang bleh amik gmbar portrait...so well done! mak jah suka!

    iklan??? ha sila la letakkan verification code dlm chat box utk elakkan sume tu berlaku ye...

    orang local mmg suka dating kat tempat2 bersejarah...hahaha! aku penah nampak siap duk atas rumput cam baring2 mengiring tau! patu sengih2 malu...agaknyer tunggu kena propose kot!

    YE, TAIK IDUNG SAYA MMG HITAM! HAHAHA!

    ReplyDelete
  7. terinagt cerite "slumdog millionaire" bile tengok gambar2 ko ni..

    ReplyDelete
  8. huh?cawan first?
    kbai..
    .
    .
    .
    .




    (teruskan kerjaya anda sebagai penulis blog..)
    ayat skema berunsurkan semangat...
    hehehe

    ReplyDelete
  9. Ya canteque sungguh photo2 ni.

    Sememangnya kebanyakan negara lain peraturannya, so kita kena lebih hati2 terutama time nak ambil photo. Selain keretapi bawah tanah, kawasan atau tempat kastam di kebanyakan border pun di larang ambil photo. Ada negara melarang mengambil photo di airport.Pengalaman saya jika kita nak ambil photo orang tempatan kita perlu minta kebenaran terlebih dulu, itu yang saya laku kan dulu. Lain lah kalu guna kamera yang fokus berbatu2 tak da orang tau dan perasan kan.

    Seorang lelaki jepun telah diketuk kepala kerana ia mengambil photo ketika upacara pengkebumian di Tibet (http://mekahmelaluijalandaratinsyaallah.blogspot.com/2012/02/34-kematian-di-dataran-tinggi-tibet.html?utm_source=BP_recent). Cedera jugak lah dengar citernya. Lagi satu kebanyakan tempat di China terutama di Tibet kita dilarang mengambil photo jambatan.

    Dalam rancangan Kembara ke Bumi Suci dalam astro beberapa juru kemera ditahan dan dibawa ke balai polis hanya kerana mengambil photo sekitar sebuah bazaar di Iran. Peralatan kamera dirampas. Tapi dibebaskan kemudian setelah masuk campur tangan pihak kedutaan kalau tak silap saya. Semua orang tahu kalau di Thailand jangan sekali2 kita mencaci atau mengutuk raja mereka walau dimana saja nanti kena belasah pulak hehehe.

    Moralnya disini kita kena lebih berhati2 dan kena ambil tahu sebanyak mungkin tentang sesuatu peraturan di mana2 negara yang kita kunjungi kan. Nasib disuruhnya delete kan photo yang diambil tu sahaja... alhamdulillah macam mana kalau dirampas kamera kita cam na ya, dan tak dipulangkan nya balik apa yang boleh kita buat kan masa tu....

    ReplyDelete
  10. Nak sambung sikit... saya layan You tube seorang yang sedang menaiki train menuju ke Lhasa Tibet, ia sibuk merakam pemandangan diluar train di dataran tinggi yang indah. Tiba-tiba ia sendiri berkata kamera akan di off kan kerana pelancung dilarang mengambil gambar jambatan. Maybe ia dah diberi amaran terlebih dulu oleh guide yang iringi ia kut masa tu. Tengok melalui tingkat train pun di larang ambil gambar. Kejam tak..... tentu ada sebab kenapa dilarang ambil gambar jambatan tu. Kalau terlepas ok lah kalau nasib tak baik kan naya.....silap kena denda lah pulak ...

    ReplyDelete
  11. Aku rasa kebanyakkan hotel kat India memang dining hall dia kat rooftop kot. Kalau view cun memang lagi best kan, mesti makan bertambah2 hahahaha..

    Ok aku terpaksa mengaku,walaupun berat hati..gambar ko boleh tahan kebabom cun sampai aku rasa nak masuk longkang..

    sekian wasallam

    ReplyDelete
  12. Satu pengalaman yg "lumayan"...apa2 pong ...akaq suko dengan citer korang kat bumi kari + gambar2 yg cunnnnn... Terbaek!

    ReplyDelete
  13. yes! gue last! tak sesia tunggu arini baru nak letak komen! hahahahahaha....

    pesal dia nak tanya menu eh kat smyle inn tu? sebab rasanya cam tak ada menu lain. ker ada ker? cam tak ado....

    Qutb Minar tu memang cantik, lokasi wajib pergi kalau ke N.Delhi :) *sentiasa kagum dengan hasil kerja tangan orang dulu-dulu

    ReplyDelete
  14. weh, cantik siut gambar2 ko! Aku pon dok kat Smyle Inn tuh..untuk India kira bersih la gak tu..will def use them again kalau pegi Delhi balik

    ReplyDelete
  15. Very interesting journey...Thanks for the tips regarding the mineral water...oh camtu kekedahnye ek?Pasal tangkap gambar tu, saya pun ada pengalaman yg sama,di tempat lain, tapi alhamdulillah selalunya terlepas dari kena marah/kena rampas kamera tu...contoh tempat2 yg dilarang tangkap gambar: di Kem Tentera British Cyprus, dlm Masjid Nabawi, Safa & Marwa (Mekah), dlm Sekolah-sekolah & dalam kedai2 di Australia,...tapi saya tangkap juga...dah alhamdulillah tak ada apa2 keburukan pun berlaku...Cuma be extra careful...

    ReplyDelete
  16. owh dasat gak tibet yerr..berimpian nak ke tibet nek tren tu,,mmg tersangat cun pemandangannya,...huhu

    ReplyDelete